Salam Isnin kawan-kawan,
Bersambung cerita jalan-jalan ni dari sini:
- Jalan-jalan ke Eropah Musim Panas 2025: Stopover di Istanbul
- Jalan-jalan ke Eropah Musim Panas 2025: Welcome back to London!
- Jalan-jalan Ke Eropah Musim Panas 2025: London Hari Ke-2
- Jalan-jalan Ke Eropah Musim Panas 2025: London/UK Hari Ke-3
- Jalan-Jalan Ke Eropah Musim Panas: London/Paris
- Jalan-jalan Ke Eropah Musim Panas 2025: Chateau de Versailles
- Jalan-jalan Ke Eropah Musim Panas 2025: Paris (Bahagian 1)
- Jalan-Jalan ke Eropah Musim Panas 2025: Paris (Bahagian 2)
- Jalan-jalan Ke Eropah Musim Panas 2025: Paris/Amsterdam
Trip ke Amsterdam ni sebenarnya tak de dalam perancangan awal kiteorang tapi disebabkan tiket penerbangan dari Amsterdam ke KL lebih murah dari tiket penerbangan London - KL, maka Amsterdam ni pun menjadi salah satu destinasi yang dilawati. And it was worth it! Sebelum ni aku ingatkan Amsterdam ni tak de apa-apa yang menarik tapi sangkaan aku meleset sama-sekali. Amsterdam ialah bandar yang sangat cantik, dan vibe nya pun tak macam London dan Paris.
Di Amsterdam, orang tempatan dan pelancong tak tergesa-gesa nak ke mana-mana (kecuali bila naik basikal je dieorang suka bawak laju2 haha), dan waktu lunch kebiasaannya dieorang beli lunch dan duduk lepak di tebing terusan. Dekat sini kiteorang merasai suasana yang lebih santai berbanding di London dan Paris.
![]() |
| Pemandangan orang lepak di tebing terusan ni sambil menikmati makan tengahari dan melihat angsa berenang ialah sesuatu yang biasa di Amsterdam |
Pemandangan yang menarik di Amsterdam semestinyalah pemandangan terusan di sekitar Amsterdam. Ke mana-mana kiteorang pergi pasti disajikan dengan pemandangan ni:
![]() |
| Pemandangan terusan Amsterdam #1 (Canals of Amsterdam) |
![]() |
| Pemandangan terusan Amsterdam #2 |
![]() |
| Pemandangan terusan Amsterdam #3 |
Bak kata kawan aku Susan, "Kita akan tengok canal hari-hari sampai nak termuntah!" 😂. Sebabnya kat mana-mana je akan jumpa jambatan 😅. Oh ya, Amsterdam ialah bandar yang mesra pejalan kaki. Jadi kiteorang jarang-jarang naik metro / tram. Sudahnya dekat Amsterdam ni kiteorang berjalan lebih dari 20 ribu langkah setiap hari. Kalau dekat Malaysia pun macam ni confirm kurus dah tahun depan 😜.
![]() |
| Laluan pejalan kaki yang luas memudahkan kita berjalan kaki ke mana-mana |
Tapi kalau malas jalan kaki, boleh je sewa basikal cuma kiteorang malas sebab: A, kiteorang geli-geleman tengok orang kat sini bawak basikal laju-laju; B, takut basikal kena curi dan kena bayar ganti rugi; C, susah nak tengok map kalau bawak basikal.
![]() |
| Aku snap gambar basikal ni sebab comel dihiasi dengan kepingan Lego |
OK, sambung cerita dari entry sebelum ni. Sementara tunggu bilik kiteorang ready, kiteorang pergi cari tempat makan yang terdekat. Kiteorang singgah makan di St. Paul's sebab ada diskaun dekat aplikasi TheFork.
![]() |
| St. Paul's. Aku pesan vegetarian food dekat sini |
Lepas makan, kiteorang bersiar-siar di sepanjang terusan Amsterdam. Terusan Amsterdam (Canals of Amsterdam) tersenarai dalam salah satu tapak warisan UNESCO pada tahun 2010. Ianya dibina pada Zaman Keemasan Belanda (Dutch Golden Age) 400 tahun dulu. Dekat Amsterdam ni ada 100 buah terusan dan 1500 jambatan. Sebab tu la Susan kata by the time kiteorang balik, kiteorang akan naik muak tengok terusan dan jambatan sebab itu je la pemandangan trademark Amsterdam! 😂
Pukul 3 petang hotel mesej bagitau bilik dah siap. Kiteorang balik ke hotel untuk angkut beg naik ke bilik dan aku pulak nak solat jamak. Lepas tu sepatutnya sambung jalan-jalan ke tempat yang jauh sikit dari hotel tapi end up kawan-kawan aku je yang pergi sebab aku penat dan mengantuk giler, jadi aku buat keputusan tinggal di bilik untuk berehat sementara kawan-kawan aku pulak keluar bersiar-siar.
Bila bangun dari tidur, aku tengok kawan-kawan aku masih belum pulang. Memandangkan hari masih terang lagi, aku pun buat keputusan keluar sorang-sorang bersiar-siar menikmati pemandangan bandar Amsterdam. Masa ni aku banyak ambik gambar bangunan-bangunan menarik dan bersejarah di sekitar Amsterdam, antaranya:
![]() |
| Westerkerkchurch - sebuah gereja Protestan yang dibina pada abad ke-17. Menara gereja ni ialah menara gereja tertinggi di Amsterdam dengan ketinggian 87 meter. |
![]() |
| Magna Plaza - asalnya ialah sebuah ibu pejabat Pos Amsterdam, ianya sekarang menempatkan pusat membeli-belah |
![]() |
| Amsterdam Tulip Museum yang mempamerkan pelbagai jenis bunga tulip untuk peminat-peminat tulip |
![]() |
| Pemandangan bandar Amsterdam |
![]() |
| Ada macam-macam lauk yang aku dah tak ingat nama, tapi yang atas sekali tu ialah sate ayam dengan kuah kacang yang sedap. Total dinner aku ialah €31. |
Itu je la cerita jalan-jalan di Amsterdam hari pertama. Hari kedua kiteorang keluar dari bandar Amsterdam untuk ke beberapa lokasi menarik. Stay tuned!













Cantiknya negara dorg kan. Nampak dalam gambar cantik, in real mesti lagi cantik.
ReplyDeleteMemang cantik bandar Amsterdam ni Cie. Rasa tenang dan santai je jalan2 dekat sini.
Deleteyayyy best giler i baca entry ni. i dh save the link siap2 heheh in case i jadik gi amsterdam next year, bolehlah i refer info dlm entry u ni..anywway, u tak masuk ke dlm tulip museum tu?
ReplyDeleteSemoga ur trip jadi next year! Best tau jalan2 kat Amsterdam ni, vibe kat sana chill dan relax je. Masa jalan sorang2 ni, dah petang MZ. Tulip Museum tu dah tutup. Plus, unlike kat UK, nak masuk museum kat Amsterdam kena bayar.
DeleteCantiknya bangunan kat sini Carneyz....banyak ya terusan / canal kat sana ya.....
ReplyDeleteYe sis Ezna, mmg typical Dutch architecture. Seronok jalan2 sambil admire architecture bangunan2 kat sana.
DeleteSubahanallah, bangunan yang unik..cantik pemandangan..Pasti teruja melihat..Pujilah Allah..
ReplyDeleteBetul, bila kita jalan2 ni boleh hayati kehebatan ciptaan manusia di negara lain tapi semua ilham tu datang dari Yang Maha Pencipta
DeleteCantik view! Takpela hari hari tengok pun, tenang Nampak...hehe..Sedap Nampak makanan tu yeee! Lepas hajat kalau teringin Makan makanan Melayu Indon gituu..
ReplyDeleteKalau jalan2 overseas dapat makan nasi memang heaven sangat Nona hehe. Akak dan kawan2 semua setuju kiteorang tak sanggup nak pindah dari Malaysia sebab tak dapat berpisah dgn nasi hihi
Deletetengok gambar pun, terasa vibes dia lain...tenang je nampaknya... macam takde nak terkejar2
ReplyDeleteYe Linda, mmg vibe kat situ chill2 je. Orang kat sana pun lepak2 dekat tebing sungai macam hari2 hujung minggu je hehe.
DeleteAmsterdam memang best kan, hope dapat ke sana lagi.
ReplyDeleteArchitecture best, vibe best, yang tak best kat mana2 orang merokok ganja. Saya yang alah dgn bau rokok ni hari kedua dah start batuk2 dan hidung berair 🤧
Deleteorang armsterdam mesti dah muak tgok canal. kita kat malaysia susah nak jumpa view2 gini
ReplyDeletecantik betul deretan rumah n kedai2 tu
Canal tu dah sebahagian dari identiti dieorang. Tengok org kat sana ramai yg ada bot sendiri. Agaknya lagi senang nak bergerak dalam Amsterdam naik bot dari naik kereta kot 😄
DeleteOkey suka view kat Amsterdam ni...cantik. instagrammable ...
ReplyDeleteYe memang lawa Amsterdam, lebih Instagrammable dari Paris & London hehe
Deletecantik view terusan di Amterdam tu...jmpa restoran halal pasti dicuba tu
ReplyDeleteAmsterdam mmg cantik kak. Lagi cantik dari London. Teringin nak ke sini masa musim bunga nak tengok bunga tulip dekat ladang bunga tulip 😍
Deleteamsterdam memang relaks... jalan-jalan...tau2 je dah sampai tempat yg dituju...
ReplyDeletesayangnya sy tak dapat nak buang masa kat canal tu...sebab kejar masa...
Sayangnya tak dapat nak enjoy view dekat canal tu. Memang best jalan2 kat Amsterdam tapi saya tak suka pergi tempat yg banyak org sbb ramai yg merokok ganja.
Delete