Salam Jumaat bloggers kesayangan!
Ni kisah pagi semalam. Pagi-pagi lagi selepas Subuh, kami berdua suami isteri keluar berjalan-jalan mengambil udara segar pagi-pagi. Kalau kat Bintulu ni kan, senang pulak aku nak mengajak Suami Terchenta beriadah. Kat KL nan hadoooo ðŸ¤. Nak ajak dia pergi gym, macam2 alasan dia mengelat ekkk. Mungkin faktor persekitaran yang tenang dan santai, jadi dia pun tak rasa rushed. Atau sebab kat sini Subuh awal sejam dari di KL, jadi ada masa yang panjang lepas solat Subuh sebelum dia masuk "ofis". Nasib baik boss dia bagi dia kerja remote, tu pun sebenarnya aku bising jugak sebab cuti dia tahun ni tak luak langsung. Cuti raya hari tu pun guna cuti carry forward tahun lepas. Karang aku kata dia cinta mati dengan kerja dia, merentan pulak taknak mengaku 🤣.
![]() |
Melintasi jambatan di Taman Millenium. Ada pengunjung yang pernah ternampak buaya dalam sungai bawah jambatan ni sebab jambatan ni ialah di muara sungai menuju ke laut |
Dari rumah, kiteorang menuju ke kawasan kolam tak jauh dari simpang menuju ke jalan utama. Kolam ni dah wujud sejak zaman aku kecik lagi, cuma aku tak pasti sama ada ianya buatan manusia atau kolam semulajadi. Kolam ni menyimpan banyak cerita mistik which aku pernah experience sendiri masa keluarga kiteorang menetap di rumah berdepan dengan kolam ni. Jeng... jeng... jeng...! Korang nak baca pengalaman mistik aku tak? 👻
Kolam Perkampungan Orang Bunian
![]() |
Pernah satu masa sebelum ni, BDA (Lembaga Kemajuan Bintulu) buat aktiviti mencantikkan taman ni, tapi sekarang, banyak kemudahan taman yang dah rosak dan tak ditukar, rumput pun dibiarkan panjang. |
Dulu-dulu kan, orang selalu sebut kawasan kolam ni kawasan perkampungan orang halus / orang bunian. Kawasan ni 'keras', kata mak aku. Kiteorang masa kecik dulu dilarang bermain di taman yang ada kolam ni kalau takde orang tua yang temankan.
Rumah kiteorang dulu berdepan dengan kolam ni. Kiranya beberapa langkah je dari pagar rumah dah sampai ke kolam. Dah namanya makhluk halus, dieorang ni suka mengacau manusia. Macamana dieorang kacau? Mak pernah mimpi setompok darah menangis dalam toilet belakang rumah dan esoknya, arwah nenek (sebelah mak) jumpa darah dalam lubang toilet (toilet jenis mencangkung). Mak pernah terjaga dari tidur sebab dengar bunyi paip air luar rumah dibukak dan air keluar sangat deras macam ada orang pulas kepala paip tu sampai habis. Mak pun dalam keadaan mamai turun ke bawah dan keluar rumah untuk tutup paip (berani kan mak?).
Bapak masa tu takde sebab dia tengah sambung study dekat UPM Serdang, jadi mak bawak adik-adik mak (makcik dan pakcik aku) duduk sekali dengan kiteorang. Pakcik aku pernah terbangun dari tidur malam sebab dia rasa ada benda menindih dada. Rupa-rupanya ada kucing hitam tengah duduk atas dada dia sambil merenung pakcik aku. Tiba-tiba datang seekor kucing putih melompat dan kejar kucing hitam tu sampai dua-dua hilang dari pandangan. Kucing-kucing tu sah-sah la jelmaan makhluk tu sebab kiteorang tak bela kucing dalam rumah.
Masa kecik dulu, kiteorang adik-beradik tidur di bilik sendiri. Satu malam tu, mak terjaga sebab aku yang masa tu baru umur 2 tahun datang ke bilik dia mengadu ada kucing hitam masuk menyelinap ke bawah almari. Masalahnya almari bilik kiteorang jenis built in. Apa lagi, mak terus angkut kiteorang adik-beradik masuk tidur ramai-ramai dalam bilik dia.
Benda ni selalu menampakkan diri pada waktu senja. Aku sendiri yang nampak masa umur aku 5 tahun dan kakak aku, 6 tahun. Kiteorang ternampak bayangan seorang perempuan berjubah putih dan berambut panjang sampai ke lantai, berjalan di tepi rumah, tak menoleh kiri kanan. Yang aku ingat, perempuan tu cantik, kurus tinggi lampai ala-ala model. Tapi dalam otak kiteorang, perempuan tu macam mak. Kiteorang macam kena pukau, mati-mati ingat tu mak.
Dengan yakinnya, kiteorang panggil-panggil dia, "Mak! Mak!" tapi dia buat tak endah je dan terus berjalan menuju ke kolam (masa ni mak dekat tingkat atas, tengah solat Maghrib rasanya). Aku dan kakak aku pun cuba nak bukak pagar grille sliding door yang menghadap ke kolam ni, nak ikut 'mak'. Nasib baik mak dah mangga pagar grille tu supaya kiteorang tak dapat nak bukak pintu sendiri. Lepas perempuan tu hilang dari pandangan, barulah kiteorang tersedar yang tu bukan mak. Kalau kiteorang ikut jugak, entah-entah kiteorang dah menetap di alam lain masa ni 😅.
Cuma aku bersyukur level kena kacau tak teruk sangat la. Takde la sampai merasuk, tunjuk muka menakutkan, atau mencederakan kiteorang. Jadi aku rasa dieorang ni mungkin bunian Islam. Sekarang ni, dah tak dengar lagi cerita pelik-pelik dekat area kolam ni. Mungkin dieorang dah pindah ke kawasan hutan di Bukit Nyabau tak jauh dari sini kot, jauh dari pembangunan dan penempatan manusia.
![]() |
Pokok bercabang 4 ni cantik sangat, tapi kalau malam-malam 'ngutik' bak kata orang Sarawak (nampak menyeramkan) |
Sambung kisah brisk walking pulak. Dari kolam ni, kiteorang berjalan ke Taman Millenium pulak. Taman ni taman yang paling besar dekat area rumah kiteorang ni. Ada banyak kemudahan untuk pengunjung beriadah di taman ni - gelanggang bola keranjang, gelanggang petanque, outdoor gym, trek basikal, taman permainan kanak-kanak, kemudahan bermain papan roda dan batu urut refleksologi. Taman ni meriah dengan kehadiran pengunjung pada sebelah petang dan hujung minggu. Sebelah pagi biasanya akan jumpa warga emas beriadah di sini.
![]() |
Pondok rehat dengan design bumbung menyerupai topi terendak Melanau |
![]() |
Laluan ni mengingatkan aku dengan Taman Botani KL sebab banyak pokok-pokok rimbun dengan akar timbul |
![]() |
Satu lagi bumbung yang diinspirasikan dari design topi terendak Melanau |
![]() |
Tak sangka kat sini pun ada e-scooter, tapi macam defeat the purpose pergi beriadah kalau naik ni instead of berjalan kaki sambil mengeluarkan peluh |
![]() |
Dirasmikan oleh bekas YDP Sarawak, Allahyarham Tun Taib Mahmud 15 tahun lepas |
![]() |
View ni lawa sangat! Dalam bulatan tu boleh buat refleksologi kaki sebab ada batu refleksologi |
![]() |
Water Garden yang ditaja oleh ABF, salah satu subsidiari Petronas |
![]() |
Sayang, tempat ni dulunya cantik sangat tapi sekarang ni terbiar dan tak diselenggara dengan baik |
![]() |
Kangkung dalam kolam sihat-sihat dan gemuk-gemuk |
Aku rasa kecewa bila tengok keadaan Taman Millenium yang daif sangat! Tak macam masa aku masih menetap di Bintulu beberapa tahun lepas. Fasiliti yang rosak tak diganti / memakan masa berbulan-bulan dan silap-silap bertahun-tahun untuk diganti / dibaiki. Semuanya nampak usang. Harap pihak BDA boleh buat inisiatif mengecat semula pondok berehat dan fasiliti yang nampak usang tu selang beberapa tahun. Kalau tak, beberapa tahun lagi mesti dah hilang tarikan Taman Millenium dekat penduduk yang tinggal berhampiran dan pengunjung-pengunjung dari luar.
Dah pusing satu Taman Millenium tu, kiteorang pun patah balik ke rumah. Total steps aktiviti brisk walk tak sampai 5 ribu langkah pun dan jarak laluan brisk walk kiteorang cuma 2km lebih je. Kalau tak mengenangkan aku dah panggil orang datang servis aircond pagi tu, mau aku ajak Suami Terchenta brisk walk sampai ke Tanjung Batu 😆. Confirm boleh dapat 20k langkah sebab jarak pergi-balik je dah 10km.
No comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .