• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Wednesday, December 28, 2022

Wordless Wednesday - Dabai

Dabai Sarawak

Dabai Sarawak

Semalam kawan aku baru balik dari Bintulu, dia mesej bagitau ada kiriman dabai dari BFF aku di sana, Donna. Wah, seronoknya! Bukan senang nak bawak dabai ke sini sebab kalau tak pandai bungkus, dabainya akan rosak dan masam dalam flight.

Sedikit info tentang dabai:

Dabai atau kembayau (nama saintifik: Canarium odontophyllum) ialah sejenis pokok buah dari genus Canarium dalam keluarga Burseraceae serumpun dengan kacang-kacang kenari dan pili. Pokok ini hanya boleh didapati dalam kawasan-kawasan (atau "bahagian") Sibu dan Kapit di negeri Sarawak.

Buahnya perlu direndam dalam air panas terlebih dahulu agar ia dapat dilembutkan sebelum dimakan dengan garam, gula, lada hitam atau kicap. Ada yang menyatakan rasa buahnya seperti buah avokado, rasa dan tekstur ia juga adakala sering dibandingkan mirip zaitun. Buah ini boleh dimakan bersama sagu mahupun dimasak jadi lauk sambal atau nasi goreng.

Bijinya juga boleh dimakan dengan rasa mirip kacang badam atau pistacio.

Sumber: Wikipedia

Dabai ni aku suka gaul dengan garam lepas direndam. Suami Terchenta pulak suka makan dabai digaul dengan kicap. Padanan lauk ialah udang rebus / ikan bakar dan sayur midin / sayur paku tumis belacan. Boleh bertambah-tambah nasi bila ada dabai dan lauk-lauk ni!
Read more »
on Wednesday, December 28, 2022 17
Share this!
Tags
Dining, Food
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Tuesday, December 27, 2022

Aktiviti Cuti Xmas

Cuti Krismas kali ni aku dan BFF dah rancang nak buat makan-makan hujung tahun merangkap birthday party untuk anak-anak.

Macam tahun-tahun ni, konsep potluck menjadi pilihan aktiviti makan-makan kami. Zura bawak appetizer (beef stew dan bread roll), aku selaku tuan rumah siapkan hidangan utama (roasted chicken, roasted vegetable dan mashed potato) dan Nurul pulak bawak pencuci mulut termasuk kek birthday.

Tup-tup pagi tu Zura mesej bagitau dia tak sempat nak belikan bread roll jadinya aku pun buat French loaf sebab tu je roti paling senang dan cepat aku boleh buat.


Christmas feast
Beef stew

Christmas feast
Roasted veggies

Christmas feast
Dari atas: Roasted chicken, French loaf dan mashed potatoes

Christmas feast
Dari atas: Pavlova, cheese tart, chocolate cupcake dan brownies

Christmas feast
Kek jeli

Asalnya aku nak buat ayam rotisserie-style yang bergolek-golek dalam ketuhar (kemain lagi excited nak merasmikan alat rotisserie dalam oven tu!) , tapi bila nak pakai rupa-rupanya skrunya longgar pulak. Huhu... kecewa. Patutnya masih ada waranti tu tapi Suami Terchenta malas nak report, dia order skru baru harga RM10 je. Patut la murah brand Rubine ni, hmm...

Pukul 12.30 majlis bermula dengan acara potong kek jeli.


Christmas feast
Berkumpul untuk menyanyi lagu Happy Birthday

Lepas potong kek, barulah acara makan-makan. Alhamdulillah, makanan memang just nice - tak lebih dan tak kurang. Cuma mashed potato je la tak boleh nak repeat sebab satu round dah abis licin!  😋


Christmas feast
Budak-budak makan kat ruang tamu dan orang dewasa duduk di meja makan

Acara seterusnya ialah bermain musical chair.  Kecoh la sekejap rumah, dengan jerit tawa, tak kurang juga drama air mata sebab tak puas hati masa berebut kerusi. Siapa yang menang dia akan pilih dulu hadiah yang disediakan (kiteorang dah sediakan hadiah untuk acara tukar-tukar hadiah) diikuti orang yang kedua terakhir dan seterusnya. Sebenarnya permainan macam ni bagus untuk mengajar budak-budak ni erti kehidupan, hidup tak semestinya menang je adakalanya kena hadap juga kekalahan dengan cekal, tak gitu? Hehe. 


Christmas feast
Acara musical chairs

Tak dilupakan ialah acara bertukar-tukar hadiah antara kiteorang bertiga. Ni memang tradisi tahunan kami, bertukar-tukar hadiah hujung tahun. Cuma tahun lepas je tak buat sebab masa tu aku dengan Zura bawak budak-budak cuti-cuti di Penang. Nurul masa tu tak dapat join sebab ada hal keluarga.

Christmas feast
Acara tukar hadiah BFF 2020

Christmas feast
Acara tukar hadiah BFF 2022


Dengan tu berakhir la aktiviti makan-makan BFF. Tahun 2020 kami bertiga je yang join aktiviti makan-makan potluck ni, tapi kali ni dengan family sekali, alhamdulillah meriah dan seronok. Semoga lepas ni ada banyak lagi aktiviti makan-makan bersama BFF dan keluarga.

Christmas feast

Read more »
on Tuesday, December 27, 2022 26
Share this!
Tags
Celebrations, Friends Ooh La La, Journal, Lifestyle
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Friday, December 23, 2022

Review: Mechamato Movie

Mechamato Movie

Korang dah tengok ke cerita Mechamato ni? Asalnya tak plan pun nak tengok sebab dah set nak pergi menonton Puss In Boots: The Last Wish. Tapi masa staycation minggu lepas, Khadeeja ajak tengok wayang dan request nak tengok Mechamato Movie. Macam biasa, bapak dia tunaikan je permintaan si anak 😅.


Mechamato Movie
Macam biasa posing dulu sebelum tayangan bermula...

Kakak Khayla pulak tunjuk muka bosan bila diajak ke wayang, katanya tak minat pun kartun Boboiboi dan Mechamato ni. Tapiiiii bila movie start je, dialah antara yang kuat mengekek dengan lawak-lawak dan aksi-aksi lucu dalam movie ni 😁

Sinopsis:
Mechamato ialah sebuah filem komedi aksi animasi mengisahkan tentang pertemuan pertama seorang budak lelaki bernama Amato dari planet Bumi dengan sebuah robot berkuasa Mechabot selepas kapal angkasa yang membawa Mechabot terhempas tidak jauh dari bandar didiami Amato. Mechabot sebenarnya sedang melarikan diri dari makhluk asing sibernetik Grakakus yang mahu mendapatkan Mechabot bagi tujuan jahatnya. Disebabkan keadaan terdesak, Mechabot mengikut Amato pulang ke rumah. Secara tidak sengaja Mechabot mengajarkan Amato menggunakan keupayaan istimewanya untuk Mechanize objek biasa menjadi peranti berteknologi tinggi selepas Amato menggunakan akal geliga memperdaya Mechabot untuk menjadi tuannya. Semasa Amato dan Mechabot diburu oleh sebuah robot, Amato dan Mechabot telah bergabung menjadi Mechabot. Grakakus yang tiba di planet Bumi untuk memburu Mechabot berdepan dengan tentangan dari Maskmana yang misteri. Dalam satu pertempuran dengan Grakakus, Maskmana telah tewas dan seterusnya Amato dan Mechabot berganding tenaga untuk menewaskan Grakakus. Berjayakah Mechamato menghalang nait jahat Grakakus?

Kalau korang peminat Boboiboi, cerita ni berbaloi untuk ditonton sebab memang tak kering gusi dengan lawak-lawak kartun dalam cerita ni. Aku suka part Amato menekan butang kejujuran di remote control Mechabot sebab Mechabot automatik akan bertukar watak dari kasar dan biadap kepada jujur dan sopan-santun. Mechabot tu nampak je kasar sebenarnya dalam hati ada taman. Kehilangan tuan lama akibat ditewaskan oleh Grakakus meninggalkan trauma kepada Mechabot sebab tu dia selalu kasar dengan Amato kerana tak sanggup kehilangan tuan baru pula. 

Aku bagi dua 👍👍 sebab jalan ceritanya yang sempoi tapi penuh aksi dan lawak yang bersahaja sepanjang cerita ni. Sesuai ditonton seisi keluarga. Bagusnya ada juga watak orang kurang upaya iaitu kawan Amato bernama Mara. Khayla dan Khadeeja berteka-teki adakah Mara ni ialah ibu kepada Boboiboi memandangkan Amato ialah ayah kepada Boboiboi.

Apapun tahniah kepada pengarah dan penerbit Mechamato Movie sebab berjaya menghasilkan drama animasi yang setanding dengan kartun animasi antarabangsa. 

Read more »
on Friday, December 23, 2022 32
Share this!
Tags
Entertainment, Lifestyle
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Friday, December 23, 2022

Seminggu Sepotong Hadis - Istiqamah

 Diriwayatkan oleh Aishah RA, Rasulullah SAW bersabda:

أَحَبُّ الْعَمَل إِلَى اللَّهِ تَعَالَى مَا دَاوَمَ عَلَيْهِ صَاحِبُهُ وَإِنْ قَل
Maksudnya: “Amalan yang paling disukai oleh Allah SWT adalah yang berterusan dilakukan oleh pelakunya walaupun ia sedikit.” 

Riwayat Muslim (783)


Tak lama lagi dah nak masuk tahun baru 2023. Inilah masa yang sesuai untuk kita membuat azam baru untuk memperbaiki diri dan amalan kita baik. Kalau kita tak mampu untuk berubah sepenuhnya, apa kata kita mulakan dengan perubahan kecil tapi konsisten? 

Contohnya kita tak mampu berpuasa setiap hari Isnin dan Khamis, tapi mungkin kita boleh berpuasa 3 hari dalam sebulan seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW (Riwayat Imam Muslim). Kita tak mampu bersedekah RM1000, apa kata kita bersedekah RM1 setiap hari. Kita tak mampu bangun di tengah malam untuk solat tahajud dan solat witir setiap hari, apa kata kita mulakan dengan solat witir sebelum tidur. Kita terlalu sibuk tak sempat nak baca Al-Quran setiap kali selesai solat, apa kata kita membaca Al-Quran selepas solat Maghrib. 

Jom kita sama-sama fikirkan azam tahun 2023 - apa perubahan kecil yang kita boleh lakukan secara konsisten? 



Read more »
on Friday, December 23, 2022 10
Share this!
Tags
Lifestyle, Tips & Info
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Thursday, December 22, 2022

Nge-date di Ruma Puteh Sama Suami Terchenta

Dua minggu lepas, aku ajak Suami Terchenta singgah ke Ruma Puteh tak jauh dari Taman Tasik Titiwangsa dan Istana Budaya.

Dah lama tempat ni dibuka, tapi ni baru kali pertama kami singgah makan di sini.

Sampai-sampai je kami berjalan melalui pintu gerbang merah jambu ni. Cantik! Patutlah ramai budak-budak muda suka bawa pasangan ke sini untuk OOTD di pintu gerbang ni.


Ruma Puteh Titiwangsa

Kami pergi selepas waktu tengahari, dalam pukul 3 petang. Jadi tempat ni sedikit lengang. Aku pun ambik kesempatan berjalan-jalan sekeliling mengambil foto.

Ruma Puteh ni asalnya bangunan rumah banglo yang diubahsuai menjadi tempat makan yang estetik sesuai dengan golongan pengguna media sosial. Setiap sudut tempat ni menonjol dengan warna-warna terang dan suasana tempat makan dalam taman yang santai.


Ruma Puteh Titiwangsa
Kawasan luar di hadapan bangunan


Ruma Puteh Titiwangsa
Ruang makan dalam hadapan

Ruma Puteh Titiwangsa
Ruang makan dalam di belakang berwarna biru dilimpahi cahaya semulajadi dari bumbung kaca yang tinggi

Ruma Puteh Titiwangsa
Ruang makan di luar bangunan

Memandangkan kami belum makan tengahari lagi, jadi kami pun order makanan berat. Pekerja di sini mencadangkan kami mencuba menu baru iaitu salted egg beef bacon pasta dan mango salmon fried rice. Untuk minuman pulak, memandangkan cuaca panas aku pesan minuman ocean breeze iaitu air kelapa dan daun pudina dengan pewarna biru. Aku terlupa pulak nama minuman Suami Terchenta tapi ada laici dan juga batang serai. 


Ruma Puteh Titiwangsa
Minuman kami 

Ruma Puteh Titiwangsa
Mango Salmon Fried Rice

Ruma Puteh Titiwangsa
Salted Egg Beef Bacon

Bagi aku menu baru ni biasa-biasa je rasanya. Tak la terlalu menarik. Dengar cerita menu wajib cuba di sini ialah nasi kerabu atau nasi lemak. Cumanya masa aku datang ni aku rasa nasi kerabu tu agak berat sedangkan aku tak la terlalu lapar. Mungkin lain kali kalau ke sini lagi aku pesan nasi kerabu pulak. Siapa yang dah pernah ke Ruma Puteh ni, boleh kongsikan menu apa yang korang rasa sedap di sini?


Ruma Puteh
60A, Jalan Kuantan, Taman Tasik Titiwangsa, 54200 Kuala Lumpur. 
Dibuka setiap hari (9pagi - 7 petang)
IG: rumaputeh

Read more »
on Thursday, December 22, 2022 28
Share this!
Tags
Dining, Restaurant and Outlet
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Wednesday, December 21, 2022

Wordless Wednesday - Cotton Candy

amazing cotton candy

 


amazing cotton candy


Alahai budak-budak ni. Mommy tengok pun dah sakit gigi, korang selamba je kan mintak bapak korang belikan gula-gula kapas sorang satu?

Tapi comel kan bentuk gula-gula kapas ni. Terjumpa kiosk Amazing Cotton Candy di AEON Wangsa Maju beberapa minggu lepas. Khadeeja memang pantang nampak cotton candy mesti mintak belikan. Bersungguh-sungguh dia pujuk Suami Terchenta, bapak pulak jenis yang cepat cair dengan anak-anak. Berjaya la dapat sorang satu. 



Pelbagai bentuk gula-gula kapas yang dieorang boleh buat. Si adik nak corak pelangi. Kakak nak corak bunga. Kreatif betul orang zaman sekarang buat bisnes. Modal pun tak de la banyak sangat tapi hasil kreativiti tu yang membolehkan mereka meletakkan harga premium untuk makanan yang cuma dibuat dari gula dan pewarna.

Read more »
on Wednesday, December 21, 2022 25
Share this!
Tags
Daily Life, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Tuesday, December 20, 2022

Awas! Jangan Jadi Keldai Akaun

Pernah dengar tak terma keldai dadah (drug mule)? Keldai dadah ni ialah pengembara yang biasanya tak tahu apa-apa tapi dijanjikan duit atau kena scam untuk bawa beg / bungkusan asing mengandungi dadah ke negara lain. Apabila tertangkap, barulah sedar yang dia telah diperangkap oleh pengedar dadah dan sudahnya terpaksa menanggung akibatnya. Bagi mangsa-mangsa yang tertangkap di negara-negara yang mengamalkan hukuman mati mandatori, ada juga yang tak pasal-pasal kena hukuman mati. Terlalu banyak kes yang berlaku sehingga membuka mata orang awam untuk berhati-hati dengan tipu daya scammer di lapangan terbang.

Ramai orang dah sedar tentang keldai dadah, tapi macamana pulak dengan keldai akaun?

Keldai akaun ni satu lagi bentuk scam yang semakin berleluasa. Modus operandi mereka senang - janjikan wang kepada mangsa untuk pinjam akaun bank. Apa yang scammer buat ialah contact mangsa dan minta akses kepada akaun mangsa untuk memasukkan dan memindahkan wang ke atau dari akaun mangsa. Dengan cara ni, scammer dapat melakukan aktiviti penggubalan wang haram tanpa mendedahkan identiti mereka sebab akaun yang digunakan bukan atas nama mereka.

Apa implikasinya kepada pemilik akaun?

  1. Ditahan pihak berkuasa untuk disoal siasat
  2. Disaman, dipenjarakan 5 tahun atau kedua-duanya sekali
  3. Disenaraihitamkan (blacklisted) oleh pihak bank
  4. Tidak dibenarkan membuka akaun di bank yang sama selama-lamanya

Ada kemungkinan juga bank-bank yang lain pun tak bagi buka akaun sebab biasanya bank akan buat background check sebelum berurusan dengan pelanggan. Bila dah tak boleh buka akaun, gaji tak boleh masuk, tak boleh buat pinjaman bank sebab syarat pinjaman kena buka akaun dan akhirnya menyusahkan hidup sendiri. Maka berhati-hatilah jangan jadi keldai akaun.


4 taktik scammer untuk mendapatkan keldai akaun

1. Iklan kerja palsu

Lepas pandemik, ramai yang terdesak mencari kerja. Scammer menggunakan keperluan seseorang untuk memancing mereka yang terdesak ni untuk mendapatkan wang dengan cara mudah. Sekarang ni buka je media sosial memang berlambak iklan-iklan yang menjanjikan pendapatan lumayan dalam sehari dengan hanya bekerja di rumah tanpa memerlukan sebarang pengalaman. Kadang-kadang iklan ni dihantar ke SMS atau Whatsapp dari nombor-nombor yang tak dikenali, menawarkan peluang pekerjaan mudah dengan gaji lumayan.

AWAS! Jika pekerjaan yang dijanjikan nampak terlalu mudah dan gaji yang ditawarkan tak masuk akal, besar kemungkinan itu ialah iklan palsu. Apa yang berlaku seterusnya ialah mangsa akan diminta memberi maklumat akaun bank atau kad ATM dengan alasan untuk pembayaran gaji yang hakikatnya palsu.


keldai akaun
Kredit imej: Maybank2u.com.my

2. Ah Long

Sindiket ah long biasanya memburu mangsa yang memerlukan pinjaman wang dengan cepat dan mudah. Mangsa yang menghubungi ah long akan diminta memberi maklumat akaun bank atau kad ATM dengan alasan 'memeriksa wang di dalam bank'. Ah long kemudiannya menggunakan akaun peminjam untuk memindahkan wang haram supaya identiti mereka dirahsiakan dari pihak berkuasa.


keldai akaun
Kredit imej: Maybank2u.com.my

3. Penyewa akaun bank

Kalau nampak sebarang iklan yang menawarkan wang yang banyak untuk menyewa akaun, terang-terang itu ialah scammer. Dulu-dulu scammer ni akan hantar email dengan cerita tak masuk akal (datuk dia Perdana Menteri atau Presiden negara benua Afrika nak seludup keluar wang sebelum dirampas lepas tu siap offer nak transfer separuh dekat orang yang sanggup bagi akaun bank / dia menang duit loteri lepas tu kononnya bermurah hati nak bagi dekat sesiapa yang nak bagi akaun bank, dsb.). Sekarang dia tau orang takde masa nak layan junk email, so dia pun buat iklan short & simple.


keldai akaun
Kredit imej: Maybank2u.com.my

4. Kaum-kerabat dan sahabat-handai

Yang ni paling buat aku speechless. Sanggup ye, scam kawan-kawan / saudara-mara sendiri. Kalau korang scroll ke bawah aku share cerita sadis pernah aku jumpa pasal scam kawan-kawan ni. 


keldai akaun
Kredit imej: Maybank2u.com.my

Contohnya kita ada akaun bank Rimau. Satu hari saudara kita hantar mesej mintak pinjam akaun bank dengan alasan ada kawan nak hantar duit kat dia tapi kawan tu cuma boleh transfer kat akaun dari bank Rimau sebab kawan pakai akaun bank Rimau. Bila kita tanya kenapa tak hantar je kat akaun sendiri, saudara ni bagi alasan dia takde akaun bank Rimau sebab tu terpaksa mintak pinjam akaun kita. So kita pun baik hati sebab alasan dia nampak legit. Padahal sekarang ni interbank transfer duit tak dikenakan sebarang caj pun. Sepatutnya kita tak boleh dedahkan maklumat akaun bank kita (username, password, nombor PIN dan apa-apa akses ke akaun kita) kepada orang lain. Apa-apa yang berlaku sekiranya duit kita dicuri / akaun disalahguna ialah kesalahan kita sendiri bila kita dedahkan maklumat akaun kepada pihak ketiga.


Kisah Kawan Scammer

OK ni cerita masa aku kat universiti dulu. Dalam course aku tu, ada dua orang sahabat baik aku gelarkan A dan B la ye. Kemana-mana bersama-sama dari tahun 1 sampai tahun 4 mereka ni tak boleh berenggang langsung. Duduk pun bilik yang sama, tidur sebantal, makan sepinggan nasib baik mandi tak sekali. Sampai tahap A dengan B ni takde rahsia antara mereka - A selalu mintak tolong B untuk withdraw duit dari bank sebab mereka berdua siap share nombor PIN akaun masing-masing. B pun kadang-kadang ada jugak mintak tolong A. A ni mak bapak dia kerja kerajaan dan senang sikit, selalu masukkan duit sebab duit dia cepat habis. A pun tak tau kenapa, yalah jenis orang yang belanja lepas tu lupa apa yang dia belanja macam tu la kot. Keluarkan 200, tup-tup 3 hari kemudian dah tinggal 50 je.

Minggu terakhir sebelum masing-masing meninggalkan universiti, tiba-tiba A dengan B putus kawan. Mula-mula aku tak ambik port sangat, tapi lepas tu mulalah ramai yang bercerita. B ni diam-diam habiskan duit A. Bila A mintak tolong keluarkan 200 dari bank, B akan masukkan terus duit dalam dompet A sambil bagitau dia dah masukkan duit dalam dompet. A ni mati-mati percaya kat B jadi dia tak pernah check betul ke ada 200 dalam dompet dia. A tak sedar yang B masukkan 150 je, 50 lagi dia ambik. Pernah satu hari A hilang kad ATM, bila dia pergi ke bank untuk buat kad ATM baru, menangis dia dapat tau habis licin duit 500 dalam akaun dia. Masa tu dia pun pelik macamana orang yang jumpa kad ATM tu boleh ambik duit dia. Dia langsung tak terfikir B yang curi kad ATM tu dan sapu licin duit dalam akaun dia. B ni konon-konon simpati dekat A, siap bagi pinjam duit 100 (padahal tu duit A ye).

Bertahun-tahun B senyap-senyap songlap duit A, A cuma sedar bila satu hari handphone A hilang. Handphone tu warna kuning memang jarang-jarang orang pakai. 2 bulan kemudian, ada orang nampak B pakai handphone yang sama (dia sorok-sorok dari A, depan A dia kata dia takde handphone). So A dan kawan-kawan serumah yang lain confront B dan terbongkarlah rahsia B selama ni. Tu pun B mula-mula taknak mengaku, dia claim handphone tu pakwe dia yang hadiahkan, tapi A kenal sangat handphone dia sebab ada tanda calar kalau tak silap. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Lepas tu satu course tahu yang rupa-rupanya satu rumah tu dah kena scam dengan B (sebab pernah bagi nombor PIN dekat B mintak tolong B withdraw duit). 

Eh panjang pulak kisah budak U aku ni kan. Tapi kesimpulannya tetap sama - jangan dedahkan maklumat peribadi bank pada orang lain, walau baik macamana sekali pun orang tu dengan kita. Ingat, rambut sama hitam, hati lain-lain.


Sumber maklumat: https://www.maybank2u.com.my

Read more »
on Tuesday, December 20, 2022 28
Share this!
Tags
Lifestyle, Tips & Info
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Monday, December 19, 2022

Ada Apa di Kooky Plate?

Balik-balik je dari staycation terus flu... adeh. Nampak tak Covid ni jahat? Dulu aku ambik vaksin influenza 2 tahun tak kena flu tapi sejak kena Covid walaupun dah ambik vaksin pun tetap kena jugak. Cumanya alhamdulillah tak seteruk sebelum ambik vaksin influenza buat pertama kali. Yes, aku ni memang mudah kena flu dan bila kena je demam dan batuk berhari-hari, sakit kepala, bersin sampai rasa nak tercabut hidung... Tu sebelum vaksin la. Lepas vaksin simptom-simptom tu cuma hidung berair, sakit tekak dan batuk sikit-sikit, demam-demam manja je la habis cerita. Kesimpulannya jagalah kesihatan musim hujan ni. Kalau ada plan nak bercuti di negara musim sejuk, ambik flu shot sebagai langkah berjaga-jaga.

Eh, melalut pulak. Anyway ni throwback je tau. Sebab tak sihat, duduk je la diam-diam kat rumah. Tapi still kena update blog jugak hehe. Nak tulis panjang-panjang pasal staycation anniversary + birthday belum ada mood lagi. 

Aku terjumpa kafe ni Kooky Plate ni secara tak sengaja 3 minggu lepas masa berjalan-jalan di kawasan Chow Kit. Nama pun dah menarik so automatik kaki aku pun melangkah masuk ke dalam meninjau apa yang ada.


Kooky Plate
Bangunan kafe dari luar

Dalam kafe ni comel dan minimalis. Bila masuk, terasa vibe chillax macam kafe kat Korea dan Jepun gituh. Suasana santai dan sesuai la kalau nak outing berdua dgn BFF sambil catch up on life's update masing-masing sebab kafe ni tak bising. Tapi aku rasa nak ajak BFF aku Nurul ke sini mungkin kurang sesuai sebab dia havoc orangnya hahaha! Tempat ni lebih sesuai kalau buat life reflection dengan BFF Zura yang jenis chillax je tu.


Kooky Plate

As a cafe, tempat wajib singgah dan tengok ialah kaunter kek dan pastries. Aku tengok tak banyak sangat option yang ada, lebih kepada cheese cake dengan pelbagai perisa. Bila aku Google, rupa-rupanya menu kat sini lebih fokus kepada makanan berat (main courses) berbanding pencuci mulut. 


Kooky Plate

Kooky Plate

Kooky Plate
Antara pilihan kek yang ada

Kooky Plate


Kooky Plate ni sebenarnya ialah spin-off dari Kooky Cream Bakery di Bangsar. Kek dan pastries di kafe ni sama dengan apa yang dijual oleh Kooky Cream Bakery. Boleh tengok jenis kek dan harganya kat sini.

End up bungkus Korean strawberry shortcake untuk Khadeeja peminat strawberry dan Biscoff cheesecake untuk Khayla peminat biskut Biscoff. Aku pun tumpang rasa kek dieorang, boleh tahan la. Dari segi harga, bagi aku agak mahal. Total RM33+ untuk 2 potong kek ni. Korang rasa berbaloi ke nak repeat ke sini dan cuba makanan berat dieorang?


Kooky Plate
16, Jalan Yap Ah Shak, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur.
Tutup Isnin
Selasa - Jumaat (11AM – 10PM)
Sabtu & Ahad (8.30AM – 10PM)
Read more »
on Monday, December 19, 2022 25
Share this!
Tags
Cafe and Bakery, Dining
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Apa Maksud Ucapan 'Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menoa'?
    Hari ni 1 Jun, masyarakat Dayak di Malaysia menyambut Hari Gawai. Kalau di Sarawak, memang meriah sambutan Hari Gawai, sama meriah dengan sa...
  • Kimia Kebahagiaan
    Semua orang nak bahagia kan, tapi bahagia yang kekal tu tak akan tercapai sekiranya kita masih tak tahu tujuan kita diciptakan.   Petikan da...

Blog Favourite

  • Antara Doha dan Jakarta™
    15 minutes ago
  • Drawing the Words
    5 hours ago
  • Hari hari yang ku lalui...
    7 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    8 hours ago
  • Hidup Itu Indah
    8 hours ago
  • KasihkuAmani
    9 hours ago
  • SURIA AMANDA
    12 hours ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    13 hours ago
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    14 hours ago
  • .: ceritera Kehidupan :.
    15 hours ago
  • KakmimDotCom
    16 hours ago
  • .:: My Life & My Loves ::.
    17 hours ago
  • Anies♥You
    17 hours ago
  • anajingga
    17 hours ago
  • Inilah Shaizhar
    18 hours ago
  • My Small World
    19 hours ago
  • Dapur Cik- Nur
    20 hours ago
  • a m m i
    21 hours ago
  • Mreneyoo
    21 hours ago
  • Blog Anamizu™
    21 hours ago
  • LIFE WITH LOVE
    22 hours ago
  • Miles of smiles
    22 hours ago
  • Amie's Little Kitchen
    1 day ago
  • mulan@peace,love&harmony
    1 day ago
  • Titian Perjalanan
    1 day ago
  • Krabat Kramat
    1 day ago
  • Travel My Way
    1 day ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    1 day ago
  • mrhanafi.com
    2 days ago
  • Warisan Petani
    3 days ago
  • orangbukit
    3 days ago
  • Sunah Sakura
    4 days ago
  • Aku Sis Lin
    6 days ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    6 days ago
  • Asa Blog
    1 week ago
  • Syazni Rahim Blog
    1 week ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    1 week ago
  • Ainihalim
    1 week ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    2 weeks ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    5 weeks ago
  • Shuhaida Kabdy
    5 weeks ago
  • Afzan Sidi
    5 weeks ago
  • Blog Sal
    2 months ago
  • Ako Tetap Ako
    2 months ago
  • Kait dan Lari
    1 year ago
  • Stories About My Journey
    1 year ago
  • Sodep
    9 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.