My mom baru sampai dari Sarawak Sabtu lepas jadi pagi semalam kakak aku ajak keluar sarapan. Mula-mula kiteorang plan nak pergi ke Restoran Haslam di Jalan Pahang. Anak-anak tak nak ikut jadi aku dan Suami Terchenta decide naik motor sebab kat situ susah nak parking.

Perangai aku sejenis yang tak suka bawak handbag jadi handphone aku sumbat dalam poket je. Tak sedar bila jatuh tapi nampaknya jodoh aku dengan handphone tu panjang lagi sebab bila kiteorang dah dekat nak sampai, ada van ambulans kat belakang yang dok hon-hon kiteorang. Ingatkan sebab nak suruh bagi laluan tapi rupa-rupanya pemandu ambulans tu ternampak handphone aku jatuh dan dia tolong kutip dan kejar kiteorang untuk pulangkan handphone tu. Alhamdulillah, syukur sangat 💕.

Sampai di Restoran Haslam, penuh pulak. Jadi kiteorang pun tukar plan - kali ni ke Breakfast Spot sebab dah lama tak ke sana. 

Mula-mula ingatkan Breakfast Spot pun penuh tapi nasib baik dekat tingkat atas kosong jadi kiteorang duduk dekat tingkat atas. Yang best nya, takde orang lain yang duduk di tingkat atas. Sambil kiteorang tunggu pesanan makanan, ada persembahan live lagi. Betul-betul rasa chillax je sambil breakfast sambil layan persembahan lagu-lagu lama (mak la yang beriya-iya request lagu Beautiful Sunday, Yesterday oleh kumpulan Beatles, Suatu Masa dari M. Nasir dan Getaran Jiwa oleh P Ramlee).


Breakfast Spot KL
Layan persembahan live sambil bersarapan

Breakfast Spot KL
Hari Ahad yang chillax

Breakfast Spot KL
Sarapan aku - French omelette, salad, baked beans, smoked salmon, mushroom ragout dan sourdough toast

Breakfast Spot KL
Sarapan Suami Terchenta - seafood chowder

Lepas sarapan, Suami Terchenta hantar aku balik sebelum dia turun ofis sebab boss panggil masuk ofis hujung minggu tu. Hmm. Jadi pekerja IT macam tu la, weekend pun kadang-kadang kena bekerja.  Weekend korang pulak macamana?

20 comments:

  1. Struggle ambulan ya ngepong ktk org... hehehe... syukur berjumpa orang baik² oo... semua menu western ka bekfes sia tek?? mun kmk alu lah bingong xda jumpa mee jawa ka laksa ka.. hahaha

    ReplyDelete
  2. Mesti dalam hati cakap apa kes ambulan ni... rupanya nak pulangkan handphone hehhehhee...
    Amboi! kemahen... makcik punya request lagu ya

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap sangat sarapan mereka ni, tertelan ailio kita yg belum makan ni, hahaha.

    Hp jatuh tu hidup tak?? Kita pernah, motor kat depan hp jatuh, kita dah hon², dia dah pecut. Kita ambil dan tunggu kat situ, tak lama dia patah balik tapi hp tu dah kiok.

    ReplyDelete
  4. my weekend bz dgn mr hubby masuk wad laaa.everyday gi visit, then tghari smlm dh dpt discaj...3 mlm jugaklah kat wad tu

    ReplyDelete
  5. nasibaik masih ada rezeki handphone yg jatuh tu...sedp nmpk seafood chowder

    ReplyDelete
  6. Bagusnya orang ambulans tu, pulang handphone.
    Seronoknya, dapat sarapan dengan emak, sambil ada persembahan live lagi. :)

    ReplyDelete
  7. Duh asik sekali ada live music Mbak.
    Dari lagu-lagu yang dipesan, saya tahu lagu Beatiful Sunday, Yesterday dan Getaran Jiwa (lagu ini saya tahu versi Sheila Majid di album Legenda).
    Sarapan pagi nya sangat menggiurkan Mbak. French omelette...lezatnya menu ini.

    Btw, suami Mbak pekerja IT ? Sama dengan anak pertama saya, bagian IT juga. Dalam 1 minggu anak saya boleh kerja di rumah (WFH) 2 atau 3 hari. Sisanya harus ke kantor. Tapi kalau urusan mendesak, ya seperti suami Mbak itu hari libur pun harus ke kantor.

    Salam,

    Salam,

    ReplyDelete
  8. sama ciknur x suka bw hb sb tu jalan nk pakai seluar ada poket
    alhamdulillah ada rezeki lg

    ReplyDelete
  9. bila nama nya masih rezeki maka mcm mana pun mesti dpt blik .. alhamdulillah org ambulans tu kejar pulangkan hp.. mmg terbaik .. kena belanja dia brkfast tu hihiii

    ReplyDelete
  10. Nampak sedap makanan di brkfst Spot tu.. nak try la hihii..
    Weekend baru ni join adik ipar berniaga car booth sale. sorang jual brg prelove.. sorang lagi jual coffee..

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah dapat semula handphone tu, rezeki..!! Weekend ada wedding yeyy suka pergi wedding. Menu nampak best sangat.

    ReplyDelete
  12. Bagusnya pemandu ambulans tu. Siap ambik lagi handphone tu.....lega ya...handphone penting tu...

    ReplyDelete
  13. mujur dapat balik fon tu..cnatik la gambar buku buku disusun mcm tu

    ReplyDelete
  14. Mother tak request lagu hindustan satu?

    ReplyDelete
  15. Syukur ketemu orang jujur ya... handphone bisa balik lagi, susah kalau sudah hilang.

    ReplyDelete
  16. Memang masih rezeki kakak yaa 😍🤗. Syukurlah jujur driver itu.

    Sukaaa lihat menu2 yg kalian pesan. 😍. Weekend kemarin saya di rumah saja. Anak2 masih Exam tengah semester. Tapi dah skr dah selesai.

    Lagi cuti panjang di sini Krn isra miraj, perayaan Imlek pula, lalu nanti ada president election . Diliburkan semuanya 😄. Masih bingung saya nak pilih siapa utk president selanjutnya 🤣

    ReplyDelete
  17. allah... nasib baik la hp tu x pecah n dapat diselamatkan...rezeki bersama hp tu masih panjang.... Spot breakfast ni belah mana ye?

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah kalau dah rezeki bersama. Hp kalau hilang bukan kisah pasal fo. Sgt tp benda yamg tersimpan dalam tu.. dan takut orang salah guna pula..

    ReplyDelete
  19. SA sekarang weekend sentiasa sibuk uruskan Mak Pah, Mak Pah dah bed ridden sebab potong kaki. Kaki yang patah sebelum ni tak dapat diselamatkan dah...

    ReplyDelete
  20. Kalau dah rezeki tak ke mana. Pernah juga 2 kali hilang h/p sebab terjatuh. Nasib jenis beli h/p yang murah2 je.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .