• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Wednesday, June 05, 2024

I Is Tua But Bahagia!

Hari ni masuk usia ke-42 tahun di dunia ni. Syukur atas semua yang Allah hantarkan dalam hidup aku - yang manis, pahit, masam, kelat - semuanya untuk mendidik, membentuk dan mendewasakan seorang insan bernama CARNEYZ.


Aku di usia 42 tahun - mata dah ada 'handbag', dahi dah berkedut tapi yang penting masih boleh senyum dengan gigi sendiri 🤭

Di usia 42 tahun, aku rasa aku dah mula masuk fasa tenang. Dah kurang rasa nak marah-marah. Angin kus-kus tu masih lagi ada sekali-sekala tapi dah tak sekerap dulu 😜.


Me @ 6 months old. Dari dulu lagi suka berkerut dahi

Di usia 42 tahun, aku rasa bahagia dengan kehidupan yang aku lalui. Kami berdua bermula dari bawah - Suami Terchenta pernah bekerja sebagai pemandu dan aku bermula sebagai trainee. Masa bujang dulu pernah menyewa di rumah setinggan. Lepas kahwin, rezeki bertambah baik dari menyewa di rumah setinggan dapat menyewa di pangsapuri. Dari naik motor, upgrade pulak ke kereta Kancil dan akhirnya upgrade ke kereta Exora. Dari jawatan trainee berakhir dengan jawatan pengurus di syarikat sebelum aku berhenti kerja dan alhamdulillah sekarang menjadi suri rumah atau kawan-kawan aku gelar, tai-tai 😅.


Bahagia dengan jodoh sejak 18 tahun yang lalu

Bahagia bertemu kawan-kawan yang baik di mana-mana aku bekerja. Ni BFF aku yang aku pergi rumah dia di UK tempoh hari

Bahagia sebab pernah berpeluang berbakti dengan negeri kelahiran sendiri selama 6 tahun, sebagai penghargaan sebab menanggung yuran pengajian di universiti masa peringkat ijazah sarjana muda. Terima kasih kerajaan Sarawak!

Bahagia dengan anugerah 2 orang cahaya mata dari Allah. 

Bahagia masih boleh menumpang kasih dengan mak, bapak, mak mertua dan bapak mertua

Semoga kebahagiaan yang Allah pinjamkan ni berkekalan hingga ke akhir hayatku 🤲🏻. Alhamdulillah ala kulli hal, Alhamdulillah atas usia yang bertambah. Terima kasih atas segalanya, ya Allah 🥰.


Bahagia bila Suami Terchenta belanja staycation sempena birthday

Nota kaki: Yang pahit, kelat dan masam tu biar simpan dalam kenangan je. 
Read more »
on Wednesday, June 05, 2024 35
Share this!
Tags
Celebrations, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Tuesday, June 04, 2024

Makan Malam di Two Sons On The Park @ KLCC

Minggu lepas Suami Terchenta kena masuk ofis weekend (macam dah tiap-tiap weekend kena masuk ofis huhu). Demi beli jiwa anak-anak dan isteri (hehe), balik dari ofis dia bawak la kiteorang keluar makan kat KLCC. Mula-mula anak-anak ajak makan chocolate crepe di Salon Du Chocolat (lupa nak ambik gambar), bila dah lepas craving dieorang untuk dessert, si isteri (aku la tu hihi) pulak ajak dinner di Two Sons On The Park @ KLCC sebab dah lama tak makan butter clams. Tahap dah lama tak makan tu sampai tak tau pun Two Sons dah pindah dari tingkat 4 ke tingkat 1 di KLCC. Tempat yang baru tu menghadap fountain KLCC, tapi seat yang betul-betul tepi tingkap dah penuh pulak. Kalau tak boleh ambik gambar berlatar belakangkan fountain.

Ni antara menu yang kiteorang order malam tu:


Two Sons On The Park @ KLCC
Chili Butter Clams ni specialty dekat Two Sons. Makan dengan mini mantou goreng, sepinggan tak cukup ye. Kena order sekurang-kurangnya 2 pinggan mini mantou tu.

Two Sons On The Park @ KLCC
Pepperoni pizza kegemaran Khayla

Two Sons On The Park @ KLCC
Barramundi fish & chips - Khadeeja tak berapa suka sebab aroma ikan yang kuat sangat

Two Sons On The Park @ KLCC
Beef ribs pesanan Suami Terchenta - portion besar, tak boleh nak habis kat situ jadi tapau bawak balik.

Overall, makanan kat sini bagi aku OK. Selain dari menu Western, ada jugak menu local dan Asian. Tapi kalau aku ke sini memang cuma akan order chili butter clams. Aku ambik yang small pot je tapi tak habis makan seorang. Chili butter clams ni memang sesuai untuk sharing dengan orang lain. In fact aku rasa portion kat sini besar-besar dan sesuai untuk sharing sebab semua yang kiteorang order tu akhirnya kena tapau bawak balik gara-gara tak habis makan. Bagus jugak, esoknya tak payah masak panaskan lauk tapau je 😜.


Two Sons On The Park @ KLCC
Alhamdulillah, terima kasih Suami Terchenta bawak keluar makan 🫶🏻

Read more »
on Tuesday, June 04, 2024 26
Share this!
Tags
Dining, Restaurant and Outlet
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Sunday, June 02, 2024

Santai-Santai Dulu...

Meja dekat bilik ofis kiteorang ni memang dah tak boleh nampak kemas sebab dua ekor anak bulus ni suka lepak atas meja. Selalu ada je kaki dieorang tolak frame gambar sampai jatuh atau senget, kertas dan barang bersepah bila dieorang lalu-lalang atas meja, ehh macam-macam pe'el la Kiera dan Louis ni.

Tapi sebab mommy sayang kan, mommy biar je la. Asal bahagia. Asal tak gigit skrin laptop atau wayar charger. Tapi minggu ni Kiera kena marah Suami Terchenta sebab muntah hairball atas meja. Lepas tu dia merajuk langsung tak lepak atas meja bapak lagi. Maka dua-dua pun lepak atas meja Mommy huhu. Bertuah punya budak...


funny cats
Penunggu meja

Read more »
on Sunday, June 02, 2024 30
Share this!
Tags
Pets
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Saturday, June 01, 2024

Selamat Hari Gawai

Kepada pengunjung blog Coffee Break With Me yang menyambut Hari Gawai:


Selamat Ngintu Ari Gawai, Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Ngoan Menoa, Ooohaaa! (kredit foto: postermywall.com)


Nota kaki: Seronoknya siapa yang tinggal di Sarawak dapat cuti panjang 1 - 4 Jun (4 hari) sebab bersambung dengan cuti sempena Hari Keputeraan YDPA jugak. Kalau aku masih duduk kat sana, mesti aku akan ikut sekali ngabang (beraya di rumah) kawan-kawan yang sambut Hari Gawai. Dekat Sarawak biasanya kalau Hari Gawai, kawan-kawan bangsa Dayak (Iban / Bidayuh) akan ambik catering dari orang Melayu untuk open house, makanan yang dihidangkan pun macam makanan Hari Raya - ada ketupat, lemang, kelupis, kari ayam, rendang dan kek lapis. Rindunya suasana Gawai di Sarawak!

Read more »
on Saturday, June 01, 2024 17
Share this!
Tags
Celebrations
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Friday, May 31, 2024

Amalan Tempatan Vs Amalan Dianjurkan Dalam Islam Berkaitan Kubur dan Kematian

Amalan tempatan yang bercanggah dengan amalan dianjurkan dalam Islam

1. Mendengar berita kematian

  • Adat Tempatan : Mengucapkan 'Al-Fatihah' bila dengar berita kematian
  • Islam : Mengucapkan 'Innalillahi wa inna ilaihi rojiuun'

2. Usung jenazah

  • Adat Tempatan :
Baca Al-Fatihah sambil usung jenazah. Jenazah akan ditanam di tempat yang keluarga request. Contoh meninggal dunia di Sarawak, tapi disebabkan keluarga di Selangor, maka jenazah akan dibawa pulang ke Selangor untuk dikebumikan.
  • Islam :
Usung seperti biasa tanpa ada sebarang bacaan dan percepatkan hantar jenazah ke kubur bukan perlambatkan dengan bacaan tertentu. Jenazah ditanam di tempat perkuburan yang paling hampir dengan tempat jenazah meninggal dunia.

3. Tanam jenazah

  • Adat Tempatan :
    • Jirus air dengan jug yang diikat kain putih / jirus air mawar
    • Tabur bunga
    • Tabur batu
  • Islam :
Tiada sebarang jirusan air. Jika jirus air atas alasan untuk melembapkan tanah tidak mengapa namun jika air dijirus agar mayat sejuk maka ini kepercayaan yang merosakkan aqidah.

4. Kubur jenazah

  • Adat Tempatan :
    • Kubur ditinggikan dengan binaan kepok
    • Kubur ada nama, tarikh hidup dan mati
    • Batu nisan 2
    • Kubur dijadikan masjid tempat beribadah dan meminta (Nota: yang ni setau aku takde dalam adat Melayu tapi diamalkan di negara dan mazhab lain contohnya di India terutamanya kubur para wali dan alim ulama)
    • Perlu beri wang kepada orang solat jenazah (?)
    • Ada pakej upah baca Al Quran malah ada tempat yang mengenakan upah bacaan talkin
    • Perlu beri wang kepada penggali kubur 
    • Perlu sediakan wang sekurang-kurangnya RM1000… MasyaAllah
  • Islam :
    • Kubur tidak ditinggikan malah diratakan, tiada hiasan.
    • Kubur tiada sebarang kepok, nama, tarikh hidup dan mati
    • Batu nisan 1
    • Tempat beribadah di masjid bukan di kubur
    • Tiada upah bacaan Al Quran / bacaan talkin di kubur
    • Tiada wang pun diperlukan kerana tugas uruskan jenazah *FARDHU KIFAYAH* bagi umat Islam.

5. Kenduri arwah

  • Adat Tempatan :
    • Keluarga si mati buat kenduri tahlil untuk arwah dengan bacaan tertentu, doa tertentu, surah Yasin sambil dihadiri tekong tahlilan arwah bagi mengisi perut tetamu dengan juadah makanan walau keadaan susah dan terpaksa. Bersedekah tidak salah dengan meluruskan niat.
    • Dilakukan selama 7 hari, 40 hari dan 100 hari atas kepercayaan agar mayat tidak diseksa dan tidak disoal di dalam kubur.
    • Ritual seperti ini adalah milik agama *HINDU*
  • Islam :
    • Tiada kenduri buat jenazah. Yang ada ialah mendoakan jenazah di mana saja berada.
    • Allahummaghfirlahu warhamhu waafihi wa’fuanhu (jenazah lelaki) / Allahummafirlaha warhamha waafihi wa’fuanha (Jenazah wanita)
    • Jiran terdekat / dalam kariah memberikan makanan kepada keluarga si mati kerana mereka sedang berada di dalam kesusahan dan kesedihan.

6. Talqin

  • Adat Tempatan : Talqin akan dibaca di atas kubur oleh imam yang diupah. Imam akan berikan jawapan bocor kepada si mati untuk jawab soalan kubur. Imam dan makmum duduk di atas kubur sambil imam membaca talqin dengan menyebut nama fulan / fulanah binti ibu.
  • Islam : Tidak ada sebarang talqin bocorkan jawapan kepada jenazah. Kerana jenazah sudah membawa amalannya sendiri untuk menjawab soalan di kubur. Luruskan niat jika talqin sebagai dakwah untuk saling mengingati hari kematian akan tiba kepada yang menziarahi si mati di kubur itu tidak mejadi kesalahan, kerana Allah ingin kita saling mengingati tentang hari kematian.

Jadikan pesan Nabi SAW dlm hadis sebagai panduan:

“Barangsiapa membuat suatu perkara baru dalam urusan kami ini (urusan agama) yang tidak ada asalnya, maka perkara tersebut tertolak”

 (HR. Bukhari no. 2697 dan Muslim no. 1718)

Sumber : Kalam Sunnah

Nota kaki: Kadang-kadang susah kita nak menolak amalan tempatan sebab dah jadi benda yang orang sekeliling anggap normal, contohnya buat kenduri tahlil arwah atau bagi upah kepada surau dan penggali kubur bila keluarga mintak tolong untuk uruskan jenazah. Jadi sebaik-baiknya kita sendiri belajar uruskan jenazah dari proses mandikan jenazah, kafankan sampailah mengerjakan solat jenazah, lagi-lagi untuk mak ayah kita. Yang lain-lain tu, kita luruskan niat contohnya bila buat kenduri tahlil untuk bersedekah dan kalau kurang berkemampuan, tak perlu bebankan diri-sendiri untuk buat sebab takde dalam amalan Islam. Macam tu jugak bila kita bagi sagu hati kepada penggali kubur, niatkan untuk berterima kasih atas masa dan tenaga yang diluangkan beliau untuk menggali kubur. Sebab walaupun fardhu kifayah, tak semua orang sanggup buat maka tak salah kita berbuat ihsan kepada orang yang dah tolong kita. Wallahu'alam.

Read more »
on Friday, May 31, 2024 16
Share this!
Tags
Tips & Info
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Belajar Jadi Positif Dari Puan Masitah (@mashyta_oneandonly)
    Baru-baru ni aku terbaca tentang seorang wanita yang sangat positif dan redha dengan ujian yang Allah turunkan ke dalam hidupnya. Selepas te...
  • Hari Keluar Berjalan-jalan Dengan Mak
    Semalam aku ajak mak keluar. Kebetulan Khayla pun ada aktiviti ko-kurikulum dan turun awal ke sekolah so boleh la aku keluar bawak mak jala...

Blog Favourite

  • Drawing the Words
    33 minutes ago
  • Amie's Little Kitchen
    45 minutes ago
  • KasihkuAmani
    1 hour ago
  • Blog Begins At Forty
    2 hours ago
  • Hari hari yang ku lalui...
    2 hours ago
  • orangbukit
    5 hours ago
  • Syazni Rahim Blog
    8 hours ago
  • My Small World
    8 hours ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    9 hours ago
  • Travel My Way
    10 hours ago
  • SURIA AMANDA
    11 hours ago
  • a m m i
    11 hours ago
  • .: ceritera Kehidupan :.
    12 hours ago
  • Miles of smiles
    14 hours ago
  • Warisan Petani
    23 hours ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    1 day ago
  • Blog Anamizu™
    1 day ago
  • Aku Sis Lin
    1 day ago
  • Antara Doha dan Jakarta™
    1 day ago
  • mrhanafi.com
    1 day ago
  • mulan@peace,love&harmony
    2 days ago
  • Titian Perjalanan
    2 days ago
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    2 days ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    2 days ago
  • Anies♥You
    2 days ago
  • .:: My Life & My Loves ::.
    2 days ago
  • anajingga
    2 days ago
  • Hidup Itu Indah
    2 days ago
  • KakmimDotCom
    2 days ago
  • Sunah Sakura
    3 days ago
  • LIFE WITH LOVE
    3 days ago
  • Mreneyoo
    4 days ago
  • Krabat Kramat
    4 days ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    4 days ago
  • Dapur Cik- Nur
    5 days ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    2 weeks ago
  • Shuhaida Kabdy
    2 weeks ago
  • Afzan Sidi
    2 weeks ago
  • Ainihalim
    5 weeks ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    1 month ago
  • Inilah Shaizhar
    2 months ago
  • Ako Tetap Ako
    2 months ago
  • Blog Sal
    2 months ago
  • Asa Blog
    3 months ago
  • Kait dan Lari
    11 months ago
  • Stories About My Journey
    1 year ago
  • Sodep
    9 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.