• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Wednesday, October 11, 2023

World Mental Health Day - Menangani Percubaan Bunuh Diri / Suicide Attempts

World Mental Health Day
Hari Kesihatan Mental Sedunia disambut pada 10 Oktober setiap tahun

Semalam merupakan World Mental Health Day. Bercakap tentang mental health / kesihatan mental ni, bulan lepas aku join webinar bertajuk "Shining a Light on Suicide Prevention" yang dianjurkan oleh Naluri. Webinar ni percuma je, jadi apa salahnya kita menimba ilmu tentang kesihatan mental dari pakar kesihatan mental kan.


Bunuh diri merupakan punca kematian keempat tertinggi di kalangan anak muda lingkungan usia 15 - 29 tahun dalam Malaysia

Tau tak korang, kematian dari perbuatan bunuh diri merupakan punca kematian keempat tertinggi di kalangan anak muda lingkungan usia 15 - 29 tahun dalam Malaysia? Kes bunuh diri di Malaysia meningkat dari 10% ke 13.1% dalam masa 5 tahun kebelakang. Menurut satu kajian WHO dan kajian tempatan, bagi setiap kes kematian akibat bunuh diri, terdapat 10 - 20 percubaan bunuh diri yang terjadi. 


prevalence of suicidal behaviour
Kecenderungan tingkah laku bunuh diri di kalangan remaja (sumber: Sinniah, A., Maniam, T., Sidi, H., & Oei, T. (2014). Suicide ideation and intent in Malaysia: A review of the literature. Comprehensive Psychiatry, 55(1), 95- 100.)

Faktor-Faktor Mendorong Tindakan Bunuh Diri

Antara faktor-faktor yang mendorong seseorang untuk bertindak membunuh diri ialah:

  1. Masalah hubungan (pasangan, ibu bapa, rakan-rakan) 
  2. Menghidapi penyakit mental (kemurungan, stress dan keresahan) 
  3. Faktor-faktor sosial (etnik, ketiadaan pekerjaan tetap dan media (Internet dan media sosial).

Terdapat kajian yang mengaitkan seseorang yang menghabiskan masa yang banyak di hadapan skrin (TV / gajet) lebih berisiko untuk membunuh diri! 

Sebenarnya, individu yang mempunyai tingkah laku bunuh diri ni secara tak sedar menunjukkan tanda-tanda sebelum dia mengambil tindakan. Jadi kawan-kawan atau ahli keluarga yang berada di sekeliling perlu peka dengan tanda-tanda seperti kerap menjauhkan diri, tidak suka bergaul, perubahan sikap yang mendadak (contohnya dari ceria kepada murung atau perubahan emosi mendadak/mood swings), bertanya soalan yang pelik dan berkisar tentang kematian atau kehilangan, memberikan barang-barang yang dihargai kepada orang lain dan banyak lagi tanda-tanda lain yang di luar kebiasaan seseorang yang kita kenal.


Pendekatan Mencegah Dari Tindakan Bunuh Diri

Macamana kalau orang yang berniat nak bunuh diri tu ialah diri-sendiri atau ahli keluarga terdekat? Menurut pakar psikologi, kebanyakan kes bunuh diri boleh dicegah. Antara pendekatan yang boleh diambil untuk mencegah dari tindakan bunuh diri ialah:

  1. Peka terhadap perubahan sikap yang ditunjukkan. Bila seseorang menunjukkan perubahan sikap, dapatkan pertolongan pakar / kerap bertanya khabar individu tersebut.
  2. Berterus-terang. Sekiranya kita perasan seseorang tu menunjukkan tingkah laku membunuh diri, tanya secara terus-terang sebab mungkin ini akan menyelamatkan nyawanya.
  3. Sekiranya tidak mampu memberi nasihat / pertolongan, dapatkan bantuan dari orang lain / bantuan khidmat profesional untuk memberi pertolongan kepada rakan / ahli keluarga yang berisiko.
  4. Tanya soalan dan dengar. Tanyakan situasi mereka dan dengar luahan perasaan mereka supaya mereka tahu yang mereka tidak berseorangan di dunia ini.
  5. Bantu mereka mencari sebab untuk meneruskan kehidupan. Ingatkan mereka tentang sebab kenapa mereka perlu meneruskan kehidupan dengan memberi galakan kepada mereka.
  6. Bantu mereka untuk membuat perancangan selamat. Rancang aktiviti selamat (contohnya berkurung dalam bilik kosong tanpa ada peralatan berbahaya) dan senaraikan kontak rapat untuk dihubungi sekiranya mereka terdetik untuk menamatkan riwayat.

Itulah serba-serbi maklumat yang disampaikan oleh pakar psikologi dalam webinar yang aku sertai tu. Semoga perkongsian ni membantu sekiranya ada orang yang kita kenali berdepan dengan masalah-masalah peribadi sampai terfikir nak menamatkan riwayat hidup.

*Hubungi talian bantuan Befrienders di 03-79568145 sekiranya berdepan dengan situasi percubaan / rancangan membunuh diri.

Read more »
on Wednesday, October 11, 2023 19
Share this!
Tags
Tips & Info
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Wednesday, October 11, 2023

Apa Cerita Anak Bulus?

Louis & Kiera
Pagi-pagi lagi Mommy dah kena jeling dengan dieorang ni...


Ada je ni, tengah lepak-lepak. Kiera suka lepak atas kerusi malas / kerusi urut, Louis pulak pantang nengok timbunan baju untuk dilipat, di situlah dia nak landing!

Sekarang ni dieorang jarang dah bermain kejar-kejar pagi-pagi. Bila masuk rumah masing-masing cari port lepak. Tapi kalau dengar bunyi kibbles keluar dari auto-feeder, sepantas kilat ye dieorang berlari keluar. Lepas tu sambung tidur. Eh, dengki pulak dengan kucing - makan, tidur, lepak je keja dieorang! 😂


Read more »
on Wednesday, October 11, 2023 24
Share this!
Tags
Daily Life, Pets
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Wednesday, October 11, 2023

Wordy Wednesday - Keropok Lekor Goreng / Rebus?

keropok lekor asli Terengganu
Keropok lekor rebus

 

Semalam aku beli keropok lekor asli Terengganu dari cikgu Khadeeja. Harganya RM1 sebatang. Teringat zaman belajar kat UTM dulu setiap kali nak balik cuti semester, aku bawak balik keropok lekor Terengganu yang kawan-kawan dari Terengganu jual. Masa tu harga sebatang keropok lekor 50 sen. Beli 20 batang baru RM10. Haha. Murah kan harga barang dulu 🥲.

Keropok lekor versi mana lebih sedap, goreng atau rebus? Aku suka dua-dua. Rebus pun sedap, goreng pun sedap. Tapi kalau kerepok lekor yang banyak tepung, bila rebus rasanya agak hambar. Jadi aku akan goreng je. 

Balik dari kelas memasak semalam aku buat dua-dua versi, yang rebus dan goreng. Aku goreng dalam air fryer je sebab nak jimat minyak. Suami Terchenta suka versi yang goreng dan aku pulak makan versi rebus (sihat sikit kan? Hehe).

Ramai orang suka beli keropok lekor yang memang dibuat di Terengganu sebab isi ikan lebih banyak dari tepung. Tapi ada kawan yang dia kata dah terbiasa makan keropok lekor KL (jenis lagi banyak tepung dari ikan) dan dia lebih suka versi banyak tepung. Ikut citarasa masing-masing kan. Yang penting sos cicahnya tu versi sos yang ada gula melaka. Selalunya kalau beli kat pasar malam dapat sos cili versi cair tu untuk cicah dengan keropok lekor tepung ni. Sebab tu aku jarang-jarang beli keropok lekor di pasar malam melainkan anak-anak request.

Korang pulak suka versi keropok lekor Terengganu atau KL? Rebus atau goreng? Cer komen sikit 😉.

Read more »
on Wednesday, October 11, 2023 22
Share this!
Tags
Dining, Food
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Tuesday, October 10, 2023

Kelas Buat Onde-Onde

Minggu ni giliran kelas memasak lagi. Bulan ni kiteorang buat onde-onde pulak. Seronok la anak-anak semua sebab dapat makan kuih favourite dieorang. Lagi-lagi dapat menguli doh macam main Play-Doh. 


onde-onde
Hasil tangan anak-anak di sekolah


onde-onde
Part ni dieorang paling suka sebab dapat 'main' doh onde-onde


onde-onde
Semua bersorak bila onde-onde mula timbul

Khadeeja dan kawan-kawan posing dengan onde-onde yang dieorang buat sendiri

Ni pulak kelas semalam, bila aku kata ambik gambar dulu cepat-cepat dieorang ambik pinggan ni posing sebab tak sabar-sabar nak makan!

Mengajar kelas tahap 1 dan tahap 2 memang berbeza sikit. Kalau tahap 1 ni, memang cikgu la kena buat semua. Dah siap jadi doh baru mintak dieorang sendiri uli dan letak gula melaka kat tengah-tengah doh. Tapi kiteorang guide jugak cara-cara menyukat bahan-bahan supaya dieorang tahu teknik menyukat bahan-bahan dengan betul.

Kalau tahap 2 pulak lebih senang sebab dieorang dah besar dan mahir, jadi kiteorang cuma bagitau sukatan bahan-bahan dan dieorang la buat semua dari sukat bahan-bahan, satukan bahan-bahan dan menguli sampai jadi doh onde-onde. 

Biasanya kelas tahap 1 ni memang akan habis on time (2 jam) tapi kelas tahap 2 pulak habis cepat sikit. Suka bila kelas habis awal sebab cikgu-cikgu pun boleh balik awal jugak hihi.

Read more »
on Tuesday, October 10, 2023 30
Share this!
Tags
Daily Life, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Tuesday, October 10, 2023

Rawatan Kiropraktik di RENEW Chiropractic Centre @ Sentul Village

Memandangkan Suami Terchenta tak boleh buat MRI, kiteorang pulang dari temujanji hospital Sabtu lepas tanpa ada penyelesaian kepada masalah sakit belakangnya yang dah nak masuk 4 minggu. 

Tapi kiteorang tak putus asa. Petang tu, kiteorang cuba pulak rawatan kiropraktik di RENEW Chiropractic Centre @ Sentul Village. Kiteorang buat keputusan datang ke sini sebab baca Google review yang bagus tentang kiropraktor kat tempat ni dan dia ada ijazah dari IMU dalam bidang kiropraktik. Haa... bab tulang belakang ni kenalah pergi jumpa yang betul-betul ada kepakaran, sebab ada kes yang sampai lumpuh bila dia dapatkan rawatan betulkan tulang belakang. Nauzubillah!


RENEW Chiropractic Centre
RENEW Chiropractic Centre

Wikipedia - Kiropraktik ialah disiplin dan profesion penjagaan kesihatan yang menekankan diagnosis, rawatan, dan pencegahan gangguan mekanik pada sistem muskuloskeletal, khususnya tulang belakang.

Kiropraktor di sini ialah DC (doctor of Chiropractic) Isabelle Chong. Walaupun ikutkan dia bukanlah doktor perubatan, tapi nak bagi senang cerita aku panggil dia Dr Isabelle je la.

Dia ni sangat la profesional sepanjang sesi kiropraktik Suami Terchenta. Mula-mula dia tanya macam-macam soalan yang lebih kurang sama dengan soalan doktor ortopedik dan physiotherapist tempoh hari. Dia tanya sakit tu macamana - kebas-kebas atau tajam, bahagian mana, posisi apa yang sakit dsb. Aku rasa dekat 10 minit jugaklah dia tanya soalan-soalan dekat Suami Terchenta.

Lepas tu, barulah dia buat pemeriksaan fizikal. Mula-mula dia mintak Suami Terchenta duduk membongkok dan menegak beberapa kali sambil dia tekan bahagian tulang belakang (mungkin nak tengok dekat mana ada bahagian yang lari alignment). Lepas tu barulah dia mulakan rawatan. Mula-mula dia suruh Suami Terchenta baring meniarap sambil dia tekan untuk cari trigger point yang menyebabkan sakit dan kebas-kebas tu. Masa ni Suami Terchenta kata sakit jugak la dia buat tu walaupun nampak je badan dia kecik halus tapi kuat jugak dia tekan. Tapi bila dia berhenti tekan, Suami Terchenta kata lega sangat. 

Dr Isabelle bagitau tempat yang dia tekan tu rasa kebas sebab bahagian otot tu kurang oksigen yang mengalir kat situ. Lebih kurang sama keadaan kalau kita tekan jari kita sampai jari rasa kebas. Macam tu la otot dekat tempat yang sakit tu, ada bahagian yang menyebabkan saraf tu tersepit sampai bekalan darah/oksigen kurang lalu kat situ.

Suami Terchenta kata paling sakit bila dia tekan dekat belakang lutut sebab rasa sakit/kebas tu sampai ke betis. Tapi lepas tu dia rasa lega sangat.

Antara rawatan yang dibuat dalam sesi tu ialah myofascial release (trigger point therapy), shockwave therapy (untuk lancarkan pergerakan darah di bahagian trigger point tu) dan chiropractic adjustment. 


RENEW Chiropractic Centre
Dr Isabelle tengah buat rawatan myofascial release

Lepas tamat rawatan, Dr Isabelle bagitau kemungkinan besar Suami Terchenta menghidap keadaan yang dipanggil spinal stenosis (susah nak confirm kan sebab takde gambar x-ray dan tak boleh buat MRI untuk tengok keadaan tulang belakang Suami Terchenta) sebab simptom-simptomnya ialah sakit dan kebas-kebas di bahagian belakang sampai ke kaki masa berdiri dan berjalan. 

Bila jumpa physiotherapist, dia suspek kena SI joint inflammation, jumpa ortopedik pulak suspek slipped disc dan kali ni bila jumpa kiropraktor pulak suspek spinal stenosis. Adoi, dah macam-macam prognosis tapi satu pun tak boleh nak confirm kan gara-gara tak dapat buat MRI!

Sebelum balik, Dr Isabelle ajar posisi regangan bahagian tulang belakang supaya tak menghimpit bahagian saraf dan boleh kurangkan sakit. Yang bagusnya, dia positif keadaan Suami Terchenta ni boleh sembuh sebenarnya tanpa perlu buat operation tapi kena rajin buat senaman regangan belakang dan kena buat beberapa sesi lagi untuk dia bantu betulkan kedudukan tulang Suami Terchenta.

Bagi aku yang penting Suami Terchenta rasa lega sikit especially lepas terapi myfascial release tu. Pengalaman kena sciatica dulu buat aku faham perasaan Suami Terchenta bila sakit tu tak hilang berminggu-minggu.

Di penghujung sesi, kiteorang berpuas hati dengan rawatan dari Dr Isabelle yang profesional dan terperinci. Aku harap sangat-sangat lepas ni sakit belakang yang dialami oleh Suami Terchenta akan berkurangan dan dia akan pulih macam biasa 🤲🏻.

Kalau ada yang berminat mencuba rawatan alternatif / kiropraktik, boleh la datang ke tempat ni. Kena buat temujanji dulu sebelum datang ye.


RENEW Chiropractic Centre
Alamat: Unit 2-7, Second Floor, Sentul Village Service Apartment, 10, Jln Sentul Pasar, 51000 Kuala Lumpur.
Masa Operasi: 10 pagi - 6 petang (Isnin - Sabtu), 1 tengahari - 6 petang (Ahad).
Laman web: https://renewchiropractic.info/
Read more »
on Tuesday, October 10, 2023 17
Share this!
Tags
Reviews, Services
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Monday, October 09, 2023

Sarapan Pagi di Restoran Haslam

Salam Isnin buat kawan-kawan semua, semoga hari Isnin ni membawa permulaan minggu yang ceria untuk kita semua. 🌸

Anyway, Sabtu lepas aktiviti kiteorang agak padat dari pagi sampai ke petang. Seawal jam 8 pagi lagi, aku dan Suami Terchenta pergi ke KPJ Tawakkal untuk temujanji dengan doktor pakar ortopedik. Datang awal tu pun sebenarnya sebab nak ambik nombor giliran awal je sebab doktor masuk pun pukul 9 lebih.

Lepas dapat nombor giliran, kiteorang turun ke tingkat 1 dan jalan kaki ke seberang jalan mencari sarapan pagi. Kali ni rasa nak sarapan makanan Melayu pulak, jadi kiteorang pun pergi ke Restoran Haslam yang terletak seberang jalan je dari hospital ni.


Restoran Haslam Jalan Pahang
Restoran Haslam milik pengarah filem terkenal, Dato' Yusof Haslam menampilkan resipi bonda beliau

Masa kiteorang sampai ni, restoran memang penuh dengan pelanggan, tapi kiteorang bernasib baik dapat meja kosong di bahagian luar restoran. Kiteorang duduk je terus datang pekerja ambik pesanan di meja. Pantas servis kat sini 👍🏻.

Aku order roti canai banjir dengan kuah dhal dan sambal. Suami Terchenta pulak order roti canai dan kuah kari.


Restoran Haslam Jalan Pahang
Roti canai banjir dan roti canai biasa

Restoran Haslam Jalan Pahang
Pekerja tengah menebar roti canai

Sambil tunggu pesanan sampai, aku pergi meninjau lauk lain yang dijual di sini. Banyak jugak pilihan yang ada - nasi lemak dengan lauk sambal sotong/bilis/kosong, paru goreng, telur mata dan telur rebus; nasi / bihun / mee goreng, roti sardin gulung, roti jala, kari ayam, kuih-muih tradisional, lontong, mee rebus dan macam-macam lagi. 


Restoran Haslam Jalan Pahang
Antara pilihan menu makanan Melayu yang ada di Restoran Haslam


Sempat lagi aku berseloroh dengan Suami Terchenta, rasa menyesal pulak order roti banjir sebab mee rebus dan nasi lemak tu nampak sedap 😅. Tak pelah, lain kali boleh datang ke sini lagi.

Bagi aku roti banjirnya sedap, kuah dhalnya cukup pekat cuma aku rasa bawang goreng dan rempah-ratus tu agak overpowering, tapi overall, rasanya tetap sedap sebab ada sambal yang sedap. Worth repeat lain kali.

Nampaknya dah jumpa port sarapan kiteorang yang baru kalau teringin makanan Melayu ✌🏻.


Restoran Haslam
Alamat: Jalan Pahang, Pekeliling, 53000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Masa operasi: Setiap hari (8 pagi - 11 malam)
Read more »
on Monday, October 09, 2023 32
Share this!
Tags
Dining, Restaurant and Outlet
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Saturday, October 07, 2023

Makan Tengahari di Gula Cakery @ KL East Mall

Dah lama sebenarnya peram entry pasal lunch di Gula Cakery @ KL East Mall. Aku sekarang tengah gigih clear kan memori h/p. Jadi dah alang-alang ambik gambar tu, terus la letak kat blog je. 

Pertengahan bulan Ogos lepas, Khadeeja dan kawan-kawan sekelas buat play date di KL East Mall sebab salah seorang kawan sekelas dia bakal berhenti sekolah kat sekolah dieorang. Dieorang pakat ramai-ramai nak bermain ice skating jadi sementara Khadeeja sibuk dengan play date nya, kiteorang bawak Khayla pergi makan tengahari di Gula Cakery sebab dia teringin nak makan lasagna.

First time sebenarnya aku makan dekat Gula Cakery kat KL East Mall ni. Sebelum ni aku pernah pesan kek Gula Cakery ni di IOI Mall Putrajaya. Yang kat Putrajaya tu takde menu hidangan panas, cuma ada kek je.


Gula Cakery @ KL East Mall
Gula Cakery @ KL East Mall

Masa kiteorang sampai tu, restoran masih penuh dengan pengunjung jadi kiteorang terpaksa duduk di kafe Gula Creamery di sebelah.


Gula Cakery @ KL East Mall
Tempat duduk kat sini agak terhad tapi nasib baik tak lama lepas tu ada meja kosong jadi boleh sambung dengan meja bulat ni

Gula Cakery @ KL East Mall
Sementara tunggu pesanan sampai, ambik gambar kek dulu. Semuanya nampak menggoda!

Ni la makanan yang kiteorang pesan tengahari tu:


Gula Cakery @ KL East Mall
Beef lasagna (Khayla)

Gula Cakery @ KL East Mall
Grilled chicken chop (Suami Terchenta)

Gula Cakery @ KL East Mall
Spaghetti masak lemak cili api dengan beef brisket menjadi pilihan aku

drinks
Minuman dipesan Suami Terchenta dan Khayla (dah lupa nama)

Dari segi portion makanan, memang berbaloi dengan harganya sebab portion sini agak besar. Dari segi rasa, bagi aku setakat OK je la tapi Khayla puji lasagna sedap (Khayla tak pernah tak puji lasagna kat mana-mana pun 😆). Spaghetti masak lemak cili api tu agak pedas dekat lidah aku dan santannya pulak pekat jadi separuh jalan aku dah rasa muak. Lupa pulak apa review Suami Terchenta sebab dah lama sangat peram post ni hehe.

Tapi ni pendapat aku je la. Orang lain mungkin ada pandangan berbeza tentang hidangan di Gula Cakery. Siapa pernah makan kat sini, boleh kongsi pendapat korang tak?

Read more »
on Saturday, October 07, 2023 24
Share this!
Tags
Dining, Restaurant and Outlet
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Saturday, October 07, 2023

Percubaan Buat Kuih Bakar Comei Versi Kawah Gunung Berapi!

Minggu lepas aku tertarik nak cuba resipi kuih bakar comel yang Mommy Ayu kongsikan di blognya. Tapi gara-gara derhaka resipi, kejadiannya dah serupa kawah gunung berapi! 😂

Tapi walaupun rupanya buruk, rasanya alhamdulillah sedap. Cuma tu la, lain kali pengajarannya jangan derhaka dengan resipi hehe.

Asalnya tak plan nak derhaka tapi tepung kat rumah cukup-cukup untuk 1 cawan je. Jadi bahan-bahan yang lain aku pun cuba adjust untuk resipi guna 1 cawan tepung. Hmm. Failed teruk! 🤣🤣


Khadeeja rajin tolong aku kalau melibatkan aktiviti di dapur sebab dia minat memasak dan buat kuih


Masa ni nampak cantik, helok lagi. Memandangkan takde biji bijan kat rumah jadi nampak kosong la kat atas tu...

Tu dia, kawah gunung berapi!

Kawan-kawan yang pandai buat kuih, sebab apa ye bancuhan kuih ni membentuk kawah kat tengah-tengah tu? 😂 Boleh tak bagi pencerahan sebab sis ni idok ler terer bab buat kuah ni walaupun mengajar kelas memasak haha!

Apapun terima kasih buat MA sebab kongsi resipi yang mudah ni. Lain kali dah beli tepung kita cuba lagi hehe.

Nota kaki: Teringat zaman PKP dulu, famous group FB Masak Apa Tak Jadi Hari Ini bila ahli group kongsi kejadian buruk kuih masing-masing hehe.

Read more »
on Saturday, October 07, 2023 16
Share this!
Tags
Recipes
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Belajar Jadi Positif Dari Puan Masitah (@mashyta_oneandonly)
    Baru-baru ni aku terbaca tentang seorang wanita yang sangat positif dan redha dengan ujian yang Allah turunkan ke dalam hidupnya. Selepas te...
  • Hari Keluar Berjalan-jalan Dengan Mak
    Semalam aku ajak mak keluar. Kebetulan Khayla pun ada aktiviti ko-kurikulum dan turun awal ke sekolah so boleh la aku keluar bawak mak jala...

Blog Favourite

  • Hidup Itu Indah
    21 minutes ago
  • Aku Sis Lin
    30 minutes ago
  • SURIA AMANDA
    30 minutes ago
  • Anies♥You
    30 minutes ago
  • .: ceritera Kehidupan :.
    59 minutes ago
  • Hari hari yang ku lalui...
    1 hour ago
  • Syazni Rahim Blog
    1 hour ago
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    2 hours ago
  • .:: My Life & My Loves ::.
    3 hours ago
  • KasihkuAmani
    3 hours ago
  • a m m i
    4 hours ago
  • mrhanafi.com
    4 hours ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    4 hours ago
  • My Small World
    4 hours ago
  • Miles of smiles
    5 hours ago
  • Drawing the Words
    15 hours ago
  • Amie's Little Kitchen
    15 hours ago
  • KakmimDotCom
    16 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    17 hours ago
  • orangbukit
    19 hours ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    23 hours ago
  • Travel My Way
    1 day ago
  • Warisan Petani
    1 day ago
  • Blog Anamizu™
    1 day ago
  • Antara Doha dan Jakarta™
    2 days ago
  • mulan@peace,love&harmony
    2 days ago
  • Titian Perjalanan
    2 days ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    2 days ago
  • anajingga
    3 days ago
  • Sunah Sakura
    3 days ago
  • LIFE WITH LOVE
    3 days ago
  • Mreneyoo
    4 days ago
  • Krabat Kramat
    5 days ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    5 days ago
  • Dapur Cik- Nur
    5 days ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    2 weeks ago
  • Shuhaida Kabdy
    2 weeks ago
  • Afzan Sidi
    2 weeks ago
  • Ainihalim
    5 weeks ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    1 month ago
  • Inilah Shaizhar
    2 months ago
  • Ako Tetap Ako
    2 months ago
  • Blog Sal
    2 months ago
  • Asa Blog
    3 months ago
  • Kait dan Lari
    11 months ago
  • Stories About My Journey
    1 year ago
  • Sodep
    9 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.