Sambungan dari sini:


Lepas sarapan, kiteorang naik semula ke bilik untuk berehat sekejap. Sementara tunggu makanan hadam, jenguk ke bawah tengok kolam renang hotel:


swimming pool
Besar kolam renang kat sini, siap ada gelongsor air untuk budak-budak

Berbalik kepada kenyataan aku yang kawasan kolam renang kat sini unik, sebabnya kawasan kolam renang Le Meridien KL ni sebenarnya bersambung dengan hotel Hilton KL di sebelah. Tetamu kedua-dua hotel boleh guna kedua-dua belah kolam renang. Seronok, kan?


swimming pool
Hotel Le Meridien KL dan Hotel Hilton KL ni bersambung sebelah-menyebelah

swimming pool
Kalau nak ke sebelah Hilton KL tu, boleh lalu terowong gua buatan ni

swimming pool
Dalam terowong gua

swimming pool
Berhenti kejap ambik gambar air terjun mini ni dari dalam gua

Kolam kat sini terbahagi kepada beberapa bahagian - bahagian kanak-kanak kecil (toddler pool), kolam renang dewasa (paras bawah dada), kolam jakuzzi dan lagoon yang ada gelongsor air.


swimming pool
Kolamnya luas, jadi kalau ramai orang pun tak sesak dalam kolam

swimming pool
Kolam air kedua-dua hotel ni bersambung, kalau nak berenang dari hujung ke hujung kena lalu bawah jambatan kecil dan kawasan lagoon

Khayla dan Khadeeja la yang paling seronok sebab ada gelongsor air. Aku rasa dekat 3 jam jugak la kiteorang bermain dalam air sebab dua orang budak ni tak bosan-bosan naik gelongsor ni. Padahal kat rumah pun ada jugak kolam renang tapi takde pulak beriya-iya dieorang ni turun mandi hehe.


swimming pool
Khadeeja tunggu giliran sementara kakak meluncur ke bawah

swimming pool
Kasi can budak-budak enjoy main dalam air

Last-last aku tak tahan sejuk so aku pun salin pakaian dekat bilik mandi / tandas kat sini. Bila tanya dieorang berdua lama lagi ke nak main, masing-masing laju je cakap masih nak bermain. Sudahnya Suami Terchenta la kena temankan dieorang sementara aku naik ke bilik hotel untuk mandi dan tukar pakaian. 

Pukul 2 petang baru la dieorang anak-beranak muncul kat bilik. Tu pun sebab dah lapar hihi. Kalau tak memang lama lagi agaknya bermain tu. Tak perlu rushing nak check out sebab dah extend ke pukul 5 petang.

Staycation kali ni memang best sebab santai-santai dan rilek. Nak makan pun tak susah, jalan kaki je guna laluan disediakan ke KL Sentral dan Nu Sentral.

Eh lupa pulak, setiap tetamu yang check-in kat sini dapat voucher untuk redeem minuman percuma di kedai Art Cacao, lobi hotel. Memandangkan kiteorang berempat, jadi dapat la 4 keping voucher.


art cacao
Aku dan Suami Terchenta pesan teh untuk minum petang dan anak-anak nak hot chocolate. Beli eclair satu untuk kongsi ramai-ramai

20 comments:

  1. wah..seronok nya.. pool dah besar. best sungguh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya MA, pool nya besar dan ada water slide tu yg budak2 sakan bermain air.

      Delete
  2. Tak sangka la pulak ada terowong! Dah macam gua!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, saya pun jakun sekejap lalu dalam gua ni.

      Delete
  3. Kalau anak-anak saya dapat mandi di sini memang sampai kecut-kecutlah kaki tangan berendam!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la yang terjadi dekat anak2 saya jugak Kak Amie πŸ˜‚

      Delete
  4. wah...best juga ada vacation begini...memang layan...budak-budak paling happy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, yang penting budak-budak happy dan mak ayah boleh rilek-rilek.

      Delete
  5. Nampak macam tempat yang bagus. πŸ˜ŠπŸ‘Œ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat recommended untuk staycation bersama keluarga terutama dgn anak-anak kecik πŸ‘ŒπŸ» 🀩

      Delete
  6. Syoknyaaaa hotel ni ek...Pool luas tu lagi puasa lah nak berendam Dan beronok ronok!! Hehee.. Kalau ke sana, bolehlah try..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok sangat nona. Walaupun birthday mak dieorang, tapi dieorang lebih enjoy hehe. Akak enjoy lepak2 dalam bilik je 😁

      Delete
  7. Replies
    1. Sekali-sekala reward diri-sendiri stay hotel 5 bintang 😊

      Delete
  8. poolnya cantik dan besh!! bolehlah masuk wish list utk staycation my lil family

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best, MZ. Tu yg anak2 sampai berjam2 main dalam pool taknak balik ke bilik hehe.

      Delete
  9. menariklah terowong gua tu. lain drpd yg lain...

    amboiiii kemain lagi berendam rendam yaa.... tahu laa tgh musim panas laa ni hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. unik kan? pool hotel lain dari yg lain. musim panas baru la syok berendam, kena guna peluang sebaik-baiknya hihi.

      Delete
  10. Wah.. best tempat mandinya.. Siap ada terowong buatan.. Adventure gitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya best sangat! Bawak budak2 memang enjoy habis 😊 πŸ‘πŸ»

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .