Seminggu Sepotong Hadis - Gila Kuasa

Gila kuasa
Sumber: https://ismaweb.net/
 

Kalaulah kebanyakan orang yang diberi peluang menjadi pemimpin memandang pada tanggungjawab bukan pada pangkat, mesti tak ramai yang sanggup pikul jawatan pemimpin kan? Pemimpin ni sangat berat hisabnya di akhirat. 

Masa aku jadi HR dulu selalu berdepan dengan orang-orang yang mengejar kenaikan pangkat sebab berkaitan dengan kenaikan gaji. Hari-hari kejar HR tanya bila boleh dapat promotion? Tapi bila dah naik pangkat, banyak masalah yang timbul sebab hakikatnya belum cukup matang dan bijak memimpin jabatan atau jadi penyelia sampai timbul rasa tak puas hati di kalangan orang bawahan. Itulah hakikat dunia, yang tak layak sibuk menjadi pemimpin tapi yang layak kalau boleh tak nak pegang jawatan sebab tak sanggup pikul dan jawab di akhirat kelak.

Pengalaman Renew Passport Malaysia Kanak-Kanak

Tengahari semalam aku bawak Khayla pergi Jabatan Imigresen di tingkat 1, UTC Sentul. Sebelum pergi tu, aku call dulu sebab tak pasti sama ada masih perlu buat temujanji dulu atau tak. 

Rupa-rupanya dah tak perlu temujanji, cuma petang biasanya ramai orang kata pegawai tu.

Ok, marilah aku cerita serba-sedikit pengalaman 3 jam berada di Jabatan Imigresen semalam. Lain kali aku kena renew passport Khadeeja pulak, boleh la rujuk proses kat sini.


Persediaan Sebelum ke Jabatan Imigresen

Sebelum datang ke Jabatan Imigresen, pastikan dokumen cukup dan bawak juga salinan dokumen asal sekeping ya. 

Jangan jadi macam aku, dah beratur panjang, sampai giliran kami rupa-rupanya tak cukup dokumen (aku ingatkan cuma perlu bawak passport lama dan Mykid je). Nasib baik pegawai tu bagi jugak nombor giliran tapi kena patah balik rumah ambik dokumen dulu (boleh la buat macam ni kalau rumah dekat).

Untuk kanak-kanak, dokumen yang perlu disediakan ialah:

  1. Surat beranak kanak-kanak + salinan (Nota: MyKid tak diterima ye)
  2. Sijil perkahwinan ibubapa + salinan (jika masih berkahwin, dan pemohon yang hadir ialah ibu kanak-kanak. Sekiranya pemohon ialah bapa, tak perlu)
  3. Kad pengenalan ibu/bapa + salinan
  4. Passport lama
Tambahan untuk kes tertentu:
  • Surat cerai + salinan (sekiranya ibu bapa telah bercerai)
  • Surat mahkamah hak penjagaan kanak-kanak + salinan
  • Sijil anak angkat dari JPN + salinan (sekiranya anak angkat)
  • Sijil kematian ibu/bapa
  • Surat sumpah hak penjagaan penjaga sah utk anak kematian ibubapa

WAJIB bawak surat beranak dan sijil kahwin original, salinan fotostat je tak diterima.

Perkara yang kena ingat jugak ialah pakaian anak. Kalau anak pakai hijab, pastikan hijab berwarna gelap (seelok-eloknya hitam) dan bukan bercorak. Kalau anak yang tak berhijab pulak pakaikan baju menutup dada (juga berwarna gelap).

Anak berumur 4 tahun ke bawah digalakkan bawak gambar berukuran passport mengikut spesifikasi Jabatan Imigresen.


Kaunter Pertanyaan / Nombor Giliran

Bila sampai di pejabat imigresen, perkara pertama korang akan nampak ialah barisan panjang beratur di kaunter nombor giliran / pertanyaan, tak kira la walk in atau permohonan atas talian. Terus la beratur kat situ ye.

Sampai je depan kaunter, serahkan dokumen untuk disemak oleh pegawai di kaunter. Kalau dokumen lengkap, pegawai akan serahkan nombor giliran.

Seelok-eloknya sementara menunggu giliran, ukur ketinggian anak di sudut mengambil ukuran ketinggian. Boleh jugak ukur siap-siap di rumah.

Terus-terang aku katakan, masa menunggu memang lamaa.... Khayla siap tertido-tido di kerusi, kesian dia. Tak perlu la sekejap-sekejap pergi depan kaunter tanya, 'Lama lagi ke?' sebab pegawai dah cakap masa ambik nombor giliran memang kena tunggu lama. Melainkan datang awal-awal pagi dan jadi orang pertama dapat nombor giliran.

Kesian jugak tengok pegawai letih melayan soalan terutama dari pakcik2 dan makcik2 sekejap-sekejap berdiri tepi kaunter tanya bila nombor dieorang akan dipanggil. Tapi dah namanya kaunter pertanyaan, terpaksa la hadap kan. Bagusnya pegawai tetap berhemah berurusan dengan pakcik2 dan makcik2 ni.


Kaunter Penerimaan

Bila nombor dipanggil, serahkan dokumen-dokumen asal dan salinan kepada pegawai. Pegawai akan mintak sahkan alamat dalam sistem ialah alamat terkini. Lepas tu anak akan diminta imbas cap jari kiri dan kanan dan menurunkan cop jari di atas borang. Ibu/bapa pun kena cop jari dan tandatangan borang ye.

Lepas tu barulah pegawai ambik gambar menggunakan biometric facial recognition camera.

Selesai ambik gambar, pegawai akan mintak slip nombor giliran untuk dikepilkan dengan borang dan dokumen permohonan. Tunggu nombor giliran dipanggil untuk ke kaunter bayaran.


Kaunter Bayaran

Untuk passport kanak-kanak, bayaran yang dikenakan ialah RM100 manakala untuk dewasa ialah RM200. Warga emas, golongan OKU, pelajar overseas dan jemaah haji pun cuma dikenakan RM100. 

Pembayaran boleh dibuat secara tunai, kad kredit/debit atau wang pos/bank draf berpalang. Selesai buat pembayaran, pegawai akan beri borang menyatakan bayaran penuh telah dibuat. 

Lepas tu kena tunggu passport dicetak, lebih kurang dalam tempoh sejam. Masa ni boleh la pergi makan dulu ke, atau kalau rumah dekat nak balik pun boleh.

Since Khayla kata dia lapar, kiteorang keluar carik tempat makan di UTC tu. Last-last jumpa gerai nasi ayam Kak Na. Nasib la pergi Jabatan Imigresen di UTC, ada la jugak tempat makan sementara menunggu tu.


Kaunter Serahan

Balik semula ke pejabat imigresen, dan tunggu nombor giliran. Bila nombor dipanggil, pegawai akan mintak imbas semula cap jari anak dan cop jari sekali lagi. Ibu / bapa pun sama kena cop jari dan tandatangan borang. Passport lama yang dah dipotong akan diserahkan semula. Sebelum meninggalkan kaunter, pegawai akan mintak ibu / bapa semak maklumat dicetak atas passport baru betul dan takde kesilapan. PENTING SEMAK EJAAN NAMA, NOMBOR MYKID DAN TARIKH LAHIR ADALAH BETUL.

Kalau confirm betul, tahniah! Anak dah dapat passport baru!


Pengalaman Renew Passport Malaysia Kanak-Kanak
Khayla dan passport barunya

Kalau tak silap, boleh jugak hantar permohonan renew passport kanak-kanak secara dalam talian, tapi cuma boleh dibuat oleh ibu/bapa (selain tu tak boleh). Bila dah dapat email dari pejabat imigresen untuk datang ke pejabat imigresen dan ambik passport, kena bawak sekali anak sebab kena ambik cap jari. 

Kaitan Kopi dan GERD

Aku memang peminat kopi. Sebab tu blog ni diberi nama 'Coffee Break with Me'.

Dari zaman belajar sampai la ke zaman bekerja memang kopi la peneman setia.

My coffee fix in the morning is normally of moderate strength, sweet and with milk. Orang putih panggil café au lait, orang kita gelar kopi susu.


cafe au lait

Lepas tu bila aku dah kenal kopi Starbucks, memang 2 jenis minuman ni je aku akan pesan - macchiato panas dan Java Chip Frappuccino.

Tapi aku tak gemar kopi yang pahit macam espresso. Pernah order sekali, nak termuntah dibuatnya.

Masa PKP, viral minuman dalgona coffee. Aku pun antara yang terikut-ikut gigih cuba resipi dalgona.  Hampir tiap-tiap hari aku buat dalgona sebab aku rindu kopi Starbucks!

Tak sangka, tahun lepas aku mula menghidap GERD (Gastroesophageal reflux disease).

Bila minum kopi je, aku mula develop anxiety symptoms, dada berdebar-debar sampai ke telinga kuatnya. Malam tak boleh tidur. Tengah-tengah malam terjaga dengan nafas kencang. 

Mati-mati aku ingat aku kena anxiety.


GERD & anxiety
Sumber: Verywell / Michela Buttignol

Berbulan-bulan aku hidup dengan keresahan. Sampai la satu hari aku mula experience acid reflux. Kadang-kadang tengah tidur pun rasa nak termuntah, tekak rasa masam je.

Lepas tu barulah aku berjumpa doktor dan mengadu masalah acid reflux. Pada masa yang sama, doktor bertanya kalau aku ada simptom-simptom lain.

'Saya rasa puan ni menghidap GERD.' kata doktor. Lepas tu dia terangkan apa itu GERD. 

Barulah aku tau kopi yang aku gemari punca kepada masalah anxiety ni. 

Dari situ aku terus stop ambil kopi. Kalau ke Starbucks pun akan order Green Tea Frappuccino. (Ada lagi beberapa perkara yang aku stop sesuai dengan saranan doktor).

Sejak tu, aku dah boleh tidur malam, tak lagi berdebar-debar dan masalah acid reflux pun berkurangan (kena ambik antacid sebelum tidur).

Kesimpulannya, ambil la kopi berpada-pada dan jika mula terasa tak sedap badan dan emosi, cepat-cepatlah berjumpa doktor untuk dapatkan rawatan.

Wordless Wednesday - Beg Sejadah Comel

Beg sejadah



Terjumpa beg sejadah ni dijual kat Shopee. Comelnya!

Dah lama aku carik, tapi kebanyakannya aku tak berkenan pulak dengan coraknya. 

Yang ni memang aku berkenan habis. Kat luar corak sisik ikan hitam putih, dalam pulak telekung purple. I loike!

Kalau malas bawak handbag, kat belakang ada zip poket boleh letak dompet & telefon. 

Tapi nak solat mungkin kena keluarkan dulu nanti tak selesa pulak.

Lepas ni senang la angkut sejadah sekali dengan telekung. 

Sesambil tu kita support home business.

Boleh carik beg sejadah ni kat sini: https://shopee.com.my/farisya_17/7078125826 #ShopeeMY

Cara Mudah Declutter Rumah Guna Servis Unearth Store

Semalam kan aku share yang aku serabut tengok lambakan barang-barang dan kotak-kotak di rumah.

Sampai penuh dah balkoni rumah sebab stor sekangkang kera tu pun penuh dengan kotak.

Tak lama lepas tu lalu kat IG pasal perkhidmatan remove dan jual semula barang-barang terpakai.

OK back to declutter rumah.

Unearth tolong klien untuk declutter rumah dan pada masa yang sama jual perabot dan barang-barang rumah. Hasil jualan akan dibahagi sama rata dengan klien (tertakluk terma & syarat). Paling best, kos mengangkut barang-barang dari rumah klien adalah PERCUMA!


Unearth Store

Cara-cara nak menggunakan servis Unearth pun mudah:

1. Isi borang di website Unearth dan ambik gambar barang-barang dan perabot yang tak dipakai lagi. Sarah dari Unearth akan contact melalui Whatsapp untuk aturkan slot dan masa pengambilan barang-barang dan perabot tu.

2. Kalau duduk di kondo, dapatkan kelulusan dari pihak pengurusan kondo untuk benarkan lori Unearth masuk dan angkut barang dan perabot korang. Korang tak perlu angkut pun barang-barang dan perabot ni, pekerja Unearth akan buat semuanya.

3. Sekiranya barang dan perabot korang dapat dijual dalam masa 3 bulan, Unearth akan kongsi hasil jualan 50% tolak RM100 caj perkhidmatan dan kos sampingan (contohnya upah dismantle perabot). Tapi kalau perabot dan barang-barang tak dapat dijual dalam 3 bulan, sama ada korang boleh ambik balik atau biarkan Unearth untuk lupus barang-barang atau perabot korang (biasanya kalau dah angkut ke gudang Unearth tu memang niat nak lupuskan je).

Tapi kalau barang-barang sikit sangat, Unearth cadangkan kita jual sendiri je melalui platform macam Carousell atau Mudah.my. Masalahnya kena cari pengangkutan sendiri pulak kalau nak jual cepat.

Alternatifnya ialah korang derma je barang-barang tu dekat Unearth. Unearth akan tolong ambik barang-barang di rumah secara PERCUMA. Tak de la rasa bersalah dan membazir buang barang-barang yang masih elok (tapi dah tak pakai lagi). 

Dan hari ni pulak kawan aku pulak post IG story pasal donation drive baju-baju dan kasut-kasut terpakai di UPM hujung minggu ni.

Alhamdulillah, syukur Allah bantu selesaikan masalah kecik aku.


UPM donation drive
Kalau sesiapa ada baju-baju, beg, kasut, alat mainan yang terpakai boleh la hantar kat Masjid UPM hujung minggu ni

OK la, aku nak declutter baju-baju dan kasut-kasut terpakai untuk hantar ke Masjid UPM Sabtu ni.