Aktiviti Hari Ahad

Selepas Subuh, kiteorang keluar untuk aktiviti brisk walking di Tanjung Batu. Kali ni anak-anak pun ikut sekali sebab dieorang nak bermain di tepi pantai. Sementara anak-anak ambil angin di tepi pantai dengan Suami Terchenta, aku pulak pergi brisk walk sorang-sorang. Sambil berjalan aku layan view cantik sepanjang laluan brisk walk:


Langit yang cerah tanpa tompokan awan memantulkan warna biru ke permukaan air laut

Sampan nelayan di gigi air

Imej pokok di atas permukaan air seakan-akan pantulan cermin

Terapi mata...

Selesai brisk walk, aku pun join dieorang lepak di tepi pantai sambil menikmati suasana tepi laut. Suami Terchenta dan Khadeeja tengah melempar batu ke dalam air bertanding batu siapa yang paling banyak 'melompat' atas air sebelum tenggelam. Dua beranak ni pantang jumpa air tak kira la air laut ke, air sungai ke, memang tu la aktiviti kegemaran dieorang.


Aktiviti anak-beranak bila lepak di tepi pantai

Bila hari dah semakin panas, aku ajak dieorang ke pasar tamu sebab nak cari udang galah lagi, tapi kali ni nak cari udang galah bersaiz besar dengan penyepit biru. Alhamdulillah kali ni langkah kanan, dapat la beli sebekas (6 ekor semuanya) dengan harga kayangan - terbang RM100 untuk sebekas udang galah ni 😅 Takpe, sekali-sekala kan...


Seekor ni sebesar tapak tangan aku, uolls!

Terjumpa ulat sagu / ulat mulong jugak di pasar. Yang ni harga mur-mur pun tak sanggup aku nak beli 😅

Rezeki aku terjumpa peniaga menjual telur ikan terubok jugak. Ni pun benda 'rare', susah nak dapat. Sebekas harganya RM10. 

Balik dari pasar tamu, kiteorang singgah sarapan pagi di restoran Mangkok Bocor. Aku pesan mee kolok tendon, yang lain pesan mee kolok daging. Rasanya ok la, walaupun daging tendon tu kenyal sikit. Boleh repeat tempat ni lain kali.


Mee kolok tendon di Mangkok Bocor

Tengahari tu, mak masak udang galah cincang untuk makan tengahari. Menu ni favourite kiteorang adik-beradik dari kecik lagi. Disebabkan udang galah ni mahal sejak azali, jadi nak bagi setiap orang dapat merasa udang galah, mak cincang daging udang galah supaya isinya banyak. Tumis bawang merah, bawang putih, cili dan sedikit belacan yang dah blend halus sampai naik bau, lepas tu masukkan daging udang galah yang dah dicincang tadi tu ke dalam tumisan. Yang bagi hidangan ni nampak kemerah-merahan ialah dari otak udang tu yang mak dah keluarkan dari kepala udang. Masa mak masak udang galah cincang ni, semerbak bau dekat dapur tau! Memang kelaut la diet aku sepanjang di kampung 😂.


Udang cincang ni resipi yang arwah nenek turunkan kepada mak dan seterusnya mak turunkan dekat aku dan adik-beradik lain (siapa yang rajin ke dapur laaa)

Udang galah cincang ni gaul dengan nasi panas-panas memang boleh bertambah-tambah nasi dibuatnya 🤭. Tambah-tambah lagi ada sayur midin dan telur ikan terubok masin goreng 😋. Alhamdulillah, tercapai hajat aku nak menikmati hidangan air tangan mak ni.

Sebelah malam pulak, kiteorang menghantar Suami Terchenta dan Khadeeja ke airport sebab flight dieorang malam tu. Aku dan Khayla pulak balik petang Selasa. Alhamdulillah, dieorang selamat sampai ke rumah pukul 12.45 pagi. Esoknya dah nak sekolah. Nasib baik la Khadeeja sekolah sesi petang 😅.


Bye, Khadeeja!

Pesta Gudi (Pesta Layang-layang) @ Bintulu International Kite Festival (BIKF)

Salam Isnin kawan-kawan,

Selamat kembali ke sekolah buat anak-anak. Cuti seminggu ni rasa sekejap je kan. Pejam celik pejam celik, dah habis cuti. Suami Terchenta dan Khadeeja dah balik ke KL malam tadi. Aku dan Khayla pulak ada urusan dan akan pulang ke KL pada hari Selasa ni, Insha Allah.

Kebetulan masa kiteorang balik ke Bintulu cuti sekolah baru-baru ni, berlangsungnya Pesta Layang-layang (atau dalam bahasa Sarawak, Gudi) yang sekarang ni dikenali sebagai Bintulu International Kite Festival (BIKF). Seramai 160 peserta dari 29 buah negara menyertai BIKF pada tahun ni. Meriah kan?


Pesta Layang-layang Bintulu
Bintulu International Kite Festival 2025 yang berlangsung dari 17 - 21 September 2025

Acara ni diadakan pada bulan September setiap tahun. Tak pasti pulak bila ianya mula-mula dianjurkan, tapi dulu masa aku masih menetap dan bekerja di Bintulu, setiap tahun memang tak pernah fail bawak anak-anak ke BIKF menyaksikan layang-layang dari seluruh pelusuk dunia. 


Bintulu International Kite Festival (BIKF)
Masa ni umur Khadeeja baru setahun lebih, sekarang dah tingkatan satu ☺️

Alhamdulillah tahun ni keadaan cuaca dan angin memberikan kerjasama yang baik walaupun 2-3 hari selepas aku sampai dari KL cuaca asyik hujan je dari pagi ke tengahari 😅. Tapi bila pesta ni bermula, helokkk pulak panas terik dan berangin. Mungkin sebelum penganjur menetapkan tarikh pesta, dieorang dah rujuk dengan pakar meteorologi dan ramalan kaji cuaca terlebih dulu kot.


Bintulu International Kite Festival (BIKF)
Pemandangan layang-layang gergasi berterbangan di langit biru di landasan lapangan terbang lama Bintulu

Bintulu International Kite Festival (BIKF)
Macam-macam binatang ada - ikan paus, cicak, buaya, ikan pari...

Pesta Layang-layang Bintulu
Close-up view

Selain dari pertunjukan layang-layang, ada jugak persembahan layang-layang 'menari' berirama. Yang ni memerlukan koordinasi antara pemain layang-layang untuk membuat pusingan serentak macam kita tengok pertunjukan udara jet pejuang masa acara perbarisan Hari Kebangsaan.


Pesta Layang-layang Bintulu
Layang-layang ni 'menari' mengikut lagu yang dimainkan

Tahun ni ada sedikit kelainan sebab sebelah malam ada pertunjukan layang-layang dengan lampu LED. Tapi kiteorang malas nak keluar tengok sebab dah pergi siang hari. Korang boleh cari je dekat reel Instagram atau Tiktok.


Pesta Layang-layang Bintulu
Ni la masanya nak tengok sotong terbang 😂 Nasib baik bukan lembu atau oink oink terbang!

Pesta Layang-layang Bintulu
Layang-layang ikan pari dengan corak Jalur Gemilang. Berapa lama la agaknya masa diperlukan untuk buat layang-layang gergasi bermacam-macam bentuk ni?

Pesta Layang-layang Bintulu
Di seberang jalan ada banyak gerai-gerai yang menjual pelbagai barangan terutama makanan dan minuman untuk menarik lebih ramai pengunjung ke BIKF, selain menjana pendapatan peniaga tempatan

Pesta Layang-layang Bintulu
Wide lens view. Alhamdulillah cuaca elok dan langit pun cantik je dengan tompokan awan putih


Pesta Layang-layang Bintulu
Selfie sekeping sebagai bukti kedatangan tahun ni 😄

Ke Pasar Tamu Bintulu Sekali Lagi

Pasar Tamu Bintulu

Lepas orang servis aircond datang ke rumah, aku dan mak ke pasar tamu sebab nak beli bahan-bahan untuk masak tengahari. Kali ni dah ramai peniaga di pasar tamu. Jom tengok apa yang menarik dijual di sini:


Sayur paku segar dipetik dari hutan. Sedap tumis dengan belacan Bintulu 👍🏻 Yang kat bawah tu aku tak tau daun apa, lupa nak tanya mak 😜

Sayur midin seikat RM3. Makan dengan linut dan sambal belacan sedap! 🤤


Cuba teka ni apa? Hint: Kalau dimakan mentah, boleh mabuk dibuatnya
  
Sayur yang lazim di Sarawak - ensabi Iban / sawi Iban. Rasanya pahit sikit. Sama ada ditumis atau diawet untuk dibuat pekasam, ada yang gelar sayur yang dah diawetkan ni 'kimchi Iban'.

Buah engkalak susu - jarang jumpa yang warna putih ni. Biasanya jumpa engkalak warna pink. Cara penyediaan - rendam dalam air panas sampai isinya lembut. Gaul dengan garam dan makan. Rasanya berlemak macam avokado, sebab tu dapat jolokan nama avokado Malaysia

Yang dalam bakul hijau tu ialah bawang dayak, menurut peniaga. Aku pun first time tengok bawang ni. Bila aku Google, rupa-rupanya banyak khasiat bawang dayak dan dijadikan sebagai ubat atau dicampur dalam masakan

Umbut kelapa ni mesti tak asing lagi dengan korang kan? Susah betul nak jumpa dekat sini, selalunya orang jual umbut nipah. Tetiba terus teringin nak makan umbut kelapa masak lemak 😋

Udang ni kiteorang panggil 'bubuk' - selalunya dijemur untuk buat belacan Bintulu

Selain dari sayur-sayuran dan hasil tangkapan sungai / laut, ada jugak gerai yang menjual hasil kraftangan anyaman. Cantik-cantik semuanya, harga pun berpatutan

Sebelum balik, singgah jugak di PUB mencari ikan kelapa. Ikan favourite aku ni, manis isinya. Biasanya aku gaul dengan serbuk kunyit dan garam, lepas tu goreng. Harga ikan ni RM6 sekilo. Memang ikan untuk rakyat marhaen.


Ikan kelapa

Kejadian hasil tangkapan di pasar tamu dan PUB. Alhamdulillah, sedap air tangan mak ❤️. Aku goreng ikan je 🤭

Aku beli udang galah jugak sebab teringin nak makan udang galah panggang. Malam tu Suami Terchenta tolong panggangkan udang dan sosej. Manis dan segar isi udang galah ni sebab udang yang ditangkap di sungai di Sebauh, bukan udang bela dalam sangkar.


Semerbak bau udang galah panggang ni 😍

Brisk Walk Dengan Suami Terchenta Sekitar Taman Perumahan Kami

Salam Jumaat bloggers kesayangan!

Ni kisah pagi semalam. Pagi-pagi lagi selepas Subuh, kami berdua suami isteri keluar berjalan-jalan mengambil udara segar pagi-pagi. Kalau kat Bintulu ni kan, senang pulak aku nak mengajak Suami Terchenta beriadah. Kat KL nan hadoooo 🤭. Nak ajak dia pergi gym, macam2 alasan dia mengelat ekkk. Mungkin faktor persekitaran yang tenang dan santai, jadi dia pun tak rasa rushed. Atau sebab kat sini Subuh awal sejam dari di KL, jadi ada masa yang panjang lepas solat Subuh sebelum dia masuk "ofis". Nasib baik boss dia bagi dia kerja remote, tu pun sebenarnya aku bising jugak sebab cuti dia tahun ni tak luak langsung. Cuti raya hari tu pun guna cuti carry forward tahun lepas. Karang aku kata dia cinta mati dengan kerja dia, merentan pulak taknak mengaku 🤣. 


Melintasi jambatan di Taman Millenium. Ada pengunjung yang pernah ternampak buaya dalam sungai bawah jambatan ni sebab jambatan ni ialah di muara sungai menuju ke laut

Dari rumah, kiteorang menuju ke kawasan kolam tak jauh dari simpang menuju ke jalan utama. Kolam ni dah wujud sejak zaman aku kecik lagi, cuma aku tak pasti sama ada ianya buatan manusia atau kolam semulajadi. Kolam ni menyimpan banyak cerita mistik which aku pernah experience sendiri masa keluarga kiteorang menetap di rumah berdepan dengan kolam ni. Jeng... jeng... jeng...! Korang nak baca pengalaman mistik aku tak? 👻


Kolam Perkampungan Orang Bunian


Pernah satu masa sebelum ni, BDA (Lembaga Kemajuan Bintulu) buat aktiviti mencantikkan taman ni, tapi sekarang, banyak kemudahan taman yang dah rosak dan tak ditukar, rumput pun dibiarkan panjang.

Dulu-dulu kan, orang selalu sebut kawasan kolam ni kawasan perkampungan orang halus / orang bunian. Kawasan ni 'keras', kata mak aku. Kiteorang masa kecik dulu dilarang bermain di taman yang ada kolam ni kalau takde orang tua yang temankan.

Rumah kiteorang dulu berdepan dengan kolam ni. Kiranya beberapa langkah je dari pagar rumah dah sampai ke kolam. Dah namanya makhluk halus, dieorang ni suka mengacau manusia. Macamana dieorang kacau? Mak pernah mimpi setompok darah menangis dalam toilet belakang rumah dan esoknya, arwah nenek (sebelah mak) jumpa darah dalam lubang toilet (toilet jenis mencangkung). Mak pernah terjaga dari tidur sebab dengar bunyi paip air luar rumah dibukak dan air keluar sangat deras macam ada orang pulas kepala paip tu sampai habis. Mak pun dalam keadaan mamai turun ke bawah dan keluar rumah untuk tutup paip (berani kan mak?). 

Bapak masa tu takde sebab dia tengah sambung study dekat UPM Serdang, jadi mak bawak adik-adik mak (makcik dan pakcik aku) duduk sekali dengan kiteorang. Pakcik aku pernah terbangun dari tidur malam sebab dia rasa ada benda menindih dada. Rupa-rupanya ada kucing hitam tengah duduk atas dada dia sambil merenung pakcik aku. Tiba-tiba datang seekor kucing putih melompat dan kejar kucing hitam tu sampai dua-dua hilang dari pandangan. Kucing-kucing tu sah-sah la jelmaan makhluk tu sebab kiteorang tak bela kucing dalam rumah.

Masa kecik dulu, kiteorang adik-beradik tidur di bilik sendiri. Satu malam tu, mak terjaga sebab aku yang masa tu baru umur 2 tahun datang ke bilik dia mengadu ada kucing hitam masuk menyelinap ke bawah almari. Masalahnya almari bilik kiteorang jenis built in. Apa lagi, mak terus angkut kiteorang adik-beradik masuk tidur ramai-ramai dalam bilik dia.  

Benda ni selalu menampakkan diri pada waktu senja. Aku sendiri yang nampak masa umur aku 5 tahun dan kakak aku, 6 tahun. Kiteorang ternampak bayangan seorang perempuan berjubah putih dan berambut panjang sampai ke lantai, berjalan di tepi rumah, tak menoleh kiri kanan. Yang aku ingat, perempuan tu cantik, kurus tinggi lampai ala-ala model. Tapi dalam otak kiteorang, perempuan tu macam mak. Kiteorang macam kena pukau, mati-mati ingat tu mak. 

Dengan yakinnya, kiteorang panggil-panggil dia, "Mak! Mak!" tapi dia buat tak endah je dan terus berjalan menuju ke kolam (masa ni mak dekat tingkat atas, tengah solat Maghrib rasanya). Aku dan kakak aku pun cuba nak bukak pagar grille sliding door yang menghadap ke kolam ni, nak ikut 'mak'. Nasib baik mak dah mangga pagar grille tu supaya kiteorang tak dapat nak bukak pintu sendiri. Lepas perempuan tu hilang dari pandangan, barulah kiteorang tersedar yang tu bukan mak. Kalau kiteorang ikut jugak, entah-entah kiteorang dah menetap di alam lain masa ni 😅.

Cuma aku bersyukur level kena kacau tak teruk sangat la. Takde la sampai merasuk, tunjuk muka menakutkan, atau mencederakan kiteorang. Jadi aku rasa dieorang ni mungkin bunian Islam. Sekarang ni, dah tak dengar lagi cerita pelik-pelik dekat area kolam ni. Mungkin dieorang dah pindah ke kawasan hutan di Bukit Nyabau tak jauh dari sini kot, jauh dari pembangunan dan penempatan manusia.


Pokok bercabang 4 ni cantik sangat, tapi kalau malam-malam 'ngutik' bak kata orang Sarawak (nampak menyeramkan)

Sambung kisah brisk walking pulak. Dari kolam ni, kiteorang berjalan ke Taman Millenium pulak. Taman ni taman yang paling besar dekat area rumah kiteorang ni. Ada banyak kemudahan untuk pengunjung beriadah di taman ni - gelanggang bola keranjang, gelanggang petanque, outdoor gym, trek basikal, taman permainan kanak-kanak, kemudahan bermain papan roda dan batu urut refleksologi. Taman ni meriah dengan kehadiran pengunjung pada sebelah petang dan hujung minggu. Sebelah pagi biasanya akan jumpa warga emas beriadah di sini.


Pondok rehat dengan design bumbung menyerupai topi terendak Melanau

Laluan ni mengingatkan aku dengan Taman Botani KL sebab banyak pokok-pokok rimbun dengan akar timbul

Satu lagi bumbung yang diinspirasikan dari design topi terendak Melanau


Tak sangka kat sini pun ada e-scooter, tapi macam defeat the purpose pergi beriadah kalau naik ni instead of berjalan kaki sambil mengeluarkan peluh


Dirasmikan oleh bekas YDP Sarawak, Allahyarham Tun Taib Mahmud 15 tahun lepas

View ni lawa sangat! Dalam bulatan tu boleh buat refleksologi kaki sebab ada batu refleksologi 

Water Garden yang ditaja oleh ABF, salah satu subsidiari Petronas

Sayang, tempat ni dulunya cantik sangat tapi sekarang ni terbiar dan tak diselenggara dengan baik

Kangkung dalam kolam sihat-sihat dan gemuk-gemuk

Aku rasa kecewa bila tengok keadaan Taman Millenium yang daif sangat! Tak macam masa aku masih menetap di Bintulu beberapa tahun lepas. Fasiliti yang rosak tak diganti / memakan masa berbulan-bulan dan silap-silap bertahun-tahun untuk diganti / dibaiki. Semuanya nampak usang. Harap pihak BDA boleh buat inisiatif mengecat semula pondok berehat dan fasiliti yang nampak usang tu selang beberapa tahun. Kalau tak, beberapa tahun lagi mesti dah hilang tarikan Taman Millenium dekat penduduk yang tinggal berhampiran dan pengunjung-pengunjung dari luar.

Dah pusing satu Taman Millenium tu, kiteorang pun patah balik ke rumah. Total steps aktiviti brisk walk tak sampai 5 ribu langkah pun dan jarak laluan brisk walk kiteorang cuma 2km lebih je. Kalau tak mengenangkan aku dah panggil orang datang servis aircond pagi tu, mau aku ajak Suami Terchenta brisk walk sampai ke Tanjung Batu 😆. Confirm boleh dapat 20k langkah sebab jarak pergi-balik je dah 10km.

Jalan-Jalan ke Pasar Pagi dan Tamu Bintulu

Salam pagi Khamis kawan-kawan semua,

Pejam celik pejam celik, ehhhh dah hari Khamis rupa-rupanya. Tak terasa masa berlalu bila balik kampung 🤭.

Pagi semalam lepas Subuh aku dengan semangatnya ajak Suami Terchenta dan mak pergi ke Tamu Bintulu. Ingatkan pasar kat sini bukak awal pagi macam dekat pasar Chow Kit, tapi bila kiteorang sampai dekat Tamu Bintulu tengok peniaga baru nak keluarkan dan susun sayur-sayuran 😅. Mak aku kata silap pasar kau pergi ni, pagi-pagi lagi peniaga selalunya berkumpul di pasar pagi dulu. Hairan jugak kenapa dieorang tak terus berniaga di Tamu Bintulu je. 


Bintulu market
Sendu je Tamu Bintulu pagi-pagi

Kalau kat Bintulu orang ajak korang pergi PUB, korang jangan cepat melatah tau. Kemungkinan besar dieorang ajak cari ikan dekat Pasar Utama Bintulu, bukan ke kelab malam 😆

Mak cerita asalnya pasar pagi tu untuk pemborong sayur-sayuran beli sayur dari petani secara pukal, tapi lama-kelamaan dah jadi pasar tani biasa pulak. Apapun yang bestnya dekat pasar pagi ni konsepnya ala-ala drive-thru. Customer beli ikut tingkap kereta, lepas tu peniaga hantar barang ke kereta 😅. Kau haderr??


Tak payah turun dari kereta, drive-thru aje!

Tapi kiteorang takde la drive-thru sebab mak aku suka berjalan-jalan sambil meninjau sayur-sayuran yang dijual kat sini. Terapi mata katanya. Arum bulak (kata orang Sarawak, bermaksud cakap besar atau secara exaggerate), setiap pagi dia singgah di pasar pagi ni cuci mata tengok sayur-sayuran.


pasar pagi bintulu
Antara sayur-sayuran yang dijual di pasar pagi. Kat sini penjual hampar atas jalan raya je, senang nak angkut bawak balik lepas pukul 9 pagi

kulat sawit
Favourite aku ni - kulat sawit. Masak rebus letak belacan, bawang merah, ikan bilis dan cili padi. Sedappp

Balik dari pasar pagi, kiteorang singgah di restoran Jom Ngeteh. Jangan tanya kenapa nama kedai ni macam bahasa Semenanjung, sebab aku pun tak tau 😅. Mungkin owner pernah kerja di sana. Tujuan utama kiteorang ke sini ialah nak singgah sarapan mee sapi Ahim, satu lagi makanan favourite aku setiap kali balik kampung.


halal food
Mungkin sebab cuti sekolah, suasana lengang je. Kalau hari biasa, susah nak dapat meja kosong kat sini sebab biasanya staff Petronas / kontraktor singgah sarapan di sini lepas habis syif malam 

mee kolok
Mee sapi Ahim yang legend di Bintulu dan ada fan base tersendiri 😄