Sabtu lepas ialah hari yang tak boleh dilupakan. Kejadian yang buat aku gigil lutut dan lepas tu terus my blood shoot upstairs haha.

Kisahnya bermula lepas aku selesai breakfast dengan BFF aku yang turun ke KL sebab ada mesyuarat. Aku bawak dia makan di Breakfast Spot KL memandangkan dia tak pernah ke sini. Alhamdulillah, BFF aku bermurah hati belanja aku dan seorang lagi kawan breakfast pagi tu. Rezeki kami.


Selfie sebelum kejadian

Lepas breakfast, kami melangkah ke kereta sebab plannya aku hantar dia ke KLIA2. Oh ya, dekat sini parking memang agak susah sebab takde parking khas jadi aku parking di bahu jalan sehala. Aku keluar dari parking dan reverse dulu sebab ingat nak ke depan sikit dan pusing sebab jalan keluar menghala ke belakang.

Memandangkan kereta aku ni takde sensor / side camera, jadi aku tak perasan yang di depan tu ialah longkang, sebab aku ingatkan longkangnya jauh lagi. Tup-tup aku rasa depan kereta macam terlanggar divider dan enjin terus mati.

Apa lagi, cuaklah kami semua! Semua turun dari kereta dan check. Sah, tayar depan sebelah kanan masuk longkang huhu...


Allahuakbar! Masa ni cuak sangat-sangat terus rasa tekanan darah aku naik mencanak-canak

Masa ni aku memang dah panik la, huhu! Nak call towing truck tapi otak macam blank je. Nak call Suami Terchenta, dia sibuk di ofis dari malam tadi.

Tengah-tengah panik dan kalut tu, datang la dua orang jejaka - seorang Melayu dan seorang lagi Cina. Tanpa berlengah-lengah dieorang tolong carikan batu besar untuk letak dalam longkang supaya tayar tu ada grip nak reverse. Datang pulak seorang budak perempuan Cina tanya apa yang dia boleh tolong. Masalahnya kiteorang pun tengah buntu mampu cakap terima kasih je tapi kiteorang pun tak tau nak buat apa.

Tiga kali percubaan nak reverse gagal sebab batu-bata tu tak sama paras dengan tayar kereta. Akhirnya jejaka Cina tu ada idea letak batu kecik di belakang tayar. Dia suruh aku luruskan tayar dan reverse pelan-pelan.

Ikutkan aku memang dah gigil habis nak tekan minyak pun rasa macam dah tak ingat lagi! Ini kan pulak nak kena balance clutch dan reverse kereta. Tapi nak mintak tolong risau dieorang segan sebab tak tau bawak kereta manual pastu awkward pulak nanti. Nak tak nak aku sendiri la reverse kereta.

Alhamdulillah! Percubaan ke-4 ni akhirnya membuahkan hasil bila tayar dapat grip batu di belakang tu dan terus dapat reverse. Semua yang ada di situ bertepuk tangan, termasuklah aku sendiri.

Cepat-cepat aku betulkan posisi kereta supaya tak menghadang jalan, lepas tu aku tanya la hero-hero Malaya tu boleh ke bagi duit saguhati tanda terima kasih tak terhingga atas pertolongan dieorang.

Sambil melambai-lambai tangannya, jejaka Cina tu cakap, "Eh, takde apa-apalah tu! No worries!" Jejaka Melayu tu pun gelengkan kepala menolak tawaran aku.

Tak sempat aku nak tanyakan nama dieorang sebab ada beberapa buah kereta dah menunggu di belakang, jadi kami cuma lambai-lambai dan ucap terima kasih berkali-kali kepada hero-hero Malaya kami.

Alhamdulillah Allah hantar orang-orang yang baik hati menawarkan pertolongan pada saat-saat diperlukan. Terima kasih Chinese & Malay gentlemen yang ikhlas menolong kami! Semoga Allah membalas jasa kalian!

14 Comments

  1. Nang neves baca! Masih ada org malaysia tok yg bait2 oo.. nang syukur jumpa org yg bait gia.. hal gialah nyuruh seram nk drive.. mcm kmk drive ke ofis, ke sekolah anak jak.. lain2 driver encik laki jaklah ngembak 😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang Malaysia nang bait2. Yalah syukur sidak duak ya lalu siya bersungguh2 sidaknya nolong kmk org. Kmk ok gik embak kereta tapi mun berlaku benda2 mcm tok ya lalu nyuruh tinggi BP kmk haha

      Delete
  2. Alaaaa.... ngape tak bergambar denga hero2 malaya tu...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panik + darah gemuruh + stress + kereta bersusun-susun tunggu kereta kiteorang keluar sbb dah menghalang lalulintas huhu

      Delete
  3. Fuh.... Berpeluh ni kalau kena hadap situasi ni sorang2... Tahniah la ada yg sudi menghulurkan bantuan... Kalau ada terbaca, kami saluute anda!!

    ReplyDelete
  4. Saya pun neves baca. Nasib baik hari siang dan ada yang baik datang menghulurkan bantuan. Faith in humanity restored

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg menggigil2 masa tu, alhamdulillah orang2 Malaysia ni baik hati.

      Delete
  5. sy penah alami situasi mcm ni bezanya bkn longkang tapi tebing jalan tinggi. dia punya gigil tu memang tak boleh ckp kan? syukur tak ada apa2 yg rosak...

    alhamdulillah... baiknya mereka...tu laa sikap positif org malaysia yg buat kita puji. sedia hulurkan bantuan tanpa dipinta...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan! gigil habis lutut, tangan semua. Nak fikir pun otak rasa blank je. pagi ni baru hantar kereta pegi service mintak dieorang buat full diagnosis takut ada apa2 yg rosak sbb weekend ni nak kene keluar KL.

      alhamdulillah org Malaysia mmg prihatin tak kira bangsa.

      Delete
  6. Sha yang nervous baca.. huhuhu.. Boleh bayangkan situasi panik tu..Alhamdulillah.. Allah hadirkan jejaka2 yang baik hati membantu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... mmg panik giler masa tu. masa dieorg dtg tolong lega betull mmg ucap syukur berkali2 dlm hati

      Delete
  7. kalau MA pun cuak giler dah tu.
    alhamdulillah..ada yg sudi tlg..bagus tul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu tak de org tolong mmg dah nanges kat situ kot huhu

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .