Petang semalam keluar rumah kejap jumpa kontraktor nak bincang pasal perubahan layout kabinet dapur. Aku bawak anak-anak sekali sebab dieorang dah habis PDPR (cikgu-cikgu kena Covid jadi belajar melalui PDPR minggu ni).
OK, dah settle meeting dengan kontraktor kiteorang melencong ke No.10 Cafe di Bangunan D7 dekat Sentul Timur. Anak-anak ajak minum petang so aku layan je la.
Reka dalaman kafe ni santai dan retro, sesuai kalau nak minum petang dengan kawan-kawan atau keluarga.
Kat sini menu minum petang yang ada ialah pastri seperti wafel dan croissant, roti bakar, kek, sandwich, kentang goreng, nuget ayam dan lain-lain. Tapi dieorang ada jugak menu berat macam nasi dan pasta.
Dah namanya minum petang, dieorang ni pilih nak makan wafel dengan krim putar dan strawberry. Dieorang enjoy je makan sampai licin, rasanya sedap la tu kot.
Aku pulak ambik roti bakar inti kaya dan butter. Butter dia tebal, puas hati.
Suka suasana santai di kafe ni sebab pemandangan hijau kat luar kafe. Feeling minum petang kat obersi. Kalau tukar matawang ke pound sterling, murah kot makan kat sini. Tiber 😆
Akhir-akhir ni mudah sangat aku sakit kepala. Sama ada sebab cuaca panas atau perut masuk angin, aku pun tak pasti. Kadang-kadang resdung pun boleh menyebabkan sakit kepala. Bila dah berdenyut-denyut tu, adui... tak tahan rasanya!
Selama ni aku suka ambik Panadol Actifast bila sakit kepala / bila datang bulan. Tapi baru-baru ni aku terbaca artikel di laman web Sinar Harian tentang jenis-jenis Panadol dan kegunaannya. Baru aku tau yang Panadol Actifast ni sebenarnya tak berapa sesuai untuk aku yang ada darah tinggi!
Jom kita tengok jenis-jenis Panadol yang dijual di farmasi:
1. Panadol Actifast (PCM 500mg, Sodium 173mg)
![]() |
Kredit imej: sinarharian.com.my |
Panadol ni mempunyai kandungan garam yang tinggi yang mempercepatkan penyerapan PCM pada usus kecil supaya kesannya cepat bertindak, tetapi tak sesuai untuk orang yang menghidapi darah tinggi.
2. Panadol Optizorb (PCM 500mg)
![]() |
Kredit imej: sinarharian.com.my |
PCM jenis itu mengandungi calcium carbonate, alginic acic dan crospovidone. Hasilnya, ubat akan lebih cepat hancur di dalam badan dan PCM lebih mudah dan cepat diserap. Tiada kandungan garam, oleh itu ia sesuai untuk pesakit darah tinggi.
3. Panadol Extra (PCM 500mg, Caffeine 65mg)
![]() |
Kredit imej: sinarharian.com.my |
Sesuai untuk masalah sakit kepala, migrain, sakit belakang, sakit gigi dan lain-lain disebabkan kandungan kafein dan PCM untuk mengurangkan kesakitan yang teramat sangat.
Namun, tidak sesuai untuk ibu mengandung dan menyusukan.
4. Panadol Soluble (PCM 500mg, Sodium 427mg)
![]() | |
|
Fungsinya untuk melegakaan ketidakselesaan disebabkan demam selsema, dan sesuai untuk orang yang tidak boleh menelan PCM dalam bentuk tablet. Hanya larutkan dalam segelas air dan minum. PCM ni mengandungi garam yang tinggi jadi tak sesuai untuk penghidap darah tinggi.
5. Panadol Menstrual (PCM 500mg, Pamabrom 25mg)
![]() |
Kredit imej: sinarharian.com.my |
Ia digunakan untuk wanita yang mempunyai masalah senggugut ketika datang haid. Ini kerana pamabrom mempunyai kesan diuresis yang boleh menyingkirkan lebihan air yang terkumpul disebabkan perubahan hormon semasa datang haid.
Yang ni memang wajib ada kat rumah sebab hampir setiap bulan ada masalah sengugut dan bagi aku berkesan melegakan sakit senggugut tu.
6. Panadol Extend (PCM 665mg)
![]() |
Kredit imej: sinarharian.com.my |
PCM ini mempunyai 2 lapisan bagi memanjangkan tempoh penyerapan ubat untuk kesan sehingga 8 jam. Ia sesuai untuk melegakan kesakitan otot, belakang, sakit tulang dan sakit-sakit sendi.
Sumber artikel: "Jangan silap makan panadol, ini jenis-jenis panadol yang wajib kita tahu fungsi dan kegunaannya", https://m.sinarharian.com.my/mobile-article?articleid=183134
Jodoh, rezeki dan ajal ialah rahsia Tuhan.
Sejujurnya aku terkejut bila BFF aku tiba-tiba bagitau dia akan menikah. Jumpa bakal suami tahun lepas, know-know nikah tahun ni. Tahun 2022 ni memang tahun kejutan. Raya terkejut, BFF kawen pun terkejut. Itulah dinamakan jodoh.
Ada jugak orang yang cari jodoh bertahun-tahun tapi masih belum bertemu. Aku doakan agar dipertemukan mereka di dunia ni. Again, ni semua rahsia Tuhan. Kita cuma boleh berdoa sebab Allah knows what's best for them.
Pagi tadi tergerak hati nak check dekat bahagian komen kat portal blogger.com ni. Pastu aku perasan ada beberapa komen yang muncul kat situ tapi tak muncul kat blog. Eh, pelik betul. Aku try refresh blog URL beberapa kali pun tetap sama...
Pastu aku pergi lagi kat homepage blogger.com ni dan letak cursor dekat komen yang tak muncul tu. Rupa-rupanya komen tu kena filter spam, sebab tu tak muncul. Terpaksalah aku tick 'Not spam' satu persatu.
Kepada kawan-kawan blogger yang meninggalkan komen tapi tak dapat respond tu, minta maaf ye. Baru sedar yang komen korang blogger filter as spam pulak huhu... Korang ada tak experience benda ni?
![]() |
Nanti kita reply komen Kakmim ni ye |
‘Siapa nak ikut Wa Liza jalan-jalan esok?’ (Wa = gelaran pangkat ‘Along’ untuk pakcik/makcik sulung di Sarawak)
‘Nak! Nak!’
Amboi, bersemangatnya anak-anak aku nak keluar jalan-jalan dengan kakak aku. OK la tu, daripada terperap je kat rumah main gajet, melukis dan layan Netflix. Sesekali kena jugak keluar menghirup udara segar.
Disebabkan dah sedia maklum jem kat Bukit Bintang tu ditambah pulak dengan masalah nak cari parking, maka kiteorang pun naik pengangkutan awam je ke sana. Mula-mula kena ambik LRT ke Stesen Titiwangsa dan lepas tu bertukar pulak ke monorel ke Bukit Bintang:
![]() |
Dalam monorel menuju ke Bukit Bintang |
Bukit Bintang ni dulunya terkenal dengan Plaza Low Yat tempat mencari gajet, telefon dan laptop murah. Tapi sekarang Bukit Bintang lebih terkenal sebagai syurga makanan antarabangsa di KL. So itulah tujuan kiteorang ke sini, nak mencuba kunafa dan aiskrim dari Korea yang tengah viral sekarang.
1. Papa Kanafa
Destinasi pertama kami ialah Papa Kanafa. Papa Kanafa ni brand franchise berasal dari Kuwait. Papa Kanafa terkenal di negara Timur Tengah dengan manisan tradisi masyarakat sana iaitu kunafa (juga dikenali sebagai knafeh, kunefe, kanafeh, kenafeh, knafeh, kunafah, kunafeh, konafa, knafa dan sewaktu dengannya).
Tapi malangnya masa kiteorang sampai tu belum lagi dibuka - yang dah bukak cuma kedai shawarma di sebelahnya. Tu pun orang dah start beratur panjang.
Tukar plan, naik MRT ke destinasi seterusnya |
2. Restoren Chef Faez
Jadi plan pun bertukar. Kiteorang naik MRT pulak ke Stesen Tun Razak Exchange. Destinasi seterusnya ialah Restoran Chef Faez yang terletak di Menara Technip Energies 38 di Imbi.
Since dah sampai kat sini, kiteorang terus order lunch nasi arab sekali. Suami Terchenta order lamb shank sebab dia memang peminat lamb shank, dan kakak pulak order ayam mandi.
Tengah tunggu makanan sampai, Chef Faez tiba-tiba muncul. Apa lagi, pelanggan-pelanggan teruja nak bergambar, jumpa celebrity chef katakan. Bukan setakat makcik-makcik dan gadis-gadis yang excited, bapak2 yang tengah dukung anak pun semangat mengajak Chef Faez posing.
Chef Faez pegi tiap-tiap meja tanya pelanggan OK tak makanan. Memang peramah orangnya. Dah alang-alang dia pergi ke meja kiteorang, kiteorang pun ambik peluang bergambar sekali.
Bagi aku makanan kat sini OK lah, cuma nasi Arab dia tak cukup sifat. Maksud aku, selalunya nasi Arab ni dihidangkan dengan sos salsa / sambal Arab dan salatoh (salad). Tapi kat sini cuma ada nasi dan lauk ayam / kambing. Tapi walaupun tak cukup sifat, nasi dan ayam / lamb shank sedap. Still, perasaan tu macam makan nasi ayam tapi takde tomato / salad dan sambal nasi ayam. Missing.
Kunafa dia pulak - sedap! Tak berderai bila dipotong. Lapisan atas disiram dengan air gula manakala kat bawah pulak ialah lapisan keju. Rasa manis air gula tu masuk pulak dengan rasa masin keju. Bila kita tarik, cheese dia panjang je macam kita tarik pizza. Haa, itulah kesukaan anak-anak aku. Sepinggan kunafa tu dieorang berdua je yang makan. Kiteorang yang dewasa ni sempat la rasa sesuap sebelum dihabiskan anak-anak.
Lamb shank tu besar sangat, sesuai la dengan harganya RM50. Sampaikan Suami Terchenta tak boleh habiskan, dia mintak tapau untuk makan malam / tengahari besoknya. Overall OK je kat sini, cuma kat dalam panas sikit sebab centralized aircond dia macam tak berfungsi je.
Dah setel lunch, kiteorang balik semula ke Bukit Bintang. Kali ni anak-anak request nak aiskrim pulak.
3. 32 Parfait
Tak silap aku, kiteorang pernah makan aiskrim 32 Parfait ni masa jalan-jalan kat Myeongdong. Tapi ni first time kiteorang mencuba aiskrim setinggi 32cm ni di KL. Kiosk aiskrim ni bertentangan dengan Don Don Donki di Lot 10. Kedudukannya memang strategik - keluar je dari stesen MRT, terus nampak Lot 10 dan kiosk aiskrim. Nasib baik masa kiteorang pergi tu tak perlu beratur pun.
Ada macam-macam perisa aiskrim dijual di sini - vanila, coklat, strawberi, mangga, green tea, blueberry dan yogurt. Bagi aku, aiskrim ni rasanya berlemak dan sedang-sedang manis. Kalau dibandingkan dengan sundae McD, aku lebih prefer sundae McD (still tak boleh lawan aiskrim Chicken Delight di Bintulu). Keunikan aiskrim ni yang lebih tinggi dari aiskrim biasa dan jugak sebab aiskrim ni berasal dari Korea membuatkan aiskrim ni viral kat Malaysia.
Kiosk aiskrim ni kecik je dan bersebelahan pintu masuk ke Lot 10 |
Pilihan perisa aiskrim yang ada. Satu tu RM15 |
Bahagia sebab dapat aiskrim satu sorang |
4. Starbucks Reserve Bukit Bintang
Tempat ni viral as salah satu Starbucks yang tercantik di Malaysia. Bukan itu je, Starbucks ni ialah cawangan ke-300 Starbucks di Malaysia sejak cawangan pertama dibuka. Kafe ni terletak dalam bangunan Hotel Wolo. Kalau sejenis yang suka OOTD mesti suka Starbucks ni sebab lawa sangat dalamnya.
![]() |
Dari luar dah cantik |
![]() |
Dinding batu-bata, siling yang tinggi dengan tingkap tinggi melengkung menjadikan kafe ni nampak klasik dan elegan |
![]() |
Beli green tea Frappuccino kongsi 4 orang semata-mata nak duduk menikmati suasana dalam kafe Starbucks Reserve ni |
5. Kunafa Crisp
Sebelum balik, kiteorang cuba nasib sekali lagi nak beli kunafa untuk dibawak balik ke rumah. Tapi masa ni masing-masing dah penat nak menapak ke seberang jalan ke Papa Kanafa. Sudahnya kiteorang beratur di Kunafa Crisp.
Lepas 10 minit beratur dalam cuaca panas, baru kiteorang perasan ada kod QR untuk buat pesanan online. Maka kiteorang tak berlengah-lengah lagi terus order je online (walaupun tak tau sangat mana yang paling sedap, janji tak payah beratur). Kiteorang order 2 jenis kunafa (crisp cheese kunafa & cheese kunafa slice with Biscoff topping) dan kakak aku nak baklava sebab dia tak pernah cuba lagi baklava.
Pelbagai pilihan baklava |
Crisp Cheese Kunafa (harga: RM18.90) - kalau tapau balik recommended panaskan dalam microwave sekejap barulah cheese dia meleleh |
![]() |
Cheese Kunafa Slice (harga: RM12.90) - pun sedap tapi tak setanding kunafa di Restoren Chef Faez |
Semalam aku dan Suami Terchenta singgah ke Flat Sri Perak di Sentul sebab niat nak dermakan sekotak permainan yang masih elok lagi di ruang komuniti kat situ. Ikutkan hati, sayangnya nak bagi permainan tu sebab terbayang-bayang kenangan bermain dengan anak-anak masa dieorang kecik dulu. Sekarang dieorang dah besar, minat dah beralih ke gajet dan aktiviti melukis. Semua permainan kesukaan dieorang akhirnya terbiar dalam kotak mainan, sekadar mengumpul habuk dan debu. Cuma sesekali ada la Khadeeja bermain dengan koleksi patung Sylvanians. Last-last bulan lepas aku mintak anak-anak kemaskan mainan yang dah tak digunakan lagi dan lap bersih-bersih untuk didermakan.
Malangnya ruang komuniti yang jugak dikenali sebagai Ruang Kita tu tutup pulak, walaupun ada jadual bertugas yang ditampal kat situ mengatakan sepatutnya ada sukarelawan yang bertugas jam tu. Nak tinggalkan di kaki lima takut disalah ertikan membuang sampah merata-rata pulak. Sudahnya terpaksalah kami masukkan ke kotak kitar semula di tepi jalan.
Tengah keluarkan beberapa mainan yang besar dari kotak untuk masukkan ke dalam kotak kitar semula (sebab tak muat nak masukkan), lalu 3 orang budak-budak lelaki baya anak-anak kiteorang. Apa lagi, tersengih-sengih riang la dieorang dapat pilih permainan yang dieorang nak.
Bila ternampak mainan busur dan anak panah, terus salah sorang jerit, ‘ Yeay! Aku nak jadi Mat Kilau!’ Lalu disambarnya busur dengan anak panah tu dan berlari, sambil dikejar oleh kawannya yang nak berebutkan mainan tu. ‘Aku nak jugak! Aku nak!’ Jerit kawannya. Alahai, sorry la anak-anak, acik takde mainan budak-budak lelaki sangat sebab anak-anak acik perempuan!
![]() |
Kredit imej: m.imdb.com |
Tak hairanlah bila anak-anak Melayu yang berminat nak belajar silat tu tumbuh macam cendawan lepas hujan. Cuma harapnya minat tu berkekalan dan tak pudar walaupun lepas filem Mat Kilau ni dah tak lagi jadi sebutan di bibir orang ramai. Jangan pulak macam melepas batuk di tangga je.
Awal-awal masuk ke sekolah bulan Januari lepas, cikgu di sekolah anak-anak aku ajar buat duty roster di sekolah dengan cara yang kreatif.
Balik dari sekolah, dieorang dengan bersemangat nak buat duty roster jugak kat rumah. Alhamdulillah, bagusnya ajaran cikgu senang kerja mak dieorang di rumah hehe.
Haa.. ni la hasilnya. Memang berwarna-warni, siap tampal sticker hari dan ada lukisan lagi. Cuma jangan ditanya kenapa ada hari semua kerja rumah sorang je yang buat pasal jadual ni dieorang buat lepas perbincangan sesama adik-beradik dua orang tu. Mak bapak memang serahkan je pada dieorang!
Lima kelebihan mendidik anak-anak buat kerja-kerja rumah (house chores):
1. Meningkatkan kemahiran hidup anak-anak supaya boleh menguruskan diri-sendiri pada masa depan.
2. Mendisiplinkan anak-anak untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing.
3. Melahirkan generasi yang menghormati orang tua dan orang lain i.e. tak anggap mak bapak sebagai pelayan atau orang gaji di rumah.
4. Memupuk penghargaan anak-anak terhadap pekerja pembersihan seperti pengutip sampah, tukang sapu dan tukang cuci supaya mereka tak memandang rendah golongan pekerja pembersihan.
5. Mendidik anak-anak menjadi pembersih dan mementingkan tahap kebersihan di dalam dan luar rumah. Aku yakin sangat, golongan yang suka membuang sampah merata-rata tu juga pengotor di rumah akibat kurangnya didikan tentang kepentingan menjaga kebersihan.
Awal-awal masa ajar dieorang ni memang aku kena buat semula kerja yang dieorang dah buat contohnya bila dieorang basuh pinggan tak bersih aku akan basuh sekali lagi. Lama-lama dieorang pun pandai basuh pinggan dengan betul.
Selain dari buat kerja-kerja rumah, aku ajar dieorang kerja-kerja dapur contohnya masa umur 6-7 tahun aku akan serahkan tugas kopek bawang dan kupas kulit kentang kat dieorang sementara aku potong ayam / ikan / sayur. Sekarang dieorang dah besar 10 & 12 tahun dan dah tak kekok pegang pisau dan sudip. Aku cuma perlu bagi instructions je untuk benda-benda simple contohnya tanak nasi, tumis sayur, goreng ikan dan ayam dan dieorang akan buat semuanya.
Cuma bab-bab macam potong ayam dan masak lauk yang complicated sikit je la dieorang belum mahir lagi. Yang ni latihan masih lagi berjalan hehe. Kalau bab kerja rumah pulak, melipat baju pun kena selalu ajar sebab masih lagi tak memenuhi standard mak dieorang ni. Biasalah mak-mak memang pantang tengok lipat senget-senget dan tak sama saiz ni. Sapa golongan mak macam aku?