Sambungan dari:



Esoknya lepas Subuh kiteorang breakfast repeat lauk ayam masak merah malam sebelumnya. Memang bertambah-tambah nasi sebab malam tu kiteorang terlalu penat sampai tak larat makan, jadi bangun pagi tu terus lapar nauzubillah! 🀣 Tak jadi Aini merajuk sebab dia penat-penat masak tapi kiteorang makan sikit je hehe.


Ambik gambar untuk kenangan, Insha Allah ada rezeki kita datang melawat lagi

Lepas makan dan semua dah ready nak keluar rumah, sekali lagi Aini & Fazrul offer hantar ke metro station. Pagi tu sejuk sangat sampai berkabus.


Luar rumah Aini dan Fazrul

Hendon UK
Misty morning in Hendon, UK

Hendon UK
Dari Hendon Station, kiteorang naik metro selama 35 minit dan berhenti di London Bridge station

Tujuan berhenti di London Bridge station ialah sebab nak ke destinasi seterusnya dalam itinerary:

Borough Market
Borough Market ialah sebuah pasar bersejarah yang bermula pada tahun 1756. Ianya ialah pasar makanan yang terkenal di mana ramai pelancong ke sini untuk food-hunting. Selain menjual makanan yang dimasak, Borough Market jugak menjual pelbagai bahan makanan

London UK
Antara gerai-gerai yang menarik - Kiri atas: Belgian truffle mayonnaise, kanan atas: kedai menjual pelbagai barang berasaskan minyak zaitun, kiri bawah: gerai roti, kanan bawah: gerai menjual waffle, hot chocolate dan aiskrim dari susu kambing

Walaupun rambang mata dan rasa nak beli untuk bawak balik, tapi end up aku tak beli sebab was-was dengan status halal (contohnya macam truffle mayonnaise tu, walaupun aku suka truffle tapi bimbang truffle tu ialah cendawan yang digali oleh khinzir). Sama jugak dengan cheese dekat sana walaupun nampak sedap tapi risau ada bahan yang tak halal dalamnya.

London UK
Ada banyak gerai yang menjual cheese di sini

London UK
Nampak menggoda betul biskut dan pastri yang dijual di sini

Khadeeja pantang tengok pavlova macaron ni terus mintak belikan. Manis tau, dik oii!

Silap betul datang ke sini waktu perut masih kenyang sebab auto tak rasa nak makan apa-apa walaupun ada je gerai yang menarik. Tapi sebab dah sampai sini, aku beli la jugak seafood paella ni (halal) dan kongsi makan dengan Suami Terchenta dan anak-anak. Sedap tapi tu la, perut masih kenyang:


Borough Market
Seafood paella

Dah setel jalan-jalan dalam Borough Market, kiteorang pun pergi ke destinasi kedua iaitu King's Cross Station.


London UK
King's Cross Station

King's Cross Station ni ala-ala KL Sentral di KL la. Stesen keretapi yang menghubungkan London dengan negara-negara Eropah yang lain melalui terminal St Pancras International ni ialah salah sebuah stesen yang tersibuk di UK. Apa yang menarik dekat sini? Buat peminat-peminat Harry Potter, semestinya kenal tempat ni sebagai stesen keretapi yang membawa para pelajar Hogwarts ke sekolah dieorang melalui Platform  9 3/4.


Platform 9 3/4
King's Cross Station

Platform 9 3/4
Barisan pelancong yang nak ambik gambar di Platform 9 3/4 sampai ke luar pintu masuk stesen!

King's Cross Station
Lepas beratur selama sejam barulah kiteorang dapat ambik gambar kat sini. Takde bayaran dikenakan walaupun ada props disediakan (melainkan kalau nak beli gambar dari jurugambar dekat situ)

Harry Potter
Barisan pelancong yang beratur untuk masuk ke kedai cenderahati menjual barangan Harry Potter

Memandangkan Suami Terchenta dah sakit belakang balik sebab beratur selama sejam, sudahnya kiteorang decide untuk balik ke Airbnb je untuk mandi, solat dan Suami Terchenta kena ambik pil tahan sakit. Kesian pulak sakit belakang pun kena paksa diri untuk bergerak sebab aktiviti seterusnya dah dibayar.

Aktiviti kiteorang malam tu ialah Christmas Lights Tour of London menaiki bas dua tingkat yang aku tempah melalui aplikasi Klooks jugak. Harga tiket untuk 4 orang ialah RM500+.


London UK
Beratur naik bas

London UK
Duduk bas open air dalam cuaca sejuk suhu di bawah 10℃, gigil beb! Sepanjang 1.5 jam atas bas tu, aku rasa muka aku beku kena angin sejuk! 🀣

Christmas Lights Tour
Bas pusing kotaraya London untuk bawak tengok monumen bersejarah dan lampu-lampu Krismas yang meriah. Malam minggu kota London memang sesak dengan orang ramai ala-ala dekat Bukit Bintang KL, tapi 3x ganda lagi sesak!

English Tea Bus
Kalau naik bas yang ni pulak siap dapat afternoon tea tapi harga lebih mahal kalau tak silap
 
London UK
Antara bangunan yang kiteorang limpas ialah His Majesty's Theatre

Video sekitar kota London yang sempat aku rakamkan dalam keadaan menggigil πŸ˜„ :


I was never more glad when the tour reached its end sebab walaupun ada hand warmer yang beli di Daiso tu pun tak cukup hangat untuk panaskan badan! Kiteorang turun je dari bas terus cari minuman panas. 

Malam tu, Aini dan Fazrul ajak kiteorang keluar makan pulak. Mula-mula dieorang nak pergi restoran masakan Malaysia, Rasa Sayang di Chinatown tapi since dinner plan ni mengejut jadi dieorang tak sempat nak buat tempahan restoran dan malam minggu pulak memang penuh restoran-restoran makanan Asia. 


London UK
Chinatown UK ada vibe Chinatown dekat KL 😁

End up dieorang ajak ke restoran makanan Itali, Vapiano.


London UK
Zaman bujang dulu aku, Aini, Fazrul dan Jen selalu keluar makan sama-sama dan sekarang pulak makan sama-sama tapi dengan anak-anak (dan Suami Terchenta)

Vapiano UK
Antara makanan yang kiteorang pesan - gambar atas: pasta yang anak-anak pesan, bawah: sup pumpkin (aku punya) dan pizza cendawan (Suami Terchenta punya)

Alhamdulillah, makan malam kiteorang dibayar oleh Fazrul. Terima kasih, Fazrul belanja makan! Semoga murah rezeki Fazrul dan Aini dan dapat selalu balik ke Malaysia 🀲🏻.

Lepas makan malam, kiteorang gerak balik ke Airbnb sebab esok pagi dah nak check out dan pergi ke airport. To be honest, 3 hari tak cukup nak explore kota London, apa lagi bila travel dalam keadaan Suami Terchenta yang sakit belakang. Tapi yang penting, tercapai hasrat nak ziarah Aini dan Fazrul di rumah dieorang lepas sekian lama dieorang mengajak ke London. Insha Allah ada rezeki lagi boleh repeat trip ke London dan melawat tempat-tempat lain pulak, especially Suami Terchenta yang kempunan tak dapat melawat stadium pasukan bola sepak yang terkenal (alasan nak mengajak ke sana lagi πŸ˜†).

19 comments:

  1. Wah seru banget kak jalan"nya,,gedung market itu sangat cantik, perempuan sih pastinya kalau melihat banyak jualan kepingin beli ya,😁hanya kuatir halal atau enggaknya, itu stasiun yg ada pohon natalnya juga cantik, waktu tiga hari memang kurang ya buat mengunjungi kota London ,moga suatu hari nanti bisa ke sana lagi ya kak,biar lebih puasπŸ˜€Aini dan Fazrul sangat baik.

    ReplyDelete
  2. rindok ati bila ada geng di sinun... ada juak alasan k berjalan sia kan? nang best jalan² london... mun jenis pemakan ya nang sukati jak mkn dessert sinun

    ReplyDelete
  3. Yeayyy Part 3 dah keluar cepat production.. hihihhiiii :D

    ReplyDelete
  4. Borough Market tu tak sempat pergi sebelum ni.. kalau la ada rezeki lgi nak jejak kaki ke London blh la terjah ke sini.
    Seafood Paella tu pernah makan dekat Portobello Market mmg kebiasaanya halal kot kat sana ..kan? ke ntah macam hahaha.. Rindu dengan king cross station tu.. oh trolly harry potter tu dah takde eh kat dinding tu?

    ReplyDelete
  5. Rasanya kalau pergi Penang pun tak sempat jika 3D2N apatah lagi London. Tak apa, nanti boleh datang lagi guna alasan melawat stadium pulak, hahaha.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah dapat ziarah kawan dekat sana, sambil² melancong...
    Mahal ye bus tour tu, tapi ialah exchange rate tinggi ...dgn ringgit depreciation ni, semua mahal. Tapi pengalaman tu yg special πŸ‘

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah banyak juga tempat dapat pergi walaupun sakit belakang. bestlah naik bas tour tu, tapi tulah sejuk.

    ReplyDelete
  8. Nampak banyak tempat juga yg cover ni. English Tea Bus tu ke yang boleh makan cake, minum kopi dalam bas sebab ada kawan makan dalam bas. Tak sure yang ni ke.....Cantik ya suasana malam hari kat London. Lampu2 dia menarik. Kalau makan kat restoran itali ni anak2 sure suka sebab makan pasta.....pizza pun confirm ada.

    ReplyDelete
  9. kami ntah bila nak sampai sana,tggu Pia sambung bljr nnt la kot hahaha berangan je dulu

    ReplyDelete
  10. Hehe bagus pergi jalan-jalan waktu kenyang.
    Memang singkat 3 hari itu. Rasa sekejap baca. Lepas ini kena terperincikan untuk pergi mana.

    ReplyDelete
  11. Patutlah Khadeeja manis orangnya... suka makan manis!

    ReplyDelete
  12. bestnya baca entry ni!!!! best sbb u ada bff kat sana...my frens yg kat notts semua dh balik msia punnnn...lg pun dh lebih 10 tahun since i left notts kan...moga2 tercapai laaaa my hasrat nak mengimbau memori soon ..

    ReplyDelete
  13. boleh cakap kat kak aini...tunggu sy datang thn dtg pula... hahaha tiberrr

    amik gmbr atas double decker dgn mengigilnya tu...buat sy teringat ms g paris. sama laa... amik pakej ni tp sy g sblh siang. sejukkkk tuuu adoiii... rasa nak selubung bawah selimut...dan sedih tengok gambar yg mcm parkinson tu hahahaha

    ReplyDelete
  14. tuuuu diaaaa sanggup beraturrrr tuuuuu
    saya tengok ari jauh je laaa nampaknya... hehehe

    cabaran bila travel time winter macam tu laa...

    sedapnyaaaa seafood paella...
    makan panas2 time sejuk2
    fuhhhh

    ReplyDelete
  15. Memang kena berlama-lama sedikit untuk jelajah London, baru puas hati.
    Alhamdulillah, ada yang belanja makan. Moga semakin murah rezekinya.

    ReplyDelete
  16. Memang harus balik lagi kak πŸ˜„. Apalagi Malaysian free visa kesana kan. Envy sayaaa πŸ˜‚.

    Senangnyaa bisa ketemu lagi dengan teman lama yaa. Adalah yg jelaskan sedikit ttg tempat2 di sana kalo kita nak bertanya.

    ReplyDelete
  17. Sampai dengan London day 3 ini, saya seperti diajak jalan-jalan ke London walaupun hanya lewat tulisan dan foto-foto yang Mbak sampaikan dalam posting ini.
    Udara disana saat itu sedang dingin sekali ya Mbak? Dengan pakaian tebal pun tetap terasa sangat dingin.
    Btw, teman Mbak yang di London baik sekali ya. Titip salam saja untuk mereka berdua.
    Terima kasih atas catatan dan foto-fotonya selama di London.

    Salam,

    ReplyDelete
  18. seronoknya jalan ramai2 mcm ni. sejuk ye kat sana

    ReplyDelete
  19. My friend kat opis ni sambut wedding anniversary kat London 12 hari...baru puas hati katanya...xpe la kot duit dia banyak, anak pun takde..berdua je ngan husband dia...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .