2 hari sebelum hari nih memang meletihkan. Memula, hari Isnin tu ada majlis berbuka puasa yang company buat kat surau berdekatan. As usual, aku dilantik menjadi jurugambar. Justifikasi yang diberikan - a few shots yang aku amik pernah keluar paper. Hehe.

Makan malam tu memang besh... hidangan buka puasa ialah kuih-muih n air bandung. Ada karipap, kuih lapis, kuih seri ayu, err, macam2 ada! Seronok aa... Pas tu kitaorang gi semayang maghrib n sambung balik makan. Makan malam - nasi beriani, kari daging kambing, ayam masak merah, erm... satu lagi tu aku tak ingat. Tapi memang sedap la.

The aftermath tu yang agak meletihkan. Kena kemas2 tempat tu, hantar pinggan mangkuk ke tempat cuci pinggan mangkuk, kemas kerusi, angkut kerusi. huhu... Letih laa. Yang tak puas hati colleague lelaki semua dok lepak tengok je kitaorang buat kerja. Bukan nak tolong pun! Hampeh betul. Balik tu dalam pukul 12 mlm. Nasib baik ada akak tu yang tolong hantar balik.

Tuesday. I dread Tuesdays. Sebab nya hari nih ialah hari mesyuarat projek aku yang dah berjalan hampir 2 bulan tapi tak de progres apa2 pun. Semalam, bila datuk masuk opis, setelah semua manager datang mengadap, dia masuk bilik opis lama aku nak cari aku.

'Mana Carneyz?'
'Dah pindah bilik...'
So dia pun suruh sorang manager tu carik aku. Bila manager tu datang ke bilik aku, dia cakap
'Carneyz, datuk nak jumpa.'
Aku terus panik. Alamak, awat lagu tu?? Tergezut...
'Matilah...' aku mengeluh. Aku capai notepad, pen n then pegi mengadap datuk.

Mula2 dia tanya pasal asgt aku kat kl 2 minggu lepas. Then dia bersandar n tanya,
'I nak you handle satu projek. Amacam?'
Aku telan air liur je. Isk, projek yang satu lagi pun tak complete lagi...
'Err, camane ngan projek satu lagi tu?' aku memberanikan diri tanya.
'Ha! Camane ngan projek tu? I don't see anything going on?' Dia tanya balik.
Aaah!! Mampus... Aku terpaksa menjawab pertanyaan tu ngan diplomasi. Kalau salah jawab, ada yang got their feather ruffled up nanti, lagi aku susah!

Then berbalik kepada projek tu, dia explain serba-sikit pasal projek tu, lepas tu dia bagitau aku kena turun kl. Ada 2 reactions to that - 1st. Iyeaa! Leh jumpa orang tu ;) 2nd. Alamak, nak balik nanti, ada lagi ke flight ticket? After all, dah nak dekat raya nih... Klu aku terkandas kat KL, uwaa!!! Haru woo...

Sebenarnya aku mintak jugak kamceng aku yg lain dimasukkan dlm projek ni. Tapi atas alasan2 tersendiri, datuk cakap cukup la aku sorang je involve dalam projek ni. Dia nampak dahi aku berkerut n dia explain,

'It's not because I am being unfair, n I like them more than you...'
Aik?? Terbalik nya konsep tu! Sebab everyone else thought he favors me over them. Sadis la...

Hate meeting. Hate meeting that started late. Hate it more when it ended late.

4 comments:

  1. nak gi kl la ari jumaat ni ;) leh ke tumpang rumah? best nyer! ni sume orang tu punyer idea la... tumpang rumah akak :)

    ReplyDelete
  2. yea yeeh! datang kl.. ye yeah! datang kl! ;p

    ReplyDelete
  3. LOL!
    Aku paaaaaaaaling setuju ayat last tuhh...

    I also HATE HATE HATE it when meetings start late and of course, END LATE.

    ReplyDelete
  4. datuk always say, find solution, don't bring the problem only. so, whatsayyou, maverix? ;)

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .