Drama Revenant ni dah hampir sampai kemuncak cerita. Episod ke-9 keluar hari Sabtu lepas tapi sebab kiteorang pergi camping jadi tak sempat la nak tengok. Malam semalam sambil lipat baju aku pegi gatal bukak cerita ni. Sudahnya aku mengigau si roh jahat ni masuk rumah! Terbangun dari mimpi buruk bila Suami Terchenta sapu muka aku sambil baca selawat. Hahaha! Lawak pun ye jugak. Tu la lain kali jangan la tengok cerita seram sebelum tidur kan dah mendapat. Huhu...
 |
Part rambut mengerbang ni yang masuk dalam mimpi aku. Cis! |
Episod ke-4, San-yeong dan Professor Hae-sang mengkaji asal-usul perhiasan rambut yang dipegang oleh seorang budak perempuan dalam flashback sebelum ni. Dieorang dapat tahu pada tahun 1958, seorang budak perempuan bernama Lee Mok-dan dibunuh oleh seorang bomoh dalam satu upacara menyayat hati iaitu yeommae, di mana seorang budak perempuan dibiarkan kebuluran sebelum dibunuh untuk menjelma sebagai roh jahat. Roh jahat ni fungsinya menolong orang yang membuat upacara yeommae untuk menjadi kaya, tapi sebagai balasan dia akan membunuh ahli keluarga dan orang tersayang sebagai membalas dendam. Dalam episod seterusnya, Professor Hae-sang dapat tau yang orang yang bertanggungjawab membuat upacara yeommae ni ialah datuk dan neneknya sendiri!
Episod ke-5-8, San-yeong dapat tau punca maknya berpisah dengan ayahnya sebab roh jahat yang merasuk ayahnya mengugut nak bunuh adik San-yeong dalam kandungan maknya. Disebabkan takut, mak San-yeong lari balik ke rumah nenek San-yeong di Bakchaegol tapi roh jahat tu mengekori mak San-yeong dan menyebabkan mak San-yeong keguguran. Tak cukup dengan tu, roh tu jugak bunuh nenek San-yeong di depan mak San-yeong. Mak San-yeong kemudiannya bawak San-yeong lari dari rumah sebab dia ingat ayah San-yeong yang jahat.
Professor Hae-sang terus mencari jalan untuk menghalau roh jahat dalam badan San-yeong. Dia menemukan objek sama yang ditanam oleh mak Hae-sang waktu dia masih kecil sebagai ikhtiar untuk menghapuskan roh jahat dari merasuk Hae-sang. Berpandukan penulisan dari Professor Gu Gangmo (ayah San-yeong), dia buat kesimpulan yang dia kena cari 5 objek sumpahan (cursed objects) dan nama roh jahat tu. Dia berjaya menjumpai 3 objek dan kena cari 2 lagi objek tu.
Dalam episod ke-9, penyiasat Mun-chun dibunuh oleh roh jahat sebelum sempat mendedahkan kebenaran tentang roh jahat tu dekat Professor Hong-sae. San-yeong mendapati makin lama roh jahat tu makin kerap merasuk San-yeong sampai dia tak tau sama ada diri dia masa tu ialah San-yeong atau roh jahat. San-yeong terbangun dari tidur dan mendapati roh jahat melukis gambar bulan mengambang pada perabot bilik. Dalam ingatan San-yeong/roh jahat, dia dibunuh sewaktu bulan mengambang.
San-yeong lari ke rumah mendiang ayahnya dan mengurung dirinya dalam bilik ayahnya yang dikelilingi oleh tali jampi untuk menghalang roh jahat dari keluar dari bilik tu. Masa dalam bilik tu, San-yeong terfikir nak check tarikh Lee Mok-dan dibunuh dalam upacara yommae dan kedudukan bulan pada waktu tu. Dia terkejut bila dapat tau yang Lee Mok-dan mati waktu bulan sabit, jadi Lee Mok-dan bukanlah roh jahat yang merasuk San-yeong!
Dalam episod ke-10, makin terserlah yang watak jahat dalam cerita ni ialah nenek Professor Hae-sang. Dia sanggup mengorbankan suami, anak, menantu dan cucu ke-2 dalam kandungan mak Professor Hae-sang sebab nak mengekalkan kekayaannya. Bila datuk dan ayah Professor Hae-sang cuba untuk menghapuskan roh jahat dalam badan dieorang, dia bagi nama palsu roh jahat tu. End up, semua yang cuba menghapuskan roh jahat ni iaitu datuk, ayah, mak Professor Hae-sang dan ayah San-yeong semuanya mati di tangan roh jahat ni.
Walaupun seram, tapi aku tak sabar nak tau berjaya ke tak dieorang korek identiti roh jahat ni dari nenek Professor Hae-sang dan selamat ke mak San-yeong dari dibunuh oleh roh jahat. Jeng.. jeng.. jeng! Suspen betul.
Siapa lagi layan drama Revenant ni? Korang rasa cerita ni seram ke tak? Ke aku sorang je penakut sampai mengigau tengok cerita ni? Hihi.