Mechamato Movie

Korang dah tengok ke cerita Mechamato ni? Asalnya tak plan pun nak tengok sebab dah set nak pergi menonton Puss In Boots: The Last Wish. Tapi masa staycation minggu lepas, Khadeeja ajak tengok wayang dan request nak tengok Mechamato Movie. Macam biasa, bapak dia tunaikan je permintaan si anak 😅.


Mechamato Movie
Macam biasa posing dulu sebelum tayangan bermula...

Kakak Khayla pulak tunjuk muka bosan bila diajak ke wayang, katanya tak minat pun kartun Boboiboi dan Mechamato ni. Tapiiiii bila movie start je, dialah antara yang kuat mengekek dengan lawak-lawak dan aksi-aksi lucu dalam movie ni 😁

Sinopsis:
Mechamato ialah sebuah filem komedi aksi animasi mengisahkan tentang pertemuan pertama seorang budak lelaki bernama Amato dari planet Bumi dengan sebuah robot berkuasa Mechabot selepas kapal angkasa yang membawa Mechabot terhempas tidak jauh dari bandar didiami Amato. Mechabot sebenarnya sedang melarikan diri dari makhluk asing sibernetik Grakakus yang mahu mendapatkan Mechabot bagi tujuan jahatnya. Disebabkan keadaan terdesak, Mechabot mengikut Amato pulang ke rumah. Secara tidak sengaja Mechabot mengajarkan Amato menggunakan keupayaan istimewanya untuk Mechanize objek biasa menjadi peranti berteknologi tinggi selepas Amato menggunakan akal geliga memperdaya Mechabot untuk menjadi tuannya. Semasa Amato dan Mechabot diburu oleh sebuah robot, Amato dan Mechabot telah bergabung menjadi Mechabot. Grakakus yang tiba di planet Bumi untuk memburu Mechabot berdepan dengan tentangan dari Maskmana yang misteri. Dalam satu pertempuran dengan Grakakus, Maskmana telah tewas dan seterusnya Amato dan Mechabot berganding tenaga untuk menewaskan Grakakus. Berjayakah Mechamato menghalang nait jahat Grakakus?

Kalau korang peminat Boboiboi, cerita ni berbaloi untuk ditonton sebab memang tak kering gusi dengan lawak-lawak kartun dalam cerita ni. Aku suka part Amato menekan butang kejujuran di remote control Mechabot sebab Mechabot automatik akan bertukar watak dari kasar dan biadap kepada jujur dan sopan-santun. Mechabot tu nampak je kasar sebenarnya dalam hati ada taman. Kehilangan tuan lama akibat ditewaskan oleh Grakakus meninggalkan trauma kepada Mechabot sebab tu dia selalu kasar dengan Amato kerana tak sanggup kehilangan tuan baru pula. 

Aku bagi dua 👍👍 sebab jalan ceritanya yang sempoi tapi penuh aksi dan lawak yang bersahaja sepanjang cerita ni. Sesuai ditonton seisi keluarga. Bagusnya ada juga watak orang kurang upaya iaitu kawan Amato bernama Mara. Khayla dan Khadeeja berteka-teki adakah Mara ni ialah ibu kepada Boboiboi memandangkan Amato ialah ayah kepada Boboiboi.

Apapun tahniah kepada pengarah dan penerbit Mechamato Movie sebab berjaya menghasilkan drama animasi yang setanding dengan kartun animasi antarabangsa. 

32 comments:

  1. belum lagi berkesempatan nak bawa anak-anak menonton. Si kakak siap cakap...kita tengok kat Netflix jelah nanti...mesti droang letak kat netflix juga. lagi best boleh baring2 depan tv

    ReplyDelete
    Replies
    1. tgk di netflix pun seronok, boleh gelak kuat2 tak perlu control ayu hihi...

      Delete
  2. Ceta tok otw nk dialih suara ke bhs jepun sbb nk ditayangkan di jepun... teringin nk nangga versi anime jepun gik klak... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mun di netflix keluar kelak kali ada nok dialih suara kan. kita tunggu & lihat hehe

      Delete
    2. Kmk br nangga yg series nya... not bad juak koh... miak laki nang recorded semua pakei sidak tangga & tetak²

      Delete
  3. kat Kelate ni x de cinema jd abe kie tunggu ia kuar di Netflix aje la. Mesti best kan jln cerita ia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jalan ceritanya memang best dan lawak. mak bapak pun terhibur menonton.

      Delete
  4. Alhamdulillah kita mampu hasilkan filem animasi sendiri. Boleh sesuaikan dengan budaya kita. Baca sinopsis tu memang menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, ada jugak pernah terbaca filem animasi Upin & Ipin dengan Boboiboy penah menang anugerah filem antarabangsa maksudnya memang hebat jugak la filem buatan Malaysia ni. Upin & Ipin dengarnya dapat sambutan yg menggalakkan di Indonesia.

      Sinopsis cerita memang menarik dan menghiburkan.

      Delete
  5. Sha dah tengok.. Memang seronoklah.. mengekek gelak.. Rasa macam nak pergi lagi.. tapi kekangan masa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok kan jalan cerita dia Sha? Kita yg dewasa ni pun mengekek gelak hehe

      Delete
  6. kita tunggu tayang kat netflix..sebab tak sanggup nanti kena gelak dengan member ofis sebab tengok kartun budak2...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe mmg rata2 yg tgk citer ni ialah family. dalam panggung tu kecoh suara budak2 ketawa je :D

      Delete
  7. tak tengok lagi cerita ni, tapi nampak ada siri nya dalam netflix..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah ada dekat netflix sbb tu budak2 ni dah tau watak2 dlm movie hehe

      Delete
  8. Ramai yang dah tengok movie ni. Saya tunggu netflix juga, sebab anak-anak tak minat tengok, takkan saya nak tengok sorang. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak sulung pun mula2 cakap tak minat tapi sbb adik beria2 nak tgk kiteorang bawak jugak tgk. Tengok2 dia pun mengekek sekali, hehe.

      Delete
  9. Ada scene yg smp kita x paham wak hahaa kita layan gitu2 je laa... Rs nya boboiboi lg paham kot dr mechmto ni.. Ke sbb jln citer lwan2 di tu kita kurang mibt.. Eh ppe pun tahniah la sebb majukan fiem melayu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita malas nak hadam sangat, part lawak kita gelak2 je hehehe! budak2 enjoy giler tgk mechamato ni, dah habis pun dieorang taknak keluar nak tengok kot2 ada lagi babak ekstra lepas credit roll.

      Delete
  10. Filem animasi di Malaysia ni boleh tahan bagusnya. Teringat dulu fenomena filem Ejen Ali

    ReplyDelete
  11. Dah ramai orang rekomen ni..... geram pulak!

    ReplyDelete
  12. Baca review semuanya bagus & +ve tentang filem ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang berbaloi bawak anak2 tgk citer ni PH. Dieorang mmg enjoy dari awal sampai akhir :D

      Delete
  13. tak tgk lg tp drpd review yg sy baca kebanyakannya positif dan memberangsangkan. harap2 kutipan filem ni terus melonjak smpi RM30 juta

    ReplyDelete
    Replies
    1. jalan cerita lawak dan animasi pun hebat, tak mustahil untuk capai kutipan tinggi ni.

      Delete
    2. ckp psl kutipan ni kalau boleh biarlah berbaloi dan pulang modal. sedih bla baca pawagam dpt 50% cukai hiburan 20% then penerbit dpt baki je. kalau dpt lbh rm30 juta boleh laa animonsta tarik nafas lega

      Delete
  14. Hari tu nak tengok Mechamato ni. Tapi tertengok cerita lain pulak.He3.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh, tiket abis ke? tengok cerita apa pulak tu?

      Delete
  15. Anak-anak sedara kemain suka dapat tengok wayang ni.. ye laa lama tak masuk panggung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak2 suka tgk kat wayang dpt makan popcorn sekali hehe.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .