Hari ni masuk usia ke-42 tahun di dunia ni. Syukur atas semua yang Allah hantarkan dalam hidup aku - yang manis, pahit, masam, kelat - semuanya untuk mendidik, membentuk dan mendewasakan seorang insan bernama CARNEYZ.


Aku di usia 42 tahun - mata dah ada 'handbag', dahi dah berkedut tapi yang penting masih boleh senyum dengan gigi sendiri 🀭

Di usia 42 tahun, aku rasa aku dah mula masuk fasa tenang. Dah kurang rasa nak marah-marah. Angin kus-kus tu masih lagi ada sekali-sekala tapi dah tak sekerap dulu 😜.


Me @ 6 months old. Dari dulu lagi suka berkerut dahi

Di usia 42 tahun, aku rasa bahagia dengan kehidupan yang aku lalui. Kami berdua bermula dari bawah - Suami Terchenta pernah bekerja sebagai pemandu dan aku bermula sebagai trainee. Masa bujang dulu pernah menyewa di rumah setinggan. Lepas kahwin, rezeki bertambah baik dari menyewa di rumah setinggan dapat menyewa di pangsapuri. Dari naik motor, upgrade pulak ke kereta Kancil dan akhirnya upgrade ke kereta Exora. Dari jawatan trainee berakhir dengan jawatan pengurus di syarikat sebelum aku berhenti kerja dan alhamdulillah sekarang menjadi suri rumah atau kawan-kawan aku gelar, tai-tai πŸ˜….


Bahagia dengan jodoh sejak 18 tahun yang lalu

Bahagia bertemu kawan-kawan yang baik di mana-mana aku bekerja. Ni BFF aku yang aku pergi rumah dia di UK tempoh hari

Bahagia sebab pernah berpeluang berbakti dengan negeri kelahiran sendiri selama 6 tahun, sebagai penghargaan sebab menanggung yuran pengajian di universiti masa peringkat ijazah sarjana muda. Terima kasih kerajaan Sarawak!

Bahagia dengan anugerah 2 orang cahaya mata dari Allah. 

Bahagia masih boleh menumpang kasih dengan mak, bapak, mak mertua dan bapak mertua

Semoga kebahagiaan yang Allah pinjamkan ni berkekalan hingga ke akhir hayatku 🀲🏻. Alhamdulillah ala kulli hal, Alhamdulillah atas usia yang bertambah. Terima kasih atas segalanya, ya Allah πŸ₯°.


Bahagia bila Suami Terchenta belanja staycation sempena birthday

Nota kaki: Yang pahit, kelat dan masam tu biar simpan dalam kenangan je. 

34 comments:

  1. Happy birthday dear carneyzπŸŒΉπŸŽŠπŸŽ‰πŸŽ‚πŸŽ.may Allah bless u always🀲

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih MZ πŸ₯° Ameen YRA atas doanya..

      Delete
  2. Assalamualaikum sis, suka lihat your journey. May Allah bless you with more blessings. Happy birthday❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam sis. Terima kasih ye atas ucapannya πŸ₯° Ameen YRA atas doanya..

      Delete
  3. Sanah helwah.. Alhamdulillah, semoga bertambah bahagia & sejahtera, Carneyz.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih SK πŸ₯° Ameen YRA atas doanya..

      Delete
  4. Happy birthday Carneyz...semoga sentiasa dirahmati Allah..aamiin
    sama bday ngan kak Suria Amanda la ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih MA πŸ₯° Selang sehari je birthday kiteorg. Ameen YRA atas doanya..

      Delete
  5. happy birthday sis! serius la 42.. tapi nampak sooooooo muda! hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sis πŸ₯° Ye dah tua, 4 series hehe.

      Delete
  6. wishing you endless happiness and success on your special day. happy birthday mommy kiera & louis!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih anies πŸ₯° Ameen YRA atas doanya..

      Delete
  7. Selamat Hari Lahir sis🌹
    Semoga bahagia selalu dan selamanya 🀲

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih PH πŸ₯° Ameen YRA atas doanya..

      Delete
  8. happy birthday Carneyz...semoga yang baik2 je untuk akak...
    ya, semuanya bermula dari bawah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Linda πŸ₯° Ameen YRA atas doanya..

      Delete
  9. Kita yang baca coretan ni pun ikut tersenyum bahagia πŸ₯°
    Happy Birthday Carneyz πŸ’

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kak Ujie πŸ₯° Alhamdulillah atas kurnia rezeki dari Allah 😊

      Delete
  10. Blog yang sangat keren dan rapi tulisan dan gambarnya juga bagus. keren

    ReplyDelete
  11. selamat hari lahir. semoga sentiasa dilundungi oleh rahmat Allah. Sebaya dgn adik lelaki sy yg lahir pd 2.6.82....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Abam Kie 😊 Ameen YRA atas doanya.. Selamat hari lahir juga buat adik Abam Kie

      Delete
  12. Happy birthday Carneyz, x sangka yang birth date kita selang sehari je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih SA πŸ₯° Happy birthday to you too...

      Delete
  13. Happy belated birthdaaaay kak Carneyz πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰. Tak jauh ternyata usia kita 🀭. Cuma beda tanggal berarti lahirnya, saya pun akan 42 juga, tp msh beberapa hari lagiii πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„.

    Apapun, happy birthday sesama Gemini 😘.semoga kak Carneyz selalu sehat, dipanjangkan usia dan mudah rezekinya πŸ€—

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lho, kita sebaya ke? Tapi fanny nampak lebih mudaaaa... spill rahsia awet muda tu hehe.

      Delete
  14. happy belated birthday Carneyz...syok birthday girl dpt staycation tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sis πŸ₯° Memang perjanjian dengan suami kalau birthday tak payah kasi hadiah bunga / kek, nak staycation je 😜

      Delete
  15. Happy belated birthday sis Carneyz.. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah.. Aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Sha πŸ₯° Ameen YRA atas doanya..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .