Jalan-jalan Ke Eropah Musim Panas 2025: Jalan-jalan di Zaanse Schans

 Sambungan dari siri jalan-jalan di Eropah musim panas ☀️:


Dari Zaandam, kiteorang menaiki tren semula dan berhenti selang 2 stesen iaitu di stesen Zaandijk Zaanse Schans


amsterdam
Dari Zaandijk, kiteorang berjalan kaki dalam 1km ke perkampungan Zaanse Schans

Sampai-sampai je, terus nampak kincir angin dan bangunan-bangunan klasik. Suasana di Zaan ni jauh berbeza dengan di Amsterdam yang moden - bila sampai di bandar ni kiteorang rasa macam kiteorang sampai ke masa silam Denmark sebab bangunan-bangunan kat sini semuanya klasik. Kalau nak merasai pengalaman unik Belanda - padang hijau, kincir angin, terusan, terompah, keju dan rumah comel - jadi Zaanse Schans ni wajib masuk dalam bucket list korang bila di Amsterdam.

Sebelum ke Zaanse Schans, kiteorang singgah di sebuah butik coklat yang terletak di Zaandijk. Butik 'Smells Like Chocolate' yang terletak dalam bangunan tradisional ni membuat coklat sendiri yang cuma boleh dibeli di kedai butik mereka. Pengunjung yang berminat belajar membuat coklat boleh buat temujanji untuk mengikuti bengkel membuat coklat di sini. 


zaandijk
Butik Smells Like Chocolate terkenal membuat dan menjual pelbagai jenis coklat single-origin

Dari Zaandijk, kiteorang kena berjalan kaki melalui sebuah jambatan angkat untuk ke Zaanse Schans.


zaan
Sempat menyaksikan jambatan ni diangkat untuk memberi laluan sebuah kapal melintasi jambatan ni

Dari jambatan ni dah dapat tengok pemandangan kincir air dan rumah-rumah tepi sungai yang comel dan berwarna-warni:


zaanse schans
Pemandangan rumah-rumah Belanda yang comel dan kincir air yang terletak di tepi sungai

zaanse schans
Selamat datang ke Zaanse Schans!

Perkataan pertama yang terlintas dalam otak aku bila tengok perkampungan Zaanse Schans ni - charming. Seluruh kampung ni comel sangat! Zaanse Schans ni ialah sebuah kampung sebenar tapi pada masa yang sama, ia merupakan muzium terbuka dan taman bersejarah. Dekat sini, kita boleh melihat gambaran sekilas tentang kehidupan Belanda abad ke-18/19.


zaanse schans
Gambaran dalam kampung Zaanse Schans. Cuaca panas ni best pulak makan aiskrim

Sebenarnya banyak tempat menarik di Zaanse Schans ni, antaranya muzium jam antik (Zaanse Time Museum), kedai cenderahati dan berjalan-jalan melihat kincir air.


windmill
Kincir air ialah pemandangan ikonik di Zaanse Schans

Tapi dua tempat ni ialah tarikan utama di Zaanse Schans:

Catharina Hoeve Cheese Farm


Catharina Hoeve Cheese Farm
Catharina Hoeve Cheese Farm

Catharina Hoeve Cheese Farm ialah tempat pembuatan keju tradisional yang terkenal di Zaanse Schans. Bila masuk ke sini, rambang mata aku bila tengok pelbagai jenis keju yang memenuhi ruang bangunan kedai ni!

Kiteorang meluangkan masa melihat demonstrasi ringkas proses pembuatan keju dan mencuba beberapa jenis keju — daripada yang lembut hingga yang lebih matang dan beraroma kuat. Keju kat sini boleh bawak balik dan tahan lama kalau simpan dalam peti sejuk. Keju yang dijual dibuat menggunakan microbial rennet dan bukan animal rennet jadi Insha Allah halal.


Catharina Hoeve Cheese Farm
Pengunjung boleh rasa dulu keju sebelum beli

Catharina Hoeve Cheese Farm
Lepas berjalan-jalan merasa keju dalam kedai, kiteorang singgah pulak di muzium pembuatan keju yang terletak dalam bangunan yang sama

Dari Catharina Hoeve Cheese Farm, kiteorang ke tarikan utama kedua di Zaanse Schans:

Klompenmakerij: Melihat Pembuatan Clogs (Terompah Belanda) Tradisional

Terompah kayu ni tak asing lagi di negara Belanda. Di Klompenmakerij, pengunjung boleh melihat sendiri tukang membuat terompah kayu Belanda terkenal di dunia daripada bongkah kayu dan pahat. Kalau dulu terompah kayu ni dibuat dengan tangan dengan sepasang kasut dihasilkan sehari, tapi zaman sekarang terompah kayu ni dibuat dengan menggunakan mesin dan mengambil masa beberapa minit je untuk dihasilkan. Terdapat jugak pameran clog antik yang dipamerkan di sini.


Klompenmakerij
Melihat demonstrasi membuat clog dan jugak pameran clog antik. Sempat posing dengan patung Miffy iaitu watak kartun terkenal di Belanda.

Klompenmakerij
Antara clog yang yang dipamerkan di sini, clog yang diperbuat dari batu Swarovsky (gambar bawah, kanan) yang paling menarik perhatian aku.

zaanse schans
Dari kawasan pameran dan bengkel pembuatan clog, kiteorang melangkah masuk ke kedai yang menjual pelbagai corak, warna dan saiz clog. Selain tu, ada jugak kasut canvas yang menarik dan pelbagai cenderahati yang lain

zaanse schans
Posing dengan clog gergasi dan clog yang dijual di sini


Sebenarnya banyak lagi tarikan lain di Zaanse Schans antaranya Zaans Museum and Verkade Experience, Windmill Museum, Bakery Museum de Gecroonde Duyvekater dan Jisper House tapi tak sempat nak teroka semua tempat sebab kiteorang malas nak beratur panjang. 

Antara kiteorang bertiga, Jen yang paling teruja dapat ke sini sebab dia dapat jejak semula tempat-tempat yang pernah dikunjungi oleh mendiang mak dia yang pernah melancong ke sini. Sampai aku pun rasa terharu bila tengok Jen ambik gambar dekat lokasi yang sama dengan lokasi mendiang mak dia pernah ambik gambar.

Semoga ada rezeki untuk ke sini lagi dengan keluarga pulak sebab tempat ni memang sangat cantik dan penuh bersejarah 😍.

Next entry, aku bawak korang jalan-jalan ke Van Gogh Museum pulak. Stay tuned!

1 comment:

  1. kincir angin dan terompah tu memang trademark utk holland. rumah warna-warni tu cantik sgt2!! kalau i betul2 jd fly to amsterdam (tentatively May), memang wajiblah nak dtg posing2 kat sini...but again sbb its gonna be a work trip, so tak dptlah nak bwk all the boys (so far plannya i'll be flying with my hubby again, mcm time gi swiss hari tu).. ok tak sbr nak baca ur next entry!!

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .