• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Wednesday, August 10, 2022

Wordless Wednesday - Sikit2 Lama2 Jadi Blogger Impian

Google Analytics


Bulan lepas, dapat 150 klik. Alhamdulillah bulan ni mencapai 250 klik. Walaupun masih merangkak2 nak naikkan search ranking, tapi jangan putus asa, kita teruskan menulis untuk tatapan kawan-kawan semua ye! 

Mula-mula menulis blog dulu, ia lebih kepada medium mencurahkan perasaan dan bercerita tentang kehidupan di tempat kerja. Tujuan blog aku ialah untuk mencari kawan baru yang sama-sama suka menulis, suka berkongsi pengalaman dan ilmu baru.  Kalau blogger dulu2 mesti tau ada fungsi chatbox di blog, salah satunya Msjbox yang dicipta oleh Suami Terchenta. Dari situ, kenal rapat dengan kawan-kawan blogger yang jugak pengguna Msjbox (korang ingat lagi tak kena bayar yuran RM10 setahun nak pakai Msjbox sbb nak bayar sewa server? Hehe). 

Bila ada anak, blog aku berkisar tentang anak-anak yang sedang membesar. Beberapa tahun lepas tu, aku mula menulis tentang pengalaman menginap di hotel-hotel memandangkan masa tu aku selalu outstation dan jugak berstatus PJJ (setiap kali melawat Suami Terchenta di KL, aku ambik peluang book hotel-hotel sekitar KL untuk bercuti dengan anak-anak). Masa ni aku berangan2 - bestnya kalau dibayar untuk review hotel.

Dan sekarang aku nak tambah satu lagi matlamat blogging iaitu jana pendapatan melalui Google Ads atau sponsorship. Cuma aku belum lagi sampai tahap tu. Doakan ye supaya angan2 aku bertukar jadi kenyataan. 

Read more »
on Wednesday, August 10, 2022 26
Share this!
Tags
Blog
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Tuesday, August 09, 2022

Apple Pay Dah Boleh Guna Kat Malaysia?

Semalam kecoh kat group kawan-kawan pengguna Apple yang sekarang dah boleh guna Apple Pay. Ramai yang tak sabar-sabar nak pakai fungsi Apple Pay ni sebab dah tak payah bawak dompet ke mana-mana bila Apple Pay dah diterima di pasaraya2 dan restoran2. 


Apple Pay Malaysia
Sumber: Twitter


Tak sampai sejam kemudian, pengumuman di laman web Ambank dan Maybank ditarik balik. Tapi pagi tadi group kembali kecoh sebab bila bukak apps Wallet, dah boleh tambah kad bank dekat Wallet. Wah, menarik ni!


Apple Pay Malaysia

Aku pun salah seorang yang mencuba fungsi ni pagi tadi.

Cara-cara tambah kad bank di aplikasi Apple Wallet:

  1. Buka aplikasi Wallet di iPhone.
  2. Tekan ikon + di sudut kanan atas.
  3. Pilih sama ada nak tambah kad debit atau kad kredit.
  4. Tekan ‘Continue’.
  5. Imbas bahagian depan kad bank, atau masukkan maklumat kad secara manual.
  6. Ikut arahan selanjutnya untuk pengesahan bank.
  7. Selepas pengesahan dibuat, kad bank akan ditambah ke dalam Apple Wallet.
  8. Ulang langkah-langkah di atas untuk tambah kad bank di Apple Watch. 

Apple Pay Malaysia
Berjaya tambah kad bank di Apple Watch

Ni pulak video Apple macamana nak guna fasiliti Apple Pay ni:




Untuk pengguna Apple Watch pulak, cuma perlu bukak app Wallet, tekan kad bank yang nak guna tu dan ikut arahan di skrin.

Nota kaki: Lepas ni pastikan iPhone korang tak hilang dan jangan simpan password merata-rata. Apple Watch pun kena letak passcode jugak kalau dah pakai Apple Pay ni. Kalau tak mau berhuhu la kalau jam hilang lepas tu duit pun hilang jugak.

Read more »
on Tuesday, August 09, 2022 10
Share this!
Tags
Lifestyle, Tips & Info
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Monday, August 08, 2022

Kesejahteraan Digital (Digital Wellbeing) - Apa yang Perlu Kita Tahu?

Zaman sekarang ni teknologi digital bukan perkara asing lagi. Hampir setiap orang di Malaysia sekarang memiliki telefon pintar, bukan setakat untuk berhubung malah untuk membuat transaksi harian seperti perbankan, membeli-belah, belajar dan bekerja. 

Tak dinafikan penggunaan teknologi digital dalam kehidupan seharian sangat memudahkan urusan kita, namun sejak akhir-akhir ni ramai pengguna teknologi mengalami keletihan digital atau 'digital fatigue' disebabkan tabiat penggunaan teknologi digital yang berlebihan (always on technology). Contohnya, tabiat membalas mesej atau email terutama atas urusan kerja atau perniagaan tidak kira masa, atau 'multitasking' menggunakan lebih dari dua peranti pada satu-satu masa.


digital wellness
Sumber imej: hp.com

Kesan daripadanya ialah hilang keupayaan untuk fokus terhadap sesuatu pekerjaan atau perkara dalam jangka masa, selain menjejaskan kesihatan fizikal apabila menghabiskan terlalu banyak masa dengan peranti digital secara statik contohnya baring atau duduk berjam-jam sambil menonton video TikTok atau Instagram sehingga mengabaikan masa bersenam atau diet seimbang.


digital wellness
Sumber imej: Google

Apa Itu Kesejahteraan Digital?

Kesejahteraan digital ialah tentang membina hubungan yang sihat dengan teknologi agar kita mendapat faedah dari penggunaan teknologi dan pada masa yang sama memastikan teknologi berada dalam kawalan kita dan bukan sebaliknya. Teknologi seharusnya menggerakkan kita ke arah matlamat kita dan bukannya melalaikan serta mengganggu tumpuan kita.


digital wellness
Sumber imej: Google

Bagaimana membina tabiat digital yang sejahtera?

  1. Perhatikan tabiat digital anda dengan bertanyakan soalan-soalan seperti bagaimana saya menghabiskan masa online? Adakah masa online itu memberi tambahan nilai kepada kehidupan saya? Apa yang ingin saya ubah tentang penglibatan saya dengan teknologi digital?
  2. Bina visi atau peranan digital dalam kehidupan seharian. Contohnya matlamat penggunaan teknologi digital ialah untuk memudahkan urusan supaya boleh meningkatkan produktiviti, maka anda perlu menyingkirkan aplikasi yang tidak menyumbang ke arah visi ini. 
  3. Pantau penggunaan teknologi menggunakan aplikasi seperti iPhone Screen Time dan Google Apps Dashboard.
  4. Buat perubahan sedikit demi sedikit ke atas tabiat digital anda supaya selaras dengan matlamat dan visi digital anda.

Tips dan Alat untuk Membantu Membina Hubungan yang Sihat dengan Teknologi Digital

Garis Panduan Digital
Gunakan ciri-ciri yang telah dibangunkan oleh perisian alat peranti anda supaya anda boleh mengawal tabiat penggunaan teknologi yang sihat seperti fungsi Wind Down, mod Do Not Disturb dan memastikan hanya notifikasi penting diaktifkan. Selain itu, letakkan aplikasi penting sahaja di homescreen telefon anda dan aplikasi yang kurang penting boleh disimpan di skrin kedua dan ketiga.


digital wellness
Sumber imej: Google


Garis Panduan Fizikal

Tetapkan batasan terhadap dunia digital seperti membuat peraturan tiada alat peranti di bilik tidur, menetapkan masa khusus untuk bersenam atau berjalan-jalan di luar dan menjadualkan masa untuk memeriksa dan menjawab email dalam kalendar anda. 

digital wellness
Sumber imej: Google

Sumber rujukan: Intro to Digital Wellbeing, Google Digital Workshop.

Nota kaki: Sebenarnya banyak juga perkara yang boleh kita belajar secara percuma di Google Digital Workshop. Contohnya tentang kesejahteraan digital ni, nampak remeh tapi aku sendiri pernah alami digital fatigue ni bilamana otak terus tak boleh fokus dan terasa 'tepu' masa bekerja dulu disebabkan tabiat menggunakan 2-3 skrin monitor (satu untuk meeting online, satu untuk bukak fail dan satu lagi untuk jawab email. Tak dinafikan masa pandemik la penggunaan teknologi digital naik mendadak hingga menyebabkan 'mental burnt out' di kalangan pekerja. Oleh sebab tu, penting untuk kita tahu macamana menjaga kesejahteraan digital.

Read more »
on Monday, August 08, 2022 8
Share this!
Tags
Lifestyle, Tips & Info
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Sunday, August 07, 2022

Lirik Lagu ‘Glimpse of Us’ (Jijo)

Malam tadi aku tak berapa lena tidur. Biasalah hari pertama period, memang perut tak selesa. Akibatnya pagi tadi telan lagi 2 biji Panadol Menstrual untuk legakan kesakitan ni.

Time-time macam ni mood jadi sedikit down. Hanya mampu terbaring tengok TV dan layan lagu-lagu ‘melancholic’. Sekarang lagu ‘Glimpse of Us’ rasa sesuai je dengan jiwa (dan badan yang tengah tak sihat ni).



“Glimpse of Us” (Jijo)

She'd take the world off my shoulders
If it was ever hard to move
She'd turn the rain to a rainbow
When I was living in the blue
Why then, if she is so perfect
Do I still wish that it was you?
Perfect don't mean that it's working
So what can I do? (Ooh)
When you're out of sight
In my mind
'Cause sometimes I look in her eyes
And that's where I find a glimpse of us
And I try to fall for her touch
But I'm thinking of the way it was
Said I'm fine and said I moved on
I'm only here passing time in her arms
Hoping I'll find
A glimpse of us

Tell me he savors your glory
Does he laugh the way I did?
Is this a part of your story?
One that I had never lived
Maybe one day you'll feel lonely 
And in his eyes, you'll get a glimpse
Maybe you'll start slipping slowly
And find me again
When you're out of sight
In my mind

'Cause sometimes I look in her eyes
And that's where I find a glimpse of us
And I try to fall for her touch
But I'm thinking of the way it was
Said I'm fine and said I moved on
I'm only here passing time in her arms
Hoping I'll find
A glimpse of us

Ooh, ooh-ooh
Ooh, ooh-ooh
Ooh, ooh, ooh

'Cause sometimes I look in her eyes
And that's where I find a glimpse of us
And I try to fall for her touch
But I'm thinking of the way it was
Said I'm fine and said I moved on
I'm only here passing time in her arms
Hoping I'll find
A glimpse of us
Read more »
on Sunday, August 07, 2022 4
Share this!
Tags
Entertainment, Lifestyle
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Saturday, August 06, 2022

'Breakfast Date' di Breakfast Spot KL

Lepas sekian lama geng BFF (BreakFast Friends) menyepi, akhirnya pagi tadi kami pergi terjah tempat sarapan baru!

Kali ni kami try sarapan di 'Breakfast Spot KL' terletak di Jalan Sin Chew Kee, Bukit Bintang. Tempat ni agak baru jugak, kalau tak silap baru beroperasi tahun ni. 


Breakfast Spot Bukit Bintang

Restoran ni diubahsuai dari rumah kedai lama dan yang menariknya ialah depan restoran ni yang menonjolkan senibina rumah kaca. 

Breakfast Spot Bukit Bintang

Sambil makan, boleh menikmati pemandangan di luar yang penuh kehijauan. Serius, memang lawa la tempat ni, kalau yg suka OOTD tu mesti akan suka tempat ni sebab setiap sudut Instagram-worthy!

Breakfast Spot Bukit Bintang

Bahagian dalam restoran pulak ruangnya agak kecik jadi kalau boleh datang awal supaya boleh dapat tempat duduk di ruang patio. Tapi kalau nak privasi, boleh jugak cari tempat duduk di tingkat atas.


Breakfast Spot Bukit Bintang

Kalau tengok nama restoran ni, mesti dah boleh agak apa menu istimewa dieorang. Tak lain tak bukan, menu sarapan pagi dan brunch la. Menu kat sini lebih kepada 'Western  breakfast' - Beef / Chicken Sheet Pan, Chicken Casserole, Egg Benedict, Cheese French Omelette, sandwic dan yang paling popular ialah DIY Breakfast sebab boleh pilih 5 daripada 20 bahan dalam menu contohnya kentang (potato wedges, mash potato, roast potato, sweet potato, hash brown), telur (sunny side up, poach egg, french omelette, scrambled egg), daging (smoked chicken sausage, smoked chicken streaky, hot & spicy chicken sausage, beef sausage) dan lain-lain (confit tomato, roast tomato, portobello mushroom, saute baby spinach, mushroom ragoat, baked bean, green salad). Menarik kan?

Kalau tak nak makan berat-berat, boleh pilih pastri macam croissant dan tart. Selain menu berkonsepkan sarapan pagi, ada jugak pelbagai menu pasta sesuai untuk brunch / makan tengahari.


Breakfast Spot Bukit Bintang
Pilihan pastri

Breakfast Spot Bukit Bintang
Blueberry tart kat sini sedap & highly recommended

Aku pilih Egg Benedict dan blueberry tart. Minuman pulak aku pilih hot chocolate, walaupun hati meronta-ronta nak pilih cappuccino atau pelbagai jenis minuman latte yang nampak menarik semuanya! 


Breakfast Spot Bukit Bintang
Blueberry tart dan hot chocolate

Breakfast Spot Bukit Bintang
Egg Benedict

Mujur jugak kami datang awal sebab 8.30 pagi dah mula ramai orang. Bila datang awal, boleh la lepak lama-lama sikit. 


Breakfast Spot Bukit Bintang
Hari ni ada ahli BFF yang baru, Alia

Breakfast Spot Bukit Bintang

Servis kat sini memang efisyen - tak sampai 10 minit order online guna kod QR yang ditampal kat meja, makanan dah sampai. 

Alamat Breakfast Spot:
2, Jalan Sin Chew Kee, Bukit Bintang KL
Waktu Operasi: 8 pagi - 6 petang
(Kawasan parking terhad jadi datang awal atau guna GrabCar)
Read more »
on Saturday, August 06, 2022 10
Share this!
Tags
Cafe and Bakery, Dining
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Friday, August 05, 2022

Bila Hantu Croissant Bercuti - Christine's @Publika

Semalam Khayla mengadu pening kepala. Lepas Subuh dia baring atas sejadah, katanya tak larat nak ke sekolah. So bapaknya suruh dia cuti je la semalam, rehat di rumah. Kalau ke sekolah pun bukan boleh belajar.

Dekat2 tengahari dia bangun, kurang sikit pening katanya. Baru je aku nak masak tengahari, tiba-tiba tak de letrik. Rupa-rupanya TNB ada kerja-kerja penyelenggaraan. Dah la dapur rumah sewa aku ni guna dapur induction. 

OK la, jom kita keluar aku bagitau Khayla. Maka mommy-daughter date la kami semalam. Khayla request nak makan croissant. Dia memang hantu croissant, kalau keluar mesti nak cari croissant.

End up kami ke Publika @ Solaris. Saja nak mencuba croissant di Christine's Bakery.


Christine's @Publika
Muka budak lapar tapi kena posing haha!

Christine's ni berkonsepkan bakery & kafe yang menjual pastri, bagel dan dessert yang dibuat fresh setiap hari. Pelanggan boleh pilih sama ada beli dan makan di kafe, atau bawak balik. Kafe dieorang pun ada jual makanan berat i.e. all-day breakfast dan jugak pasta selain minuman.


Christine's @Publika
Christine's Bakery & Cafe

Peminat croissant boleh jumpa beberapa jenis croissant kat sini antaranya almond croissant, salted egg croissant, butter croissant dan pain au chocolat (chocolate croissant). Aku sebenarnya bukan peminat croissant tapi bagi aku croissant dia lembut, tak terlalu rapuh (crumbly) dan buttery. So pass la kat tekak aku.


Christine's @Publika
Kami kongsi pain au chocolate dan cream cheese sausage. Total semua termasuk air dalam RM30+

Christine's @Publika
Muka happy dapat makan croissant

Christine's @Publika
Selain croissant ada macam-macam jenis pastri yang lain. Dessert dan makanan berat kena tengok menu restoran

Christine's @Publika
Khayla pilih 2 cream cheese sausage, ingatkan nak kongsi tapi dia sorang je makan hahaha! Nasib baik mak dia tak lapar sangat 😅

Kalau nak tengok menu Christine's yang lain, boleh pergi laman web dieorang. Mujur la Khadeeja bukan penggemar pastri dan croissant, kalau tak hijau muka dia bila dapat tau mommy & kakak pergi dating kat sini hehe... 

Read more »
on Friday, August 05, 2022 14
Share this!
Tags
Cafe and Bakery, Dining
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Friday, August 05, 2022

Seminggu Sepotong Hadis - Pintu Syurga Hanya Untuk Orang Yang Bersedekah

sedekah
Sumber: Pinterest

Terdapat 8 pintu syurga di mana orang-orang yang beramal soleh akan dipanggil untuk masuk ke syurga melalui pintu-pintu ini:

baab as-sadaqah

Orang-orang beriman yang suka bersedekah di jalan Allah sama ada kepada ibu bapa, anak-anak yatim, balu-balu, orang-orang sakit dan orang-orang miskin, maka di akhirat dia layak untuk masuk ke syurga Allah melalui Baab As-Sadaqah.

Ramai yang takut sedekah akan mengurangkan harta mereka (ya, kadang-kadang aku pun agak berat nak hulur duit untuk bersedekah sebab takut kena 'scam'), tapi sedekah ni sebenarnya banyak fadhilatnya, antaranya:

1. Mampu menyembuhkan penyakit, menolak bala, meredakan kemurkaan Allah SWT dan mencegah dari kematian yang buruk (semuanya atas keizinan Allah SWT)

2. Melipat-gandakan kekayaan dan mencukupkan rezeki orang yang bersedekah

3. Menghapuskan dosa sebagaimana air memadamkan api

4. Melindungi daripada terik matahari pada Hari Pembalasan

5. Menghilangkan cinta terhadap dunia yang fana dan mendekatkan kita kepada Allah SWT

6. Mengabulkan doa hamba-Nya

7. Membawa kepada keharmonian masyarakat

8. Pahala sedekah jariyah berterusan mengalir walaupun selepas meninggal dunia contohnya apabila kita bersedekah untuk membina masjid, pondok-pondok ilmu hatta mengajarkan satu ilmu yang kemudiannya diajar pula kepada orang lain.


sedekah senyum
Nota kaki: Senyum pun satu sedekah :)
Read more »
on Friday, August 05, 2022 6
Share this!
Tags
Lifestyle, Tips & Info
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Thursday, August 04, 2022

Ada Lagi Virus Baru? Apa Yang Perlu Kita Tahu Tentang Virus Marburg

Virus Marburg
Sumber artikel: Berita Harian

Terbaca tentang virus Marburg yang telah mengorbankan 2 nyawa di negara Ghana termasuk seorang kanak-kanak. Sama macam Covid-19, virus ni berjangkit dari kelawar buah kepada manusia dan merebak di kalangan kontak rapat. Macamana boleh berjangkit dari kelawar kepada manusia, Wallahu'alam. Buat masa sekarang belum ada vaksin lagi untuk virus Marburg ni. 

Antara simptom-simptom jangkitan virus yang menyerupai penyakit Ebola ni ialah sakit kepala, sakit otot dan demam menggigil. Penyakit ni dianggap serius sebab ia boleh mengakibatkan pendarahan dalaman, kegagalan organ dan radang pankreas. Mangsa biasanya meninggal dunia disebabkan pendarahan dalaman pada beberapa bahagian tubuh badan.

Masha Allah, macam-macam penyakit yang timbul sekarang. Mula-mula cacar monyet (monkey pox) sekarang virus Marburg pulak.  Semoga virus ni tak merebak ke negara kita. 

Teruskan jaga SOP ya kawan-kawan.

Read more »
on Thursday, August 04, 2022 4
Share this!
Tags
Lifestyle, Tips & Info
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Apa Maksud Ucapan 'Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menoa'?
    Hari ni 1 Jun, masyarakat Dayak di Malaysia menyambut Hari Gawai. Kalau di Sarawak, memang meriah sambutan Hari Gawai, sama meriah dengan sa...
  • Kimia Kebahagiaan
    Semua orang nak bahagia kan, tapi bahagia yang kekal tu tak akan tercapai sekiranya kita masih tak tahu tujuan kita diciptakan.   Petikan da...

Blog Favourite

  • SURIA AMANDA
    27 minutes ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    1 hour ago
  • My Small World
    2 hours ago
  • KasihkuAmani
    3 hours ago
  • .: ceritera Kehidupan :.
    3 hours ago
  • KakmimDotCom
    12 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    13 hours ago
  • Warisan Petani
    13 hours ago
  • Amie's Little Kitchen
    18 hours ago
  • Miles of smiles
    23 hours ago
  • Inilah Shaizhar
    1 day ago
  • a m m i
    1 day ago
  • Hari hari yang ku lalui...
    1 day ago
  • Blog Anamizu™
    1 day ago
  • orangbukit
    1 day ago
  • Sunah Sakura
    1 day ago
  • .:: My Life & My Loves ::.
    1 day ago
  • Titian Perjalanan
    1 day ago
  • mrhanafi.com
    1 day ago
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    1 day ago
  • Travel My Way
    2 days ago
  • Krabat Kramat
    2 days ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    2 days ago
  • anajingga
    2 days ago
  • Drawing the Words
    2 days ago
  • Hidup Itu Indah
    2 days ago
  • Anies♥You
    3 days ago
  • Aku Sis Lin
    3 days ago
  • LIFE WITH LOVE
    3 days ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    4 days ago
  • mulan@peace,love&harmony
    4 days ago
  • Mreneyoo
    4 days ago
  • Asa Blog
    1 week ago
  • Syazni Rahim Blog
    1 week ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    1 week ago
  • Antara Doha dan Jakarta™
    1 week ago
  • Ainihalim
    1 week ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    2 weeks ago
  • Dapur Cik- Nur
    2 weeks ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    5 weeks ago
  • Shuhaida Kabdy
    5 weeks ago
  • Afzan Sidi
    5 weeks ago
  • Blog Sal
    2 months ago
  • Ako Tetap Ako
    2 months ago
  • Kait dan Lari
    1 year ago
  • Stories About My Journey
    1 year ago
  • Sodep
    9 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.