• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Wednesday, September 14, 2022

Wordless Wednesday: Membaca Amalan Mulia

klwbc2020

 
Zaman sekarang, bahan bacaan boleh didapati kat mana-mana je. Tinggal nak baca atau tak saja. Kalau pergi ke Taman Tasik Titiwangsa, ada beberapa sudut bacaan yang disediakan untuk para pengunjung. Sambil berehat sebentar lepas beriadah, boleh ambil kesempatan membaca buku-buku yang diletakkan dalam rak kaca. 


klwbc2020

Rakyat Malaysia masih lagi amat kurang membaca berbanding rakyat di negara maju. Makin diburukkan lagi dengan kewujudan peranti digital, ramai budak-budak lebih suka bermain games atau bersosial media. Aku ingat lagi zaman bersekolah dulu, aku dan kawan-kawan sanggup simpan duit bekal untuk beli buku cerita di kedai buku. Buku yang aku suka baca ialah buku-buku Enid Blyton. Dari situlah aku menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Kalau buku-buku Melayu pulak, aku suka buku-buku keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka. 

Aku agak terkilan bila anak-anak aku tak mewarisi minat membaca, padahal dari dieorang baby lagi aku dah dedahkan dieorang dengan buku-buku. Sanggup berhabis duit masa pesta buku untuk anak-anak. Tapi dieorang lebih ikut perangai bapak dieorang bila bab-bab membaca ni huhu... Tak pelah, aku doakan dieorang akan berjaya dalam karier macam Suami Terchenta walaupun tak suka membaca buku!

Read more »
on Wednesday, September 14, 2022 18
Share this!
Tags
Daily Life, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Sunday, September 11, 2022

Kepada Allah Kita Kembali...


Innalillahiwainnailaihirojiun...

Baru je Suami Terchenta balik dari Kuching Rabu lepas sebab makcik sebelah ibunya meninggal dunia, semalam terima perkhabaran yang datuk sebelah bapa pulak meninggal dunia.

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Semoga roh arwah datuk Suami dicucuri rahmatNya.

Nota kaki: Kali kedua dalam minggu ni Suami Terchenta balik kampung mengejut. Hanya mampu berdoa semoga ada rezeki lebih baik masa bayar harga tiket kapal terbang kali ni yang mencecah RM1k+.

. لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ

Read more »
on Sunday, September 11, 2022 28
Share this!
Tags
Daily Life, Family, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Saturday, September 10, 2022

Adik nak Mengopi di Luckin Kopi

Ni cerita masa mak masih kat KL. Balik dari Cameron Highlands, mak duduk rumah kakak di blok sebelah blok kami. Hujung minggu adik datang dari Putrajaya bermalam di rumah kakak sebelum bawak mak balik ke rumahnya.

Minggu lepas adik kata dia nak mengopi. Rupa-rupanya dia siap ada bucket list kafe yang dia aim nak pergi ye. Mula-mula dia ajak pergi ke KLCG Confectionery & Bakery @ Dataran Merdeka. Tapi sebelum tu, mak tiba-tiba bagitau sebelum balik Sarawak, dia nak la singgah ke SOGO beli handbag. Orang Sarawak dan SOGO KL berpisah tiada ye. Hehe.

Maka lepas Zohor kiteorang gerak ke SOGO naik LRT. Mak aku punyalah terkejut sebab tak sangka SOGO dekat je bila naik LRT ni hehehe! 5 stesen je, dah sampai Bandaraya. Mulalah dia pasang angan-angan nak cuci mata di SOGO tiap-tiap hari kalau dia singgah di rumah kami. Ah, ghisau, ghisauuuu...

Sebenarnya malas nak pergi menyopping di SOGO hujung minggu DAN CUTI SEKOLAH. Kalau tak sebab mak beriya-iya nak handbag, memang tak la aku nak jejak kaki ke SOGO yang penuh dengan manusia. Nak pilih barang satu hal, lepas tu nak bayar pulak satu hal lagi. Tapi mujurlah mak ni warga emas, salesman tu siap tolong bukak kaunter express untuk mak hehe. Padahal beg dia beli tu tak sampai RM200 pun. Susah la nak cakap orang hobi kumpul handbag ni, sebab nafsu aku tak ke arah handbag. Atau tudung. Atau barang kemas. Nafsu aku lebih kepada jalan-jalan, duduk hotel cantik selesa dan makan (sebab tu tak kurus-kurus). Dulu bernafsu gak dengan gajet tapi dah tua-tua ni aku slow down sikit. Tapi kalau Suami Terchenta nak bagi iPhone 14 purple, kuterima dengan hati terbuka!

Eh jap, sebenarnya tajuk utama pasal adik nak mengopi kan. Kisahnya, harapan nak mengopi di KLCG tu tak kesampaian sebab tempat tu tutup awal. Sudahnya kami melencong ke Jalan Chow Kit sebab dalam list adik ada Luckin Kopi.


Mak dapat handbag baru taknak lepas

Tempat ni tak jauh dari stesen LRT Pasar Seni. Kena tukar laluan LRT di Masjid Jamek. Bila dah sampai, cari exit stesen MRT Pasar Seni sebab lebih dekat.

Dulu tempat ni namanya Luckin Kopi, tapi sekarang dikenali sebagai Luck Bros Kopi. Berkonsepkan kopitiam moden, menu kat sini bukan je memaparkan menu kopitiam biasa (roti bakar, telur separuh masak dan kopi cham), tapi menu-menu Asia lain seperti nasi lemak, nasi ayam Hainanese, rojak buah, ABC, mee siam dan lain-lain. Nasi lemaknya ada banyak pilihan lauk - rendang ayam, sambal udang, kari ayam, ayam berempah, sambal sotong, sambal petai, dan banyak lagi.

Sorry gambar tak cantik sebab dah petang sangat

Reka bentuk dalamannya 'rustic' dengan dinding batu-bata dan rasuk kayu di siling

Kami dibawa ke bahagian atas yang lebih luas dan khas untuk kumpulan besar (lebih dari 3 orang)

Pesanan dibuat melalui kod QR yang diletakkan atas meja. Tapi setakat pesan makanan je la, bayar tetap kena turun ke bawah dan bayar di kaunter.


Kafe ni selesa dan mesra keluarga

Aku dah Suami Terchenta kongsi rojak buah (RM10). Agak mahal tapi boleh tahan sedap

Kakak pesan karipap inti kentang dan telur dan roti bakar (RM4.50). Karipap kat sini memang antara bestseller

Tapi kalau tiba-tiba tekak mengada-ngada nak makan Western jugak, ada je option Western menu kat sini. Macam adik aku ni order Grilled Chicken Chop Blackpepper (RM19)

Mak pulak pesan Salted Egg Chicken Chop (RM20.50)

Khadeeja nak makan ABC (RM8.90)

Khayla pesan chocolate milkshake

Bagi aku semuanya sedap-sedap belaka. Kena datang petang sikit kot baru tak ramai orang. Biasa nampak orang beratur nak masuk dalam, tapi sebab kami datang pukul 6 petang, jadi tak ramai orang.

Last sekali ni la adik bongsu aku yang sibuk nak mengopi hahaha! Dia masih single dan sedang mencari jodoh yang single jugak hihi. Semoga bertemu jodoh di kedai kopi ye adik.


Read more »
on Saturday, September 10, 2022 20
Share this!
Tags
Dining, Restaurant and Outlet
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Friday, September 09, 2022

Seminggu Sepotong Hadis - Ayat Untuk Melunaskan Hutang Sebesar Gunung

Dari Anas bin Malik RA, ia berkata bahwa Rasulullah SAW pernah bersabda kepada Muadz bin Jabal, “Tidakkah engkau menginginkan aku mengajarkanmu doa yang apabila engkau memiliki hutang menggunung, maka Allah SWT akan melunasi hutang itu? Katakanlah wahai Muadz:


اللَّهُمَّ مَالِكُ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ بِيَدِكَ الْخَيْرِ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ رَحْمَانُ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ تُعْطِيهُمَا مَنْ تَشَاءُ وَتَمْنَعُ مِنْهُمَا مَنْ تَشَاءُ ارْحَمْنِي رَحْمَةً تُغْنِينِي بِهَا عَنْ رَحْمَةِ مَنْ سِوَاكَ

“Allahumma Malikal Mulki Tu’til mulka man tasya’ wa tanzi`ul mulka mimman tasya’ wa tu`izzu man tasya’ wa tudzillu man tasya’. Biyadikal khoir inna ala kulli syain qadir. Rohmanuddunya wal akhiroh, tu`thi minhuma man tasya’ wa tamna`u minhuma man tasya’. Irhamni rahmatan tughnini biha an rahmati man siwaka.”

“Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Wahai Pemberi Kasih dan Maha Pengasih (di dunia) dan (di) akhirat. Engkau memberi anugerah kepada siapapun yang Engkau kehendaki dan menolak (untuk memberi anugerah) kepada siapapun yang Engkau kehendaki. Kasihanilah kami sehingga kami tidak membutuhkan kasih sayang dari selain Engkau. 

(Hadis Riwayat at-Thabrani)


hutang
Sumber imej: Google

Jangan salah anggap. Sekadar berdoa agar hutang dilunaskan tanpa sebarang usaha ialah umpama ingin masuk syurga tanpa sebarang amalan. Setiap sesuatu perlu diiringi dengan usaha, doa dan tawakal.

Kadang-kadang kita bukan suka-suki nak berhutang. Oh, adakah yang suka-suki berhutang? Ya, ada. Contohnya benda bukan keperluan pun hendak berhutang. Ramai anak muda zaman sekarang terjebak dalam hutang tak sihat kerana ingin tunjuk gaya hidup yang hebat, sedangkan pendapatan tak seiring dengan gaya hidup tu.

Tapi ada juga yang terjebak hutang kerana keperluan mendesak. Survival. Dibuang kerja masa pandemik. Terpaksa meminjam wang untuk kelangsungan hidup keluarga. Atau ahli keluarga tiba-tiba jatuh sakit, sedangkan takde insurans untuk menanggung rawatan. Lama-kelamaan simpanan habis dan terpaksa berhutang keliling pinggang untuk meneruskan rawatan demi orang tersayang.

Masa tu dirasakan hutang semakin menimbun, sebesar gunung dan tak akan susut. Usaha macamanapun, masih tak mampu melangsaikan hutang sebab kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Cukup-cukup untuk meneruskan kehidupan, atau mungkin tak cukup langsung.

Jadi amalan doa yang diiringi usaha dan pengharapan kepada pertolongan Allah SWT, Insha Allah akan bantu untuk melunaskan hutang yang dirasakan tak mampu untuk diselesaikan. Percayalah, rezeki dan hutang datang dari Allah, maka Allah jualah yang mampu memberi / mengambil balik sesuatu.

Selain dari tu, tingkatkan juga ilmu kewangan di dada. Berjumpalah dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKDK) untuk menyusun semula hutang-hutang dengan institusi kewangan. Elakkan berhutang dengan ah long dan syarikat peminjam wang yang mengenakan kadar bunga yang tak masuk akal. Berhenti menambah hutang melainkan jika benar-benar perlu dan tiada cara lain. Mohon bantuan zakat / badan-badan amal sekiranya benar-benar layak dan terdesak, jangan malu dan segan. Hari ini hari kita, mungkin esok-esok kita pulak yang menolong orang lain (tapi janganlah terlalu selesa bergantung dengan pertolongan dan belas ihsan orang lain sehingga malas berusaha).

Nota kaki: Semalam kadar OPR dinaikkan lagi sebanyak 25 mata asas kepada 2.5 peratus, disebabkan tekanan inflasi yang semakin tinggi. Monthly payment rumah Bintulu aku baru je naik tahun ni, padahal ambik loan Islamic. Lepas pengumuman ni mesti naik lagi. Ayat ni memang sesuai diamalkan mulai sekarang, moga-moga Allah lindungi kita dari beban hutang dan kesempitan hidup.

Read more »
on Friday, September 09, 2022 12
Share this!
Tags
Lifestyle, Tips & Info
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Thursday, September 08, 2022

Google Search Impact Naik 2 Kali Ganda!

Alhamdulillah! Belum sampai 3 minggu, Google search impact naik dari 500 klik ke 1.5k klik!


Google search impact

Bermula dari 5 klik bulan April lepas ke 250 klik bulan lepas, aku betul-betul tak sangka sekarang dah cecah 1.5k klik. Pastinya semua ni tak boleh dicapai tanpa sokongan dari kawan-kawan yang rajin singgah ke blog ni setiap hari 😉 You know who you are! 😘

Sempena progress blog yang memberangsangkan ni, aku nak umumkan sedikit ganjaran buat rakan blogger yang berjaya merakam blog pageviews yang ke 500,000 kelak. Siapa yang berjaya dapat blog pageviews yang ke 500,000 boleh e-melkan screenshot pageview blog aku ke e-mel: carneyz[at]gmail.com. Tinggalkan sekali maklumat nama & alamat blog dan juga nombor telefon korang ye!

Sekali lagi terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi meluangkan masa membaca & meninggalkan komen di blog aku 💖

Read more »
on Thursday, September 08, 2022 14
Share this!
Tags
Blog
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Thursday, September 08, 2022

Sarapan pagi Kek Mentega Viral di Sarawak

Suami Terchenta dah balik semalam. Dia bawak balik butter cake dari Mita Cake House.

Lepas hantar Khadeeja ke rumah kawan baiknya untuk play date, aku balik rumah dan potong kek ni. Bila bukak je kotaknya, semerbak bau wangi kek mentega kesukaan aku dari dulu lagi.

Walaupun Sarawak terkenal dengan kek lapis Sarawak, tapi jarang-jarang la kami makan kek lapis melainkan pada Hari Raya je. Boleh dikatakan kek lapis Sarawak ni lebih kepada kek hari raya, dengan semua lapisan masyarakat tak kira Melayu / Melanau, Iban / Bidayuh atau Cina semuanya akan hidang kek lapis Sarawak pada hari perayaan.

Tapi kalau hari biasa, kek yang kiteorang cari ialah kek mentega dari Mita Cake House ni. Bukan calang-calang kek ni, sampai orang Miri / Bintulu sanggup beratur beli kek ni bawak balik tau.

Mita Cake House ni sebenarnya cuma ada di Kuching je. Tak pasti la kenapa dieorang tak expand ke daerah lain, mungkin sebab diusahakan oleh keluarga dan tak nak resipi kek ni diketahui orang luar. Kot la.

Sebijik kek ni berharga RM15, jadi tak hairan la dapat sambutan dari orang ramai memandangkan harganya yang marhaen. Sekali gigit, memang dah tau kek ni dibuat dari bahan-bahan premium. Kalau balik ke Kuching kedai kek ni memang tempat wajib untuk aku singgah - bukan aku sorang je, malah ramai yang aku tengok mengangkut berkotak-kotak kek ni. Orang ramai sampai kena beratur semata-mata nak beli kek ni.


Aku makan cicah dengan teh ‘Earl Grey’ panas dari Cameron Highlands. Padanan yang cukup serasi, orang putih kata ‘match-made in heaven’. 

Kalau korang berkesempatan ke Kuching, boleh la singgah beli sebiji dua untuk rasa kesedapan kek ni. Sebenarnya ada jugak orang jual kat Shopee tapi kos penghantarannya lebih mahal dari harga kek! Paling tak boleh blah, beli 2 kek kos penghantaran pun 2x jugak huhu… Melainkan mak2 pregnant dan mengidam sangat-sangat, memang tak la nak beli kot!

Read more »
on Thursday, September 08, 2022 12
Share this!
Tags
Daily Life, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Wednesday, September 07, 2022

Wordless Wednesday - Sayur Pucuk Labu Siam


Sebenarnya ni first time aku mencuba sayur pucuk labu Siam. Semuanya gara-gara terpengaruh dengan masakan kampung Kak Amie hehe. Aku beli labu Siam dan sayur pucuk labu di Cameron Highlands lepas baca blog Kak Amie.

Aku masak tumis ringkas je - bawang merah, bawang putih dan udang kering kisar. Udang galah tu lebihan dari udang yang kami beli di pasar bulan lepas, nak buat sup udang tak cukup jadi masukkan je dalam sayur untuk menambah perisa.

Sambal ikan masin ni pulak aku beli di stesen Petronas on the way nak balik ke KL:



Tak perlu masak lauk tambahan, makan sayur pucuk labu, sambal ikan masin dengan nasi panas-panas ni pun dah cukup menyelerakan!



Sayurnya rasa manis-manis je. Sambal ikan bilis tu pulak bagi aku tak berapa menyerlah rasa ikan masinnya sebab bawang lebih banyak dari ikan masin. Menyesal pulak tak beli 2 ikat sayur pucuk labu Siam ni masa di Cameron Highlands 😅

Read more »
on Wednesday, September 07, 2022 18
Share this!
Tags
Daily Life, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Tuesday, September 06, 2022

Cuti Sekolah Dah Bermula…

Minggu ni cuti sekolah bermula. Khadeeja dah buat plan nak pergi ke rumah kawan baiknya di Taman Melati. Khayla pulak plan nak pergi main ice-skating di KL East Mall. Aku baru nak berangan-angan bawak anak-anak jalan-jalan ke Ipoh menaiki ETS day trip.

Tup-tup pagi semalam Suami Terchenta dapat berita makciknya (kakak ibu mertua) meninggal dunia…


…‎إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن

‎اَللهُمَّ اغْفِرْلَه وَارْحَمْه وَعَافِه وَاعْفُ عَنْه


Jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya.

Aamiin Allahumma..Aamiin Ya Mujib...

Walaupun tak sempat balik menghadiri majlis pengebumian arwah makcik Suami Terchenta, dia ambik keputusan balik ke Kuching. Suami Terchenta kata biarlah dia seorang je balik memandangkan harga tiket kapal terbang musim cuti sekolah ni memang tak boleh bawak bincang!

So pagi-pagi lepas Subuh lagi kami berdua mencari tiket penerbangan paling murah. Akhirnya dapat la tiket Batik Air (sebelum ni dikenali sebagai Malindo Air) RM250 dari KL ke Kuching. Kuching ke KL pulak, harga tiket AirAsia paling murah pun RM329 (belum campur airport tax). RM600 jugak la habis untuk balik kali ni. Tak pelah, mungkin ada rezeki yang lebih baik kemudian hari, Insha Allah ameen…

Maka plan ice-skating dan ke Ipoh tu kami tangguhkan dulu, kalau ada rezeki kemudian hari boleh pergi. Dah alang-alang hantar Suami Terchenta ke KLIA, kami singgah di rumah adik di Putrajaya untuk spend time dengan mak sebelum mak pulang ke Bintulu hari ni.

Nampaknya cuti sekolah kali ni kami habiskan dengan mengemas barang-barang di rumah je la sebab bulan depan Insha Allah akan berpindah ke rumah baru. Lagipun kami dah pergi ke Cameron Highlands minggu lepas, Alhamdulillah. Cukuplah dapat luangkan masa bercuti-cuti dengan mak sekali.

Read more »
on Tuesday, September 06, 2022 22
Share this!
Tags
Daily Life, Family, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Belajar Jadi Positif Dari Puan Masitah (@mashyta_oneandonly)
    Baru-baru ni aku terbaca tentang seorang wanita yang sangat positif dan redha dengan ujian yang Allah turunkan ke dalam hidupnya. Selepas te...
  • Hari Keluar Berjalan-jalan Dengan Mak
    Semalam aku ajak mak keluar. Kebetulan Khayla pun ada aktiviti ko-kurikulum dan turun awal ke sekolah so boleh la aku keluar bawak mak jala...

Blog Favourite

  • .: ceritera Kehidupan :.
    19 minutes ago
  • KasihkuAmani
    1 hour ago
  • Amie's Little Kitchen
    2 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    2 hours ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    6 hours ago
  • Hari hari yang ku lalui...
    7 hours ago
  • Aku Sis Lin
    8 hours ago
  • Syazni Rahim Blog
    8 hours ago
  • Antara Doha dan Jakarta™
    9 hours ago
  • SURIA AMANDA
    9 hours ago
  • Inilah Shaizhar
    11 hours ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    11 hours ago
  • KakmimDotCom
    12 hours ago
  • Blog Anamizu™
    15 hours ago
  • Miles of smiles
    15 hours ago
  • Mreneyoo
    1 day ago
  • Travel My Way
    1 day ago
  • My Small World
    1 day ago
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    2 days ago
  • mulan@peace,love&harmony
    2 days ago
  • Anies♥You
    2 days ago
  • .:: My Life & My Loves ::.
    2 days ago
  • LIFE WITH LOVE
    2 days ago
  • Hidup Itu Indah
    2 days ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    2 days ago
  • Titian Perjalanan
    3 days ago
  • orangbukit
    3 days ago
  • anajingga
    3 days ago
  • mrhanafi.com
    4 days ago
  • Dapur Cik- Nur
    4 days ago
  • a m m i
    4 days ago
  • Drawing the Words
    5 days ago
  • Afzan Sidi
    5 days ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    6 days ago
  • Warisan Petani
    1 week ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    2 weeks ago
  • Ako Tetap Ako
    2 weeks ago
  • Krabat Kramat
    2 weeks ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    2 weeks ago
  • Sunah Sakura
    4 weeks ago
  • Asa Blog
    5 weeks ago
  • Ainihalim
    5 weeks ago
  • Shuhaida Kabdy
    2 months ago
  • Blog Sal
    3 months ago
  • Kait dan Lari
    1 year ago
  • Stories About My Journey
    2 years ago
  • Sodep
    9 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.