Pengalaman Membuat Ujian Saringan Kesihatan di Klinik Kesihatan (NHSI)

Pertama sekali, terima kasih Sis Ezna sebab berkongsi cara membuat temujanji di Klinik Kesihatan melalui aplikasi MySejahtera 😅. Aku puji inisiatif KKM sebab aplikasi MySejahtera tu tak terkubur macam tu je, tapi dikembangkan lagi fungsinya untuk membuat temujanji klinik pulak selepas zaman pandemik. Tak jadi la uninsall MySejahtera hehe.

Rupa-rupanya ada banyak jenis temujanji yang kita boleh buat di MySejahtera. Kita ni noob pasal benda-benda ni hehe.


MySejahtera
Sekarang tak perlu call untuk buat temujanji, bukak je MySejahtera dan pilih temujanji apa yang kita nak

Aku pilih untuk buat temujanji Ujian Saringan Kesihatan Kebangsaan (National Health Screening Initiative). Pilih masa awal pagi sebab nak mengelak ramai orang, sekali sampai memang tak ramai pun sebab agaknya ramai yang bercuti kan hihi.


klinik kesihatan Kuala Lumpur
Aku pilih ke Klinik Kesihatan Kuala Lumpur sebab yang paling dekat dalam sistem


Temujanji pukul 9 pagi dan aku sampai 10 minit awal untuk ambik nombor giliran di kaunter 10. Sempat ambik gambar langkah pengambilan ubat ulangan kaunter KK KL untuk rujukan lain kali.


klinik kesihatan Kuala Lumpur
Langkah pengambilan ubat ulangan kaunter KK KL

Lepas ambik nombor giliran, kena tunggu pulak untuk mendaftar di kaunter pendaftaran. Masa ni kena tunjuk Mykad dan bayar RM1. Selesai mendaftar, aku tunggu pulak giliran di bilik saringan kesihatan (bilik 5).


Klinik Kesihatan Kuala Lumpur
Tak ramai orang jadi banyak kerusi kosong. Tak tau la kalau pergi hari biasa macamana pulak

Bila nombor aku dipanggil, aku pun masuk dan first sekali, kena ambik tekanan darah. Ambik tekanan darah je dah failed! 🤭 Tinggi bacaan tekanan darah aku, tapi aku bagitau terus-terang aku nervous sebenarnya sebab dah lama tak pergi appointment  klinik. Aku dah stop pergi ke Hospital KPJ Ampang Puteri sejak bulan Mei lepas sebab rasa macam tak de keperluan (sebab monitor sendiri tekanan darah dan paras gula setiap hari di rumah). Bacaan dekat rumah pagi tu elok je normal (121/88), tapi bila sampai klinik dubdabdubdab pulak rasanya tu yang naik sampai terus jadi tak normal kat klinik (150/90) 😅. Aku terus-terang cakap aku memang ada darah tinggi dan kencing manis. Nurse suruh aku tunggu untuk jumpa doktor di bilik nombor 20 pulak lepas tu.

Mungkin sebab aku bagitau aku ada sejarah darah tinggi dan kencing manis, jadi takde pulak kena check paras gula, BMI dan kena ambik darah. Tapi masa jumpa doktor, aku tunjuk laporan bacaan darah aku beberapa bulan lepas dekat doktor lepas tu dia terus buatkan temujanji untuk ambik darah dan jugak temujanji dengan pengurusan diabetik. Mungkin sebab dia dah tengok laporan bacaan darah aku tu kot jadi dia rasa tak perlu nak buat ujian saringan yang lain-lain tu.


Klinik Kesihatan Kuala Lumpur
Bulan April nanti baru datang semula untuk ujian darah


Lepas tu aku explain yang aku nak bertukar dari klinik pakar swasta ke klinik kerajaan sebab jarak KK yang lebih dekat dengan rumah dari hospital KPJ Ampang Puteri. Doktor tu kata takde masalah cuma mungkin kena tukar ubat sebab klinik kerajaan tak bekalkan ubat yang prescribed by my previous doctor. Ubat-ubat yang aku ambik sekarang ni memang agak mahal - ubat diabetes je RM190+ sekotak. Jadi setiap bulan aku menghabiskan lebih dari RM300 untuk ubat-ubatan je kalau insurans dah exceed limit

Aku nasihatkan mana yang masih muda dan belum ada penyakit kronik tu, korang ambik la insurans kesihatan peribadi jangan setakat bergantung dengan medical benefit tempat kerja je, kalau tak jadi macam aku ni kena keluarkan out-of-pocket expenses untuk ubat-ubatan bila dah kena penyakit kronik 😮‍💨. Bersyukur jadi rakyat Malaysia sebab ada alternatif iaitu klinik kerajaan yang cuma perlu bayar RM1 je untuk dapatkan rawatan dan ubat-ubatan. Kalau jadi rakyat US, agaknya kena buat GoFundMe untuk survive.

Keseluruhan masa yang diambik untuk temujanji di KK cuma setengah jam je. Mungkin sebab tak ramai orang hari ni kot. Proses dari ambik nombor giliran, pendaftaran dan pemeriksaan memang smooth dan teratur je. Petugas klinik dan doktor pun baik dan mesra. Kesimpulannya, aku memang kagum dengan tahap perkhidmatan di klinik kesihatan Kuala Lumpur 👍🏻.

1 comment:

  1. ammi walaupun ada insurans tapi ammi tetaplah pergi KK untuk check BP ammi. so kat private mmg takde pun record BP ammi ni. Jantung ammi pun ammi refer kat Serdang dulu.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .