Hadiah Ulangtahun Perkahwinan ke-19

Tarikh 15 Disember lepas, kiteorang menyambut ulangtahun perkahwinan ke-19. Syukur Alhamdulillah, rasa pantas je masa berlalu know2 dah 19 tahun hidup bersama 🤭.

Tahun ni dapat hadiah yang bermakna dari Suami Terchenta iaitu sehelai sejadah dari jenama Naelofar 🥰. Hadiah ni dia yang pilih ke? Oh no... semestinya la tak, but it's fine! 🤣 Aku pun tak mengharapkan Suami Terchenta tetiba nak surprise aku belikan hadiah sebab dia memang bukan sejenis lelaki yang romantika d'amor. Dalam rumahtangga kiteorang kalau nak something, terus-terang je cakap, "Abang, saya nak sejadah baru untuk hadiah ulangtahun perkahwinan. Boleh tak?" Kan communication is key in a marriage, hahahaha!

Bila dia kata "OK" aku pun apa lagi zapp terus sambar sejadah Naelofar ni! 😜 Geram betul tengok design sejadah Naelofar yang sweet-sweet semuanya, sampai rambang mata nak pilih design yang mana satu aku suka. Last-last aku pilih yang ni:


sejadah Naelofar
AMOUD sejadah warna rose

sejadah Naelofar
Kotak sejadah yang eksklusif


sejadah Naelofar
Unboxing sejadah Naelofar

Alhamdulillah, sejadah ni aku plan nak letak dalam bilik tidur dengan harapan lepas ni makin rajin nak bangun tahajud. Azam tahun baru 2026, jwanjiii! 

Apapun, terima kasih buat Suami Terchenta dah belanja sejadah sweet satu untuk Isteri Terchenta ni. Semoga perkahwinan dan keluarga kita terus dilimpahi sakinah, mawaddah, warahmah sampai ke hujung nyawa 🤲🏻. Ameen Ya Rabbal Alameen!

Jalan-jalan Ke Eropah Musim Panas 2025: Jalan-jalan di Zaanse Schans

 Sambungan dari siri jalan-jalan di Eropah musim panas ☀️:


Dari Zaandam, kiteorang menaiki tren semula dan berhenti selang 2 stesen iaitu di stesen Zaandijk Zaanse Schans


amsterdam
Dari Zaandijk, kiteorang berjalan kaki dalam 1km ke perkampungan Zaanse Schans

Sampai-sampai je, terus nampak kincir angin dan bangunan-bangunan klasik. Suasana di Zaan ni jauh berbeza dengan di Amsterdam yang moden - bila sampai di bandar ni kiteorang rasa macam kiteorang sampai ke masa silam Denmark sebab bangunan-bangunan kat sini semuanya klasik. Kalau nak merasai pengalaman unik Belanda - padang hijau, kincir angin, terusan, terompah, keju dan rumah comel - jadi Zaanse Schans ni wajib masuk dalam bucket list korang bila di Amsterdam.

Sebelum ke Zaanse Schans, kiteorang singgah di sebuah butik coklat yang terletak di Zaandijk. Butik 'Smells Like Chocolate' yang terletak dalam bangunan tradisional ni membuat coklat sendiri yang cuma boleh dibeli di kedai butik mereka. Pengunjung yang berminat belajar membuat coklat boleh buat temujanji untuk mengikuti bengkel membuat coklat di sini. 


zaandijk
Butik Smells Like Chocolate terkenal membuat dan menjual pelbagai jenis coklat single-origin

Dari Zaandijk, kiteorang kena berjalan kaki melalui sebuah jambatan angkat untuk ke Zaanse Schans.


zaan
Sempat menyaksikan jambatan ni diangkat untuk memberi laluan sebuah kapal melintasi jambatan ni

Dari jambatan ni dah dapat tengok pemandangan kincir air dan rumah-rumah tepi sungai yang comel dan berwarna-warni:


zaanse schans
Pemandangan rumah-rumah Belanda yang comel dan kincir air yang terletak di tepi sungai

zaanse schans
Selamat datang ke Zaanse Schans!

Perkataan pertama yang terlintas dalam otak aku bila tengok perkampungan Zaanse Schans ni - charming. Seluruh kampung ni comel sangat! Zaanse Schans ni ialah sebuah kampung sebenar tapi pada masa yang sama, ia merupakan muzium terbuka dan taman bersejarah. Dekat sini, kita boleh melihat gambaran sekilas tentang kehidupan Belanda abad ke-18/19.


zaanse schans
Gambaran dalam kampung Zaanse Schans. Cuaca panas ni best pulak makan aiskrim

Sebenarnya banyak tempat menarik di Zaanse Schans ni, antaranya muzium jam antik (Zaanse Time Museum), kedai cenderahati dan berjalan-jalan melihat kincir air.


windmill
Kincir air ialah pemandangan ikonik di Zaanse Schans

Tapi dua tempat ni ialah tarikan utama di Zaanse Schans:

Catharina Hoeve Cheese Farm


Catharina Hoeve Cheese Farm
Catharina Hoeve Cheese Farm

Catharina Hoeve Cheese Farm ialah tempat pembuatan keju tradisional yang terkenal di Zaanse Schans. Bila masuk ke sini, rambang mata aku bila tengok pelbagai jenis keju yang memenuhi ruang bangunan kedai ni!

Kiteorang meluangkan masa melihat demonstrasi ringkas proses pembuatan keju dan mencuba beberapa jenis keju — daripada yang lembut hingga yang lebih matang dan beraroma kuat. Keju kat sini boleh bawak balik dan tahan lama kalau simpan dalam peti sejuk. Keju yang dijual dibuat menggunakan microbial rennet dan bukan animal rennet jadi Insha Allah halal.


Catharina Hoeve Cheese Farm
Pengunjung boleh rasa dulu keju sebelum beli

Catharina Hoeve Cheese Farm
Lepas berjalan-jalan merasa keju dalam kedai, kiteorang singgah pulak di muzium pembuatan keju yang terletak dalam bangunan yang sama

Dari Catharina Hoeve Cheese Farm, kiteorang ke tarikan utama kedua di Zaanse Schans:

Klompenmakerij: Melihat Pembuatan Clogs (Terompah Belanda) Tradisional

Terompah kayu ni tak asing lagi di negara Belanda. Di Klompenmakerij, pengunjung boleh melihat sendiri tukang membuat terompah kayu Belanda terkenal di dunia daripada bongkah kayu dan pahat. Kalau dulu terompah kayu ni dibuat dengan tangan dengan sepasang kasut dihasilkan sehari, tapi zaman sekarang terompah kayu ni dibuat dengan menggunakan mesin dan mengambil masa beberapa minit je untuk dihasilkan. Terdapat jugak pameran clog antik yang dipamerkan di sini.


Klompenmakerij
Melihat demonstrasi membuat clog dan jugak pameran clog antik. Sempat posing dengan patung Miffy iaitu watak kartun terkenal di Belanda.

Klompenmakerij
Antara clog yang yang dipamerkan di sini, clog yang diperbuat dari batu Swarovsky (gambar bawah, kanan) yang paling menarik perhatian aku.

zaanse schans
Dari kawasan pameran dan bengkel pembuatan clog, kiteorang melangkah masuk ke kedai yang menjual pelbagai corak, warna dan saiz clog. Selain tu, ada jugak kasut canvas yang menarik dan pelbagai cenderahati yang lain

zaanse schans
Posing dengan clog gergasi dan clog yang dijual di sini


Sebenarnya banyak lagi tarikan lain di Zaanse Schans antaranya Zaans Museum and Verkade Experience, Windmill Museum, Bakery Museum de Gecroonde Duyvekater dan Jisper House tapi tak sempat nak teroka semua tempat sebab kiteorang malas nak beratur panjang. 

Antara kiteorang bertiga, Jen yang paling teruja dapat ke sini sebab dia dapat jejak semula tempat-tempat yang pernah dikunjungi oleh mendiang mak dia yang pernah melancong ke sini. Sampai aku pun rasa terharu bila tengok Jen ambik gambar dekat lokasi yang sama dengan lokasi mendiang mak dia pernah ambik gambar.

Semoga ada rezeki untuk ke sini lagi dengan keluarga pulak sebab tempat ni memang sangat cantik dan penuh bersejarah 😍.

Next entry, aku bawak korang jalan-jalan ke Van Gogh Museum pulak. Stay tuned!

Program Cuti Sekolah Anjuran Microsoft, Canva & Apple Education

Cuti sekolah ni kiteorang tak ke mana-mana sebab dah balik kampung seminggu sebelum cuti sekolah. Disebabkan Suami Terchenta kena jaga ofis hujung tahun ni, maka kiteorang pun duduk melangut dekat rumah je 😅.

Tapi syukurlah cikgu kelas ada berkongsi beberapa program cuti sekolah dalam talian yang dianjurkan oleh Microsoft, Canva dan Apple Education. Program ni terbuka untuk semua pelajar dari sekolah rendah sampai la sekolah menengah, tak kira sekolah bawah KPM atau sekolah swasta:


program cuti sekolah
Program anjuran Apple Professional Learning - membuat e-book menggunakan iPad

Ada satu lagi sesi pada hari ni. Kalau tak sempat join sesi, boleh masuk link Telegram dan tonton ulangan sesi lepas di YouTube

program cuti sekolah
Belajar AI menerusi aplikasi Minecraft Education

program cuti sekolah
Program ni masih lagi berlangsung sampai 30 Disember. Cuma satu je masalahnya - kena login guna ID DELIMa, jadi kalau siapa yang takde ID DELIMa tu agak terhad sikit guna sesi trial / demo lessons

program cuti sekolah
Student Lab Canva akan berlangsung minggu depan sampai 7 Januari 2026

program cuti sekolah
Akan ada tugasan membuat projek melalui aplikasi Canva

Untuk kesemua program ni, kena ada peranti (komputer / tablet Android / iPad) dan install aplikasi Zoom / Microsoft Teams, Canva dan Minecraft Education. Untuk program khusus menggunakan iPad, kena pastikan ada aplikasi Keynote, Garageband, Reality Composer (untuk membuat AR) dan iMovie.


program cuti sekolah
Khayla tengah belajar mencipta AR (augmented reality) menggunakan Reality Composer 

Anak-anak akan dapat sijil penyertaan jadi jangan lepaskan peluang ni untuk dieorang mendapat kemahiran baru / future skills. Mak-mak pun boleh jugak menempel tengok dieorang belajar sambil tu belajar sekali hihi.

Pengalaman Membuat Ujian Saringan Kesihatan di Klinik Kesihatan (NHSI)

Pertama sekali, terima kasih Sis Ezna sebab berkongsi cara membuat temujanji di Klinik Kesihatan melalui aplikasi MySejahtera 😅. Aku puji inisiatif KKM sebab aplikasi MySejahtera tu tak terkubur macam tu je, tapi dikembangkan lagi fungsinya untuk membuat temujanji klinik pulak selepas zaman pandemik. Tak jadi la uninsall MySejahtera hehe.

Rupa-rupanya ada banyak jenis temujanji yang kita boleh buat di MySejahtera. Kita ni noob pasal benda-benda ni hehe.


MySejahtera
Sekarang tak perlu call untuk buat temujanji, bukak je MySejahtera dan pilih temujanji apa yang kita nak

Aku pilih untuk buat temujanji Ujian Saringan Kesihatan Kebangsaan (National Health Screening Initiative). Pilih masa awal pagi sebab nak mengelak ramai orang, sekali sampai memang tak ramai pun sebab agaknya ramai yang bercuti kan hihi.


klinik kesihatan Kuala Lumpur
Aku pilih ke Klinik Kesihatan Kuala Lumpur sebab yang paling dekat dalam sistem


Temujanji pukul 9 pagi dan aku sampai 10 minit awal untuk ambik nombor giliran di kaunter 10. Sempat ambik gambar langkah pengambilan ubat ulangan kaunter KK KL untuk rujukan lain kali.


klinik kesihatan Kuala Lumpur
Langkah pengambilan ubat ulangan kaunter KK KL

Lepas ambik nombor giliran, kena tunggu pulak untuk mendaftar di kaunter pendaftaran. Masa ni kena tunjuk Mykad dan bayar RM1. Selesai mendaftar, aku tunggu pulak giliran di bilik saringan kesihatan (bilik 5).


Klinik Kesihatan Kuala Lumpur
Tak ramai orang jadi banyak kerusi kosong. Tak tau la kalau pergi hari biasa macamana pulak

Bila nombor aku dipanggil, aku pun masuk dan first sekali, kena ambik tekanan darah. Ambik tekanan darah je dah failed! 🤭 Tinggi bacaan tekanan darah aku, tapi aku bagitau terus-terang aku nervous sebenarnya sebab dah lama tak pergi appointment  klinik. Aku dah stop pergi ke Hospital KPJ Ampang Puteri sejak bulan Mei lepas sebab rasa macam tak de keperluan (sebab monitor sendiri tekanan darah dan paras gula setiap hari di rumah). Bacaan dekat rumah pagi tu elok je normal (121/88), tapi bila sampai klinik dubdabdubdab pulak rasanya tu yang naik sampai terus jadi tak normal kat klinik (150/90) 😅. Aku terus-terang cakap aku memang ada darah tinggi dan kencing manis. Nurse suruh aku tunggu untuk jumpa doktor di bilik nombor 20 pulak lepas tu.

Mungkin sebab aku bagitau aku ada sejarah darah tinggi dan kencing manis, jadi takde pulak kena check paras gula, BMI dan kena ambik darah. Tapi masa jumpa doktor, aku tunjuk laporan bacaan darah aku beberapa bulan lepas dekat doktor lepas tu dia terus buatkan temujanji untuk ambik darah dan jugak temujanji dengan pengurusan diabetik. Mungkin sebab dia dah tengok laporan bacaan darah aku tu kot jadi dia rasa tak perlu nak buat ujian saringan yang lain-lain tu.


Klinik Kesihatan Kuala Lumpur
Bulan April nanti baru datang semula untuk ujian darah


Lepas tu aku explain yang aku nak bertukar dari klinik pakar swasta ke klinik kerajaan sebab jarak KK yang lebih dekat dengan rumah dari hospital KPJ Ampang Puteri. Doktor tu kata takde masalah cuma mungkin kena tukar ubat sebab klinik kerajaan tak bekalkan ubat yang prescribed by my previous doctor. Ubat-ubat yang aku ambik sekarang ni memang agak mahal - ubat diabetes je RM190+ sekotak. Jadi setiap bulan aku menghabiskan lebih dari RM300 untuk ubat-ubatan je kalau insurans dah exceed limit

Aku nasihatkan mana yang masih muda dan belum ada penyakit kronik tu, korang ambik la insurans kesihatan peribadi jangan setakat bergantung dengan medical benefit tempat kerja je, kalau tak jadi macam aku ni kena keluarkan out-of-pocket expenses untuk ubat-ubatan bila dah kena penyakit kronik 😮‍💨. Bersyukur jadi rakyat Malaysia sebab ada alternatif iaitu klinik kerajaan yang cuma perlu bayar RM1 je untuk dapatkan rawatan dan ubat-ubatan. Kalau jadi rakyat US, agaknya kena buat GoFundMe untuk survive.

Keseluruhan masa yang diambik untuk temujanji di KK cuma setengah jam je. Mungkin sebab tak ramai orang hari ni kot. Proses dari ambik nombor giliran, pendaftaran dan pemeriksaan memang smooth dan teratur je. Petugas klinik dan doktor pun baik dan mesra. Kesimpulannya, aku memang kagum dengan tahap perkhidmatan di klinik kesihatan Kuala Lumpur 👍🏻.

Menginap di Raia Hotel & Convention Centre

Disebabkan flight Firefly kiteorang tiba-tiba ditukarkan ke awal pagi (9 pagi dari pukul 11 pagi), jadi kiteorang terpaksa bermalam di hotel untuk mengelak traffic jam yang teruk di Samarahan.

Harga semalam untuk bilik Superior Twin ialah RM231.14. Sebab utama kiteorang pilih hotel ni ialah lokasinya yang betul-betul berdepan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Selain dari tu, hotel ni ada shuttle service untuk penumpang yang hendak ke lapangan terbang (mengikut jumlah tetamu yang berdaftar dengan hotel). Jadi tak perlu la kiteorang book Grab esok paginya.


Raia Hotel & Convention Centre
Lobi hotel

Selepas check-in dan ambik kunci, kiteorang terus naik ke bilik. Bilik kami ada 2 buah katil single, tapi cukup untuk menampung kiteorang 4 beranak dengan selesa. Biliknya cantik, bersih dan selesa. Cuma masa kiteorang masuk ke bilik tu, ada bau yang kurang menyenangkan dari bilik air. Tapi lepas aku sembur minyak wangi dan flush toilet, bau tu pun hilang.


superior twin room
Bilik Superior Twin

Bilik hotel ni takde bathtub tapi ruang mandinya cukup besar dan selesa.


Raia Hotel & Convention Centre
Ruang mandi

Raia Hotel & Convention Centre
Kelengkapan mandi

Raia Hotel & Convention Centre
Tandas

Raia Hotel & Convention Centre
Kemudahan membancuh minuman

Bagi aku, bilik hotel ni memuaskan dan cukup selesa untuk transit passengers. Yang penting dekat dengan lapangan terbang, harga berpatutan dan ada shuttle service untuk ke lapangan terbang. Tapi kalau nak stay sini dan melancong ke Kuching, bagi aku lebih baik cari hotel dalam bandaraya Kuching tu sendiri.