• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Saturday, July 01, 2023

Birthday Staycation di Le Meridien Kuala Lumpur (Part 3)

 Sambungan dari sini:

  • Birthday Staycation di Le Meridien Kuala Lumpur (Part 1)
  • Birthday Staycation di Le Meridien Kuala Lumpur (Part 2)

Lepas sarapan, kiteorang naik semula ke bilik untuk berehat sekejap. Sementara tunggu makanan hadam, jenguk ke bawah tengok kolam renang hotel:


swimming pool
Besar kolam renang kat sini, siap ada gelongsor air untuk budak-budak

Berbalik kepada kenyataan aku yang kawasan kolam renang kat sini unik, sebabnya kawasan kolam renang Le Meridien KL ni sebenarnya bersambung dengan hotel Hilton KL di sebelah. Tetamu kedua-dua hotel boleh guna kedua-dua belah kolam renang. Seronok, kan?


swimming pool
Hotel Le Meridien KL dan Hotel Hilton KL ni bersambung sebelah-menyebelah

swimming pool
Kalau nak ke sebelah Hilton KL tu, boleh lalu terowong gua buatan ni

swimming pool
Dalam terowong gua

swimming pool
Berhenti kejap ambik gambar air terjun mini ni dari dalam gua

Kolam kat sini terbahagi kepada beberapa bahagian - bahagian kanak-kanak kecil (toddler pool), kolam renang dewasa (paras bawah dada), kolam jakuzzi dan lagoon yang ada gelongsor air.


swimming pool
Kolamnya luas, jadi kalau ramai orang pun tak sesak dalam kolam

swimming pool
Kolam air kedua-dua hotel ni bersambung, kalau nak berenang dari hujung ke hujung kena lalu bawah jambatan kecil dan kawasan lagoon

Khayla dan Khadeeja la yang paling seronok sebab ada gelongsor air. Aku rasa dekat 3 jam jugak la kiteorang bermain dalam air sebab dua orang budak ni tak bosan-bosan naik gelongsor ni. Padahal kat rumah pun ada jugak kolam renang tapi takde pulak beriya-iya dieorang ni turun mandi hehe.


swimming pool
Khadeeja tunggu giliran sementara kakak meluncur ke bawah

swimming pool
Kasi can budak-budak enjoy main dalam air

Last-last aku tak tahan sejuk so aku pun salin pakaian dekat bilik mandi / tandas kat sini. Bila tanya dieorang berdua lama lagi ke nak main, masing-masing laju je cakap masih nak bermain. Sudahnya Suami Terchenta la kena temankan dieorang sementara aku naik ke bilik hotel untuk mandi dan tukar pakaian. 

Pukul 2 petang baru la dieorang anak-beranak muncul kat bilik. Tu pun sebab dah lapar hihi. Kalau tak memang lama lagi agaknya bermain tu. Tak perlu rushing nak check out sebab dah extend ke pukul 5 petang.

Staycation kali ni memang best sebab santai-santai dan rilek. Nak makan pun tak susah, jalan kaki je guna laluan disediakan ke KL Sentral dan Nu Sentral.

Eh lupa pulak, setiap tetamu yang check-in kat sini dapat voucher untuk redeem minuman percuma di kedai Art Cacao, lobi hotel. Memandangkan kiteorang berempat, jadi dapat la 4 keping voucher.


art cacao
Aku dan Suami Terchenta pesan teh untuk minum petang dan anak-anak nak hot chocolate. Beli eclair satu untuk kongsi ramai-ramai
Read more »
on Saturday, July 01, 2023 20
Share this!
Tags
Hotel Reviews, Marriott Bonvoy Hotels
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Friday, June 30, 2023

Salam Jumaat Penghulu Segala Hari

 Salam Jumaat semua,

Ada ke yang bekerja hari ni? Ke ambik cuti balik ke kampung? Apa-apa pun, semoga hari korang berjalan lancar. Yang penting Suami Terchenta ambik cuti hari ni hihi. Bukan selalu peluang dapat long weekend macam ni.

Ada orang kongsi doa ni jadi aku pun nak share jugak dengan kawan-kawan semua. Selamat berhujung minggu semua. Sempena hari Jumaat penghulu segala hari ni, apa kata kita luangkan masa untuk mendoakan keselamatan dan keampunan buat ibubapa, keluarga dan kawan-kawan kita.


doa hari jumaat

Nota kaki: Hari ni nak jalan-jalan dengan keluarga. Ke mana? Tunggu dalam post akan datang pulak! 😉

Read more »
on Friday, June 30, 2023 20
Share this!
Tags
Daily Life
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Friday, June 30, 2023

Aidiladha di Perantauan

Seronok aku baca catatan Aidiladha kawan-kawan bloggers hari ni. Ada yang terlibat gotong-royong korban di masjid, ada yang tak jadi korban sebab lembu lari, ada yang beraya di kampung halaman hehe. Tahun ni macam tahun lepas jugak, kiteorang tak balik ke kampung tapi pilih untuk beraya di perantauan.

Alhamdulillah, pagi tadi kiteorang berkesempatan menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Negara.


Masjid Negara KL
Merakamkan kenangan selesai solat di Masjid Negara

Ramai betul orang kat masjid pagi tadi, tapi syukur tak susah nak cari parking dan ada ruang kosong lagi dalam masjid. 


Masjid Negara KL
Suasana dalam masjid selesai solat

Khayla tak ikut sebab dia uzur jadi cuma aku, Khadeeja dan Suami Terchenta je yang pergi pagi tadi. Seronok melihat kepelbagaian budaya umat Islam dari pelbagai negara di masjid pagi tadi. Lepas tamat khutbah kedua, beberapa orang Arab mengagihkan goodies bag dengan kanak-kanak di masjid. Patutlah dieorang terkenal dengan sifat dermawan!


Masjid Negara KL
Tahun lepas solat di Masjid Besi Putrajaya, tahun ni pulak berpeluang solat di Masjid Negara

Masjid Negara KL
Cantik suasana pagi di Masjid Negara

Lepas balik dari solat Aidiladha, kiteorang singgah beli 2 batang lemang di Taman Dato' Senu. Tahun ni mood memasak rendang tu tak muncul-muncul, jadi aku cuma beli rendang daging dari Madam Kwan's untuk dimakan dengan lemang. Risau rendang tak cukup, aku beli lagi sebekas rendang di gerai lemang yang sama.


gerai lemang
Ada 2 buah gerai yang masih menjual lemang di pagi raya

Tahun ni menu raya kiteorang simple je - laksa Sarawak, lemang dan rendang. Untuk pemanis mulut, aku hidangkan kek belacan yang mak aku bawak masa dia turun KL baru-baru ni dan jugak tart nenas yang dibeli di JB masa kenduri anak Sislin. 


lemang
Dari atas - kek belacan, tart nenas, lemang dan rendang

Menyesal aku beli rendang tambahan sebab rendang Madam Kwan's tu pun dah cukup sebenarnya. Semua orang serbu laksa dulu, sudahnya bila nak makan lemang pulak masing-masing dah kenyang! 😅


laksa sarawak
Laksa Sarawak

Hari Raya Aidiladha
Atas - Masing-masing sibuk menikmati laksa Sarawak, bawah - Louis pun nak masuk dalam gambar raya!

Petang tu, aku dan my sisters keluar girls' outing. Suami Terchenta pulak bawak anak-anak pergi ke Pavilion Bukit Jalil sebab Khayla bagitau nak beli novel kesukaannya. Itu je la pengisian Hari Raya kiteorang. Walaupun sederhana tapi yang penting seronok dapat luangkan masa kiteorang adik-beradik 💖.

Read more »
on Friday, June 30, 2023 22
Share this!
Tags
Celebrations, Family, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Thursday, June 29, 2023

Selamat Hari Raya Aidiladha 1444H

ucapan raya

Hari Raya Aidiladha, juga dikenali sebagai Hari Raya Korban, disambut oleh umat Islam di seluruh dunia pada 10 Zulhijjah bagi memperingati keimanan dan ketaatan Nabi Ibrahim A.S. yang bersedia menyembelih anaknya sendiri, Nabi Ismail A.S. kerana diperintahkan Allah SWT dalam mimpi baginda. Tetapi ketika baginda Ibrahim A.S. sudah meletakkan bilah pisau di leher Nabi Ismail A.S., Allah SWT menggantikan Nabi Ismail A.S. dengan seekor domba jantan. Kisah pengorbanan terulung ini menjadi peringatan abadi tentang nilai-nilai iman, ketaatan, dan pengorbanan dalam menjalankan syariat seperti yang dituntut oleh Allah SWT.

Dalam kita meraikan Aidiladha, marilah kita mencontohi teladan Nabi Ibrahim A.S. yang bersedia berkorban tanpa ragu-ragu di jalan Allah. Pada hari ini, ramai umat Islam melaksanakan ibadah korban dan mengagihkan daging korban kepada golongan fakir miskin dan asnaf. Bukan sahaja ianya tindakan memberi sedekah, malahan ianya simbol solidariti sesama umat Islam di mana golongan. yang berkemampuan berkongsi rezeki dengan golongan yang kurang berkemampuan. 

Aidiladha bukan sahaja dihayati dengan keraian dan berkumpul bersama keluarga dan sahabat-handai, malah inilah waktu untuk kita berdoa, bermuhasabah dan menerapkan prinsip belas kasihan, amal kebajikan dan semangat komuniti dalam kehidupan seharian kita. Luangkan waktu untuk mendekati golongan yang memerlukan untuk mendalami jerih-perih mereka agar kita dapat berkorban harta-benda untuk membantu mereka.

Semoga Aidiladha ini membawa kedamaian, kesejahteraan, dan kebahagiaan kepada semua. Dalam kita mengharungi cabaran dunia kita, semoga kita beroleh kekuatan dan inspirasi daripada kisah Nabi Ibrahim A.S. dan berusaha untuk menjalani kehidupan kita dengan semangat pengorbanan yang sama dan iman yang tidak berbelah-bahagi. 

Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua pembaca blog Coffee Break With Me!

Nota kaki: Jemput subscribe album 'Lambaian Haji' yang dirakamkan oleh sahabat baik kami, Tn. Awang Shamsul bin Awang Hambali menerusi Spotify dan Apple Music.


Read more »
on Thursday, June 29, 2023 10
Share this!
Tags
Celebrations
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Wednesday, June 28, 2023

Jangan Buang Bungkus Kibbles Royal Canin Sebelum Buat Ini

Salam korang,

Hari ni mesti ramai yang berpuasa Arafah kan jadi hari ni aku tak nak post apa-apa berkaitan makanan la. Nanti aku sendiri yang terliur kan susah! 😂

Tapi kalau makanan kucing tak pe la kan. Ke ada jugak yang terliur tengok kibbles? 🫢 Hihi.... gurau je tau.

Kucing-kucing kat rumah ni kiteorang bagi makanan jenama Royal Canin. Buat mak-mak kucing kat luar sana, korang tau tak beli Royal Canin korang boleh dapat ganjaran?

Ini langkah-langkah untuk dapatkan ganjaran dengan setiap pembelian kibbles Royal Canin:

Langkah 1: Muat turun app Royal Canin MY dari app store telefon masing-masing dan daftar sebagai ahli.

Langkah 2: Nampak tak pelekat ni dekat bungkus kibbles Royal Canin? Haa... korang kena kupas pelekat ni untuk imbas kod QR kat bawahnya:


Royal Canin app
Bawah pelekat ni ada kod QR


Royal Canin app
Korang kena imbas kod QR ni melalui aplikasi Royal Canin MY

Langkah 3: Dekat app Royal Canin MY, klik dekat tab 'Get Points' (kat bahagian bawah skrin):


Royal Canin app

Langkah 4: Imbas kod QR pada pelekat tadi dan barcode di bawah bungkusan kibbles:


Royal Canin app

Selain dari pembelian kibbles, boleh jugak kumpul mata ganjaran dengan menjawab kuiz dalam app ni:


Royal Canin app
Sambil jawab kuiz untuk kumpul mata ganjaran, boleh belajar tentang penjagaan kucing

Apa yang kita boleh tebus dengan mata ganjaran yang terkumpul?

Kita boleh tebus barang-barang Royal Canin (bukan makanan) contohnya bola catnip (Louis suka sangat bola ni, boleh tunggang-terbalik rumah bila dia kejar bola!) dan mangkuk makanan kucing anti-semut. Selain tu, boleh tebus gift voucher Grab, SenHeng, Aeon, Watsons dan Domino's Pizza. Kalau dapat kumpul 1500 mata ganjaran boleh tebus tiket Kidzania jugak. Menarik, kan?


Royal Canin app

Kelebihan menjadi ahli Royal Canin MY

Bila jadi ahli Royal Canin MY, korang boleh jugak tebus starter kit percuma dan welcome voucher bernilai RM10 (sementara stok masih ada) yang korang boleh tebus di mana-mana kedai barangan haiwan atau klinik haiwan yang menyertai promosi RC ni.


Royal Canin app
Macam ni la rupa starter kit RC, dalamnya ada mangkuk makanan anti-semut, bola catnip dan buku panduan penjagaan kucing

Berbaloi ke jadi ahli?

Satu perkara yang aku rasakan kelemahan sistem mata ganjaran RC ialah mata ganjaran yang tak ditebus dalam masa setahun akan luput macam tu je. Selalunya satu beg kibble 2kg boleh bertahan 2 bulan, jadi kalau ikutkan setahun akan beli 6 bungkus je. Satu beg ni dapat kumpul 20 mata ganjaran x 6 bungkus = 120 mata ganjaran. Kalau nak tebus gift voucher, paling cikai kena kumpul 180 mata ganjaran. Kalau aku nak tebus gift voucher, aku kena beli lebih buat stok kat rumah ni semata-mata nak tebus points sebelum tarikh luput!

Jadi kalau korang ada seekor je kucing kat rumah aku rasa tak berapa berbaloi la. Tapi kalau korang bela banyak kucing, then mungkin berbaloi untuk daftar jadi ahli RC.

Itu je la perkongsian aku tentang makanan kucing. Kalau korang ada tips lain tentang penjimatan atau ganjaran lain bila beli produk kucing korang, share la jugak ye. #sharingiscaring

Read more »
on Wednesday, June 28, 2023 8
Share this!
Tags
Pets, Tips & Info
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Tuesday, June 27, 2023

Puasa Hari Arafah - Ikut Tarikh Di Mekah (Arab Saudi) Atau Malaysia?

Hari Arafah atau Hari Wukuf ialah kemuncak ibadah haji di mana berpuasa pada hari Arafah mempunyai fadhilat yang sangat besar. Diriwayatkan oleh Muslim, daripada Abi Qatadah RA, Rasulullah SAW pernah bersabda, "Puasa pada Hari Arafah dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang."

Disebabkan zon waktu yang berbeza, adakalanya tarikh 9 Zulhijjah berbeza antara di Mekah dan di Malaysia. Tapi bagaimana pula dengan umat Islam di Malaysia?

Menurut pendapat umum ulama, umat Islam di Malaysia sebaik-baiknya berpuasa mengikut tarikh 9 Zulhijjah di Malaysia (bersamaan dengan Rabu 28 Jun 2023).

Niat puasa Hari Arafah:


niat puasa arafah
Sumber Asal : https://www.mysumber.com/niat-puasa-arafah.html

Sumber: Mysumber.com

Nota kaki: Malam ni dah boleh niat puasa Arafah esok harinya. Semoga dosa-dosa kita diampunkan oleh Allah SWT. Ameen Ya Rabbal Alameen...

Pembetulan: Terima kasih anies sebab mengingatkan cuma umat Islam yang tidak mengerjakan ibadah haji sahaja yang disunatkan berpuasa pada Hari Arafah. Manakala bagi jamaah haji yang hadir di Arafah, Imam As-Syafi'i dalam kitabnya Al-Mukhtasar dan para pengikutnya menyatakan 'hukumnya mustahab (sunat) baginya untuk tidak berpuasa'.

Read more »
on Tuesday, June 27, 2023 10
Share this!
Tags
Tips & Info
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Tuesday, June 27, 2023

Birthday Staycation di Le Meridien Kuala Lumpur (Part 2)

Sambungan dari sini:

  • Birthday Staycation di Le Meridien Kuala Lumpur (Part 1)

Ikutkan hati, rasa malas je nak turun breakfast sebab sayang nak tinggalkan bantal yang empuk dan selimut yang selesa dalam bilik. Tapi ish, sayang la pulak kalau tak turun kan? Jadi kiteorang pun bersiap-siap (baca: berus gigi, cuci muka dan salin pakaian) untuk turun ke restoran Latest Recipe di tingkat 5.

Mujurlah turun awal sebab kalau turun lambat, kena beratur panjang tunggu meja kosong dan kalau nasib tak baik, dapat meja di luar restoran berdekatan dengan tandas dan jauh dari zon buffet. Meja kiteorang agak strategik, dekat dengan mesin kopi dan ada staff yang jaga area tu. Jadi sekali-sekala staff tu akan tanya nak refill minuman ke, bila tengok minuman kiteorang dah habis. Selain kopi dan teh, boleh jugak pesan coklat panas which my kids memang suka sangat-sangat.


Latest Recipe @ Le Meridien KL
Restoran Latest Recipe, Le Meridien KL

Mula-mula sekali wajib pusing keliling restoran meninjau menu buffet yang disediakan. Di hotel Le Meridien KL boleh dikatakan ada banyak menu buffet yang ditawarkan dari dalam dan luar negeri. Khayla yang cerewet bab-bab makan ni pun memang rambang mata nak pilih menu yang mana satu nak ambik dulu.

Jom layan gambar-gambar makanan yang aku sempat ambik (tak semua sebab mana yang ramai orang beratur tu aku tak ambik gambar sebab segan!)


breakfast @ Latest Recipe, Le Meridien KL
Stesen pancake, crepes dan French toast dengan pelbagai pilihan sos dan topping menarik minat golongan kanak-kanak

breakfast @ Latest Recipe, Le Meridien KL
Pilihan menu dari Timur Tengah

breakfast @ Latest Recipe, Le Meridien KL
Pelbagai jenis yogurt, oat, panna cotta dan jus buah-buahan sedia untuk pick-me-up

breakfast @ Latest Recipe, Le Meridien KL
Mulakan sarapan dengan buah-buahan

breakfast @ Latest Recipe, Le Meridien KL
Atas: buah-buahan yang dah dipotong, bawah: pilihan sushi

breakfast @ Latest Recipe, Le Meridien KL
Kiri: Cheese platter, kanan: Menu Jepun

breakfast @ Latest Recipe, Le Meridien KL
Kiri: Pelbagai jenis bijirin (granola, chia seed, all bran, dll.) dan buah-buahan kering, kanan: stesen salad

breakfast @ Latest Recipe, Le Meridien KL
Stesen roti dan pastries

Ni pulak video yang Suami Terchenta ambik:



Bagi aku sarapan pagi di Latest Recipe @ Le Meridien KL ni lebih sedap, pilihan lebih banyak dan lebih puas hati dari sarapan pagi di Restoran Shook! @ JW Marriott KL. Of course, harga pun lebih mahal. Overall, berbaloi turun sarapan pagi dari bergulung dalam selimut je hihi. Even Khayla pun 2-3x ambik roti bom kat sini, katanya sedap sangat. Aku pulak suka jus buah-buahan yang diperah segar dan teh tariknya yang kaw dan tak berapa manis.

Di sini jugak aku nak kongsi etika ketika pergi sarapan buffet tak kira di hotel, restoran atau majlis yang menyediakan santapan style buffet. Kata kuncinya, jangan membazir, jaga kebersihan dan bertimbangrasa dengan orang lain ok?


etika jamuan buffet
Etika semasa jamuan buffet

Cerita pasal kolam renang aku sambung dekat entri lain pulak ye. Sekarang tengah kumpulkan idea nak menulis hehe. Nantikan part 3 pulak!

Read more »
on Tuesday, June 27, 2023 18
Share this!
Tags
featured, Hotel Reviews, Marriott Bonvoy Hotels
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Monday, June 26, 2023

Kim Tae Ri Dirasuk Roh Jahat Dalam K-Drama Terbaru 'Revenant'

revenant

Hari ni aku menghadap baju yang menimbun untuk dilipat gara-gara dibiarkan melonggok sepanjang hujung minggu. Yalah hujung minggu aku pun nak berhorey2 jugak walaupun sekarang ni dah pegang title surirumah. Hujung minggu ialah masa berjalan-jalan atau bersantai-santai dengan keluarga betul tak? 

Sambil-sambil lipat baju, aku layan K-drama seram misteri terbaru di Disney+ Hotstar, Revenant.

Sinopsis:

Mengisahkan tentang seorang gadis, Gu San-yeong (Kim Tae Ri) yang dirasuki oleh roh jahat selepas menerima sebuah objek (perhiasan rambut berwarna merah) dari mendiang bapanya yang meninggal dunia akibat menggantung diri. Gu San-yeong pada awalnya tidak percaya dengan kewujudan roh jahat dan hantu namun apabila tragedi menimpa orang-orang di sekelilingnya, dia mula merasakan sesuatu yang aneh. Gu San-yeong kemudiannya bertemu dengan Professor Yom Hae-sang (Oh Jung-se), seorang professor yang mengkaji cerita rakyat (folklore) terutama kepercayaan mistik. Mereka kemudiannya berganding bahu untuk cuba merungkai misteri roh jahat yang merasuk San-yeong yang pernah membunuh ibu Professor Hae-sang sewaktu dia masih di sekolah rendah.


Fuuh... seram jugak cerita ni tapi mujurlah muka hantunya tak kelihatan lagi. Yang nampak cuma bayang-bayang rambut mengerbang macam kena karan hehehe. Sebelum menggantung diri, ayah San-yeong sempat menulis sepucuk surat kepada Professor Yom Hae-sang memintanya menyelamatkan San-yeong dari roh jahat. Mula-mula tu San-yeong tak percaya langsung bila Professor Hae-sang bagitau yang ada roh jahat menempel kat dia. Jadi Professor Hae-sang ni pun bagitau supaya dia tengok diri-sendiri dalam cermin dan berhati-hati dengan pintu. 

Part yang buat aku kecut perut ialah masa San-yeong lalu kat satu tempat yang bercermin dan dia ternampak bayang-bayang rambut mengerbang tu dekat belakang dia. Lepas tu San-yeong tenung diri-sendiri dalam cermin. Tiba-tiba roh jahat tu muncul dalam bentuk San-yeong siap gelak-gelak dan suruh San-yeong teka namanya. San-yeong ternampak bayangan yang dia berada di depan rumah neneknya padahal dia masih lagi berdiri dekat tempat yang sama. San-yeong dapat agak neneknya dalam bahaya. Rupa-rupanya roh jahat tu dapat tau yang nenek San-yeong terbaca jurnal ayah San-yeong yang membongkar identiti roh jahat tu. Dia pergi ke rumah nenek San-yeong, bunuh nenek dan bakar jurnal ayah San-yeong.

Kebetulan masa tu Professor Hae-sang tu pun ada kat rumah nenek San-yeong tapi dia gagal menyelamatkan nenek San-yeong dan jurnal ayah San-yeong tu. Tapi somehow San-yeong dalam bayangannya tu ternampak sebuah peta yang menunjukkan kat mana perhiasan rambut tu dijumpai oleh ayah San-yeong. Jadi dia dan Professor Hae-sang pun mencari lokasi peta dalam jurnal ayah San-yeong tu untuk membongkar rahsia asal-usul roh jahat tu sebelum dia bunuh lebih ramai orang dan menguasai San-yeong sepenuhnya.

Setakat ni baru 2 episod yang dah keluar. Tengok siang hari berani la sikit hehe. Tapi serius memang syok jalan ceritanya. Ada beberapa flashback dalam episod ke-2 yang buatkan penonton tertanya-tanya. Pertama, kejadian sebelum ibu Professor Hae-sang dibunuh oleh roh jahat. Kenapa roh jahat tu bunuh ibu Professor Hae-sang dan apa kaitannya dengan nenek Hae-sang? Kedua, kejadian pada zaman silam tentang perhiasan rambut tu. Seorang dukun perempuan menikam seorang budak perempuan yang memegang perhiasan rambut yang sama. Siapa dan kenapa budak perempuan dibunuh? Misteri sungguh kan. 

Nampaknya kena tunggu episod-episod seterusnya untuk tahu jalan cerita sebenar tentang roh jahat dan perhiasan rambut tu.

Read more »
on Monday, June 26, 2023 22
Share this!
Tags
Entertainment, Lifestyle
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Belajar Jadi Positif Dari Puan Masitah (@mashyta_oneandonly)
    Baru-baru ni aku terbaca tentang seorang wanita yang sangat positif dan redha dengan ujian yang Allah turunkan ke dalam hidupnya. Selepas te...
  • Hari Keluar Berjalan-jalan Dengan Mak
    Semalam aku ajak mak keluar. Kebetulan Khayla pun ada aktiviti ko-kurikulum dan turun awal ke sekolah so boleh la aku keluar bawak mak jala...

Blog Favourite

  • Antara Doha dan Jakarta™
    1 hour ago
  • mrhanafi.com
    9 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    10 hours ago
  • Sunah Sakura
    10 hours ago
  • LIFE WITH LOVE
    10 hours ago
  • Aku Sis Lin
    11 hours ago
  • KakmimDotCom
    12 hours ago
  • Hari hari yang ku lalui...
    12 hours ago
  • .: ceritera Kehidupan :.
    15 hours ago
  • orangbukit
    15 hours ago
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    16 hours ago
  • SURIA AMANDA
    16 hours ago
  • Titian Perjalanan
    16 hours ago
  • KasihkuAmani
    17 hours ago
  • Blog Anamizu™
    19 hours ago
  • Anies♥You
    19 hours ago
  • Amie's Little Kitchen
    19 hours ago
  • .:: My Life & My Loves ::.
    21 hours ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    21 hours ago
  • My Small World
    21 hours ago
  • a m m i
    22 hours ago
  • mulan@peace,love&harmony
    23 hours ago
  • Travel My Way
    23 hours ago
  • Miles of smiles
    1 day ago
  • Syazni Rahim Blog
    1 day ago
  • Drawing the Words
    1 day ago
  • Mreneyoo
    1 day ago
  • Krabat Kramat
    1 day ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    1 day ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    2 days ago
  • Dapur Cik- Nur
    2 days ago
  • anajingga
    2 days ago
  • Hidup Itu Indah
    4 days ago
  • Warisan Petani
    1 week ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    1 week ago
  • Shuhaida Kabdy
    2 weeks ago
  • Afzan Sidi
    2 weeks ago
  • Ainihalim
    5 weeks ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    1 month ago
  • Inilah Shaizhar
    1 month ago
  • Ako Tetap Ako
    1 month ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    2 months ago
  • Blog Sal
    2 months ago
  • Asa Blog
    3 months ago
  • Kait dan Lari
    11 months ago
  • Stories About My Journey
    1 year ago
  • Sodep
    9 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.