klwbc2020

 
Zaman sekarang, bahan bacaan boleh didapati kat mana-mana je. Tinggal nak baca atau tak saja. Kalau pergi ke Taman Tasik Titiwangsa, ada beberapa sudut bacaan yang disediakan untuk para pengunjung. Sambil berehat sebentar lepas beriadah, boleh ambil kesempatan membaca buku-buku yang diletakkan dalam rak kaca. 


klwbc2020

Rakyat Malaysia masih lagi amat kurang membaca berbanding rakyat di negara maju. Makin diburukkan lagi dengan kewujudan peranti digital, ramai budak-budak lebih suka bermain games atau bersosial media. Aku ingat lagi zaman bersekolah dulu, aku dan kawan-kawan sanggup simpan duit bekal untuk beli buku cerita di kedai buku. Buku yang aku suka baca ialah buku-buku Enid Blyton. Dari situlah aku menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Kalau buku-buku Melayu pulak, aku suka buku-buku keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka. 

Aku agak terkilan bila anak-anak aku tak mewarisi minat membaca, padahal dari dieorang baby lagi aku dah dedahkan dieorang dengan buku-buku. Sanggup berhabis duit masa pesta buku untuk anak-anak. Tapi dieorang lebih ikut perangai bapak dieorang bila bab-bab membaca ni huhu... Tak pelah, aku doakan dieorang akan berjaya dalam karier macam Suami Terchenta walaupun tak suka membaca buku!

18 Comments

  1. sama la..dr kecik memang suka membaca...dr buku2 penyiasatan..masa sek rendah dulu..sampai la ke novel2..majalah..mcm2 la. sekarang ni pun still membaca but dah makin kurang la. anak2...pun sama x berapa nak ikut. padahal since kecik memang dah biasakan dgn buku2...zaman sekarang kan? kita doa yg baik2 saja...aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. buku2 penyiasatan yg saya suka dulu ialah Hardy Boys & Nancy Drews terjemahan BM. Klu majalah pulak, saya suka komik Gila2 dan Ujang hehe. Kadang2 tumpang baca majalah Wanita dan Jelita kepunyaan mak. Skrg susah jumpa anak2 yg suka membaca mcm dulu2. Kena paksa baru la buka buku...

      Delete
  2. Enid Blyton akak baca versi terjemahan. Pinjam di perpustakaan sekolah.

    Dapat pulak jadi pustakawan masa sek rendah. Memang seronok asyik pinjam buku.

    Sekarang masih suka baca buku walaupun tak banyak macam dulu2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe samalah jadi pustakawan sekolah. Seronok bila turn jaga perpustakaan boleh baca macam2 buku. Bila dah byk membaca, jadi mahir speed reading. Kadang2 waktu rehat tu boleh habiskan 2-3 buku!

      Delete
  3. PH dulu kumpul duit beli majalah Bambino setiap bulan :)
    Alhamdulillah anak4 pun suka membaca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama tak dgr majalah Bambino, skrg baru teringat anak rusa di muka depan majalah ni :)

      Delete
  4. Sama pengalaman kita. Dulu sanggup tak belanjakan duit saku semata-mata nak menabung beli buku. Sekarang melambak buku di rak, tapi anak-anak kurang suka membaca pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Kak Amie, lebih2 lagi dulu duit saku 50 sen sehari, lama jugak menabung nak beli buku baru tapi bila dah dapat rasa seronok sangat. Baca berkali2 sementara tunggu duit cukup untuk beli buku seterusnya.

      Delete
  5. hahhahaha kan kan kita pun kecil2 suka baca buku enid blyton tp kita x mahir english gak masa tu hahaha...

    ReplyDelete
  6. Masa zaman remaja Kak Sue suka membaca juga, tambah lagi kalau buku cerita seram. Cuma sejak dah remaja purba dah berkurangan dah sikit dah membaca, tak kira cerita seram atau yang lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni mesti Kak Sue suka baca majalah mastika kan?

      Delete
  7. Saya dulu pun suka membaca. Tapi tulah tarikan gadget dan TV kuat snagat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, sbb tu anak2 skrg dah kurang membaca.

      Delete
  8. saya memang suka membaca masa kanak2 n remaja. bila dah tua ni rajin membaca di HP n laptop je. Huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la Abam Kie. Saya subscribe e-library, senang nak baca dekat hp.

      Delete
  9. salah tu makcik, jamanaw org dh xnak baca buku, novel, newspaper dll.. semuanya ada dihujung jari., hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la wak, bila semua di hujung jari, banyak nau godaan nak layari benda-benda lain contohnya game & YouTube. Buku digital tak pulak berminat.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .