• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Monday, May 01, 2023

Selamat Hari Pekerja 2023 - Jom mengolok di Mi Sapi Haji Salleh

1 Mei 2023. Selamat Hari Pekerja buat kawan-kawan yang bekerja!

Hari ni kiteorang sambut Hari Pekerja dengan bersarapan di Mi Sapi / Kolok Haji Salleh.


Sepinang Sari Cafe

Walaupun bertolak selepas Subuh, tetap kena beratur hampir sejam. Punyalah famous kafe ni. Tapi yang bagusnya, dieorang mengamalkan sistem yang adil - siapa yang datang dulu tak kira la seorang je atau beramai-ramai, akan dapat tempat duduk dulu. Kadang-kadang sakit hati jugak kan bila kita datang berdua tapi sebab meja yang kosong ialah meja 4 orang jadi orang yang di belakang dulu yang dapat tempat. 

Sambil beratur, ada pekerja yang ambik pesanan siap-siap. Siap tanya nak taugeh ke tak? Siap customized menu dieorang ni 😆 Kalau kat tempat lain, pandai-pandai la asingkan sendiri taugeh kalau tak minat. Agaknya sebab tu ramai yang suka ke sini. Sebab tu jugaklah, walaupun dah duduk tetap kena tunggu pesanan sampai.


Sepinang Sari Cafe
Sambil beratur, boleh la tengok dulu menu dan buat pesanan bila sampai giliran

Hoyeh! Pesanan aku pun sampai. Aku pilih mi kolok daging tendon semua lebih, korang tengok la ni. Memang kenyang sampai ke petang ni.


Mi kolok daging tendon semua lebih
Mi kolok daging tendon semua lebih (RM23)

Harganya memang premium sikit, tapi dah alang-alang beratur sejam tu baiklah ambik yang special baru puas hati. 


mi kolok daging tendon
Jemput makan...

Alhamdulillah, berkesempatan mengolok di tempat yang terkenal ni. Lepas makan, kiteorang singgah pulak ke Mita Cake House.


Mita butter cake
Mita Cake House Jalan Satok

Ada kawan yang pesan kek mentega kat sini. Kek ni makin terkenal sampai pelancong dari luar Sarawak pun akan borong kek untuk dijadikan buah tangan bila balik ke Semenanjung / Sabah. Aroma kek ni semerbak tau, sampai kiteorang yang makan di kafe Mi Sapi Haji Salleh di seberang jalan boleh hidu.


Mita butter cake
Kek masih panas-panas lagi

Mita butter cake
Harga kek dah naik, tahun-tahun lepas RM15 sekarang dah naik jadi RM17

Apa pengisian Hari Pekerja korang pulak?

Read more »
on Monday, May 01, 2023 28
Share this!
Tags
Dining, Restaurant and Outlet
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Sunday, April 30, 2023

Raya ke-4 & 5 - Beraya di Bintulu

Hari raya ke-3 kiteorang bertolak balik ke Bintulu sebab keluarga adik dah nak balik ke Kuching esoknya. Kiteorang bertolak dari Mukah sebelah petang dan sampai sebelum Maghrib. Rumah mak ada 2 bilik je. Bilik mak, mak bagi tumpang dekat adik dan anak isteri. Bilik adik lelaki yang tinggal dengan mak pulak dah diberi kat adik bongsu dan kakak aku untuk tumpang. Kiteorang decide untuk mengalah dan tido di hotel untuk semalam memandangkan kiteorang berempat memang tak muat tido di ruang tamu.

Hari Raya ke-4 aku ambik kesempatan berjarah (ziarah) raya ke rumah ex-staff satu department dulu yang dah bersara. Masa di Bintulu aku selalu join Kak Roy pergi hiking. Kiteorang sempat training sama-sama nak mendaki Gunung Kinabalu tapi terpaksa dibatalkan sebab Covid dan PKP. Kak Roy memang baik dan tak lokek ilmu mengajar junior staff bab-bab kerja. Sampai sekarang kiteorang masih lagi berhubung walaupun aku dan berhenti kerja dan Kak Roy dah bersara.


Raya ke-4 & 5 - Beraya di Bintulu
Semua kek ni Kak Roy buat

Raya ke-4 & 5 - Beraya di Bintulu
Bergambar raya dengan Kak Roy dan suami

Raya ke-4 & 5 - Beraya di Bintulu
Amboi, segak bersongkok anak bulu Kak Roy ni!

Hari raya ke-5, kawan baik di sekolah dulu, As jemput aku dan kawan-kawan sekolah yang lain ke rumahnya. Bila berkumpul dengan kawan-kawan sekolah, memang rancak la berborak sampai lupa suami dan anak-anak di sebelah hihi. Maklumlah dah lama tak berjumpa.


Raya ke-4 & 5 - Beraya di Bintulu
Momen raya dengan kawan-kawan sekolah

Di Bintulu tak banyak sangat rumah yang boleh pergi berjarah raya sebab aktiviti yang padat. Petang tu, kiteorang dah terbang ke Kuching pulak. Dapat cover 2 buah rumah pun dah cukup.

Next entry aku cerita pulak kemeriahan berjarah raya dengan BFF aku yang memang jadi tradisi kiteorang hampir setiap tahun. #teamrayakch

Read more »
on Sunday, April 30, 2023 14
Share this!
Tags
Friends Ooh La La, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Saturday, April 29, 2023

Hari Raya di Kampung Igan, Sarawak

Sedar tak sedar, sebenarnya dah 3 tahun aku tak beraya di kampung kelahiran ayah aku dek kerana Covid. Kali terakhir aku beraya di sini ialah tahun 2019. Jadi memang excited la nak balik beraya kali ni. 

Syukur jugak raya jatuh hari Sabtu, adalah masa mengemas rumah dan menyiapkan bahan-bahan masakan untuk Hari Raya. Sementara yang lelaki mengemas rumah, kiteorang yang perempuan pulak sibuk di dapur. Mak buat kari daging, aku kontrak ayam masak merah dan adik ipar aku yang first time beraya di kampung kiteorang pulak buat nasi minyak. Kakak aku macam biasa kontrak potong kek lapis. 

Pagi raya pun tiba. Lepas bersiap-siap pakai baju baru dan menjamah ketupat dan kari daging, kiteorang terus pergi ke masjid untuk solat Aidilfitri. Agak kesal dengan kejadian di masjid pagi raya sebab jemaah perempuan kejap-kejap disuruh solat di bahagian luar masjid lepas tu dipanggil masuk ke dalam pulak. Bukan sekali, tapi 2 kali! 

Kesian acik-acik yang dah lemah lutut dan bertongkat kena ulang-alik naik dan turun tangga masuk, keluar dan masuk balik dalam masjid. Diharapkan pihak pengurusan masjid boleh mengatur pembahagian ruang masjid yang lebih adil supaya jemaah wanita yang datang awal pun boleh merasa keselesaan beribadah dalam ruang masjid yang berhawa dingin dan sesiapa yang lambat tak kira lelaki atau perempuan solat di bahagian luar tanpa mengganggu batas ruang jemaah wanita.


Hari Raya di Kampung Igan, Sarawak
Husnuzon - pagi-pagi raya dapat bersenam turun naik tangga masjid untuk kesihatan!

Balik dari masjid, barulah sesi bersalaman di pagi raya. Masa ni aku terkenangkan kemeriahan keluarga besar kami masa arwah atok (Pakyeng) dan nenek (Makyeng) masih hidup. Sejak dieorang dah takde, tak semua pakcik dan makcik aku balik ke kampung lagi. Rasanya kalau tak kerana Udak aku masih tinggal di kampung, mungkin kiteorang pun pilih beraya di Bintulu je. Kebetulan Pak Usu aku tak dapat balik tahun ni sebab Mak Usu masih dalam pantang. Kalau tak, keluarga Pak Usu dan keluarga kiteorang je la yang temankan Udak di pagi raya (sebenarnya ada jugak saudara-mara sebelah rumah yang rapat dengan Udak macam adik-beradik sendiri, tak la Udak sunyi sangat).


Hari Raya di Kampung Igan, Sarawak
Mak, kakak dan adik-adik aku (kecuali yang dah kahwin tu termasuk aku) tiap-tiap tahun balik kampung beraya dengan Udak aku yang masih lagi tinggal di kampung ni

Hari Raya di Kampung Igan, Sarawak
Tahun ni tema maroon ikut kesukaan Khadeeja - last minute lepas exam Suami Terchenta ajak shopping baju raya di KWC, aku apa lagi bagai orang mengantuk disorongkan bantal hihi...

Raya pertama kiteorang cuma ziarah rumah sebelah dan rumah keluarga Ngah di Mukah je sebab hari panas lit-lit! Panas tu memang tak boleh bawak bincang, sampai aircond kat bahagian atas pun tak rasa apa. Cuma waktu malam je aircond tu ada rasa sejuk.

Raya kedua barulah Bapak dan keluarganya (mak tiri dan adik-adik dengan mak tiri) datang beraya di kampung. Kalau tanya kenapa Mak aku yang lebih rajin balik beraya di kampung bapak, mungkin boleh tengok macamana PS rapat dengan keluarga Dato' Yusof. Mak aku dari dulu rapat dengan arwah nenek dan adik-beradik Bapak terutama Mak Ngah, Udak dan Pak Usu sampai dieorang dah anggap macam kakak kandung.


Hari Raya di Kampung Igan, Sarawak
Raya ke-2 bersama keluarga Bapak dan keluarga Ngah

Mak masak special sebab nak sambut keluarga Mak Ngah, BFF mak tu hehe. Bila tau mak buat laksa Sarawak, sepupu-sepupu aku terus serbu dapur hahaha!


laksa sarawak
Laksa Sarawak mak ni menu popular yang selalu dapat request dari anak-anak buah

Petang tu, kiteorang ikut Mak Ngah beraya di Kampung Brunei di Dalat, iaitu keluarga sebelah Pak Ngah.


Kampung Brunei Dalat
Foto keluarga di jeti sungai

Raya ketiga, sempat menyambut keluarga Pak Long dari Sibu dan keluarga sepupu rapat aku dari Kuching sebelum kiteorang bertolak balik ke Bintulu sebab adik dan adik ipar aku kena balik ke Kuching dari airport Bintulu. Mak masak lontong dan kuah lodeh pulak untuk jamu dieorang:


lontong lodeh
Bestnya balik kampung merasa air tangan mak

Lepas makan, kiteorang beramai-ramai ziarah raya di rumah Nek Usu (adik Pakyeng). Nek Usu satu-satunya adik-beradik Pakyeng yang tinggal. Yang lain semua dah takde.


Hari Raya di Kampung Igan, Sarawak
Pak Long yang pakai baju Melayu hijau dan belakangnya ialah Nek Usu

Masa nilah berjumpa dengan sepupu aku (anak Pak Long) yang kehilangan anak awal bulan puasa ni. Boleh nampak kesedihan di wajah wife dia walaupun tengah senyum. Allahu... tabah betul dieorang menghadapi ujian kehilangan anak tercinta.

Akhir sekali sebelum meninggalkan kampung, tak lupa singgah ke kubur Makyeng dan Pakyeng. 


Hari Raya di Kampung Igan, Sarawak
Makyeng meninggal 8 tahun sebelum Pakyeng menyusul

Hari Raya di Kampung Igan, Sarawak
Kubur arwah Pakyeng

Berbeza dengan adat kampung Suami Terchenta, hari raya ke-2 orang ramai akan berpusu-pusu ke kubur menziarahi sanak-saudara yang dah tiada. Dah macam ada keramaian pulak dengan masing-masing bawak baldi berisi air bunga untuk disiram di kubur. Di kampung aku pulak, amalan ziarah kubur ni lebih sederhana dan ada keluarga yang pilih untuk tak ziarah langsung sebab tak nak bersedih masa hari raya. Cukup sedekahkan Al-Fatihah selepas solat buat keluarga yang dah tiada. Aku pergi pun sebab dah lama tak ziarah kubur Pakyeng dan Makyeng, selain tu nak jugak anak-anak aku kenal arwah moyang dieorang. Bila bawak ke kubur, at least dieorang boleh nampak dan baca sendiri nama moyang kat batu nisan. Harapnya dieorang tak lupa la asal-usul bila dah besar nanti.

Kali ni tak sempat nak merasa suasana acara berlanggar meja iaitu tradisi unik di Kampung Igan dan jugak Pesta Kaul di Mukah. Kalau fly lambat sikit ke Kuching mungkin sempat la perkenalkan tradisi Melanau ni kat anak-anak. Hmm.. Nampaknya takde rezeki tahun ni.

Read more »
on Saturday, April 29, 2023 21
Share this!
Tags
Family, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Friday, April 28, 2023

Persiapan balik kampung beraya

Alhamdulillah, exam hari tu aku rasa ok je soalan-soalannya. Lagipun buat open book, jadi tak de la jenuh nak menghafal akta-akta yang berkaitan. Exam dibuat melalui MS Teams, kena bukak kamera setiap masa. Masa diperuntukkan ialah 3 jam, memang cukup sangat-sangat nak menyiapkan semua soalan yang diberikan dan menyemak semula jawapan sebelum scan kertas jawapan menggunakan aplikasi smartphone dan menghantar kepada pegawai yang menyelia exam melalui email.

Lepas exam, aku sibuk pulak dengan persiapan nak balik ke kampung. Tahun-tahun sebelum ni, kalau aku balik ke kampung aku akan angkut food processor sekali (sebab masa tu boleh drive balik ke kampung jadi angkut la segala macam perkakas selagi muat dalam kereta 😂) untuk memudahkan kerja-kerja di dapur. Tahun ni dah kena naik flight idok ler aku sanggup kang pecah pulak food processor kesayangan tu. Lagipun tak boleh terlebih berat nanti kena bayar excess luggage.

Sudahnya aku pun order je la bawang dan cili kisar ni. Pagi sebelum bertolak order, petang dah sampai. Kat Sarawak susah nak cari supplier yang menyediakan bahan dapur kisar macam ni jadi bawak siap-siap dari KL.


Persiapan balik kampung beraya
Bila ada bawang dan cili kisar, senang je nak masak malam sebelum raya

Bila part kemas beg nak balik kampung ni, aku mengaku bab ni aku memang paling malas nak buat. Setuju tak kalau aku cakap bab packing baju ni cuma mak-mak je yang boleh uruskan? 😅 

Biasanya untuk trip balik kampung beraya 2 minggu aku akan pesan kat anak-anak untuk bawak 2 helai baju tidur, 3 pasang baju / seluar harian dan 3 pasang baju raya. Baju dalam pulak dalam 5 pasang. Biasanya cukup je sebab aku akan membasuh baju setiap selang sehari. Katakan masa aku membasuh baju tu tiba-tiba hujan, ada la sepasang lagi baju back up (sebab tu ada 3 pasang baju). Gitu la tips packing dari seorang ibu yang selalu outstation satu masa dulu 😅.

Sejak anak-anak dah besar, aku dah tak perlu nak kemaskan baju dieorang sebab dieorang memang dah dilatih untuk kemas baju. Dieorang cuma tanya nak kena kemas berapa pasang lepas tu pandai-pandai la pilih sendiri baju yang nak dibawak.


Persiapan balik kampung beraya
Setiap orang kena pilih sendiri baju yang nak dibawa dan letak dalam beg luggage besar ni

Tahun ni aku decide untuk pakai storage bag beli kat Mr. DIY sebab saiz baju masing-masing dah besar tak macam masa dieorang kecik dulu. Bila pakai storage bag ni, boleh jimatkan lagi ruang dalam luggage sebab fungsinya untuk compress baju. Lepas dah masukkan baju masing-masing dalam luggage compression bag, baru ada ruang untuk letak beg toiletries dan benda-benda lain.


Persiapan balik kampung beraya
Setiap seorang ada storage bag sendiri. Beg luggage besar ni boleh muat untuk baju 4 orang
 

Lagipun bila dah sampai ke kampung memang kena kongsi bilik. Jadi nak memudahkan kerja bila bersiap pagi-pagi, masing-masing ambik je storage bag sendiri dan bawak ke mana-mana bilik yang kosong untuk salin baju.

Dah setel kemas beg, baru la lapang sikit dada dan baru la ada vibe balik kampung hehe. Akhir sekali, sebelum balik kampung aku pastikan rumah kemas, lantai dimop, tong sampah kosong dan habiskan stok sayur dalam peti sejuk. Tak lupa jugak kena pastikan makanan dan bekas air Louis diisi penuh, sediakan litter box extra dan tempat Louis kemas dan bersih. 


Louis the chonky cat
Rakaman CCTV hari ke-5 Syawal. Tengoklah dia dah start sepahkan tempat dia, habis tempat cakar tu sampai tertanggal tali... berapa kali sehari agaknya dia mencakar kat situ 🤭

Kesian dia kena tinggal sorang-sorang. Hmm. Semua hotel kucing dah penuh jadi takde pilihan kena tinggalkan dia sorang-sorang jaga rumah 😔. Mujur ada CCTV boleh la pantau keadaan Louis setiap hari. Yang penting air dan makanan dia cukup. Siap test lagi awal bulan ni nak tengok boleh tahan 2 minggu ke bekas air 3L tu. Alhamdulillah, 2 minggu testing masih banyak lagi air jadi takde la risau sangat.

Read more »
on Friday, April 28, 2023 16
Share this!
Tags
Daily Life, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Thursday, April 27, 2023

6 Syawal - Selamat Hari Raya Aidilfitri!

 ucapan raya

Alhamdulillah, masuk hari ke-6 kita semua menyambut Hari Raya Aidilftri. Aku baru berkesempatan nak update ucapan raya tahun ni kat blog hihi. Maklumlah, lepas sibuk mengulangkaji untuk exam, aku sibuk kemas barang balik ke kampung pulak. Dah sampai ke kampung, sibuk pulak dengan persiapan raya mengemas rumah, memasak dan eh eh! Tau-tau blog jadi macam lombong tinggal, berhabuk dan sunyi-sepi je.

Di kesempatan ni, aku menyusun sepuluh jari memohon maaf dari rakan-rakan blogger andai ada penulisan dan komen yang menyinggung hati dan perasaan korang sepanjang perkenalan kita di alam maya ni. 

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ وَ تَقَبَّلْ ياَ كَرِيْمُ . Semoga Allah menerima (puasa dan amal) dari kami dan (puasa dan amal) dari kalian. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin!

Read more »
on Thursday, April 27, 2023 18
Share this!
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Thursday, April 13, 2023

Shopping Tudung di HQ Cloverush di Cyberjaya

Sebenarnya dah lama tak beli tudung Cloverush yang baru. Last sekali aku beli tahun 2018 kot. Masa tu butik Cloverush masih lagi di kawasan Melawati, Ampang. Senang sikit nak pergi ke situ. Memandangkan aku masih menetap di Bintulu masa tu, kalau singgah ke butik aku beli 5-6 helai tudung sekaligus.

Sejak Cloverush pindah ke Cyberjaya aku stop beli tudung Cloverush sebab aku ni sejenis kena pegang dan test pakai dulu baru aku beli. Aku memang tak reti nak beli tudung online. 

Isnin lepas, Suami Terchenta ada urusan di Serdang jadi aku pun ikut sekali. Bila dah selesai urusan, alang-alang dah dekat area situ (dekat la sangat! 😜), aku ambik kesempatan ajak Suami Terchenta ke HQ Cloverush di Cyberjaya sebab nak cari tudung baru untuk aku dan anak-anak.


Tudung instant Cloverush
Pintu masuk ke butik. Dah lain logo Cloverush, dulu daun clover tu je

Tudung instant Cloverush
Orang lain dah lama sampai ke butik HQ Cloverush aku baru nak jejak kaki...

Butik yang baru ni memang nampak cantik dan lebih luas dari sebelum ni. Tapi alahai, kenapa jauh bebenor? Tak macam kedai tudung jenama lain macam tudung itik, TudungP***le, Fa**ra dan lain yang ada butik di mall. Senang sikit nak belek dan cuba sebelum beli.


Tudung instant Cloverush
Dalam butik Cloverush yang luas dan estetik

Tudung instant Cloverush
Baju-baju ni ada sale diskaun RM20 kalau tak silap

Aku borong 4 helai tudung untuk anak-anak (ada jualan penghabisan stok - beli 4 dengan harga RM100), 2 helai tudung dewasa (RM79 untuk 2 helai) dan Suami Terchenta belanja sehelai tudung dari koleksi hari raya ni (RM59). Sweet kan corak dan warna tudung raya ni?


Tudung instant Cloverush
Koleksi tudung raya Cloverush

Satu benda yang best pasal tudung Cloverush ni ialah selain senang dipakai (sarung instant), awning tudung jenis tak licin jadi kalau tak pakai inner tudung pun rambut tak terkeluar. Selain dari tu, warnanya pun tak cepat pudar. 

Cuma design baru ni aku rasa bahagian muka dah ketat sikit. Kalau makan kena sopan sikit bukak mulut, tak boleh gelak kuat sangat. Atau ini petanda aku kena kurus? Huhu...

Korang pulak minat tudung jenama apa? Cuba komen sikit 😉.

Read more »
on Thursday, April 13, 2023 30
Share this!
Tags
Beauty & Fashion, Lifestyle
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Wednesday, April 12, 2023

Wordless Wednesday - Selamat Ulangtahun buat Suami Terchenta 🎈



Selamat Hari Lahir, Suami Terchenta! ❤️ Semoga Allah SWT sentiasa memberikan taufik dan hidayah, barakah dan rahmat-Nya kepadamu. Semoga dikau sentiasa dalam perlindungan Allah dan dipanjangkan usia supaya kita sama-sama dapat membesarkan anak-anak yang solehah. Ameen Ya Rabbal Alameen... 🤲🏻

P/S: Sorry tahun ni takde buat surprise sebab kita busy nak exam hujung minggu ni 😜.

Read more »
on Wednesday, April 12, 2023 35
Share this!
Tags
Family, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Tuesday, April 11, 2023

Hari ke-18 - Sedekah Bubur Lambuk dari Masjid

Ahad lepas sehari suntuk ada kelas. Kelas terakhir untuk certification course ni, minggu ni ialah minggu ulangkaji untuk exam minggu depan. Mungkin aku akan kurang update blog lepas ni sebab kena fokus ulangkaji. Rugi pulak bayar kursus mahal kalau tak dapat sijil huhu...

Anyway, lepas habis kelas kiteorang ke bazaar Ramadhan. Aku nak cari nasi kukus yang sedap di bazaar Taman Dato' Senu tapi gerainya takde! Hampa... cuma beli jus tembikai lepas tu kiteorang gerak pulak ke bazaar UTC Sentul yang tak jauh dari rumah.

Lalu di tepi Masjid Madrasah ternampak dari jauh orang masjid melambai-lambai. Rupa-rupanya nak sedekahkan bubur lambuk. Alhamdulillah, rezeki dapat makan bubur lambuk kali kedua.

Sedapnya bubur lambuk ni, ala-ala bubur lambuk Kampung Baru. Makan bubur ni je pun dah kenyang. 


bubur lambuk
Bubur lambuk

Kali kedua ke bazaar UTC Sentul mencari nasi kukus ayam planta tapi masih tak jumpa! 😅 Mungkin memang takde rezeki saya nak makan nasi kukus ayam planta bulan puasa ni, Nohas. Oleh sebab di bazaar UTC Sentul pun takde yang menarik perhatian, end up cuma beli tepung pelita, Milo ais kesukaan Khayla dan sate ayam kesukaan Khadeeja. Simple je buka puasa 18 Ramadhan, yang penting syukur ada makanan untuk berbuka 🥰.

Read more »
on Tuesday, April 11, 2023 22
Share this!
Tags
Daily Life, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Belajar Jadi Positif Dari Puan Masitah (@mashyta_oneandonly)
    Baru-baru ni aku terbaca tentang seorang wanita yang sangat positif dan redha dengan ujian yang Allah turunkan ke dalam hidupnya. Selepas te...
  • Hari Keluar Berjalan-jalan Dengan Mak
    Semalam aku ajak mak keluar. Kebetulan Khayla pun ada aktiviti ko-kurikulum dan turun awal ke sekolah so boleh la aku keluar bawak mak jala...

Blog Favourite

  • anajingga
    9 hours ago
  • KasihkuAmani
    10 hours ago
  • orangbukit
    11 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    11 hours ago
  • SURIA AMANDA
    13 hours ago
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    16 hours ago
  • Miles of smiles
    16 hours ago
  • Hari hari yang ku lalui...
    18 hours ago
  • .: ceritera Kehidupan :.
    18 hours ago
  • .:: My Life & My Loves ::.
    19 hours ago
  • Inilah Shaizhar
    19 hours ago
  • Amie's Little Kitchen
    20 hours ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    20 hours ago
  • Blog Anamizu™
    21 hours ago
  • a m m i
    21 hours ago
  • Antara Doha dan Jakarta™
    22 hours ago
  • My Small World
    22 hours ago
  • KakmimDotCom
    22 hours ago
  • Warisan Petani
    1 day ago
  • LIFE WITH LOVE
    1 day ago
  • mulan@peace,love&harmony
    1 day ago
  • mrhanafi.com
    1 day ago
  • Anies♥You
    1 day ago
  • Aku Sis Lin
    1 day ago
  • Hidup Itu Indah
    1 day ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    1 day ago
  • Titian Perjalanan
    2 days ago
  • Ainihalim
    2 days ago
  • Mreneyoo
    2 days ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    3 days ago
  • Travel My Way
    3 days ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    4 days ago
  • Syazni Rahim Blog
    4 days ago
  • Dapur Cik- Nur
    1 week ago
  • Drawing the Words
    1 week ago
  • Afzan Sidi
    1 week ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    2 weeks ago
  • Ako Tetap Ako
    3 weeks ago
  • Krabat Kramat
    3 weeks ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    3 weeks ago
  • Sunah Sakura
    4 weeks ago
  • Asa Blog
    5 weeks ago
  • Shuhaida Kabdy
    2 months ago
  • Blog Sal
    3 months ago
  • Kait dan Lari
    1 year ago
  • Stories About My Journey
    2 years ago
  • Sodep
    9 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.