Day 1 - Plaza Premium Lounge. Turkish Airlines. Touristanbul.
![]() |
And the trip begins! |
Berkumpul di KLIA dan Sarapan Pagi di Plaza Premium Lounge
Kiteorang berkumpul di kaunter daftar masuk Turkish Airlines dalam pukul 7 pagi memandangkan flight kiteorang KUL-IST-LHR (London Heathrow) adalah pada pukul 10.50 pagi. Lepas check-in luggage, kawan-kawan ajak sarapan pagi di Plaza Premium Lounge sebab dieorang ada kad kredit yang membolehkan dieorang masuk ke Plaza Premium Lounge secara percuma. Since Jen boleh bawak seorang guest, jadi aku pun merasa la masuk ke Plaza Premium Lounge jugak. Untung ada geng travel yang ada perk macam ni hehe. Kaki travel mungkin boleh apply kad kredit yang ada perk complimentary airport lounge access macam ni, untung boleh makan free kat dalam lounge!
Pengalaman Menaiki Pesawat Turkish Airlines ke Istanbul
Kali pertama aku terbang dengan Turkish Airlines. Tempat duduk agak selesa, dengan bahagian tempat letak kepala yang boleh dilipat untuk lebih selesa semasa kita tidur. In-flight entertainment ada banyak movie terkini, dan yang best nya, ada live camera di bahagian luar kapal terbang (dekat ekor dan bahagian bawah pesawat), so kita boleh nampak pemandangan melalui kamera ni dekat kaca skrin. Lagi satu, ada WiFi percuma dalam flight jadi boleh la Whatsapp Suami Terchenta bagi update dah kat mana hihi.
Travel kit yang Turkish Airlines pun cantik sangat - setiap seorang dapat travel pouch dengan design yang menarik. Dalam pouch ni ada selipar, penutup mata (eye mask), berus gigi dan penyumbat telinga (ear plug).
![]() |
Turkish Airlines |
![]() |
Makanan dalam dihidangkan dalam flight. Siap ada risalah menu lagi |
Dari segi makanan, aku rasa Turkish Airlines ni antara yang terbaik dalam trip kiteorang kali ni walaupun rupa macam tak menarik je kan hehe. Cuma satu je slack, air dalam botol tu dieorang bagi sebotol kecik je setiap seorang. Kalau kau malas mintak air, memang kering je la tekak sepanjang perjalanan 😅. Tapi kalau nak refill air, boleh je pergi ke belakang mintak dengan anak kapal yang bertugas. Dari segi layanan anak kapal, bagi aku cara dieorang bercakap profesional cuma kurang mesra. Mungkin sebab dah terbiasa dengan Malaysian hospitality MAS agitcheww...
![]() |
Pemandangan luar pesawat. |
Sampai je dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul (IST), first time aku tengok semua penumpang tak terus meluru bangun bila kapal terbang mendarat haha. Sebabnya Turkish Airlines ni ada polisi ketat - penumpang yang bangun sebelum kapal terbang berhenti sepenuhnya dan lampu isyarat tanggalkan tali pinggang keledar dipadamkan, akan dikenakan denda sekitar USD70. Bagus la gitu. Kadang-kadang aku perhati je gelagat penumpang dalam kapal terbang - tayar pesawat baru je jejak atas runway, dah sibuk berdiri nak ambik beg dekat overhead compartment. So buat korang yang nak naik Turkish Airlines ni, pastikan korang ingat peraturan ni, kalau taknak rugi USD70!
Touristanbul - Menaiki Bosphorus Cruise
Memandangkan flight kiteorang tiba di Istanbul pada sebelah petang, jadi kiteorang cuma ada pilihan untuk menaiki Bosphorus Cruise. Tu pun kena rush, keluar je dari pesawat terus pecut ke passport control sebab kena daftar nama di kaunter Touristanbul sebelum kaunter tutup pukul 6 petang. Bayangkan kiteorang ni landing pukul 5.30 petang, lepas tu kena berlari macam Amazing Race dekat airport sebab kaunter Istanbultour ni jauh yakmat! 😂. Mujur sempat register dan dapat lanyard untuk join tour ni. Sempat jugak la aku jamak solat sebab surau tak jauh dari kaunter.
![]() |
Pemandangan dari dalam bas |
Bosphorus Cruise ni ialah aktiviti lawatan di sepanjang selat Bosphorus dengan menaiki feri (gambar paling atas sebelah kiri dalam gambar di bawah). Cruise ni mengambil masa 3 jam dan kiteorang bertolak dari jeti pada pukul 7 petang. Memandangkan musim panas, jadi matahari terbenam lewat dalam pukul 9.30 malam. Suhu masa tu tak panas - sejuk macam dekat Cameron Highlands je. So memang enjoy la naik feri sambil menikmati pemandangan dan angin laut yang sejuk.
Bandar Istanbul terbahagi kepada dua - kalau tak silap aku, bandar lama terletak di benua Eropah dan bandar baru terletak di benua Asia. Ianya dipisahkan oleh selat Bosphorus dan dihubungkan oleh jambatan-jambatan. Masa aku dan keluarga aku pergi ke Istanbul 2 tahun lepas, kiteorang banyak habiskan masa explore bandar lama dan tak pergi sangat bahagian di benua Asia.
![]() |
Pemandangan di sepanjang selat Bosphorus |
![]() |
Selfie dengan geng travel aku dan kawan baru kenal dari Hong Kong. Geng kiteorang Susan ni peramah betul, semua orang dia buat kawan 🤭 |
Tour ni recommended kalau korang cuma ada beberapa jam je transit di Istanbul dan malas nak berjalan haha. Otherwise, aku prefer tour yang Anies join dulu tapi yang tu kena ambik full day, maksudnya flight sampai awal pagi atau malam sebelumnya, dan korang ada lebih dari 12 jam di Istanbul.
Sebelum balik ke airport, kiteorang dibawa makan malam di sebuah restoran tak jauh dari selat Bosphorus ni. Jujur aku cakap, makanan dia tak sedap haha. Nasib baik free 😜. To be fair, lauk ayam tu tak sedap tapi daging tu not bad la. Rasa macam daging kebab. Jadi kalau korang dapat join tour ni dan dieorang bawak pergi makan, korang pilih lauk daging tau. Jangan pilih ayam. Kalau tak menyesal macam aku 😅. Kiteorang duduk satu meja dengan pelancong dari South Africa, dieorang pesan kat Europe jangan ambik lauk ayam sebab ayam tak sedap. OK noted haha.
![]() |
Makan malam turut disediakan dalam Touristanbul |
Tidur di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul
Selepas makan malam, semua penumpang naik bas semula untuk balik ke lapangan terbang. Perjalanan selama 40 minit tu aku habiskan dengan membuta hehe. Sebab kalau ikutkan waktu kat Malaysia masa tu dah awal pagi dalam pukul 2 pagi kalau tak silap.
Sampai je dekat lapangan terbang, kiteorang kena masuk balik ke departure hall, lalu pemeriksaan keselamatan dan pemeriksaan passport semula.
![]() |
Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul |
Lepas masuk departure hall, perkara pertama kiteorang buat ialah cari nap zone sebab nak tidur sebelum kena bangun pukul sebelum pukul 5 pagi untuk solat Subuh. Dekat sana Subuh pukul 2.30 pagi dan syuruk pukul 5.30 pagi. Alhamdulillah, tak ramai orang dekat nap zone so dapat la kerusi sebelah each other. Nap zone pun dekat dengan tandas dan surau.
![]() |
Peta lokasi nap zone |
Esoknya, flight kiteorang ke London pukul 7.45 pagi. Dekat airport Istanbul ni takde shower room percuma. Kalau nak mandi kena pergi ke iGA Lounge. Bayaran dikenakan ialah sebanyak €17.50 (RM86). Jadi nak jimat duit, kiteorang bawak tisu basah wangi untuk lap badan dalam tandas 😅.
Overall, aku puji Turkish Airlines sebab menawarkan perkhidmatan pelancongan percuma untuk penumpang transit. Untung sangat bila syarikat penerbangan buat program ni sebab kita pun dapat destinasi bonus masuk dalam percutian kita. Sesetengah syarikat penerbangan macam Etihad Airways pun ada program macam ni tapi dieorang tak bukak untuk semua route penerbangan dan untuk semua kelas penerbangan. Jadi kesimpulannya, naik la Turkish Airlines hehe.
Next entry, cerita bila sampai kat London pulak. Bila la agaknya tu kan? 🫢 👀