Kita kembali dengan siri jalan-jalan ke Eropah Musim Panas ☀️.
Sebelum tu boleh follow siri ni dari awal dekat entri sebelum ni:
Hari kedua di Amsterdam dihabiskan dengan bersiar-siar di luar bandar Amsterdam. Dari Amsterdam Central, kiteorang menaiki tren ke Zaandam. Perjalanan cuma mengambil masa lebih kurang 12 minit dan harga tiket tren pulak ialah €3 sehala.
Sedikit later belakang tentang Zaandam. Ia ialah sebuah bandar di Belanda yang terkenal dengan seni binanya yang unik, yang sering menyerupai "bandar Lego kehidupan sebenar," dan berdekatan dengan Amsterdam. Ia adalah bandar utama perbandaran Zaanstad di wilayah Holland Utara, yang terletak di sungai Zaan, dan merupakan destinasi lawatan sehari yang popular kerana lokasinya boleh diakses dengan menaiki tren. Tarikan utama termasuk kawasan Zaanse Schans yang bersejarah, yang menampilkan kincir angin dan rumah bersejarah, dan Hotel Inntel, yang terkenal dengan reka bentuk yang bertindan dan berwarna-warni.
OK jom aku bawak korang jalan-jalan di Zaandam 😄:
 |
| Keluar dari stesen tren Zaandam terus nampak tulisan besar ni |
 |
| Bangunan di sini betul-betul macam bangunan LEGO 😅 |
 |
| Bangunan rumah canal di sepanjang terusan di sini |
Bandar ni terkenal dengan seni bina modennya, dengan banyak bangunan yang mempunyai rupa yang tersendiri, berwarna-warni dan seperti mainan Lego sehingga mendapat jolokan sebagai “real life LEGO City”. Setiap sudut tempat ni memang cantik kalau nak ambik gambar estetik.
 |
| Tingkap atas bumbung yang berwarna-warni |
 |
| Kalau dah sampai sini wajib la ber posing bagai 🤭 |
 |
| Posing dengan kasut clog iaitu kasut tradisional masyarakat di negara Belanda ni |
Dalam banyak-banyak bangunan di sini, bangunan yang paling unik ialah Hotel Inntel yang terkenal dengan reka bentuk yang bertindan dan berwarna-warni.
 |
| Hotel Inntel. Harga semalam boleh tahan mahal jugak la, lepas campur cukai dan caj lain, harganya mencecah RM600+ semalam. Tapi kalau setakat nak merasa pengalaman duduk di hotel ni boleh je cuba |
 |
| Hotel ni sengaja direka bentuk seakan-akan bangunan rumah yang disusun bertindan. Mengingatkan aku dengan Howl’s Moving Castle 😄 |
 |
| Pemandangan hotel ni dari dekat |
Sebelum bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Zaanse Schans, kiteorang singgah bersarapan pagi di Bagels & Beans, tak jauh dari stesen tren Zaandam.
 |
| Kafe Bagel & Beans |
 |
| Aku pesan hot chocolate (€3.75) dengan whipped cream (+€0.50) dan Mozzarella di Bufala vegan bagel (€7.75) |
Kafe ni menawarkan beberapa jenis roti bagel (white, sesame, whole wheat, tomato-raisin, vegan dan everything). Cream cheese tu pun boleh pilih jugak (plain, chives, Thai sweet chili, walnut-honey, pesto & sundried tomatoes) dan kesemuanya ialah vegan cheese. Total sarapan pagi di sini ialah €12.
Dah setel isi perut, moh ler kita gerak ke destinasi seterusnya. Ke manakah? Tunggu next entry ye 🤭
30 Comments
Cantik bangunannya memang macam lego. Terletak elok je.
ReplyDeleteYe, Zaandam bandar yang paling cantik di Amsterdam yang saya pernah pergi. Macam bandar LEGO je hehe
Deletesemuga dapat jejak ke obesi..
ReplyDeleteBoleh tu Sodep, Insha Allah. Start dengan Hat Yai ke, Batam ke 😄 Sislin sibuk mengajak ke Batam tahun depan. Boleh dah start menabung dari skrg hehe
Deleteagaknya salah satu impian peminat lego adalah datang ke sini... ;-)
ReplyDeletetak dinafikan memang cantik dan warna cat pun mainkan peranan...
Anies dulu sempat tak ke Zaandam? Dekat je dgn Amsterdam, tak sampai 15 minit naik tren dah sampai sini
DeleteWahh dah lain sangat dari dulu. Makin cantik dan bertambah binaan nya.
ReplyDeleteOh, agaknya macamana la rupa masa Kak Mulan pergi dulu ye? 😅
DeleteWah…cantik menarik sangat seni binanya. Rasanya setiap sudut nak dipotretkan.
ReplyDeleteBetul Kak Ujie. Habis semua spot kiteorg amik gambar. Ni sikit je saya tunjuk kat blog hihi
DeleteSeperti hampir takde awan... macam tak percaya
ReplyDeleteMusim sumber mmg langit cerah je Uncle.
DeleteCantiknya bandar ni! The real Lego town. Warna warni, tak jemu nak berposing
ReplyDeleteBetul sis. Semua sudut nak ambik gambar. Teringin nak stay dekat Hotel Inntel tu tapi mahal harga duduk dekat situ 😅
DeleteCantik bangunan dan pemandangan di sana.
ReplyDeleteSangat cantik Eyma. Tak menyesal pergi ke sana.
Deletesubahallah biru sungguh langitnya takde tompok2 awan! bangunan pun cantik betul senibinanya!
ReplyDeleteMusim panas langit cerah je. Senibina di Zaandam ni mmg unik sangat Ana.
DeleteBetul² macam Lego..terasa macam mainan pula
ReplyDeleteAah, kalau tak silap dekat situ ada kedai LEGO yg besar jugak.
DeleteBestnya dapat jalan-jalan tempat orang macam nie..
ReplyDeleteAlhamdulillah Kak Sue, rezeki dapat jalan2 ke tempat orang. Semoga yg lain pun dapat merasa rezeki yg sama 🤗
Deletelawanya bandar ni! moga2 ada rezeki i nak jejak kaki ke sini thn dpn. hotel Inntel tu sgt lah awesome! ur OOTD pulak matchy2 dgn hotel tu. perfect sgt!
ReplyDeleteHopefully MZ dapat sampai ke sini jugak! Tak susah nak ke sini, selang 2 station je kalau tak silap. Keluar je dari train station terus nampak bangunan LEGO ni
DeleteSubhanallah cantiknya..ye la macam lego dan Carneyz pun match the colour outfitnya...
ReplyDeleteAah kebetulan pulak SA 😅 padahal tak Google pun rupa bandar ni sbb itinerary Amsterdam mmg serah bulat2 dekat kawan saya hehe
DeleteSetidaknya setelah baca ini dan melihat aneka foto nya, saya tahu harus pakai outfit warna apa kalau kesana. Jangan sampai warna baju sama dengan warna bangunan 🤣.
ReplyDeleteCantiiiiik sangat kotanya, bangunannya ❤️❤️. Raka yg pernah kesini dulu, saat masih tinggal di Bonn, Jerman. Krn tak jauh dari Belanda kan. Saya mau ajak anak2 kalau nanti ke Belanda.
Mujur baju saya walaupun sama2 warna hijau tapi masih kelihatan dalam gambar 😅
DeleteYa, Zaandam ni cantik sangat, tak menyesal sampai ke sini 😍
Bestnya travel ni..nak cakap Subanahanallah segalanya indah ciptaan Allah..ukiran seni bina pada akal manusia yang cerdik pandai walau limited..Luasnya Dunia ni..macam2 panorama .
ReplyDeleteYa alhamdulillah dikurniakan rezeki dan nikmat travel melihat dunia luar yang sangat asing dari suasana di negara sendiri ☺️
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .