First of all, aku nak ucapkan terima kasih kepada kakak aku yang telah menaja staycation kali ni hehe. Kisahnya dia wish birthday kat IG aku dengan caption 'We need new vacay pics. Langkawi, Tioman or Redang waiting for us'. Haa apa lagi aku terus la ajak 'ok jom Perhentian!' Kau jangan tau kak, adikmu pantang diajak kihkih...
|
Welcome to Perhentian Marriott Resort & Spa...
|
Dia tanya berapa total cost kalau ke Pulau Perhentian. So dengan pantas aku pun bagi breakdown harga tiket return flight KL-KB, Grab dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu ke Kuala Besut (pergi/balik) dan harga hotel semalam di Kota Bharu dan semalam di Pulau Perhentian (trip kiteorang ni 2 hari 2 malam). Siap bagi weather forecast untuk tarikh yang kiteorang plan tu hihi. Tak lama lepas aku share info tu, terus kakak aku balas - ok onz. Untuk booking dekat resort tu, dia kata dia bayar. Alhamdulillah!
|
Know-know dah sampai Kuala Besut... |
Ni kali pertama kiteorang ke Pulau Perhentian sebenarnya, dan kali pertama jugak jejakkan kaki di Kuala Besut. Kiteorang ambik flight AirAsia awal pagi pukul 7.25 pagi dan sampai di Kota Bharu dalam pukul 8.25 pagi. Sampai di Kuala Besut terus cari tempat untuk sarapan pagi. Pakcik teksi dropped kiteorang dekat T'kafe ni. Pagi-pagi ramai orang yang datang bersarapan kat sini tapi nasib baik ada meja kosong. Aku pesan roti kosong dengan teh tarik kurang manis, tapi bila sampai kat meja, mak aihhhh... manis leting teh tarik tu. Nasib baik aku memang angkut botol air kemana-mana boleh la top up air untuk hilangkan rasa manis tu.
|
Sarapan di T'kafe. Total damage untuk sekeping roti canai, sekeping roti telur dan 2 gelas teh tarik ialah RM8.50. |
Lepas sarapan, kiteorang check balik confirmation email dari hotel. Rupa-rupanya kiteorang silap tengok - ingatkan feri dari Kuala Besut ke Pulau Perhentian pukul 10.30 pagi, rupa-rupanya pukul 12.30 tengahari. Banyak masa lagi. Pastu satu lagi kiteorang ingatkan ambik feri di Jeti Kuala Besut, tapi rupa-rupanya tak. Kena pergi ke hotel Fairfield di seberang, sebab feri akan ambik di Jeti Fairfield. Tapi tak pelah, sempat la kiteorang jalan-jalan sekitar kawasan Jeti Kuala Besut tu, sambil tu survey souvenir t-shirt untuk Suami Terchenta dan anak-anak. Kakak aku pulak beli seluar cotton untuk tidur dan sepasang baju untuk anak buah kiteorang.
Walaupun beg aku tak sampai 5kg, tapi bila kena angkut ke sana-sini, terasa penat la jugak. So lepas beli souvenir untuk family (tak boleh beli banyak-banyak sebab tak beli luggage untuk trip ni), kiteorang ambik kereta sapu ke hotel Fairfield di seberang. Hotel ni belum bukak lagi sebenarnya, bulan Ogos baru bukak.
Pakcik kereta sapu tu hantar kiteorang sampai ke jeti sebab dalam email tak bagitau pulak ada tempat menunggu selain dari arahan ambik feri di jeti. Dalam 10 minit menunggu, datang seorang pekerja kontraktor tegur kiteorang bagitau kenapa tak tunggu dekat bilik menunggu di tepi bangunan hotel? Oh ada rupa-rupanya. So patah balik ke bangunan hotel, dan baru perasan lounge khas untuk tetamu resort menunggu feri.
|
Papan tanda ke jeti dan ke lounge menunggu feri |
Aku dan kakak aku rasa dari segi komunikasi hotel, banyak benda resort kena perbaiki sebab maklumat yang mengelirukan contohnya info dekat apps kata kena ambik teksi dari airport KB ke Kuala Besut Jetty. Sebab tu la kiteorang ingat feri tu dari Jeti Kuala Besut. Maklumat yang betul ialah ambik teksi dari airport KB ke hotel Fairfield. Satu lagi hotel tak mention ada tempat menunggu lounge di hotel Fairfield. Nasib baik ada pekerja kontraktor yang datang bagitau kiteorang. Kalau tak 2 jam la kiteorang menunggu dekat jeti dalam keadaan panas dan takde tempat duduk proper!
|
Marriott Lounge tempat tetamu resort menunggu feri. Kerusi dan sofa lounge selesa dan ruang dalam lounge ada aircond, tapi banyak lalat. Nak caj h/p pun boleh sebab ada plug di dinding |
Tak terasa pun 2 jam tu berlalu sebab kiteorang menghabiskan masa berborak dan layan IG. Pukul 12.30 tengahari, feri pun sampai.
|
Feri luas, selesa dan ada aircond |
Dari Jeti Fairfield ke Pulau Perhentian Kecil iaitu lokasi Perhentian Marriott Resort & Spa ni mengambil masa lebih kurang sejam. Sempat la lelap mata sekejap sebab kena bangun awal pagi nak ambik flight pukul 7.25 pagi tu kan.
Bila feri dah nak sampai ke jeti Perhentian Marriott, dari jauh kiteorang nampak staff hotel lengkap berpakaian tradisional sambil bawak bunga manggar dan kompang menunggu kedatangan tetamu resort. Wah, rasa diraikan gitu! Keluar je dari feri, kiteorang disambut oleh pengurus resort, seorang minah salleh yang sebaya my mom. Dia sambut kiteorang sambil ucapkan selamat datang. Lepas tu kiteorang pun naik buggy hotel yang bawak kiteorang ke lobi hotel. Di lobi hotel pulak, disambut lagi oleh staff hotel dan staff front desk bila melangkah kaki masuk ke ruang menunggu. Nampaknya dieorang memang betul-betul praktiskan tagline 'Wonderful Hospitality. Always' dengan para tetamu.
|
Kedatangan tetamu resort disambut dengan paluan kompang dan bunga manggar (atas), tetamu dijemput ke lobi hotel menaiki buggy. Sampai di lobi, disambut lagi oleh staff hotel dan staff front desk (bawah) |
First impression - hotel ni berkonsepkan alam semulajadi dan sekitar kawasan resort memang ditanam pokok-pokok yang membuatkan kita rasa macam back to nature, tapi pada masa yang sama kemudahan dan rekabentuk bilik hotel pun menerapkan ciri-ciri moden (modern comfort). Ia mengingatkan aku dengan Mulu Marriott Resort & Spa yang konsepnya menonjolkan kekayaan sumber alam semulajadi tapi bila masuk ke bilik, semuanya moden.
|
Modern yet showcase nature's beauty. |
|
Sementara tunggu proses check-in, tetamu dihidangkan dengan kuih ketayap comel ni dan minuman sejuk |
Kakak aku ambik pakej A Serenade of Wellness - Spa & Stay Retreat. Bagi aku berbaloi la sebab pakej ni sekali dengan spa treatment 60 minit untuk dua orang (tapi sorang dapat massage dan seorang lagi dapat facial so kecewa sikit sebab ingatkan dua-dua akan dapat both massage dan facial, sarapan pagi dan makan tengahari dan complimentary round trip tambang ferry (kalau tak kena bayar RM200 seorang).
|
Maklumat pakej yang kakak aku tempah |
Next entry aku buat review pasal bilik hotel pulak. Stay tuned!