Aku memang peminat kopi. Sebab tu blog ni diberi nama 'Coffee Break with Me'.

Dari zaman belajar sampai la ke zaman bekerja memang kopi la peneman setia.

My coffee fix in the morning is normally of moderate strength, sweet and with milk. Orang putih panggil café au lait, orang kita gelar kopi susu.


cafe au lait


Lepas tu bila aku dah kenal kopi Starbucks, memang 2 jenis minuman ni je aku akan pesan - macchiato panas dan Java Chip Frappuccino.

Tapi aku tak gemar kopi yang pahit macam espresso. Pernah order sekali, nak termuntah dibuatnya.

Masa PKP, viral minuman dalgona coffee. Aku pun antara yang terikut-ikut gigih cuba resipi dalgona.  Hampir tiap-tiap hari aku buat dalgona sebab aku rindu kopi Starbucks!

Tak sangka, tahun lepas aku mula menghidap GERD (Gastroesophageal reflux disease).

Bila minum kopi je, aku mula develop anxiety symptoms, dada berdebar-debar sampai ke telinga kuatnya. Malam tak boleh tidur. Tengah-tengah malam terjaga dengan nafas kencang. 

Mati-mati aku ingat aku kena anxiety.


GERD & anxiety
Sumber: Verywell / Michela Buttignol

Berbulan-bulan aku hidup dengan keresahan. Sampai la satu hari aku mula experience acid reflux. Kadang-kadang tengah tidur pun rasa nak termuntah, tekak rasa masam je.

Lepas tu barulah aku berjumpa doktor dan mengadu masalah acid reflux. Pada masa yang sama, doktor bertanya kalau aku ada simptom-simptom lain.

'Saya rasa puan ni menghidap GERD.' kata doktor. Lepas tu dia terangkan apa itu GERD. 

Barulah aku tau kopi yang aku gemari punca kepada masalah anxiety ni. 

Dari situ aku terus stop ambil kopi. Kalau ke Starbucks pun akan order Green Tea Frappuccino. (Ada lagi beberapa perkara yang aku stop sesuai dengan saranan doktor).

Sejak tu, aku dah boleh tidur malam, tak lagi berdebar-debar dan masalah acid reflux pun berkurangan (kena ambik antacid sebelum tidur).

Kesimpulannya, ambil la kopi berpada-pada dan jika mula terasa tak sedap badan dan emosi, cepat-cepatlah berjumpa doktor untuk dapatkan rawatan.

22 Comments

  1. Uncle bukanlah peminat kopi...

    Tapi uncle penagih kopi!

    heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak saya pun, kalau tak minum kopi dia jadi resah. Terbalik pulak dgn saya, klu minum kopi jadi resah gelisah.

      Delete
  2. Masih minum kopi ke?
    Atau kurang minum?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya last sekali awal bulan ni. Hopefully dapat terus tahan nafsu nak minum kopi ni huhu

      Delete
  3. suka tgk art kopi..tp bkn pencinta kopi sbb bila minum nanti tk brp bole tido

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asalnya terjebak minum kopi tu pun sebab kena berjaga malam siapkan kerja rumah / assignment. Lama-lama jadi rutin kena minum kopi setiap pagi sampai la doktor kata saya ada GERD.

      Delete
  4. SA dan coffee pun x bleh dipisahkan tapi SA cuma akan layan latte je buat masa ni sebab ianya tak strong...hazelnut latte pilihan SA..haha...apapun...coffee memang akan buat gastrik or anxiety bagi pengidapnya...wallahualam sebab SA bekas pesakit anxiety disorder...dulu memang cepat trigger bila minum strong cofffee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sangka efek minum kopi sampai boleh trigger anxiety kan. penah satu fasa suka jugak hazelnut latte tapi lepas tu back to kopi susu biasa.

      Delete
  5. Saya pulak ikut jenis kopi. Ada yang lepas minum jantung jadi berdebar, ada yang okey je. Cth yang okey - kopi hang tuah, kopi tenom.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin kandungan kafeinnya tak kuat sangat kot. Tapi memang betul, kalau minm kopi jantung jadi berdebar kuat sampai ke telinga dapat dengar.

      Delete
  6. saya suka coffee jugak, tapi cuba kurangkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kopi ambik sekali-sekala mungkin ada faedahnya (contohnya otak lebih cerdas berfikir masa bekerja), tapi kalau terlalu kerap akan ketagihan dan macam saya terus menghidap GERD.

      Delete
  7. Suka jugak macchiato. Tak sangka kopi juga puncanya. Kalau memudaratkan kita, eloklah kita stop. Setuju sangat kena minum berpada pada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin tak semua org alami mcm saya, macam mak saya minum nescafe susu tiap2 pagi ok je. Tapi klu minum kopi mula rasa resah, tak boleh tido malam kena kurangkan / elakkan.

      Delete
  8. Oooo... sampai macam tu sekali kesannya ye. Terima kasih kongsi info yang sangat bermanfaat ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain org lain penerimaan terhadap kopi, macam mak saya steady je minum kopi + susu pekat manis setiap pagi. Kalau takde kopi, rasa tak kena katanya.

      Delete
  9. Saya pun penggemar kopi yg tegar. Tak tau la.. bila tah boleh stop. Pepagi mesti nak bercappucino.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ambik sekali sehari & takde efek mungkin boleh teruskan je. Kalau tak, baik tinggalkan perlahan-lahan.

      Delete
  10. aku pula suka minum teh. paling peberet Alitea ( adik beradik AliCafe ). aku 3in1 ini penyebab gula tinggi dalam darah, tapi tu la..... aku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak boleh tinggalkan 3-in-1 ni, mungkin boleh kurangkan gula di tempat lain cthnya tak makan benda2 manis. Mmg susah nak tinggalkan minuman berkafein ni.

      Delete
  11. berpantang lebih baik, semoga baik2 aje...bukan senang kan, tapi utk kesihatan, InshaaAllah, boleh...fighting!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah... dan sebulan tak minum kopi harap2 bertahan. tapi legaaaa sgt dah tak rasa berdebar2 kuat mcm dulu.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .