• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Wednesday, May 17, 2023

Wordless Wednesday: Identiti Mukah Sarawak

Jambatan Kuning Mukah
Jambatan Kuning (Jambatan Batang Mukah) - sebuah mercu tanda yang menandakan anda sudah sampai ke Mukah.  Satu masa dulu sebelum adanya Jambatan Kuning, bila nak balik kampung di Igan, kiteorang kena tunggu feri untuk menyeberang Batang Mukah. Bayangkan betapa sesaknya masa tu pada musim perayaan! Kadang-kadang setengah hari atau sehari suntuk menunggu giliran naik feri ni dalam bulan puasa dan ada masanya cuaca panas terik. Tapi dengan siapnya Jambatan Kuning pada 31 Ogos 2005, perjalanan balik ke kampung jadi lebih mudah dan lancar (Sumber: sabre2008.blogspot.com)


Menara Pehin Setia Raja
Menara Pehin Setia Raja yang menonjolkan identiti masyarakat Melanau iaitu terendak Melanau ini menempatkan pelbagai agensi kerajaan dan pentadbiran Mukah seperti Pejabat Residen Mukah. Ini juga ialah salah satu mercu tanda untuk daerah Mukah yang majoriti penduduknya dari kaum Melanau. Kat sini la kiteorang daftar sijil nikah dulu. Tapi sekarang ni Pejabat Agama Islam Mukah dah berpindah ke bangunan lain.


Tradisi Melanau
Mural tradisi Melanau di Pasar Lama Mukah - menonjolkan adat dan tradisi masyarakat Melanau iaitu pakaian tradisi, rumah tradisi dan Pesta Kaul yang cuma diadakan di Mukah Sarawak

Umai Sarawak
Umai - makanan tempatan yang paling popular dan menjadi menu wajib dihidangkan pada waktu makan tengahari / malam. Ada beberapa jenis ikan je yang menjadi pilihan untuk membuat umai dan menghiris isi ikan ni kena ada skill supaya takde tulang halus dalam umai nanti. Bahan utama ialah isi ikan, bawang holland, cili dan limau kasturi. Lepas tu boleh perasakan dengan garam dan gula. Cuma ikan segar je digunakan untuk membuat umai sebab ikan yang dah dibekukan isinya lembik dan tak berapa manis. Umai biasanya dimakan dengan sagu. Tak semua orang Sarawak pandai makan umai, contohnya Suami Terchenta. Rasanya dua kali je dia pernah jamah umai - sekali sebelum majlis kahwin (sebab atuk aku cakap kalau nak kawen dengan orang Melanau kena pandai makan umai jadi dia pun terpaksa la telan! 🤣) dan sekali lagi baru-baru ni bila makcik aku buat umai pastu Suami Terchenta rasa bersalah sebab tak jamah umai yang makcik aku buatkan khas untuk kiteorang hahaha!)

Read more »
on Wednesday, May 17, 2023 22
Share this!
Tags
Malaysia, Travel
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Tuesday, May 16, 2023

Performance Google Adsense Bulan Mei

Bulan ni aku rasa prestasi Google Adsense merudum. Biasanya tengah-tengah bulan estimated earnings lagi banyak dari jumlah yang diperolehi setakat ni:



Hopefully lepas ni prestasi akan back to normal atau makin naik sebab aku dah letak target untuk tahun ni. 

Nota kaki: Mungkin sebab visitors sibuk pergi open house raya bulan ni kot hihi.

Read more »
on Tuesday, May 16, 2023 28
Share this!
Tags
Blog
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Tuesday, May 16, 2023

Selamat Hari Guru Buat Semua Guru!

 

Selamat Hari Guru buat semua rakan-rakan yang bergelar Cikgu dan tenaga pengajar terutamanya Kak Amie, Abe Kie dan Kakmim 🌸

Zaman pandemik mengajar parents macam aku betapa profesion guru ni memerlukan tahap kesabaran dan ketekunan yang tinggi untuk mendidik anak bangsa, terutamanya generasi sekarang ni yang sangat cepat hilang fokus, hiper fokus dengan gajet dan kurang minat membaca huhu... Betapa leganya parents macam aku bila anak-anak mula kembali ke sekolah sebab tak perlu lagi bertempik macam gajah bila mengajar anak-anak di rumah! 😂 At least aku ler tu hehe. 🫣

Bukan senang nak jadi seorang guru, apa lagi bertahan dalam profesion guru ye. Jadi salute kepada rakan-rakan yang memilih atau terpilih menggalas tugas dan tanggungjawab ni.

Sebenarnya aku pun dah terjebak jadi cikgu iaitu cikgu memasak di sekolah anak aku hehe. Memandangkan sekolah ni sekolah swasta untuk pelajar muslimah, salah satu subjek kemahiran hidup yang ditawarkan ialah kelas memasak. Parents yang menawarkan khidmat tenaga pengajar subjek kemahiran hidup ni akan diberikan diskaun yuran bulanan jadi sebab tu la aku menawarkan diri jadi cikgu memasak. 

Kelas memasak diadakan 3 kali setiap bulan dan resipi yang dipilih ialah resipi yang ringkas yang sesuai dengan tahap kemahiran pelajar sekolah rendah. Idok ler aku nak mengajar masak asam pedas atau ikan siakap tiga rasa hahaha! Silibus untuk dieorang ni cuma untuk mengajar kemahiran contohnya cara menggunakan pisau yang betul, teknik memasak yang ringkas atau cara menguli doh.

Semalam aku dan dua orang lagi parent (co-teachers) mengajar anak-anak membuat chocolate dates. Kiteorang pilih resipi ni untuk bagi idea kat students apa yang boleh dibuat dengan lebihan kurma lepas bulan Ramadhan.


Mengajar teknik mencairkan coklat menggunakan teknik double-boiling

Kawan aku tengah mengajar cara mengisar isi kurma menggunakan food processor

Anak-anak menghias chocolate dates

Anak-anak memang enjoy habis kelas memasak bila buat-buat aktiviti hands-on macam ni tapi bila part kena salin resipi masa tu la nampak ada yang terkulat-kulat nak menyalin 😅. Memang kiteorang tekankan yang anak-anak kena salin balik resipi instead of bagi handout je sebab nak dieorang praktis menulis. Dengan cara ni, dieorang lebih ingat apa aktiviti yang dibuat masa sesi memasak tadi.

Kesimpulannya lepas dah mengajar kelas memasak ni, aku makin respek dengan cikgu-cikgu sebab mengajar 2 jam je pun aku dah penat berdiri sambil mulut pot-pet2. Cikgu-cikgu lagi la kena tahan berdiri depan kelas mengajar lebih lama dan bercakap berjam-jam. Belum lagi part kena membebel dekat murid-murid yang tak siap kerja rumah atau bising dalam kelas 😅. 

Apapun, semoga Allah memberikan ganjaran yang setimpal kepada guru-guru yang ikhlas dan tak jemu mendidik para pelajar sehingga pandai. Bahkan dalam Islam Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Bukanlah dikalangan umatku mereka yang tidak memuliakan orang yang lebih tua, mereka yang tidak menyayangi anak-anak kecil, dan mereka yang tidak memberikan hak kepada guru kami. (HR Ahmad)

Hak guru di sini ialah untuk dihormati dan diberi layanan baik dan mulia oleh para pelajar dan ibubapa. Tapi sayangnya ada ibubapa yang menyerang dan memalukan guru-guru sewenang-wenangnya hanya kerana tak berpuas hati bila anak-anak dihukum di sekolah. Sangatlah tak wajar ye perbuatan macam tu. Harap takde la kawan-kawan kat sini yang tergolong dalam spesies ibubapa yang cepat triggered!

Read more »
on Tuesday, May 16, 2023 14
Share this!
Tags
Celebrations, Lifestyle
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Sunday, May 14, 2023

Selamat Hari Ibu! Throwback Sambut Birthday Mak di Grand Hyatt KL

Selamat Hari Ibu kepada semua wanita yang bergelar ibu tak kira la ibu kandung, ibu angkat, ibu saudara ataupun ibu tiri!

Sejak berjauhan dengan mak, dah tak berpeluang sambut Hari Ibu sama-sama. Kali terakhir mak di sini ialah masa mak datang untuk check-up di Hospital Pantai KL bulan Februari lepas. Masa tu aku sebenarnya dah plan nak hadiahkan baucer hi-tea dekat mak dan adik aku sebab birthday dieorang jatuh pada bulan yang sama.

Tup-tup adik aku tetiba bagitau dia tak dapat ambik cuti sebab ada meeting. Nasib baik baucer tu boleh tukar nama so end up aku pulak yang keluar hi-tea dengan mak masa tu. Apalah adik aku ni, lari sikit bajet aku bulan tu sebab terpaksa cari hadiah lain untuk dia 😝.


Hi-tea di Thirty8 berlatar belakangkan bangunan ikonik Menara Berkembar Petronas

Bila terkenang balik zaman aku bersekolah dulu, aku pernah berazam nak manjakan mak. Nak bawak mak ke tempat-tempat macam ni atau belikan barang kemas sebab masa kecik dulu kiteorang pernah susah sampai mak terpaksa gadai emas untuk cukupkan belanja dapur sampai hujung bulan. Ada masanya mak dulukan kiteorang makan walaupun dia sendiri terpaksa berlapar. 

Setiap kali mak cerita pasal peristiwa tu, mak sedih sangat tak dapat balik gelang tu walaupun aku dah gantikan dengan gelang emas yang lain.

Jadi birthday mak tahun ni, aku hadiahkan pengalaman pergi hi-tea di tempat kayangan (Hotel Grand Hyatt ni paling kayangan la pernah aku jejak setakat ni). Nak staycation kat sini kurang mampu pulak hihi. Masa aku beli set hi-tea ni dari laman web Grand Hyatt KL, harganya RM188 untuk 2 orang dan bertemakan citarasa Malaysia. Not bad kan? Tema hi-tea ni berubah dari semasa ke semasa dan harganya pun berubah jugak ikut tema menu. 


Hi-tea @ Grand Hyatt KL
Birthday girl

Walaupun cuma hi-tea, tapi ada bermacam jenis juadah yang dihidangkan sampai kiteorang tak larat nak habiskan. Jom tengok apa ada dalam set hi-tea ni:


Hi-tea @ Grand Hyatt KL
Menu set hi-tea kami

Mula-mula sekali yang sampai ialah juadah 'savouries'. 


Hi-tea @ Grand Hyatt KL
Dari atas ikut pusing jam - Muar otak-otak bun, Ipoh lotus root, Melaka "Nasi Ayam" dan Bentong Tofu Pok (jangan salah baca pulak!)

Hi-tea @ Grand Hyatt KL
Terung Sabah crème brûlée (dalam botol kecik), Penang curry tortilla roll, free-range egg terrine dengan lada hitam Sarawak, Perak 'bunga kantan' (yang ada hirisan salmon)

Lepas selesai menjamah hidangan 'savouries', barulah dieorang bawak keluar dulang tiga tingkat yang berisi pencuci mulut. Oh ya, minuman macam teh, kopi dan hot/iced chocolate pulak free flow, bila habis je boleh mintak refill.


Hi-tea @ Grand Hyatt KL
Sekinchan kelapa cheesecake & Cameron Highland Brinchang Strawberry Pavlova

Hi-tea @ Grand Hyatt KL
Melaka dodol tart & Johor pandan hazelnut bar

Hi-tea @ Grand Hyatt KL
Sarawak pineapple nougat & Ipoh White Coffee

Hi-tea @ Grand Hyatt KL
Aiskrim berasaskan gula apong dan madu kelulut

Akhir sekali barulah dihidangkan kek lobak merah dan scones. Masa ni kiteorang dah kenyang sangat, sudahnya mintak bungkus bawak balik je mana yang tak boleh dihabiskan. 


Hi-tea @ Grand Hyatt KL
Kek lobak merah

Hi-tea @ Grand Hyatt KL
Brown sugar cinnamon & chicken floss scones

Sebelum balik, wajib ambik gambar kat spot ni berlatarbelakang KLCC sekali lagi.


Hi-tea @ Grand Hyatt KL

Seronok mak dapat menjamu selera sambil menikmati pemandangan ibu kota KL. Kalau boleh setiap sudut restoran ni dia nak bergambar. Bagi aku, hi-tea di Grand Hyatt KL ni memang peluang yang cukup eksklusif untuk meraikan ibu yang tersayang pada Hari Ibu ni. Kalau korang belum ada plan nak sambut Hari Ibu dengan mak korang, apa kata bawak mak korang hi-tea di Restoran Thirty8 Grand Hyatt KL ni. Nak tau lebih lanjut boleh ke laman web Grand Hyatt KL. Sekali-sekala kita bagi can la kat mak feeling ala-ala Datin-datin dalam drama Melayu Megah Holding! 😂 



Read more »
on Sunday, May 14, 2023 28
Share this!
Tags
Dining, Restaurant and Outlet
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Saturday, May 13, 2023

Melawat Muzium Budaya Borneo di Kuching, Sarawak

Cuti raya baru-baru ni, kiteorang berpeluang melawat Muzium Budaya Borneo atau Borneo Cultures Museum di Kuching. Muzium ikonik ni dah dibuka tahun lepas tapi masa tu kiteorang tak berkesempatan nak ke sini. 

Muzium ni terletak di tengah-tengah bandaraya Kuching, tak jauh dari Plaza Merdeka dan Kuching Waterfront. Dari jauh lagi dah nampak gah tersergam bangunan muzium ni.


Muzium Budaya Borneo di Kuching, Sarawak
Adik dan kakak di depan bangunan Muzium Budaya Borneo

Bila melangkah masuk ke muzium ni, rasa kagum sangat sebab nampak canggih dan jauh lebih moden dari Muzium Negara.


Muzium Budaya Borneo
Pemandangan dari pintu masuk muzium

Harga tiket masuk ke muzium bagi aku sangat munasabah:

  • Kanak-kanak bawah 12 tahun - Percuma (warga Sarawak / bukan Sarawak) / RM20 (antarabangsa)
  • Pelajar 13 - 17 tahun - RM5 (warga Sarawak / bukan Sarawak) / RM25 (antarabangsa)
  • Dewasa - RM10 (warga Sarawak) / RM20 (bukan Sarawak) / RM50 (antarabangsa)
  • Warga emas - RM5 (warga Sarawak) / RM10 (bukan Sarawak) / RM25 (antarabangsa)

Untuk warga Malaysia, kena tunjuk IC masa buat pembayaran untuk menikmati harga tiket warganegara.


Muzium Budaya Borneo
Untuk kami berempat, harga tiket keseluruhan ialah RM20 (memandangkan Khayla masih lagi 12 tahun ke bawah)

Lepas dapat tiket, jangan lupa imbas dulu sebelum naik ke tangga bergerak (escalator).

Kenapa aku kata berbaloi harga tiket? Sebabnya muzium ni besar dan ada 5 tingkat semuanya! Setengah hari kat dalam ni serius tak cukup masa. Kena datang pagi dan habiskan masa sehari-suntuk untuk meneroka muzium ni baru puas hati. Macam kiteorang datang pukul 2.30 petang, pukul 5 petang muzium dah tutup. Sudahnya tak sempat nak explore tingkat 4 dan 5! Kesian Khayla, dia yang paling teruja masuk ke muzium ni (sebab dia suka belajar sejarah dan budaya). Siap menangis sebab dah kena 'halau' keluar 15 minit sebelum muzium tutup 😅. Takpelah Khayla, tahun depan kita sambung explore tingkat 4 & 5 pulak ye.


Muzium Budaya Borneo
Direktori muzium

Muzium Budaya Borneo
Pemandangan dari escalator

Satu tingkat tu ambik masa sejam nak explore sebab ada banyak aktiviti menarik dan interaktif dalam muzium ni. Yang tak minat sejarah pun akan teruja nak cuba aktiviti kat sini.


Muzium Budaya Borneo
Tiket Borneo Cultures Museum

Kiteorang banyak menghabiskan masa di Galeri Kanak-Kanak sebab kat sini paling banyak aktiviti yang sesuai dan menarik minat kanak-kanak. Alah, bukan kanak-kanak je, orang dewasa pun berminat jugak! 😄


Muzium Budaya Borneo
Galeri Kanak-kanak

Muzium Budaya Borneo
Galeri Kanak-kanak

Muzium Budaya Borneo
Galeri Kanak-kanak

Muzium Budaya Borneo
Menjelajah sungai di Sarawak dalam dunia maya

Dalam galeri ni, pengunjung diperkenalkan dengan ekosistem sungai di Sarawak sebagai sumber kehidupan di sini yang menjadi titik-tolak kehidupan bertamadun di Sarawak. Pengunjung turut diajar tentang kepentingan menjaga ekosistem sungai dengan cara melupuskan sampah dengan cara yang betul dan kepentingan mengitar semula sampah supaya tak mencemarkan ekosistem di Sarawak.


Muzium Budaya Borneo
Salah satu aktiviti interaktif - kena gerakkan badan untuk buang sampah dalam kotak kitar semula

Muzium Budaya Borneo
Permainan kitar semula sampah

Muzium Budaya Borneo
Khusyuk Khadeeja mengasingkan sampah untuk dikitar semula

Muzium Budaya Borneo
Sungai-sungai di Sarawak

Tingkat ke 3 pulak ialah Galeri Keharmonian Alam & Manusia. Kat sini memaparkan hubungan masyarakat setempat dengan alam sekitar dan macamana tamadun di Sarawak ni mengadaptasi elemen alam sekitar dalam budaya, kepercayaan dan kehidupan seharian mereka satu masa dulu. Hampir kesemua budaya di Sarawak bermula dengan kepercayaan animisme iaitu setiap benda di muka bumi ni mempunyai semangat yang mesti dihormati supaya dapat hidup harmoni dengan alam sekitar. Tapi lama-kelamaan kepercayaan animisme semakin ditinggalkan selepas kedatangan agama sejagat (iaitu Islam, Kristian dan Buddha) di Sarawak.


Muzium Budaya Borneo

Tapi masih ada lagi segelintir masyarakat yang masih mengamalkan kepercayaan animisme seperti semangat dewa laut pada masa sekarang. Contohnya semasa perayaan Kaul Mukah, masih lagi diadakan upacara ritual untuk semangat penjaga iaitu dewa laut.


Muzium Budaya Borneo
Penerangan tentang Pesta Kaul di Mukah

Muzium Budaya Borneo
Ada video yang memaparkan upacara Seraheng Kakan yang masih lagi diamalkan masyarakat Melanau

Muzium Budaya Borneo
Beberapa orang akan menaiki bot ke sebuah pantai di Mukah dan memberikan 'persembahan' makanan kepada semangat penjaga

Muzium Budaya Borneo
Antara artifak yang mewakili semangat yang dipuja satu masa dulu

Muzium Budaya Borneo
Satu masa dulu, golongan bangsawan yang meninggal dunia akan 'ditanam' dalam tiang pengebumian yang dikenali sebagai 'jerunai'

Sebenarnya adat menanam mayat dalam batang pokok ni bukan je diamalkan oleh kaum Melanau, tapi juga diamalkan oleh kaum Punan. Adat zaman dulukala bila golongan bangsawan jatuh sakit, dieorang akan mengarahkan orang bawahan untuk mencari kayu belian sebagai persiapan upacara pengebumian. Selepas mereka meninggal dunia, seorang hamba yatim-piatu akan dipilih sebagai korban sebab masyarakat masa tu percaya ianya untuk mengelak dari nasib buruk dari menimpa rakyat. Hamba yang malang tu akan diikat pada bahagian atas tiang dan ditinggalkan sehingga mereka akhirnya mati kebuluran / kehausan. Nasib baik adat zalim ni dah tak diamalkan lagi!


Muzium Budaya Borneo
Klirieng

Masyarakat Iban satu masa dulu sangat percaya pada petanda burung iaitu bunyi burung dianggap sebagai petanda dari semangat / dewa-dewa. Satu benda yang menarik di muzium ni ialah penggunaan audiovisual iaitu bunyi kicauan burung dan pancaran hologram untuk menerangkan petanda-petanda yang dipercayai dengan kehadiran spesies burung tertentu.


Muzium Budaya Borneo
Petanda burung

Muzium Budaya Borneo
Replika rumah tradisi Bidayuh

Kat sesetengah pameran ada disediakan tablet sentuh untuk pengunjung mengetahui lebih lanjut tentang sesuatu penerangan.

Muzium Budaya Borneo
Khayla khusyuk belajar tentang adat orang Kayan

Selain tu, pengunjung boleh melihat secara maya pemandangan di tempat-tempat tertentu di Sarawak contohnya penanaman padi di Bario.


Muzium Budaya Borneo
Kamera virtual memaparkan visual sawah padi di Bario


Kiteorang sebenarnya sempat sekejap je naik ke tingkat 4 tapi cuma singgah di pameran yang interaktif je sebab kesuntukan masa.

Antara pameran interaktif lain yang menarik di Muzium Budaya Borneo ialah:


Muzium Budaya Borneo
Peta interaktif tentang sejarah Sarawak

Muzium Budaya Borneo
Painted Cave - bila sentuh ukiran di dinding gua, ukiran tu akan bercahaya dan ada penerangan

Muzium Budaya Borneo
Buku animasi yang menggunakan motion sensor untuk menukar helaian muka surat

Sebenarnya banyak lagi benda menarik di muzium ni, kalau korang nak tau lebih lanjut kena la datang ke sini hehe.

Muzium Budaya Borneo
Tingkap bahagian atas muzium ni yang Instagrammable

Muzium Budaya Borneo
Gayat jugak bila tengok ke bawah

Ada jugak kejadian lucu masa melawat muzium ni. Berlainan dengan Khayla yang terlalu khusyuk sampaikan setiap benda dia nak singgah dan baca penerangan, Khadeeja pulak tiba-tiba kelaparan lepas keluar dari Galeri Kanak-kanak. Jadi dia pun berjalan laju-laju dengan Suami Terchenta dan cuma berhenti di pameran-pameran interaktif tertentu je. Tu pun dia desak bapak dia jalan laju-laju dan tak toleh kiri kanan dah so cepat la dieorang tamat tour satu muzium tu 😂.

Rupa-rupanya dia dah ternampak restoran kat tingkat satu muzium ni, jadi dia cepat-cepat nak habis supaya boleh singgah makan di restoran. Aduhai la anak. Itulah akibatnya tak dengar pesanan emak supaya makan siap-siap kat rumah.


Muzium Budaya Borneo
Restoran muzium yang lawa

Sama jugak dengan si kakak. Lepas menangis sekejap sebab terkilan tak habis tour muzium, sempat lagi Khayla mintak nak makan jugak dan pesan lasagna. Aku dengan Suami Terchenta pesan minuman je sebab harga makanan kat restoran ni boleh tahan kayangan jugak.


Muzium Budaya Borneo
Dua-dua kebulur lepas explore Muzium Budaya Borneo


Muzium Budaya Borneo dibuka pada hari Isnin - Jumaat, 8 pagi - 5 petang. Kalau korang ada peluang datang ke Kuching Sarawak, pastikan korang selitkan lawatan ke muzium ni dalam itinerari trip korang tau. Serius tak menyesal.
Read more »
on Saturday, May 13, 2023 12
Share this!
Tags
Family Activities, Lifestyle, Malaysia, Travel
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Belajar Jadi Positif Dari Puan Masitah (@mashyta_oneandonly)
    Baru-baru ni aku terbaca tentang seorang wanita yang sangat positif dan redha dengan ujian yang Allah turunkan ke dalam hidupnya. Selepas te...
  • Hari Keluar Berjalan-jalan Dengan Mak
    Semalam aku ajak mak keluar. Kebetulan Khayla pun ada aktiviti ko-kurikulum dan turun awal ke sekolah so boleh la aku keluar bawak mak jala...

Blog Favourite

  • orangbukit
    31 minutes ago
  • KasihkuAmani
    57 minutes ago
  • Blog Begins At Forty
    2 hours ago
  • SURIA AMANDA
    3 hours ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    4 hours ago
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    4 hours ago
  • Mreneyoo
    5 hours ago
  • mrhanafi.com
    5 hours ago
  • .: ceritera Kehidupan :.
    6 hours ago
  • a m m i
    6 hours ago
  • .:: My Life & My Loves ::.
    7 hours ago
  • LIFE WITH LOVE
    8 hours ago
  • Anies♥You
    9 hours ago
  • My Small World
    9 hours ago
  • Amie's Little Kitchen
    9 hours ago
  • Syazni Rahim Blog
    11 hours ago
  • Krabat Kramat
    12 hours ago
  • Aku Sis Lin
    12 hours ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    13 hours ago
  • KakmimDotCom
    13 hours ago
  • Miles of smiles
    14 hours ago
  • Hari hari yang ku lalui...
    14 hours ago
  • Drawing the Words
    22 hours ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    22 hours ago
  • Dapur Cik- Nur
    1 day ago
  • anajingga
    1 day ago
  • mulan@peace,love&harmony
    1 day ago
  • Titian Perjalanan
    1 day ago
  • Antara Doha dan Jakarta™
    2 days ago
  • Hidup Itu Indah
    3 days ago
  • Travel My Way
    3 days ago
  • Blog Anamizu™
    6 days ago
  • Warisan Petani
    1 week ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    1 week ago
  • Shuhaida Kabdy
    1 week ago
  • Afzan Sidi
    2 weeks ago
  • Ainihalim
    5 weeks ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    1 month ago
  • Inilah Shaizhar
    1 month ago
  • Ako Tetap Ako
    1 month ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    2 months ago
  • Blog Sal
    2 months ago
  • Sunah Sakura
    3 months ago
  • Asa Blog
    3 months ago
  • Kait dan Lari
    11 months ago
  • Stories About My Journey
    1 year ago
  • Sodep
    9 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.