• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Wednesday, May 31, 2023

Trip Cuti Sekolah - Camping di Sojuk Riverside (Part 1)

Apa yang aku boleh ungkapkan tentang pengalaman camping di Sojuk Riverside - best giler! Rasa nak repeat lagi lepas ni hihi.

Dari KL nak ke Sojuk Riverside ambik masa sejam. Kiteorang guna Waze je, confirm tak sesat. Bila dah sampai, dari tepi jalan lagi dah nampak papan tanda yang terpampang ni:


Sojuk Riverside
Yeayy dah sampai!


Masuk-masuk je, nampak sebuah kabin. Kiteorang berhenti kat situ untuk daftar masuk dan bayar baki sewa tapak khemah (RM50) dan deposit sampah (RM10). Deposit sampah ni akan dipulangkan kalau kita bawak balik sampah. 

Rupa-rupanya Sojuk Riverside ni terletak dalam kawasan dusun durian. Masa kiteorang sampai, ada 2-3 buah keluarga yang datang berkhemah hujung minggu, dan dieorang dah nak balik pun. Buat pengetahuan kawan-kawan, tapak khemah kat sini first come first served basis. Tapi tak kisah sangat sebab tanah kat sini luas. Kiteorang pilih untuk pacak khemah betul-betul di tepi sungai. Kereta pun boleh parking betul-betul belakang khemah jadi tak perlu la berulang-alik jauh-jauh nak angkut barang.


dusun durian
First time anak-anak dapat tengok buah durian masih bergayut atas pokok

Sojuk Riverside
Ni tapak yang kiteorang pilih, betul-betul menghadap pokok rambutan

Sojuk Riverside
Pondok tandas dan ruang mandi tak jauh je dari situ

Sojuk Riverside
Selain dari tapak khemah, tempat ni ada menyediakan penginapan di kabin dan teratak pondok

Sojuk Riverside
Tandasnya bersih dan aku suka sebab ada tandas duduk

Sojuk Riverside
Ada tanda arah kiblat jugak

Aktiviti pertama tak lain tak bukan mestilah pacak khemah dulu. Anak-beranak bekerjasama pasang khemah, dan tak sampai sejam dah setel. Kali ni dah pandai pasang khemah, tak macam masa kat Cameron Highlands ambik masa dekat 2 jam nak setup hihi.


Payung.com
Akhirnya ada gambar rupa dalam khemah!

Waktu siang ni kiteorang bukak 'tingkap' khemah supaya angin boleh masuk. Tapi dah namanya khemah, tetap la berbahang jugak dalam tu. Nak pasang khemah bawah teduhan pokok, takut buah durian jatuh atas khemah tak ke naya. Lepas pasang khemah, meja makan dan susun-susun peralatan lain, aktiviti seterusnya ialah makan tengahari. Aku dah siap-siap buat sos spaghetti kat rumah, tinggal nak rebus spaghetti dan panaskan sos.


camping cooking
Aktiviti memasak tengahari

camping cooking
Suami Terchenta tak sabar-sabar nak makan

camping
Minum milo sejuk sementara tunggu spaghetti masak

camping
Dah siap! Jemput makan...

Lepas makan, masing-masing lepak kejap luar khemah sebelum salin pakaian untuk aktiviti seterusnya - mandi sungai!

Best tau, air kat sini jernih dan sejuk! Mula-mula masuk tu, menggigil sampai ke tulang kering sejuknya tu. Tapi lama-lama rasa tak nak keluar! Sayang takde pelampung yang besar, kalau tak boleh duduk dalam pelampung pastu enjoy dihanyutkan ke hilir sungai hihi (gambar mandi sungai takde sebab Suami Terchenta lupa bawak kamera GoPro yang boleh masuk air).

Dalam sejam jugak la kiteorang berendam dalam sungai tu, bila dah start cramp kaki sebab sejuk, barulah sorang-sorang naik ke tebing dan pergi ke bilik mandi untuk salin pakaian kering. Lepas tu kena solat gilir-gilir sebab ruang dalam khemah agak terhad. Lepas solat, masing-masing keletihan. Anak-anak sambung main game kat phone, aku dan Suami Terchenta pulak baring-baring kat tilam dan terus terlena (walaupun dalam khemah tu berbahang, tapi sebab dah sejuk lepas mandi sungai jadi kurang sikit rasa berbahang tu).

Next entry aku sambung pulak aktiviti petang tu. Stay tuned!

Read more »
on Wednesday, May 31, 2023 20
Share this!
Tags
Camping, Lifestyle
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Wednesday, May 31, 2023

Wordless Wednesday - Berapa Minit Rebus Telur?

perfect egg time
Panduan rebus telur

 

Hai korang... Hari ni ada yang bersarapan telur pagi tadi ke? Aku ternampak panduan merebus telur ni masa berjalan-jalan di pasaraya Mercato. So aku pun snap gambar dan letak kat sini untuk rujukan kita semua. So apa kata korang try tengok jadi ke tak telur favourite korang bila ikut panduan ni.

Masa kat rumah sewa, aku selalunya rebus telur sebab dapur kat sana pakai induction cooker jadi boleh set masa sebelum cooker tu off sendiri. Tapi bila dah terleka, kadang-kadang terlajak jugak sampai jadi telur rebus classic boiled egg padahal nak makan telur separuh masak sebab telur tu akan terus masak dalam air yang panas.

Sekarang ni, aku 'rebus' telur dalam air fryer je. Telur dari peti sejuk biasanya aku letak 15 minit pada suhu 100℃ lepas tu aku tinggalkan je la dalam tu sementara aku buat kerja lain. Selalunya akan maintain telur separuh masak, mungkin sebab telur tu ambik masa sikit nak masak sebab ambik dari dalam peti sejuk.

Read more »
on Wednesday, May 31, 2023 14
Share this!
Tags
Dining, Food
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Monday, May 29, 2023

Aktiviti Cuti Sekolah: Kita Pergi Camping Dulu!

Hari ni kiteorang ada trip camping lagi, kali ni di Sojuk Riverside pulak. Taknak pergi jauh-jauh sangat, sebab camping pun sehari je.


Sojuk Riverside
Kali pertama nak try pengalaman camping di Sojuk Riverside (Kredit foto: malaysiacamping.com)

Buat korang yang noob macam kiteorang dalam dunia camping ni, korang boleh tengok tapak perkhemahan yang menarik dengan info yang terperinci di laman web Malaysia Camping.


Malaysia Camping website
Boleh cari tapak khemah ikut kategori

Kat sini boleh tengok sama ada kat tapak khemah tu ada disediakan plug point, rating toilet (penting!), ada coverage line ke tak, harga sewa tapak khemah dan lain-lain maklumat penting. Memang memudahkan peminat dan kaki camping la!


Malaysia Camping website
Antara maklumat yang aku jumpa tentang Sojuk Riverside ni

Aktiviti utama hari ni mestilah nak mandi sungai. Malam nanti Insha Allah akan ber BBQ dan tengok movie (dah siap-siap download movie, bawak projektor dan malam nanti akan buat popcorn). Doakan cuaca malam ni OK dan semuanya selamat.  Kalau line bagus kat sana, Insha Allah aku akan update blog esok. 

Korang pulak apa plan cuti sekolah ni? Cer kongsi kat komen ye. Bye!


Louis the Chonky Cat
Louis jaga rumah lagi...
Read more »
on Monday, May 29, 2023 30
Share this!
Tags
Camping, Lifestyle
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Monday, May 29, 2023

Sesekali Teringin Makan Burger Tepi Jalan

Dah lama tak makan burger tepi jalan, jadi malam tadi aku ajak Suami Terchenta pergi beli burger. Yang paling dekat dengan rumah ialah Burger Bad Songkok, tak jauh dari UTC Sentul.

Masa kiteorang sampai, gerai agak lengang tapi lepas buat pesanan, tiba-tiba ramai pulak yang datang beli burger kat situ. Nasib baik sampai awal hehe 😅.

Aku pesan burger daging special taknak bawang sebab aku tak gemar bawang mentah yang ditabur atas burger. Untuk anak-anak pulak, aku pesan hotdog ayam tambah cheese tapi kosong (takde sos, mayonnaise, sayur dan lain-lain). Adik yang ambik order tu 2x tanya betul ke taknak letak apa-apa? Mungkin first time dia dapat pesanan yang betul-betul 'kosong'! 😝


burger sentul
Gerai Burger Bad Songkok

Sambil menunggu, aku perhati je pelanggan-pelanggan lain yang datang buat pesanan. Rata-rata pesan burger biasa atau burger oblong. Takde pulak yang pesan roti john walaupun yang terpampang kat gerai tu specialty nya ialah roti john sebenar. Sempat lagi Suami Terchenta buat lawak, 'Abis tu orang lain jual roti john olok-olok ke?' 😂 

Lepas 20 minit, akhirnya pesanan siap dibungkus. Jumlah kesemuanya RM19 - walaupun hotdog kosong tapi takde diskaun di situ ye.


burger daging special
Burger daging special

Sampai di rumah, aku agak kecewa sikit sebab telurnya digoreng dan diletak atas daging. Selalu aku beli burger special dari gerai lain, daging burger tu bersalut telur. Lepas tu, takde mayonais. Jadi makan dengan kurang perasaan.

Kesimpulannya, lain kali aku cari gerai burger lain je la sebab burger kat sini kurang menepati citarasa aku.

Read more »
on Monday, May 29, 2023 16
Share this!
Tags
Dining, Restaurant and Outlet
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Sunday, May 28, 2023

Aktiviti Cuti Sekolah: Khadeeja Masuk Kelas Programming di Kidocode

Orang kata, ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Dalam kes kiteorang ni, Suami Terchenta boleh rasa bangga sebab Khadeeja ikut jejak langkahnya iaitu coding skill. Di sekolah lama Khayla dulu pernah diajar coding menggunakan aplikasi Scratch Junior. Bila Khadeeja tengok kakaknya buat coding, dia pun nak tiru jugak dan sejak tu beberapa kali dia develop permainan ringkas yang dia mintak kiteorang test. Permainan yang aku paling suka ialah permainan kuiz. Kakaknya pulak lebih berminat dengan digital art dan kurang minat dengan programming. Sebab tu kiteorang cuma enrol Khadeeja seorang je untuk mengasah bakatnya dalam programming memandangkan cita-citanya nak menjadi seorang engineer. 


Kidocode
Kelas programming di Kidocode
 

Semalam kiteorang pun hantar Khadeeja belajar programming di Kidocode yang terletak di Solaris Dutamas. Bila kiteorang sampai, ramai jugak parents lain yang dah sampai dan sedang menunggu anak-anak habis kelas. 


Kidocode
Bila tengok setup kelas macam ni, menggamit memori ke kafe Internet semata-mata nak chatting dengan Suami Terchenta masa mula-mula kenal dulu... 

Kidocode
Cabaran teka-teki untuk mak bapak sementara tunggu anak-anak habis kelas


Bagusnya kat sini, setiap seorang pelajar akan di assign seorang trainer.Mula-mula sekali, trainer bagi penerangan dekat Khadeeja tentang platform yang akan digunakan. 


Kidocode
Khadeeja khusyuk dengar penerangan dari trainer

Selepas berpuas hati yang Khadeeja dah biasa dengan platform tu, barulah trainer ajar Khadeeja buat aktiviti coding. Kat sini Kidocode menggunakan konsep gaming iaitu setiap kali pelajar menghabiskan satu lesson dengan betul, akan dapat bit dan coin. Jumlah bit menentukan kedudukan ranking pelajar dengan pelajar-pelajar lain dan coin pulak boleh digunakan untuk 'beli' sesuatu dari platform tu untuk memudahkan aktiviti coding.


Kidocode
Khadeeja mula belajar asas bahasa pengaturcaraan Python

Suami Terchenta bagitau yang dia pun tak biasa dengan Python programming ni sebab Python ialah the next programming language memandangkan pada masa hadapan semua aplikasi akan menjadi cloud-native. Cloud-native ni bermaksud aplikasi tu boleh diakses dari mana-mana tempat menggunakan mana-mana device. Setakat tu je la yang aku faham sebab aku ni bukan dari bidang IT hehe. Kalau nak bercakap pasal Akta Kerja atau Akta Perhubungan Perusahaan tu memang bidang aku. Bab IT ni aku serahkan dengan Suami Terchenta je.

By the way, parents pun boleh pantau progress anak-anak dalam kelas ni sebab setiap parent diberi ID dan password sendiri untuk akses platform ni:


Kidocode

Apapun aku doakan skill coding ni akan membantu Khadeeja mencapai cita-citanya menjadi seorang engineer. Caiyok Khadeeja!

Read more »
on Sunday, May 28, 2023 14
Share this!
Tags
Family Activities, Lifestyle, Parenting
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Belajar Jadi Positif Dari Puan Masitah (@mashyta_oneandonly)
    Baru-baru ni aku terbaca tentang seorang wanita yang sangat positif dan redha dengan ujian yang Allah turunkan ke dalam hidupnya. Selepas te...
  • Hari Keluar Berjalan-jalan Dengan Mak
    Semalam aku ajak mak keluar. Kebetulan Khayla pun ada aktiviti ko-kurikulum dan turun awal ke sekolah so boleh la aku keluar bawak mak jala...

Blog Favourite

  • .: ceritera Kehidupan :.
    17 minutes ago
  • SURIA AMANDA
    29 minutes ago
  • Amie's Little Kitchen
    2 hours ago
  • Travel My Way
    3 hours ago
  • Miles of smiles
    3 hours ago
  • Aku Sis Lin
    5 hours ago
  • Hari hari yang ku lalui...
    6 hours ago
  • mrhanafi.com
    7 hours ago
  • .:: My Life & My Loves ::.
    7 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    15 hours ago
  • KasihkuAmani
    17 hours ago
  • Drawing the Words
    19 hours ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    21 hours ago
  • a m m i
    1 day ago
  • orangbukit
    1 day ago
  • My Small World
    1 day ago
  • Antara Doha dan Jakarta™
    1 day ago
  • mulan@peace,love&harmony
    1 day ago
  • Hidup Itu Indah
    2 days ago
  • LIFE WITH LOVE
    2 days ago
  • Anies♥You
    2 days ago
  • Syazni Rahim Blog
    2 days ago
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    2 days ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    2 days ago
  • KakmimDotCom
    2 days ago
  • Titian Perjalanan
    2 days ago
  • anajingga
    3 days ago
  • Blog Anamizu™
    3 days ago
  • Mreneyoo
    4 days ago
  • Warisan Petani
    4 days ago
  • Krabat Kramat
    5 days ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    1 week ago
  • Shuhaida Kabdy
    1 week ago
  • Afzan Sidi
    1 week ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    2 weeks ago
  • Dapur Cik- Nur
    3 weeks ago
  • Ainihalim
    4 weeks ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    1 month ago
  • Inilah Shaizhar
    1 month ago
  • Ako Tetap Ako
    1 month ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    2 months ago
  • Blog Sal
    2 months ago
  • Sunah Sakura
    3 months ago
  • Asa Blog
    3 months ago
  • Kait dan Lari
    11 months ago
  • Stories About My Journey
    1 year ago
  • Sodep
    9 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.