Dari Anas bin Malik RA, ia berkata bahwa Rasulullah SAW pernah bersabda kepada Muadz bin Jabal, “Tidakkah engkau menginginkan aku mengajarkanmu doa yang apabila engkau memiliki hutang menggunung, maka Allah SWT akan melunasi hutang itu? Katakanlah wahai Muadz:


اللَّÙ‡ُÙ…َّ Ù…َالِÙƒُ الْÙ…ُÙ„ْÙƒِ تُؤْتِÙŠ الْÙ…ُÙ„ْÙƒَ Ù…َÙ†ْ تَØ´َاءُ ÙˆَتَÙ†ْزِعُ الْÙ…ُÙ„ْÙƒَ Ù…ِÙ…َّÙ†ْ تَØ´َاءُ Ùˆَتُعِزُّ Ù…َÙ†ْ تَØ´َاءُ ÙˆَتُØ°ِÙ„ُّ Ù…َÙ†ْ تَØ´َاءُ بِÙŠَدِÙƒَ الْØ®َÙŠْرِ Ø¥ِÙ†َّÙƒَ عَÙ„َÙ‰ ÙƒُÙ„ِّ Ø´َÙŠْØ¡ٍ Ù‚َدِيرٌ رَØ­ْÙ…َانُ الدُّÙ†ْÙŠَا ÙˆَالْآخِرَØ©ِ تُعْØ·ِيهُÙ…َا Ù…َÙ†ْ تَØ´َاءُ ÙˆَتَÙ…ْÙ†َعُ Ù…ِÙ†ْÙ‡ُÙ…َا Ù…َÙ†ْ تَØ´َاءُ ارْØ­َÙ…ْÙ†ِÙŠ رَØ­ْÙ…َØ©ً تُغْÙ†ِينِÙŠ بِÙ‡َا عَÙ†ْ رَØ­ْÙ…َØ©ِ Ù…َÙ†ْ سِÙˆَاكَ

“Allahumma Malikal Mulki Tu’til mulka man tasya’ wa tanzi`ul mulka mimman tasya’ wa tu`izzu man tasya’ wa tudzillu man tasya’. Biyadikal khoir inna ala kulli syain qadir. Rohmanuddunya wal akhiroh, tu`thi minhuma man tasya’ wa tamna`u minhuma man tasya’. Irhamni rahmatan tughnini biha an rahmati man siwaka.”

“Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Wahai Pemberi Kasih dan Maha Pengasih (di dunia) dan (di) akhirat. Engkau memberi anugerah kepada siapapun yang Engkau kehendaki dan menolak (untuk memberi anugerah) kepada siapapun yang Engkau kehendaki. Kasihanilah kami sehingga kami tidak membutuhkan kasih sayang dari selain Engkau. 

(Hadis Riwayat at-Thabrani)


hutang
Sumber imej: Google

Jangan salah anggap. Sekadar berdoa agar hutang dilunaskan tanpa sebarang usaha ialah umpama ingin masuk syurga tanpa sebarang amalan. Setiap sesuatu perlu diiringi dengan usaha, doa dan tawakal.

Kadang-kadang kita bukan suka-suki nak berhutang. Oh, adakah yang suka-suki berhutang? Ya, ada. Contohnya benda bukan keperluan pun hendak berhutang. Ramai anak muda zaman sekarang terjebak dalam hutang tak sihat kerana ingin tunjuk gaya hidup yang hebat, sedangkan pendapatan tak seiring dengan gaya hidup tu.

Tapi ada juga yang terjebak hutang kerana keperluan mendesak. Survival. Dibuang kerja masa pandemik. Terpaksa meminjam wang untuk kelangsungan hidup keluarga. Atau ahli keluarga tiba-tiba jatuh sakit, sedangkan takde insurans untuk menanggung rawatan. Lama-kelamaan simpanan habis dan terpaksa berhutang keliling pinggang untuk meneruskan rawatan demi orang tersayang.

Masa tu dirasakan hutang semakin menimbun, sebesar gunung dan tak akan susut. Usaha macamanapun, masih tak mampu melangsaikan hutang sebab kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Cukup-cukup untuk meneruskan kehidupan, atau mungkin tak cukup langsung.

Jadi amalan doa yang diiringi usaha dan pengharapan kepada pertolongan Allah SWT, Insha Allah akan bantu untuk melunaskan hutang yang dirasakan tak mampu untuk diselesaikan. Percayalah, rezeki dan hutang datang dari Allah, maka Allah jualah yang mampu memberi / mengambil balik sesuatu.

Selain dari tu, tingkatkan juga ilmu kewangan di dada. Berjumpalah dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKDK) untuk menyusun semula hutang-hutang dengan institusi kewangan. Elakkan berhutang dengan ah long dan syarikat peminjam wang yang mengenakan kadar bunga yang tak masuk akal. Berhenti menambah hutang melainkan jika benar-benar perlu dan tiada cara lain. Mohon bantuan zakat / badan-badan amal sekiranya benar-benar layak dan terdesak, jangan malu dan segan. Hari ini hari kita, mungkin esok-esok kita pulak yang menolong orang lain (tapi janganlah terlalu selesa bergantung dengan pertolongan dan belas ihsan orang lain sehingga malas berusaha).

Nota kaki: Semalam kadar OPR dinaikkan lagi sebanyak 25 mata asas kepada 2.5 peratus, disebabkan tekanan inflasi yang semakin tinggi. Monthly payment rumah Bintulu aku baru je naik tahun ni, padahal ambik loan Islamic. Lepas pengumuman ni mesti naik lagi. Ayat ni memang sesuai diamalkan mulai sekarang, moga-moga Allah lindungi kita dari beban hutang dan kesempitan hidup.

12 comments:

  1. mujurlah abe kie kerja kerajaan jd secure sikit. hutang rumah n kereta je yg ada skrg. hutang rumah tu sampai pencen..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lega rasanya bila dapat lunaskan hutang awal. Macam kiteorg bila loan kereta tinggal beberapa bulan lagi, kiteorg terus setelkan cepat sbb nak jimatkan interest loan lepas tu skrg ni fokus kat hutang rumah je.

      Delete
  2. Betul, kadang desakan hidup membuat kita terpaksa berhutang.
    Terima kasih perkongsian doanya. Dalam apa jua usaha, mesti kita sandarkan kepada Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Kak Ujie, usaha dan sandarkan kepada Allah.

      Delete
  3. Alhamdulillah terima kasih atas perkongsian doa. Betul tu kita janganlah membuat hutang yang tidak sihat demi nak impress orang sekeliling. Oh! kenapa loan islamic pun terbabit sama ya, Mrs. A ingatkan maintain huhuhuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 Mrs A. Saya pun musykil gak sbb apa loan Islamic pun boleh turun naik bila OPR berubah.

      Delete
  4. Tengok orang ada hutang dengan kita berjimba rama sakit hati gak. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat setuju. Sebab hutang boleh putus kawan. Satu lagi klu ada kawan2 mintak jadi penjamin hutang pun saya akan mintak dia cari ahli keluarga dia je, walaupun income nya stabil. Sebabnya kita tak tau bila dia tiba2 berubah, start culas bayar bulanan hutang dia auto kita pulak yg tanggung.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .