• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Wednesday, December 07, 2022

Wordless Wednesday - Masak Apa Hari Ni?

 

steamed sea bass
Lauk minggu lepas...

chicken soup ingredients

Suami Terchenta jatuh sakit pulak lepas 3 hari bekerja keras sampai berkampung di ofis huhu... 

Lately dia kerja teruk sangat, kesian aku tengok. Isnin & Selasa dia dapat cuti ganti sebab bekerja weekend. Isnin tu dia memang qada tido je la. Penat sangat. Semalam pulak kami ada beberapa urusan - pergi servis kereta, urusan bank dan urusan di pejabat kerajaan. Seharian kami keluar, bila balik tu dia bagitau sakit tekak dia makin teruk dan dah rasa nak selsema pulak. Mujurlah pagi tu bila badan rasa tak selesa dia cepat-cepat buat Covid test - negatif. Kalau positif memang tak la kami ke sana ke sini....

Pagi ni pun dia repeat Covid test dan masih negatif. Jadi kami buat kesimpulan dia tak cukup rehat dan mungkin kena virus selsema biasa je.

Balik kepada nak masak apa hari ni. Kalau demam selsema ni pekena sup panas-panas memang lega rasanya. Jadi hari ni aku nak masak sup ayam untuk Suami Terchenta. Nampaknya hari ni sambung cuti lagi, cuti sakit pulak. Semoga Suami Terchenta cepat-cepat sembuh,   آمیـــــــــــــن یارب العالمین...

Read more »
on Wednesday, December 07, 2022 18
Share this!
Tags
Daily Life, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Monday, December 05, 2022

Sarapan di Bricks & Bread KL

Masa staycation minggu lepas, aku ternampak ada kafe baru di depan hotel jadi esoknya kiteorang pun singgah sarapan di sini.


Bricks & Bread KL
Kafe Bricks & Bread

Rekabentuk kafe ni ala-ala bangunan di Eropah, ditambah lagi dengan perhiasan menjelang Krismas. Nak jalan-jalan ke Eropah musim sejuk belum ada rezeki, kita makan di kafe ala-ala Eropah je la!


Berangan-angan nak buat pintu dan tingkap bentuk melengkung ni kat rumah sendiri

Kami jadi pelanggan pertama yang masuk ke kafe. Bila melangkah masuk, terus terpersona dengan interior kafe ni yang cerah dengan padanan warna hitam dan putih.


Bricks & Bread KL

Bricks & Bread KL

Kafe ni nampak luas sebab ada siling yang tinggi memandangkan ada lagi bahagian di tingkat atas (tapi ditutup, mungkin khas untuk tempahan atau bila ruang kat bawah dah penuh).

Di bahagian hujung kafe ada 2-3 buah meja, setiap meja muat untuk 4 orang. Selebihnya boleh pilih duduk di meja panjang menghadap centrepiece pokok bunga hiasan, menghadap tingkap atau duduk di luar.


Bricks & Bread KL


Bricks & Bread KL

Bricks & Bread KL
Open air sitting area

Selepas puas mencuci mata tengok keliling kafe, aku pun meninjau pulak pilihan pastries yang ada di sini. Semuanya nampak sedap. Harga pulak standard kalau pergi tempat-tempat hipster macam ni.


Bricks & Bread KL
Aku pilih apple crumble cake untuk kongsi dengan Suami Terchenta dan anak-anak

Bricks & Bread KL
Pilihan donut yang ada

Bricks & Bread KL
Yang ni pulak pilihan roti

Selain dari pastries, ada jugak menu lain kat kafe ni yang kita boleh order. Suami Terchenta pilih kaya toast dengan poached egg, Khadeeja pilih truffle fries, aku pulak ambik B&B Benedict dengan smoked salmon, dan Khayla pilih molten chocolate french toast. Alhamdulillah semuanya sedap-sedap belaka.

Bricks & Bread KL

Yang bestnya, untuk yang baru pertama kali ke sini ada offer diskaun 20% bila scan kod QR TnG e-wallet untuk buat pesanan. Memang puas hati bersarapan di kafe ni.


Bricks & Bread KL
20, Jalan Kamunting, Chow Kit, 
50300 Kuala Lumpur.
IG: bricksandbread.kl
FB: Bricks and Bread KL
 

Read more »
on Monday, December 05, 2022 24
Share this!
Tags
Cafe and Bakery, Dining
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Monday, December 05, 2022

Kisah Malang Tak Berbau & Hero2 Malaya

Sabtu lepas ialah hari yang tak boleh dilupakan. Kejadian yang buat aku gigil lutut dan lepas tu terus my blood shoot upstairs haha.

Kisahnya bermula lepas aku selesai breakfast dengan BFF aku yang turun ke KL sebab ada mesyuarat. Aku bawak dia makan di Breakfast Spot KL memandangkan dia tak pernah ke sini. Alhamdulillah, BFF aku bermurah hati belanja aku dan seorang lagi kawan breakfast pagi tu. Rezeki kami.


Selfie sebelum kejadian

Lepas breakfast, kami melangkah ke kereta sebab plannya aku hantar dia ke KLIA2. Oh ya, dekat sini parking memang agak susah sebab takde parking khas jadi aku parking di bahu jalan sehala. Aku keluar dari parking dan reverse dulu sebab ingat nak ke depan sikit dan pusing sebab jalan keluar menghala ke belakang.

Memandangkan kereta aku ni takde sensor / side camera, jadi aku tak perasan yang di depan tu ialah longkang, sebab aku ingatkan longkangnya jauh lagi. Tup-tup aku rasa depan kereta macam terlanggar divider dan enjin terus mati.

Apa lagi, cuaklah kami semua! Semua turun dari kereta dan check. Sah, tayar depan sebelah kanan masuk longkang huhu...


Allahuakbar! Masa ni cuak sangat-sangat terus rasa tekanan darah aku naik mencanak-canak

Masa ni aku memang dah panik la, huhu! Nak call towing truck tapi otak macam blank je. Nak call Suami Terchenta, dia sibuk di ofis dari malam tadi.

Tengah-tengah panik dan kalut tu, datang la dua orang jejaka - seorang Melayu dan seorang lagi Cina. Tanpa berlengah-lengah dieorang tolong carikan batu besar untuk letak dalam longkang supaya tayar tu ada grip nak reverse. Datang pulak seorang budak perempuan Cina tanya apa yang dia boleh tolong. Masalahnya kiteorang pun tengah buntu mampu cakap terima kasih je tapi kiteorang pun tak tau nak buat apa.

Tiga kali percubaan nak reverse gagal sebab batu-bata tu tak sama paras dengan tayar kereta. Akhirnya jejaka Cina tu ada idea letak batu kecik di belakang tayar. Dia suruh aku luruskan tayar dan reverse pelan-pelan.

Ikutkan aku memang dah gigil habis nak tekan minyak pun rasa macam dah tak ingat lagi! Ini kan pulak nak kena balance clutch dan reverse kereta. Tapi nak mintak tolong risau dieorang segan sebab tak tau bawak kereta manual pastu awkward pulak nanti. Nak tak nak aku sendiri la reverse kereta.

Alhamdulillah! Percubaan ke-4 ni akhirnya membuahkan hasil bila tayar dapat grip batu di belakang tu dan terus dapat reverse. Semua yang ada di situ bertepuk tangan, termasuklah aku sendiri.

Cepat-cepat aku betulkan posisi kereta supaya tak menghadang jalan, lepas tu aku tanya la hero-hero Malaya tu boleh ke bagi duit saguhati tanda terima kasih tak terhingga atas pertolongan dieorang.

Sambil melambai-lambai tangannya, jejaka Cina tu cakap, "Eh, takde apa-apalah tu! No worries!" Jejaka Melayu tu pun gelengkan kepala menolak tawaran aku.

Tak sempat aku nak tanyakan nama dieorang sebab ada beberapa buah kereta dah menunggu di belakang, jadi kami cuma lambai-lambai dan ucap terima kasih berkali-kali kepada hero-hero Malaya kami.

Alhamdulillah Allah hantar orang-orang yang baik hati menawarkan pertolongan pada saat-saat diperlukan. Terima kasih Chinese & Malay gentlemen yang ikhlas menolong kami! Semoga Allah membalas jasa kalian!

Read more »
on Monday, December 05, 2022 14
Share this!
Tags
Friends Ooh La La, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Sunday, December 04, 2022

Drama Review Netflix: Wednesday

 

Cerita Wednesday sekarang tengah trending di Netflix dan mula ditayangkan pada 23 November 2022. Cerita berdasarkan keluarga American horror iaitu The Addams Family kali ni mengetengahkan watak anak perempuan mereka iaitu Wednesday Addams (Jenna Ortega) yang selalu dibuang sekolah sebab membuat masalah. Masa awal-awal cerita ni bermula, Wednesday dibuang sekolah sebab membalas dendam ke atas pembuli-pembuli adiknya Pugsley Addams dengan melepaskan ikan-ikan piranha ke dalam kolam renang. Merasakan Wednesday tak sesuai bersekolah di sekolah biasa, ibubapa Wednesday menghantarnya ke sekolah anak-anak tak normal (misfits) yang jugak bekas sekolah ibubapa Wednesday - Nevermore Academy.

Watak Wednesday ni macam biasalah - takde emosi, sarcastic dan bijak. Wednesday sangat marah dan benci dengan ibunya (Morticia Addams - Catherine Zeta Jones) yang menghantarnya ke Nevermore Academy sebab dia rasa sekolah tak sesuai untuk jiwanya. Apa lagi bila dapat kawan sebilik seorang gadis serigala jadian yang memang opposite habis dengan si Wednesday ni dari segi perwatakan (selalu ceria, seorang influencer dan suka pakai baju berwarna-warni, which si Wednesday ni pulak alergik dengan warna selain hitam dan putih). Wednesday ni rasa dia lagi baik dari orang lain so dia memang susah nak masuk dengan pelajar-pelajar di sekolah ni. Jadi dia pun buat keputusan nak lari dari sekolah.


Wednesday dan kawan sebiliknya Enid

Tapi bila berlaku satu kejadian yang mana seorang pelajar hampir bunuh Wednesday sebab ramalan ibunya yang ada seorang budak perempuan mirip Wednesday yang akan datang dan menghancurkan sekolah tapi lepas tu Wednesday diselamatkan oleh sejenis makhluk yang bunuh pelajar tu, Wednesday tukar fikiran dan memutuskan untuk tinggal di sekolah untuk menyiasat tentang ramalan tu dan sejarah kawasan tu.

Walaupun cerita ni bergenre teenager horror comedy, tapi jalan ceritanya cukup menarik dan penuh misteri. Watak Wednesday tu memang bersahaja tapi ada masanya dia kelakar jugak contohnya masa dia menari di majlis sekolah dengan muka selambanya tu. 

Pendapat aku, cerita ni best dan berbaloi untuk ditonton. Aku ambik masa 3 hari je untuk habiskan Season 1 sebab best. Tak sabar nak tunggu Season 2 pulak.


Nota kaki:

Fakta menarik tentang drama ni - pelakon asal watak Wednesday Addams iaitu Christina Ricci pun berlakon dalam drama ni sebagai Miss Marilyn Thornhill / Laurel Gates. Principal Weems ni puas aku dok fikir kat mana pernah tengok dia berlakon, rupa-rupanya dia ialah Brienne of Tarth dalam drama Games of Throne (GoT).

Read more »
on Sunday, December 04, 2022 16
Share this!
Tags
Entertainment, Lifestyle
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Saturday, December 03, 2022

Hotel Stripes Kuala Lumpur

Throwback staycation kami last weekend.

Memandangkan minggu ni Suami Terchenta kena bekerja weekend, sajalah nak manjakan diri dan luangkan masa dengan keluarga di Hotel Stripes KL. 


Hotel Stripes KL
Hotel Stripes KL menggunakan batu-bata dalam rekabentuk sempena sejarah kawasan Jalan Kamunting pada zaman British manakala nama hotel diambil sempena jalur melintang hitam di antara susunan batu-bata

Sesampainya di hotel, kami menyerahkan kunci kereta kepada parking valet sebab di hotel ni tiada kawasan letak kereta khas. Caj perkhidmatan valet parking ialah RM10 sehari untuk tetamu hotel.


Hotel Stripes KL
Lampu pendant siling di lobi

Hotel Stripes KL
Tempat breakfast Brasserie 25, cuma aku pilih tak ambik breakfast sekali sebab nak try kafe Brick & Bread yang bertentangan dengan hotel

Hotel Stripes mempunyai beberapa fasiliti seperti kolam renang yang terletak di bumbung hotel, gimnasium dengan penghawa dingin, ruang pelbagai fungsi, studio mesyuarat, restoran dan bar. Sayangnya semasa kami check-in, kolam renang ditutup memandangkan ada event di situ.

Kami book bilik Deluxe Guest Room dengan katil king size. Bilik ni menggabungkan ciri-ciri moden kontemporari dan urban chic. Terdapat gambar kawasan hotel sekitar tahun 1940-an / 50-an dulu yang terpampang di atas kepala katil yang memberi penghormatan kepada sejarah awal kawasan hotel yang pernah menjadi penempatan pelombong bijih timah.

Biliknya agak luas dengan ruangan optimum yang menempatkan sebuah sofa, meja kerja, meja tepi katil dan kabinet TV dengan padanan warna natural dan gelap.


Hotel Stripes KL
Uniknya singki bilik air dengan kabinet marmar hitam lengkap cermin elegan dengan lampu backlight diletakkan di luar bilik air

Hotel Stripes KL
Tuala muka dan peralatan mandian hotel

Lantai dan dinding bilik air hotel diperbuat dari batu marmar yang poros. Terdapat kamar mandi yang sangat luas, dipisahkan dengan bilik tidur oleh dinding kaca 'frosted' untuk menjaga privasi.


Hotel Stripes KL
Bilik air

Hotel Stripes KL
Syampu, perapi dan gel mandian dari jenama Mangosteen


Hotel Stripes KL
Mesin kopi turut disediakan di dalam bilik

Hotel Stripes sememangnya sesuai sebagai tempat staycation bukan setakat bilik yang selesa dan moden dengan akses Wifi hotel percuma tapi jugak dikelilingi tempat-tempat makan yang menarik. 

Untuk ahli Marriott Bonvoy, sekarang ada promosi nikmati mata ganjaran bonus untuk setiap penginapan layak bermula dari penginapan kedua yang berlangsung sehingga 15 Disember 2022.

Tempahan hotel boleh dibuat dengan melayari laman web www.stripeskl.com.


Hotel Stripes Kuala Lumpur
Autograph Collection
25, Jalan Kamunting
50300 KL.
Tel: 03-2038 0000

Read more »
on Saturday, December 03, 2022 12
Share this!
Tags
Hotel Reviews, Marriott Bonvoy Hotels
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Friday, December 02, 2022

Seminggu Sepotong Hadis: Seksaan Kubur untuk Orang Yang Menyebarkan Fitnah

Dari Ibnu Abbas RA, Rasulullah SAW melewati dua kubur, maka beliau bersabda, 

"Sesungguhnya kedua-dua penghuni kubur ini sedang disiksa, dan keduanya disiksa bukan kerana sesuatu yang besar. Salah seorang darinya biasa tidak melindungi diri dari air kencingnya sendiri, sedang yang seorang lagi biasa menyebarkan fitnah."

(Sahih al-Bukhari, 216)

Apa itu fitnah?

Fitnah ialah perbuatan sama ada mereka-rekakan perkara yang tidak ada atau tidak pernah berlaku atau menyebarkan sesuatu berita tanpa memeriksa kebenarannya.

Contohnya bila ada video yang panas je, ada je yang suka-suka nak viralkan tanpa usul periksa dengan tujuan nak dapatkan lebih banyak 'like' dan menumpang populariti.

Kadang-kadang niat orang tu memfitnah bukanlah untuk memalukan seseorang, contohnya dapat hadis palsu dia sebarkan dekat orang ramai tanpa merujuk dulu kitab-kitab atau sumber rujukan yang sahih. Akibatnya orang ramai percaya benda palsu dan sangat bahaya kalau boleh menyebabkan akidah turut terpesong. Biasanya aku jumpa ni dekat group Whatsapp, orang-orang tua suka forward mesej-mesej yang berunsur agama tapi bila diselidik, mesej ni berunsur bida'ah dan boleh memfitnah agama kita sendiri. Jadi elakkan la menyebar perkara yang tidak betul apa lagi jika bertujuan memburuk-burukkan atau menjatuhkan orang lain. Wallahualam.


Nota kaki:

Hari ni lambat sikit update blog sebab pagi tadi hantar anak-anak join aktiviti berkhemah. Kemain seronok dieorang first time join aktiviti bermalam jauh dari rumah dengan kawan-kawan sekolah. Malam ni pulak Suami Terchenta berkampung kat ofis lagi. Ingatkan aku sorang je la tinggal kat rumah (aku ni dah la penakut huhu 👻👻), tup-tup BFF aku ajak teman dia tidur kat hotel since dia outstation. OK, pucuk dicita ulam mendatang. Louis je la jaga rumah nampaknya 😜


Louis kena jaga rumah lagi ke Mommy?
Read more »
on Friday, December 02, 2022 12
Share this!
Tags
Lifestyle, Tips & Info
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Thursday, December 01, 2022

Pemenang Cabaran Tangkap Pageviews ke-500k

First of all, aku pun tak sangka memang laju jugak pageviews kali ni naik berbanding masa baru nak aktif balik blogging beberapa bulan lepas. 

Laju sampai tak seorang pun sempat tangkap pageviews yang ke-500,000 huhu... Jadi kali ni tiada pemenang yang dapat diumumkan. Insha Allah kalau ada rezeki lagi aku buat lagi contest untuk hiburan kawan-kawan yang sudi berkunjung ke blog aku ni.

Tapiiiii... memandangkan hanya seorang je yang mencuba nasib walaupun tak dapat nombor yang ke-500k, aku decide nak bagi jugak hadiah saguhati buat seorang rakan blogger ni. Dia berjaya menangkap pageviews yang ke-499,999. Cantik bangat nombor tu!

Tahniah buat MAMA TISYA kerana terpilih mendapat hadiah saguhati 👏👏 Sila emailkan details untuk penghantaran hadiah ye.



Read more »
on Thursday, December 01, 2022 33
Share this!
Tags
Blog
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Thursday, December 01, 2022

Nasi Kalut Jitra Mai

Korang suka tak nasi kandar? Biasanya kalau sebut nasi kandar mesti aku terbayangkan kuah kari campur, sayur kobis goreng dan pappadam. Lagi satu nasi kandar ni sinonim dengan masyarakat India Muslim.

Ni first time aku jumpa nasi kandar Melayu di gerai Nasi Kalut Jitra Mai terletak di Jalan Abdullah berhampiran Dang Wangi. Nak jugak tau apa beza dengan nasi kandar yang selalu aku makan.


Nasi Kalut Jitra Mai

Nasi Kalut Jitra Mai
Pakcik baju biru tu bungkus banyak nasi agaknya untuk keluarga di rumah

Nasi Kalut Jitra Mai
Lauk-pauk yang ada

Dari jauh lagi bau ayam goreng berempah dah menusuk hidung. Terus lapar aku dibuatnya haha. Jadi aku mintak 3 bungkus nasi dengan lauk ayam goreng berempah untuk kami anak-beranak. Harga kesemuanya RM38 je.


Nasi Kalut Jitra Mai
Nak makan kat sini pun boleh sebab ada banyak meja kosong

Cengginilah rupa nasi kandar Melayu. Instead of kobis goreng, ada bendi. Kuah banjir tu tetap ada, cuma rasanya bukan macam kuah kari nasi kandar biasa. Lepas tu dapat sebiji telur rebus jugak. Nampak lebih ringkas dari nasi kandar biasa.

Dari segi rasa, kuahnya agak manis sikit. Ayam goreng berempah tu memang sedap, Khadeeja boleh habiskan ayam goreng tu seorang diri (kakak seperti biasa memilih taknak makan ayam). Kalau panas-panas mesti lagi sedap.


Nasi Kalut Jitra Mai

Tapi kalau tanya aku, aku masih prefer nasi kandar kat kedai mamak. Dengar citer nasi kandar paling sedap di KL ni ialah di Restoran Kudu Bin Abdul. Pernah nak try tapi bila tengok barisan panjang giler terus cancel plan! Selain dari tu, aku jugak suka nasi kandar di restoran Original Kayu Nasi Kandar, cuma harganya mahal sikit.

Korang suka nasi kandar yang mana satu?
Read more »
on Thursday, December 01, 2022 23
Share this!
Tags
Dining, Restaurant and Outlet
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Belajar Jadi Positif Dari Puan Masitah (@mashyta_oneandonly)
    Baru-baru ni aku terbaca tentang seorang wanita yang sangat positif dan redha dengan ujian yang Allah turunkan ke dalam hidupnya. Selepas te...
  • Hari Keluar Berjalan-jalan Dengan Mak
    Semalam aku ajak mak keluar. Kebetulan Khayla pun ada aktiviti ko-kurikulum dan turun awal ke sekolah so boleh la aku keluar bawak mak jala...

Blog Favourite

  • Amie's Little Kitchen
    14 minutes ago
  • Hari hari yang ku lalui...
    52 minutes ago
  • Antara Doha dan Jakarta™
    1 hour ago
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    1 hour ago
  • Anies♥You
    1 hour ago
  • Syazni Rahim Blog
    1 hour ago
  • Hidup Itu Indah
    1 hour ago
  • SURIA AMANDA
    2 hours ago
  • Inilah Shaizhar
    2 hours ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    3 hours ago
  • .:: My Life & My Loves ::.
    3 hours ago
  • .: ceritera Kehidupan :.
    3 hours ago
  • My Small World
    3 hours ago
  • KasihkuAmani
    4 hours ago
  • KakmimDotCom
    5 hours ago
  • mrhanafi.com
    5 hours ago
  • Travel My Way
    5 hours ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    5 hours ago
  • Miles of smiles
    6 hours ago
  • Mreneyoo
    6 hours ago
  • Blog Anamizu™
    6 hours ago
  • LIFE WITH LOVE
    14 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    22 hours ago
  • Warisan Petani
    1 day ago
  • Drawing the Words
    2 days ago
  • anajingga
    3 days ago
  • orangbukit
    3 days ago
  • a m m i
    4 days ago
  • mulan@peace,love&harmony
    4 days ago
  • Aku Sis Lin
    5 days ago
  • Titian Perjalanan
    5 days ago
  • Ainihalim
    6 days ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    6 days ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    1 week ago
  • Dapur Cik- Nur
    1 week ago
  • Afzan Sidi
    1 week ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    3 weeks ago
  • Ako Tetap Ako
    3 weeks ago
  • Krabat Kramat
    3 weeks ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    3 weeks ago
  • Sunah Sakura
    5 weeks ago
  • Asa Blog
    1 month ago
  • Shuhaida Kabdy
    2 months ago
  • Blog Sal
    3 months ago
  • Kait dan Lari
    1 year ago
  • Stories About My Journey
    2 years ago
  • Sodep
    9 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.