Ni cerita masa mak masih kat KL. Balik dari Cameron Highlands, mak duduk rumah kakak di blok sebelah blok kami. Hujung minggu adik datang dari Putrajaya bermalam di rumah kakak sebelum bawak mak balik ke rumahnya.

Minggu lepas adik kata dia nak mengopi. Rupa-rupanya dia siap ada bucket list kafe yang dia aim nak pergi ye. Mula-mula dia ajak pergi ke KLCG Confectionery & Bakery @ Dataran Merdeka. Tapi sebelum tu, mak tiba-tiba bagitau sebelum balik Sarawak, dia nak la singgah ke SOGO beli handbag. Orang Sarawak dan SOGO KL berpisah tiada ye. Hehe.

Maka lepas Zohor kiteorang gerak ke SOGO naik LRT. Mak aku punyalah terkejut sebab tak sangka SOGO dekat je bila naik LRT ni hehehe! 5 stesen je, dah sampai Bandaraya. Mulalah dia pasang angan-angan nak cuci mata di SOGO tiap-tiap hari kalau dia singgah di rumah kami. Ah, ghisau, ghisauuuu...

Sebenarnya malas nak pergi menyopping di SOGO hujung minggu DAN CUTI SEKOLAH. Kalau tak sebab mak beriya-iya nak handbag, memang tak la aku nak jejak kaki ke SOGO yang penuh dengan manusia. Nak pilih barang satu hal, lepas tu nak bayar pulak satu hal lagi. Tapi mujurlah mak ni warga emas, salesman tu siap tolong bukak kaunter express untuk mak hehe. Padahal beg dia beli tu tak sampai RM200 pun. Susah la nak cakap orang hobi kumpul handbag ni, sebab nafsu aku tak ke arah handbag. Atau tudung. Atau barang kemas. Nafsu aku lebih kepada jalan-jalan, duduk hotel cantik selesa dan makan (sebab tu tak kurus-kurus). Dulu bernafsu gak dengan gajet tapi dah tua-tua ni aku slow down sikit. Tapi kalau Suami Terchenta nak bagi iPhone 14 purple, kuterima dengan hati terbuka!

Eh jap, sebenarnya tajuk utama pasal adik nak mengopi kan. Kisahnya, harapan nak mengopi di KLCG tu tak kesampaian sebab tempat tu tutup awal. Sudahnya kami melencong ke Jalan Chow Kit sebab dalam list adik ada Luckin Kopi.


Mak dapat handbag baru taknak lepas

Tempat ni tak jauh dari stesen LRT Pasar Seni. Kena tukar laluan LRT di Masjid Jamek. Bila dah sampai, cari exit stesen MRT Pasar Seni sebab lebih dekat.

Dulu tempat ni namanya Luckin Kopi, tapi sekarang dikenali sebagai Luck Bros Kopi. Berkonsepkan kopitiam moden, menu kat sini bukan je memaparkan menu kopitiam biasa (roti bakar, telur separuh masak dan kopi cham), tapi menu-menu Asia lain seperti nasi lemak, nasi ayam Hainanese, rojak buah, ABC, mee siam dan lain-lain. Nasi lemaknya ada banyak pilihan lauk - rendang ayam, sambal udang, kari ayam, ayam berempah, sambal sotong, sambal petai, dan banyak lagi.

Sorry gambar tak cantik sebab dah petang sangat

Reka bentuk dalamannya 'rustic' dengan dinding batu-bata dan rasuk kayu di siling

Kami dibawa ke bahagian atas yang lebih luas dan khas untuk kumpulan besar (lebih dari 3 orang)

Pesanan dibuat melalui kod QR yang diletakkan atas meja. Tapi setakat pesan makanan je la, bayar tetap kena turun ke bawah dan bayar di kaunter.


Kafe ni selesa dan mesra keluarga

Aku dah Suami Terchenta kongsi rojak buah (RM10). Agak mahal tapi boleh tahan sedap

Kakak pesan karipap inti kentang dan telur dan roti bakar (RM4.50). Karipap kat sini memang antara bestseller

Tapi kalau tiba-tiba tekak mengada-ngada nak makan Western jugak, ada je option Western menu kat sini. Macam adik aku ni order Grilled Chicken Chop Blackpepper (RM19)

Mak pulak pesan Salted Egg Chicken Chop (RM20.50)

Khadeeja nak makan ABC (RM8.90)

Khayla pesan chocolate milkshake

Bagi aku semuanya sedap-sedap belaka. Kena datang petang sikit kot baru tak ramai orang. Biasa nampak orang beratur nak masuk dalam, tapi sebab kami datang pukul 6 petang, jadi tak ramai orang.

Last sekali ni la adik bongsu aku yang sibuk nak mengopi hahaha! Dia masih single dan sedang mencari jodoh yang single jugak hihi. Semoga bertemu jodoh di kedai kopi ye adik.


20 Comments

  1. Menarik lah kedai kopi ni. Nanti nak try pergi lah untuk sesi catchup session with friend gituuu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg sesuai sgt utk sesi lepak2 dgn kawan2. Dari stesen MRT Pasar Seni jalan kaki 5 minit je.

      Delete
  2. Replies
    1. Kan… cuma derhaka sikit dgn nama sbb bahan2 tak bercampur hehe.

      Delete
  3. Adik perempuan ye. Kalau lelaki dah nak ajak mengopi sekali. Haha. Saya pernah makan sini. Dulu ada set menu sampai 5 cawan. Memang sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah hahaha! Salah jantina pulak ye :p boleh tahan la makanan dia, kena kat tekak saya :)

      Delete
  4. Uish! Femes nau tempat ni.... jumpa banyak orang pos kat ig

    ReplyDelete
  5. Sogo itu rasanya asyik buat jualan murah. Hidup sahaja pasaraya itu walaupun jarang diperkatakan. Hehe kalau saya pun akan selalu menyinggah kalau kaki shopping. Siap buat senarai hajat ya adik.
    Hehe. Rezeki makan dapat tenang-tenang tanpa ramai orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah budak2 Gen Z ni, suka tempat2 hipster hehe. Alhamdulillah, mungkin sbb dtg pun dah petang2 jadi orang tak ramai.

      Delete
  6. tak dapat bygkan la, belah mana ni??? ABC tu mengancam betul hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak jauh dari Petaling Street. Lain kali sislin datang kl lagi kita terjah tempat ni pulak hehe.

      Delete
  7. Sogo ni mmg syok pergi lagi-lagi kalau tengah sale. Lawa pulak cafe nih boleh try singgah nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu... saya tak berapa gemar ke Sogo sbb terlalu sesak. Tapi orang Sarawak klu ke KL ni la salah satu destinasi wajib dieorg. hehe.

      Delete
  8. Haha, sama ngan arwah mak saya. Suka Sogo. Dulu kalau ada Globe, pi Globe je. Tak pun, Mun Loong dulu, kat Jalan TAR.
    ABC tu kena makan laju-laju la ye, kang cair. Dia tak letak dalam mangkuk pun.
    Ish ish, chocolate milkshake dia nampak sedap.
    Bagus la, ada bucket list kedai kopi. Tiba-tiba saya pun rasa nak buat jugak. Dasar orang gila kopi. Hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg peel org tua2 kot Nur. Suka menyopping tempat2 sesak ni hehe.
      ABC tu anak kongsi dengan mak bapak dia, jadi tak sempat cair dah abis...
      Bukan apa sebenarnya ada bucket list tu, sbb tempat tu viral huhu...

      Delete
  9. Terliur pulak tengok rojak tu. Kalau saya makan rojak buah, memang nak banyak-banyak kuah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun sama jugak Kak Amie.. suka cicah kuah rojak byk2. Tapi yg ni pun ok jugak.

      Delete
  10. menarik kedai kopi tu...ada tgk beberapa blogger dh pi juga sini...chocolate milkshake yummmmy

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempat lawa, makanan sedap mungkin sebab tu ramai yg tertarik makan di sini.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .