• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Sunday, April 07, 2024

Istanbul Day 3

Salam kawan-kawan,

Harap korang baik-baik semuanya. Mesti ramai yang dah ambik cuti raya, atau dah otw balik ke kampung. Kiteorang pulak akan gerak ke kampung Suami Terchenta hari Isnin nanti. Tapi tahun ni perjalanan raya agak unik sikit. Nanti aku cerita.

Kali ni nak sambung cerita percutian ke Istanbul bulan Disember lepas. 

Baca entri sebelum:

  • Istanbul Day 1
  • Istanbul Day 2


Dari UK ke Istanbul, perjalanan lebih lancar berbanding nak masuk ke UK. Kiteorang sampai dalam pukul 8.30 malam. Sampai2 je terus Suami Terchenta tempah Uber ke ÅžiÅŸli. Kali ni kiteorang tempah penginapan melalui Marriott Homes & Villas memandangkan aku ada keahlian Marriott Bonvoy. Lepas tolak Elite points yang aku kumpul sebelum ni, kos penginapan kiteorang selama 6 hari kat sana semuanya berjumlah RM700+. Murah kan? Dah la apartment lawa dan selesa, cuma malam2 sebelum pukul 1 pagi bising sikit sebab ada kelab malam tak jauh dari situ.


Marriott Homes & Villas
Penginapan di ÅžiÅŸli

Lepas ambik kunci dari pengurus bangunan, aku dan Suami Terchenta rasa lapar pulak. Anak-anak dah kenyang sebab sementara tunggu Uber dah beli makanan di airport. Jadi kiteorang pun turun makan di restoran Lordom yang terletak di bangunan bersebelahan dengan bangunan apartment kiteorang ni.


Lordom Restaurant, ÅžiÅŸli Turkiye
Cantik dan nampak eksklusif restoran ni, tapi harga makanan ok la tak mahal sangat

Turkish food
Makanan kat sini biasa-biasa je haha. Tak recommended. Nasi tu kiteorang tak boleh habiskan sebab rasanya terlalu asing dengan tekak kiteorang 🥴

Esoknya kiteorang mula-mula plan nak naik bas ke kawasan Fatih, sebab kali ni nak ke Topkapi Palace. Tapi since tak topup Istanbulkart sebelum ni dan takde tempat untuk topup Istanbulkart, jadi terpaksa naik Uber ke Fatih. Caj Uber dalam RM40 jugak la. 


ÅžiÅŸli Turkiye
Berjalan kaki ke tempat menunggu bas. Jalan kat Istanbul berbukit-bukau ye. Kalau turun bukit ok lagi, nak panjat tu rasa malas nau! Haha!

Istanbul cats
Ni acara wajib anak-anak setiap kali jumpa kucing. Mesti nak dukung dan belai-belai dulu. Kucing pun syok je duduk dalam pangku dieorang sebab rasa panas je kan hehe

Bila sampai ke Topkapi Palace, rupa-rupanya tutup setiap hari Isnin. Alahai... lupa pulak buat research part ni. Pengajaran: lain kali check waktu operasi destinasi yang nak dituju sebelum buat itinerari. Nasib baik Topkapi Palace ni belakang Hagia Sophia je. Jadi kiteorang pun melencong ke Hagia Sophia.

Memandangkan Hagia Sophia ni tumpuan utama pelancong asing, nak masuk ke sini memang kena berbaris panjang. Kalau taknak berbaris, tunggu masuk waktu solat, lepas tu bagitau dekat polis yang jaga dekat pintu masuk yang kita nak solat. Jadi boleh la masuk tanpa perlu beratur. Kawasan wuduk perempuan dekat bangunan belakang, lepas ambik wuduk masuk je dekat pintu utama pelancong-pelancong masuk.


Hagia Sophia, Istanbul
Hagia Sophia bangunan ikonik di Istanbul, Turkiye


Dalam masjid ni jangan hairan ada lukisan-lukisan 'angel' di bahagian siling sebab Hagia Sophia ni pernah dijadikan gereja sebelum ditukarkan menjadi masjid. Hagia Sophia ni asalnya dibina oleh Maharaja Byzantine sebelum Istanbul ditakluk oleh kerajaan Uthmani dan Sultan Mahmud menukar status bangunan ni dari gereja ke masjid. Lepas tu bila kerajaan Turki moden sekular memerintah, bangunan ni ditukar pulak menjadi muzium pada tahun 1934 sebelum pada tahun 2020, kerajaan Turki memutuskan untuk menjadikan Hagia Sophia sebagai masjid semula.


Hagia Sophia, Istanbul
Selesai solat, boleh la ambik gambar puas-puas. Subhanallah, memang cantik sangat masjid Hagia Sophia ni!

Hagia Sophia, Istanbul
Bergambar untuk kenang-kenangan dengan anak-anak di bahagian solat Muslimah

Hagia Sophia, Istanbul
Terpersona tengok ukiran kubah dalam masjid ni

Di sekitar Hagia Sophia ni pun banyak jugak monumen-monumen bersejarah yang dibina oleh sultan kerajaan Uthmaniyyah untuk orang ramai.


III. Ahmet Çeşmesi
III. Ahmet Çeşmesi - air pancut yang disediakan untuk kegunaan orang ramai untuk menikmati air minuman percuma

III. Ahmet Çeşmesi
Bangunan menempatkan air pancut (fountain) dibina oleh Sultan Ahmet III

Hagia Sophia
Tempat ambik wuduk

Destinasi kiteorang seterusnya ialah nak mencari bangunan apartment berwarna-warni di kawasan Balat. Tapi sayangnya tak jumpa pulak tempat yang nak dituju tu. Rupa-rupanya nak ke sini kena naik bas dari stesen bas Eminönü. Hmm... takde rezeki. Jadi kiteorang bersiar-siar di Karaköy Pier sambil menikmati pemandangan selat Bosphorus. 


Fatih
Ambik tram dekat sini kononnya nak ke Balat tapi tak jumpa tempat yang nak dituju

Karaköy Pier, Galata
Kucing tu bukan merenung lautan ye, tapi merenung ikan yang ditangkap oleh kaki pancing di jeti

Dari Karaköy Pier, kiteorang menyelusuri Jambatan Galata. Singgah makan di deretan restoran makanan laut bawah Jambatan Galata. Harga kat sini harga tourist ye, dari segi rasa hmm... kurang menepati selera kecuali kebab ayam tu.


Galata Bridge
Dari kiri atas ikut pusingan jam; dolmas (daging dibalut dalam daun anggur), ikan anchovies goreng, grilled seabass, kebab ayam dengan nasi

Lepas makan, kiteorang mencari tiket feri untuk Bosphorus Cruise. Harga tak ingat pulak berapa, kalau tak silap untuk 4 orang dalam RM200 jugak. Since cuaca sejuk giler, aku duduk dekat bahagian dalam feri je sementara Suami Terchenta dan anak-anak naik ke atas.


Bosphorus Cruise
Pemandangan sepanjang Selat Bosphorus

Lepas mengikuti Bosphorus Cruise, semua dah kepenatan jadi kiteorang pun buat keputusan untuk balik semula ke apartment di ÅžiÅŸli. Kali ni baru pandai naik metro ke stesen terdekat di Sisli lepas tu jalan kaki dalam 20 minit ke apartment, berpandukan Google Map. Dah sampai apartment, rasa nak tercabut lutut sebab kena jalan naik bukit huhu. Lepas mandi dan solat, masing-masing pengsan kepenatan.

Read more »
on Sunday, April 07, 2024 9
Share this!
Tags
International, Travel
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Monday, March 11, 2024

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan al-Mubarak

Salam Ramadhan buat kawan-kawan semua. Agak lama menyepi kali ni, rindu dengan kawan-kawan blogger semua.

Sempena menyambut bulan yang mulia ni, aku menyusun 10 jari memohon maaf dan ampun atas segala salah silap sepanjang perkenalan kita. Semoga bulan Ramadhan kali ni membawa seribu makna dan berkat buat kita semua terutama buat saudara-saudara kita di bumi Gaza, ameen ya Rabbal alameen...

Aku kongsi niat puasa Ramadhan sebulan dan harian ni untuk manfaat buat semua terutama anak-anak yang baru nak belajar berpuasa.


niat puasa ramadhan

Read more »
on Monday, March 11, 2024 21
Share this!
Tags
Tips & Info
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Friday, February 16, 2024

Tukar Ubat Lagi...

Nampaknya dah terlalu lama blog ni dibiarkan sepi. Kemalasan, kesibukan dan perasaan kurang sihat semuanya jadi penyumbang kepada blog ni jadi lombong tinggal. Beberapa job yang datang untuk buat paid review pun terpaksa aku tolak sebab buat masa sekarang aku tengah fokus untuk memperbaiki kesihatan diri-sendiri dulu.

Bercakap tentang kesihatan, hari ni aku pergi temujanji susulan lagi dengan endocrinologist. Aku rasakan ubat yang diberikan belum cukup serasi atau kurang sesuai dengan badan aku sebab tekanan darah aku masih lagi tinggi. Kali pertama Dr Sakinah ambik bacaan lepas aku duduk depan dia, terus dia komen, "Cuti sekolah ni wad kosong kalau bacaan awak macam ni (182/102)." Aku gelak nervous je, mujur bacaan kedua dan ketiga turun sikit, cuma masih tinggi (150/95). Aku pun dah tak tau nak buat apa sebab aku dah turun 4kg, jaga makan dan berpuasa dan kerapkan pergi bersenam di gym dengan harapan bacaan tekanan darah aku makin menurun tapi masih lagi tak terkawal. 

Jadi hari ni dia bagi aku ubat lain pulak. Harapnya ubat yang baru ni lebih sesuai. Tak sangka nak kawal tekanan darah lebih susah dari kawal gula dalam darah. Alhamdulillah setakat ni bacaan gula dalam darah aku masih elok. Nak jaga tekanan darah tu je yang masih lagi fail. Rasa seriau mengenangkan risiko tekanan darah tinggi ni sebab baru-baru ni dalam group kawan-kawan uni aku ada kawan yang share tentang 2 orang kawan sekelas kiteorang yang dah meninggal dunia, salah seorangnya asbab strok. Umur awal 40-an. Jadi no choice, nak sihat memang kena ubah lifestyle. 

Aku doakan kawan-kawan yang lain sihat walafiat semuanya. Pesanan penaja buat adik-adik yang masih muda umur 20-an dan 30-an tu, start jaga makan dan kawal stress dari sekarang ye. Jaga kesihatan dari awal sebab bila dah sampai umur 40-an, akan mula nampak kesannya bila tak jaga makan dan tak kawal stress. 


Jenuh menunggu giliran setiap kali ada appointment dengan Dr Sakinah

Read more »
on Friday, February 16, 2024 20
Share this!
Tags
Daily Life, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Monday, February 05, 2024

Kisah Handphone Jatuh dan Sarapan Pagi di Breakfast Spot

My mom baru sampai dari Sarawak Sabtu lepas jadi pagi semalam kakak aku ajak keluar sarapan. Mula-mula kiteorang plan nak pergi ke Restoran Haslam di Jalan Pahang. Anak-anak tak nak ikut jadi aku dan Suami Terchenta decide naik motor sebab kat situ susah nak parking.

Perangai aku sejenis yang tak suka bawak handbag jadi handphone aku sumbat dalam poket je. Tak sedar bila jatuh tapi nampaknya jodoh aku dengan handphone tu panjang lagi sebab bila kiteorang dah dekat nak sampai, ada van ambulans kat belakang yang dok hon-hon kiteorang. Ingatkan sebab nak suruh bagi laluan tapi rupa-rupanya pemandu ambulans tu ternampak handphone aku jatuh dan dia tolong kutip dan kejar kiteorang untuk pulangkan handphone tu. Alhamdulillah, syukur sangat 💕.

Sampai di Restoran Haslam, penuh pulak. Jadi kiteorang pun tukar plan - kali ni ke Breakfast Spot sebab dah lama tak ke sana. 

Mula-mula ingatkan Breakfast Spot pun penuh tapi nasib baik dekat tingkat atas kosong jadi kiteorang duduk dekat tingkat atas. Yang best nya, takde orang lain yang duduk di tingkat atas. Sambil kiteorang tunggu pesanan makanan, ada persembahan live lagi. Betul-betul rasa chillax je sambil breakfast sambil layan persembahan lagu-lagu lama (mak la yang beriya-iya request lagu Beautiful Sunday, Yesterday oleh kumpulan Beatles, Suatu Masa dari M. Nasir dan Getaran Jiwa oleh P Ramlee).


Breakfast Spot KL
Layan persembahan live sambil bersarapan

Breakfast Spot KL
Hari Ahad yang chillax

Breakfast Spot KL
Sarapan aku - French omelette, salad, baked beans, smoked salmon, mushroom ragout dan sourdough toast

Breakfast Spot KL
Sarapan Suami Terchenta - seafood chowder

Lepas sarapan, Suami Terchenta hantar aku balik sebelum dia turun ofis sebab boss panggil masuk ofis hujung minggu tu. Hmm. Jadi pekerja IT macam tu la, weekend pun kadang-kadang kena bekerja.  Weekend korang pulak macamana?

Read more »
on Monday, February 05, 2024 21
Share this!
Tags
Daily Life, Family, Family Activities, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Saturday, February 03, 2024

London (Day 4) - Perjalanan ke London Luton Airport

Sambungan dari:


  • 🇬🇧     London (Day 1)
  • 🇬🇧     London (Day 2)
  • 🇬🇧     London (Day 3)

Hari terakhir di London. Pagi tu kiteorang bangun awal walaupun flight pukul 2.30 petang, sebab dapat alert yang a few train services will be disrupted disebabkan pekerja railway services tengah buat mogok. Malam tu aku tanya host Airbnb macamana nak ke London Luton Airport, katanya kena naik metro dari London Bridge station dan tukar platform ke Luton Airport.

Nasib baik kiteorang keluar awal sebab dekat stesen London Bridge tu pun kiteorang dah sesat barat. Dekat Google Maps lain pulak cadangannya, kena naik tube ke St Pancras International dan naik Luton Airport Express ke London Parkway station. Disebabkan tak jumpa platform ke Luton Airport kiteorang pun decide ikut cadangan Google Maps je takut tak sempat sampai ke Luton Airport.


St Pancras International
Masa ni tengah sesat cari platform ke London Luton Airport

Dari King's Cross kiteorang pergi ke St Pancras International dan kena beli tiket tren dari mesin tiket. Kalau tak silap aku, dalam 17.30 pound seorang. Sia-sia je topup kad Oyster huhu. Lepas beli tiket tren, baru kiteorang perasan tren akan berlepas dalam 10 minit lagi. Dah satu hal pulak nak berkejar ke platform dekat tingkat atas, dengan lif rosak lagi. Mak ai, aku rasa nak pecah jantung masa ni berlari sebab tren seterusnya kena tunggu setengah jam! Memang tak sempat la ke airport sebab naik tren pun dalam 45 minit kalau tak silap.


Christmas decoration
Gambar selingan je - rak buku yang disusun macam pokok Krismas

Memang betul-betul rasa macam dalam movie Mission Impossible sebab kena berlari sekuat-kuat hati nak kejar tren, lari sampai rasa nak pecah paru-paru! Aku dah tak sempat toleh kiri kanan dengan harapan anak-anak dan Suami Terchenta tak berjalan lenggang-kangkung kat belakang, terus naik tren dan berjalan ke gerabak ekonomi. Dalam seminit lepas tu, terus tren gerak. Baru aku toleh ke belakang nak tengok anak-anak dan Suami Terchenta sempat ke tak naik tren 😆. Alhamdulillah semua sempat naik walaupun termengah-mengah jugak la dengan pakai jaket tebalnya lagi!


Thameslink
Tiket ke Luton Airport
 

Walaupun bukan waktu puncak, tapi tren penuh giler sampai kiteorang terpaksa berdiri di gerabak kafe. Nasib baik tak bawak beg besar gedabak, kalau tak lagi rasa macam dalam tin sardin. Bila sampai di Luton DART Parkway station, kiteorang kena tukar tren naik DART tren pulak ke London Luton Airport.


Luton DART Parkway
Masa ni baru sempat ambik gambar hehe

Luton DART Parkway
Barrier gate nak naik tren DART pulak

Luton DART Parkway
Tren ni memang berdiri je, takde seat sebab 4 minit je pun jarak dari stesen ni ke London Luton Airport

Luton DART Parkway
Dah sampai kena menapak pulak ke airport

Luton DART Parkway
Naik escalator dan sampai ke airport

Sampai di Luton Airport, kiteorang terus ke kaunter daftar masuk. Untuk penumpang dari luar Eropah, lepas dapat tiket kena pergi ke kaunter lain untuk pemeriksaan passport. Dah setel urusan di kaunter, barulah gerak ke barisan pemeriksaan beg yang panjang giler. Ada dekat 20 minit kot kena beratur. Nasib baik ada banyak masa lagi. 

First thing kiteorang buat ialah cari surau. Surau dekat situ kecik je, ruang solat lelaki dengan perempuan tutup dengan room divider yang kecik. Ruang solat perempuan muat seorang je jadi kena gilir-gilir solat. Lepas tu tempat ambik wuduk pulak takde air, kena cari tandas untuk ambik wuduk. Tapi itulah pengalaman unik di negara orang kan. Kita kena bersyukur dekat Malaysia surau kita luas, selesa dan lengkap dengan kemudahan berwuduk.

Alhamdulillah kali ni flight kiteorang tak delay. Disebabkan perbezaan zon waktu, kiteorang sampai di Istanbul pukul 9.30 malam. Dari Istanbul Airport, Suami Terchenta book Uber ke Sisli iaitu tempat penginapan kiteorang yang seterusnya. Dalam RM50+ harga Uber tapi dapat teksi besar dan selesa so berbaloi la.

Read more »
on Saturday, February 03, 2024 12
Share this!
Tags
International, Travel, Travel Stories
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Belajar Jadi Positif Dari Puan Masitah (@mashyta_oneandonly)
    Baru-baru ni aku terbaca tentang seorang wanita yang sangat positif dan redha dengan ujian yang Allah turunkan ke dalam hidupnya. Selepas te...
  • Hari Keluar Berjalan-jalan Dengan Mak
    Semalam aku ajak mak keluar. Kebetulan Khayla pun ada aktiviti ko-kurikulum dan turun awal ke sekolah so boleh la aku keluar bawak mak jala...

Blog Favourite

  • mrhanafi.com
    46 minutes ago
  • Blog Begins At Forty
    1 hour ago
  • Sunah Sakura
    1 hour ago
  • LIFE WITH LOVE
    1 hour ago
  • Aku Sis Lin
    2 hours ago
  • KakmimDotCom
    3 hours ago
  • Hari hari yang ku lalui...
    3 hours ago
  • .: ceritera Kehidupan :.
    6 hours ago
  • orangbukit
    6 hours ago
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    7 hours ago
  • SURIA AMANDA
    7 hours ago
  • Titian Perjalanan
    7 hours ago
  • KasihkuAmani
    8 hours ago
  • Blog Anamizu™
    10 hours ago
  • Anies♥You
    10 hours ago
  • Amie's Little Kitchen
    10 hours ago
  • .:: My Life & My Loves ::.
    12 hours ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    12 hours ago
  • My Small World
    12 hours ago
  • a m m i
    13 hours ago
  • mulan@peace,love&harmony
    14 hours ago
  • Travel My Way
    15 hours ago
  • Miles of smiles
    15 hours ago
  • Syazni Rahim Blog
    23 hours ago
  • Drawing the Words
    23 hours ago
  • Mreneyoo
    1 day ago
  • Krabat Kramat
    1 day ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    1 day ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    1 day ago
  • Dapur Cik- Nur
    2 days ago
  • anajingga
    2 days ago
  • Antara Doha dan Jakarta™
    3 days ago
  • Hidup Itu Indah
    4 days ago
  • Warisan Petani
    1 week ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    1 week ago
  • Shuhaida Kabdy
    2 weeks ago
  • Afzan Sidi
    2 weeks ago
  • Ainihalim
    5 weeks ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    1 month ago
  • Inilah Shaizhar
    1 month ago
  • Ako Tetap Ako
    1 month ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    2 months ago
  • Blog Sal
    2 months ago
  • Asa Blog
    3 months ago
  • Kait dan Lari
    11 months ago
  • Stories About My Journey
    1 year ago
  • Sodep
    9 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.