• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Monday, August 28, 2023

Makan Tengahari di Rasa Nusantara by The Majapahit

Salam Isnin semua,

Cuti sekolah akhirnya bermula. Korang ada plan ke mana-mana ke cuti ni? Suami Terchenta asalnya nak ambik cuti sebab cutinya banyak lagi tapi macam biasa, end up tak jadi huhu. Ada isu di ofis yang kena setel katanya. 

Sabtu lepas hari sukan sekolah Khadeeja berlangsung di UIA Gombak. Lepas hari sukan tamat, perut terasa berkeroncong sebab sepatutnya aku habis IF pukul 11 pagi tapi majlis penutup pulak terlajak sampai pukul 1 tengahari. Suami Terchenta tanya nak makan apa? Aku berseloroh, 'Jom cari nasi padang.' Padahal tak pernah pun makan nasi padang sebelum ni.

Tak sangka pulak Suami Terchenta betul-betul Google restoran nasi padang. Yang paling dekat di Melawati Mall, jadi dia bawak makan kat sana. 

Restoran Rasa Nusantara by The Majapahit rupa-rupanya baru je dibuka pertengahan Ogos. Masa kiteorang sampai ada promosi beli 2 percuma 1 lauk.


Melawati Mall KL
Rasa Nusantara by The Majapahit terletak di tingkat 3 Melawati Mall


Selama ni aku teragak-agak nak cuba makanan Indonesia sebab sangkakan makanan dari seberang semuanya pedas-pedas macam sambal ayam penyet. Tapi lepas mencuba lauk nasi padang kat sini, eh takde la pedas sangat. Lebih kurang lauk-pauk kat Malaysia je.


Rasa Nusantara by the Majapahit
Antara lauk-pauk yang dijual

Lepas belek-belek menu, akhirnya kiteorang pilih menu ikan tilapia terbang goreng, gulai urat keting lembu, keli bakar dan terung balado. Suami Terchenta juga memesan teh botol untuk minuman.


Rasa Nusantara by the Majapahit
Ikan tilapia terbang goreng - rangup di luar tapi lembut isinya, dipadankan dengan sambal kicap manis

Rasa Nusantara by the Majapahit
Keli bakar dengan sos kacang, ala-ala kuah sate sikit rasanya

Rasa Nusantara by the Majapahit
Sambal terung balado - sayang cilinya dipotong besar-besar sebab confirm aku tak makan. Lebih suka versi cili ditumbuk kasar 

Rasa Nusantara by the Majapahit
Gulai urat keting ni kesukaan aku

Alhamdulillah makanan kat sini sedap-sedap semuanya. Portion lauk agak banyak dan sesuai untuk 2-3 orang berkongsi makan.

Overall, puas hati mencuba makanan padang di sini. Boleh repeat lain kali bila teringin makanan padang lagi.

Read more »
on Monday, August 28, 2023 14
Share this!
Tags
Dining
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Friday, August 25, 2023

On Mom's Duty Today

Semalam cikgu Khadeeja mintak tolong a few parents untuk menghantar beberapa orang murid dan cikgu ke raptai hari sukan sekolah pagi tadi sebab pihak sekolah ada masalah pengangkutan. Kebetulan aku pun nak keluar ada urusan di PJ, jadi aku pun setuju.


Pakai smart sikit sebab ada urusan di PJ lepas hantar budak-budak tu

Kat manakah latihan raptai hari sukan sekolah dibuat? Jeng.. jeng.. jeng! Hint: salah seorang rakan blogger ialah pensyarah di sini. 



Yaaaa... pagi tadi kita melawat kawasan Mama Zharfan 😅. Tapi tak dan nak ajak MZ jumpa sebab pagi tadi memang plan nak drop off lepas tu terus gerak ke PJ.


Ambik gambar sekejap lepas tu terus gerak

Selesai urusan di PJ, ada sejam lagi sebelum raptai habis jadi singgah makan kat kedai mamak dulu sebab dah cukup 16 jam berpuasa.


Ambik sesenduk nasi, 3 jenis sayur dan 2 biji telur rebus bersambal - semuanya RM10.50

Esok pagi kena bertolak awal sebab kena ada kat kompleks sukan jam 7.30 pagi. Lepas hari sukan, cuti sekolah yeeeaayyyy!

Read more »
on Friday, August 25, 2023 28
Share this!
Tags
Daily Life, Parenting
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Friday, August 25, 2023

Sunyinya Rumah Bila Khayla Join Karnival Briged Bakti Malaysia

Baru-baru ni Khayla terpilih mewakili sekolah untuk program Karnival Briged Bakti Malaysia yang dibuat di salah sebuah hotel di Chow Kit. Program ni berlangsung 3 hari dan peserta diwajibkan bermalam di hotel tu sebab kena join aktiviti program dari pagi sampai ke malam.

Pagi Selasa tu kiteorang hantar Khayla ke sekolah berkumpul dengan peserta-peserta yang lain sebelum dieorang dibawa ke hotel. Sebelum meninggalkan Khayla, aku pesan kat dia supaya sentiasa update lokasi dia berada memandangkan pelajar dibenarkan bawak h/p. Biasalah mak yang tak pernah berpisah dengan anak ni memang risau memanjang je nak melepaskan anak lagi-lagi anak dara padahal bukan jauh mana pun, kat Chow Kit je 😆.


Briged Bakti Malaysia
Mula-mula sampai sana elok je Khayla update aku tapi lepas tu lupaaa.... Mak dia kena mesej banyak-banyak kali tanya baru jawab 😂

Ada seorang classmate Khayla yang terpilih join program ni jugak lepas tu dapat pulak bilik sama dengan Khayla, so takde la risau sangat.

Malam pertama Khayla takde kat rumah, sunyi rumah kiteorang macam dilanda garuda. Biasanya malam-malam bising dengan suara dua beradik ni sakat-menyakat tak pun bergaduh mulut. Aku sebagai mak yang clingy ni kejap-kejap mesej tanya buat apa, kat mana, dengan siapa. Malam pertama tu aktiviti dieorang ialah mengedarkan pek makanan dengan gelandangan KL. Dah nama Bridged Bakti, kenalah berbakti kepada masyarakat kan 😊.


Briged Bakti Malaysia
Gambar esok pagi masa sarapan yang Khayla hantar

Hari kedua pulak, dieorang mengikuti kursus pertolongan kecemasan. Zaman aku sekolah dulu, asas pertolongan kecemasan ni cuma diajar kat budak-budak yang join Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) je. Bagus kursus ni diajar kat budak-budak sekolah sebab bermanfaat dalam situasi kecemasan. Cuma harap-harap dieorang ingat apa yang dipelajari 😅.


Briged Bakti Malaysia
Nampak kemas ikatan kain anduh yang Khayla buat tu, good job! 👏🏻👏🏻

Hari ketiga lepas sarapan pagi peserta berkemas dan bersedia untuk daftar keluar hotel. Lepas tu berkumpul dan buat recap balik aktiviti-aktiviti yang dieorang buat selama 2 hari tu. Akhir sekali bergambar dan makan tengahari sebelum dihantar balik ke sekolah. Hari ketiga tu akulah orang yang paling happy sebab dah boleh ambik Khayla pulang ke rumah. Adoi, camane la nak melepaskan anak belajar ke kolej / universiti bila habis sekolah menengah nanti! 😅

Read more »
on Friday, August 25, 2023 8
Share this!
Tags
Family, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Friday, August 25, 2023

Bilakah Perlu Qada' Solat Lepas Waktu Berhenti Haid?

Kredit foto: IG @bidadarihouse


Pada hukum asal, wanita yang kedatangan haid tidak wajib melaksanakan solat. Ini kerana haid adalah perkara yang mani' (penghalang) bagi kewajiban solat. Dalilnya adalah hadis Fatimah bin Abu Hubaisyah R.Anha bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

فَإِذَا أَقْبَلَتْ حَيْضَةُ فاترُكي الصَّلاَةَ، فإِذَا ذَهَبَ قدرها فَاغْسِلِى عَنْكِ الدَّمَ وَصَلِّى
Maksudnya: “Ketika kedatangan haid, hendaklah kamu tinggalkan solat. Maka apabila tempohnya sudah berlalu hendaklah kamu mandi membersihkan diri daripada darah, dan dirikanlah solat.”
Riwayat al-Bukhari (236) dan Muslim (333)

Berkata Imam al-Nawawi Rahimahullah dalam mensyarahkan hadis ini: “Telah bersepakat para ulama bahawa ke atas wanita itu tidak ditaklifkan (diwajibkan) untuk bersolat dan tidak ditaklifkan untuk menggantikannya.” Rujuk Syarh Sahih Muslim (4/22-23)

Solat yang ditinggalkan sewaktu haid tidak perlu digantikan apabila wanita itu suci. Ini kerana haid merupakan ketetapan yang telah Allah ﷻ jadikan bagi wanita. Ini berdalil hadis yang diguna pakai adalah hadis Aisyah R.Anha:

كَانَ يُصِيبُنَا ذَلِكَ، فَنُؤْمَرُ بِقَضَاءِ الصَّوْمِ، وَلَا نُؤْمَرُ بِقَضَاءِ الصَّلَاةِ
Maksudnya: “Perkara itu (yakni haid) adalah (ketetapan) yang ditimpakan ke atas kita (kaum wanita). Maka kita diarahkan untuk menggantikan puasa (kerana haid) dan tidak diperintahkan untuk menggantikan solat (fardu yang ditinggalkan pada waktu haid)."
Riwayat Muslim (335)

Berkata Imam al-Nawawi lagi: “Sesungguhnya solat itu banyak dan berulang-ulang maka akan menyusahkan wanita untuk menggantikannya, berbeza dengan puasa, yang diwajibkan dalam setahun itu sekali sahaja, dan mungkin seseorang wanita itu haid hanya satu atau dua hari sahaja. Berkata ashab kami (ulama Syafieyyah) setiap solat yang luput pada zaman haid tidak diqadhakan melainkan dua rakaa (solat sunat) tawaf.” Rujuk Syarh Sahih Muslim (4/26)

Kaum wanita juga tidak dibenarkan untuk tergesa-gesa untuk mandi bagi solat dan berhubungan kelamin sebelum darah haid benar-benar berhenti ini. Ini ditekan oleh Saiyidatina Aisyah R.Anha dalam Sahih al-Bukhari (1/171) dan al-Muwatta’ (189):

كَانَتْ النِّسَاءُ يَبْعَثْنَ إلَى عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا بِالدُّرْجَةِ فِيهَا الْكُرْسُفُ فِيهِ الصُّفْرَةُ مِنْ دَمِ الْحَيْضِ فَتَقُولُ لَا تَعْجَلْنَ حَتَّى تَرَيْنَ الْقَصَّةَ الْبَيْضَاءَ تُرِيدُ بِذَلِكَ الطُّهْرَ مِنْ الْحَيْضَةِ
Maksudnya: "Dahulu, para wanita datang menemui Aisyah R.Anha dengan menunjukkan kain yang berisi kapas (yakni yang dimasukkan ke dalam faraj) yang padanya ada kesan kekuningan (kesan darah haid) lalu Aisyah berkata kepada mereka, “Janganlah kamu tergesa-gesa (untuk mandi dan bersolat) sehinggalah kamu melihat warna cecair putih pada kapas yang menunjukkan suci daripada darah haid.”

Dalam riwayat Imam Malik, diceritakan bahawa wanita-wanita tersebut sangat memberatkan diri dalam urusan agama sehingga mereka membawa pelita pada waktu malam berjumpa dengan Ummul Mukminin untuk memeriksa yang mereka sudah suci atau belum. Berkata Imam Ibn Abdil al-Barr Rahimahullah: “Ertinya Aisyah berkehendak agar kamu semua (kaum wanita) jangan terburu-buru untuk mandi wajib jika kamu nampak warna kekuningan, kerana itu adalah baki haid sehingga kamu nampak al-qossoh al-baido’ yakni cecair putih yang dikeluarkan oleh rahim (atau berdekatan dengan rahim) tatkala putusnya darah haid.” Rujuk al-Istidzkar (1/325)


Kaedah Menggantikan Solat Bagi Wanita Berhaid

Berkenaan kaedah mengqadakan solat bagi wanita, para ulama meletakkan dua kaedah berikut. Kaedah Zawal al-Mani` (Hilangnya Penghalang)

Berkata Imam al-Nawawi:

“Sekiranya berbaki pada waktu kadar takbiratulihram dan lebih, yang tidak sampai kadar satu rakaat, maka terdapat dua pendapat. Pendapat yang paling sahih dengan sepakat Ashab, wajib ke atasnya solat berkenaan kerana dia sempat mendapat satu bahagian daripadanya sama seperti hukum sempat mendapat solat Jamaah.” Rujuk al-Majmu` Syarh al-Muhadzdzab (3/65)

Apabila hilangnya mani’ (penghalang solat, seperti haid, dan gila) sedangkan berbaki masa sebelum habisnya suatu waktu solat kadar takbiratul ihram dan lebih (satu lahzah dan lebih), maka wajib diqadakan solat itu. Begitu juga solat sebelum itu wajib diqada' jika solat itu daripada jenis yang boleh dijamak dengannya. Kita lihat contoh dengan dua gambaran:

a) Sekiranya haid tamat pada waktu solat Asar, maka wajib ke atasnya untuk menunaikan solat Asar dan mengqadakan solat Zuhur.
b) Sekiranya haid tamat pada waktu solat Isyak, maka wajib ke atasnya untuk menunaikan solat Isyak dan mengqadakan solat Maghrib. Rujuk al-Taqrirat al-Sadidah Qism Ibadah (hlm.196-197)

Ini kerana waktu Asar adalah waktu darurat bagi solat Zuhur, dan waktu Isyak adalah waktu darurat bagi solat Maghrib. Rujuk kitab al-Tahqiq (hlm. 193-194) oleh Imam al-Nawawi.Kaedah Turu’ al-Mani` (Datangnya Penghalang)

Berkata Imam al-Syirazi:

“Sekiranya seseorang itu sempat mendapatkan sebahagian daripada awal waktu solat kemudian datang kepadanya suatu keuzuran… sedangkan dia sempat mendapat daripada waktu itu masa yang yang cukup untuk dia solat fardu… maka kekallah kewajibannya dan wajib qada' jika hilang uzur itu.” Rujuk al-Majmu` (3/66-67)

Apabila haid datang, setelah berlalunya waktu solat dengan kadar perlaksanaan solat fardhu tersebut, maka wajib diqadakan solat itu, jika dia belum melaksanakannya. Ini kerana dia cukup masa melakukannya pada awal waktu, dan dia boleh bersuci seperti berwuduk dan mandi sebelum masuk waktu. Kita lihat contoh dengan dua gambaran:

a) Sekiranya haid datang dalam waktu Asar, selepas berlalunya kadar perlaksanaan solat fardu tersebut, dan dia belum menunaikan solat itu, maka wajib ke atasnya untuk mengqadakan solat Asar selepas suci nanti.
b) Sekiranya haid datang dalam waktu Asar, sebelum sempat berlalunya masa kadar perlaksanaan solat fardu tersebut, maka tidak wajib ke atasnya untuk mengqadakan solat Asar itu. Contohnya, masuk waktu Asar jam 4.45 petang, haid datang pada jam 4.46 petang.
c) Sekiranya haid datang dalam waktu Asar, selepas berlalunya kadar bersuci dan perlaksanaan solat fardu tersebut, dan dia belum menunaikan solat itu, dan dia tidak boleh bersuci sebelum masuk waktu disebabkan tayammum atau sentiasa dalam hadas (kes istihadah atau kencing tak lawas), maka wajib ke atasnya untuk mengqadakan solat Asar selepas suci nanti. Jika tidak sempat bersuci dan menunaikan solat fardu, maka tidak wajib qada’. Rujuk al-Taqrirat al-Sadidah Qism Ibadah (hlm. 197)

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Rumusan penting:
1. Tak perlu terburu-buru mandi hadas sebelum darah haid benar-benar berhenti. Contohnya kalau kebiasaannya period 6 hari, tapi hari ke-5 dah nampak kering kalau was-was tunggu sampai hari ke-6 baru mandi hadas dan qada' solat-solat fardhu yang ditinggalkan.
2. Kalau period habis pada waktu solat terakhir yang boleh dijamak (Asar / Isya'), maka wajib qada' solat sebelumnya (Zohor / Maghrib).
3. Period datang pada awal waktu solat fardhu contohnya masuk waktu jam 4.45 petang tiba-tiba kita dapati darah haid keluar jam 4.46 petang, maka tak wajib untuk qada' waktu solat tu. Tapi kalau selepas berlalunya kadar perlaksanaan solat fardu tersebut, dan belum menunaikan solat tiba-tiba keluar period (contohnya lepas azan berhenti) maka wajib qada' solat.

Nota kaki: Aku yang dah umur 40-an pun kadang-kadang masih keliru bab-bab period ni. Semoga info ni menjadi panduan buat kita semua 😊

Read more »
on Friday, August 25, 2023 18
Share this!
Tags
Tips & Info
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Friday, August 25, 2023

Qari Malaysia Muncul Johan Tilawah Al-Quran Majlis Tilawah & Menghafaz Al-Quran (MTHQA) Antarabangsa 1445H / 2023

Tahniah diucapkan kepada qari dari Malaysia, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi dinobat sebagai johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke-63 malam tadi.


Johan Qari

Rasa ralat malam-malam sebelum ni tak sempat nak tengok siaran langsung MTHQA sebab tolong Khadeeja buat kerja rumah. Jadi bila dapat tengok siaran malam ni, rupa-rupanya dah majlis penutup dan penyampaian hadiah. Tapi apa pun, sempat jugak mendengar johan tilawah Al-Quran Muhammad Qayyim memperdengarkan bacaan Al-Quran masa majlis penutup ni. Subhanallah, Masya Allah! Walaupun dilahirkan sebagai orang kelainan upaya (OKU), Allah berikan kelebihan iaitu suara yang lunak dan merdu kepada saudara Muhammad Qayyim.  Tak dinafikan yang kedudukan johan tu selayaknya disandang oleh beliau.

Muhammad Qayyim juga muncul sebagai qari pertama dalam kalangan OKU bergelar juara sepanjang sejarah pertandingan yang berlangsung. 

Manakala johan qariah pula disandang oleh Sara Belmamoun dari Maghribi:


Johan qariah

Bagi pertandingan hafazan pula, berikut ialah johan untuk kategori lelaki dan wanita:

  • Johan Hafazan Lelaki - OMAR TAURE (GUINEA)
  • Johan Hafazan Wanita - TEBANI CHEYMA ENFAL (ALGERIA)

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua johan tilawah dan hafazan MTHQA ke-63!

Read more »
on Friday, August 25, 2023 8
Share this!
Tags
Celebrations
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Thursday, August 24, 2023

Gara-gara Tertinggal H/P Dah Kena Saman!

Tular baru-baru ni DBKL dah wujudkan zon khas untuk motosikal berhenti di lampu isyarat. Mana-mana kenderaan yang didapati gagal mematuhi zon khas ni (sama ada kereta berhenti di zon ni atau motosikal berhenti melebihi had zon) akan disaman.


zon khas motosikal lampu trafik
Zon khas motosikal di lampu isyarat (Sumber foto: Motomelaya.net)

Alkisahnya, semalam setengah jam lepas keluar rumah, Suami Terchenta balik semula dalam keadaan kalut. Rupa-rupanya dia tertinggal h/p kat rumah. Dah sampai ofis baru perasan h/p takde. Memandangkan dah lambat, aku tanya kenapa tak kerja dari rumah je? Dia jawab kena masuk ofis jugak 😑. Hmm. Sabor je la...

Malam tu balik dari ofis, Suami Terchenta mengadu yang dia kena saman polis. Kesalahan? Berhenti di luar petak zon di lampu isyarat. Dia kalut sangat nak sampai ofis sebab boss dah banyak kali call. Tak pasal-pasal kena saman dan makin lewat ke ofis huhu...


saman trafik
Kena saman!

Dekat kertas saman ni tak tulis pulak berapa jumlah samannya. Kena check online baru dapat tengok total damage. Lepas semak di portal MyBayarSaman, jumlah saman ialah sebanyak RM100 😢. Pengajaran yang agak mahal gara-gara tak berhenti di zon yang ditetapkan.

Cara-cara check saman dan bayar saman polis online melalui portal MyBayarSaman:

  1. Layari Portal MyBayarSaman : https://mybayar.rmp.gov.my atau muat turun aplikasi MyBayar Saman melalui Google Playstore atau iOS Store.
  2. Klik butang NEW USER SIGN UP untuk proses Pendaftaran.
  3. Isikan maklumat dan isi pengesahan OTP.
  4. Log masuk setelah selesai mendaftar.
  5. Buat Semakan Saman terlebih dahulu untuk mengetahui jumlah saman yang perlu dibayar.
  6. Buat Pembayaran secara online melalui kaedah pembayaran yang dipilih

mybayarsaman
Alhamdulillah dah semak dan tiada saman untuk aku

Berita baik untuk penduduk Selangor sekitar Shah Alam - sempena bulan kemerdekaan PDRM akan membuka kaunter bayaran saman yang menawarkan pengurangan 50% untuk saman terpilih di Karnival PDRM Selangor Merdeka Ride 2023 bertempat di Stadium Shah Alam pada Sabtu 26 Ogos 2023, 8 pagi hingga 4 petang. Maklumat lanjut, boleh rujuk pada poster di bawah.




Nota kaki: Pandu kenderaan di jalan raya dengan berhemah, jangan sampai kena naik mahkamah!
Read more »
on Thursday, August 24, 2023 24
Share this!
Tags
Daily Life, Tips & Info
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Thursday, August 24, 2023

Minum Petang Di Restoran Onde-Onde

Ni throwback sebelum aku mula IF bulan lepas. Lama dah peram dalam galeri foto hp hehe. Tapi nak cerita jugak sebab makanan kat sini sedap-sedap.

Hari tu kebetulan Suami Terchenta ambik cuti ganti. Petang tu kiteorang jemput Khadeeja balik dari sekolah lepas tu singgah di Sunway Putra Mall sebab Suami Terchenta nak ambik cermin mata yang ditempah.

Selesai urusan di kedai cermin mata, kiteorang singgah di Onde-onde untuk minum petang. Sebelum ni tak pernah jejak kaki ke sini dan hari tu kiteorang rasa nak cuba tempat makan yang lain dari kebiasaan.


Sunway Putra Mall
Restoran Onde-onde di aras 1 Sunway Putra Mall

Sunway Putra Mall
Hiasan mangkuk tingkat, botol air panas, kole dan cerek klasik yang menarik

Menu di Onde-Onde ni terdiri dari citarasa tempatan dari segenap lapisan masyarakat di Malaysia. Kalau tengok kat website dieorang, bahan-bahan yang digunakan dalam penyediaan menu diambil dari sumber terbaik, contohnya dieorang guna gula melaka dari Melaka dan biji kopi dari Ipoh.

Untuk minum petang, kiteorang pesan beberapa menu. Semuanya sedap-sedap.


Restoran Onde-Onde
Char kuey teow - aku bagi 4.5/5 bintang (setengah bintang lagi sebab takde cili jeruk hehe)

Restoran Onde-Onde
Rojak - kuah rojak pekat, cukup manis dan pedas - 4.5/5 bintang (kacang tanah hancur tak cukup bagi aku)

Restoran Onde-Onde
Sotong kangkung - 4/5 bintang (ni sebab aku compare dengan sotong kangkung kat Bintulu yang bagi aku tersedap setakat ni hehe)

Restoran Onde-Onde
Tauhu bakar - 4/5 bintang (ada something slack sikit tapi aku lupa pulak apa. Rasanya isinya kurang kot)

Restoran Onde-Onde
Khadeeja pesan sagu gula melaka, aku tak rasa so tak boleh bagi rating

Restoran Onde-Onde
Minuman - tembikai laici, sirap selasih dan teh ais

Memandangkan kiteorang sampai akhir dalam pukul 6 petang, jadi kuih-muih semua dah habis. Kalau tak, memang aku pesan kuih-muih je untuk minum petang. Since petang tu kiteorang dah makan berat, sudahnya malam tu kiteorang tak makan langsung. Khayla pulak balik dari sekolah dia nak makan mac & cheese jadi buatkan mac & cheese untuk makan malam Khayla.

Read more »
on Thursday, August 24, 2023 16
Share this!
Tags
Dining, Restaurant and Outlet
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Wednesday, August 23, 2023

Tonton Movie 'Sumpahan Jerunei' Dengan Mak

Masa cerita ni keluar, aku teringin nak pergi tengok tapi takde geng nak pergi sama-sama. Nak tengok sorang-sorang takut pulak, dasar penakut hihi... So bila mak ada kat KL, aku pun ajak mak tengok sama-sama.

Sebenarnya dari dulu lagi aku curious pasal budaya orang Melanau berkaitan jerunai. Jerunai ni ialah tiang pengebumian golongan bangsawan Melanau yang diperbuat dari kayu jati. Orang bangsawan yang meninggal dunia, mayatnya akan disimpan dalam lubang yang dikorek pada batang kayu jati beserta dengan harta si mati untuk dibawa ke alam sana. Pada masa yang sama, sebuah lagi lubang dibuat di bahagian atas tiang untuk mengikat seorang hamba abdi yang dipilih untuk menjadi peneman si mati di alam sana. Hamba abdi ni diikat dalam keadaan meronta-ronta dan dibiarkan mati perlahan-lahan akibat kebuluran. 

Aku pernah terbaca tentang adat pengebumian golongan bangsawan yang kejam ni tapi tak boleh nak bayangkan. Jadi bila cerita ni keluar, baru aku faham betapa sedihnya nasib seorang hamba abdi yang terpilih sebagai korban adat pengebumian kaum Melanau satu masa dulu. Tapi sama ada adat ni sahih atau mitos yang diceritakan turun-temurun, wallahualam. Sebab sejarah ni dikutip dari cerita orang tua-tua iaitu melalui rekod lisan. Kadang-kadang benda mitos tapi bila kerap diceritakan ke anak cucu terus dianggap fakta sejarah. 


sumpahan jerunei
Posing dengan poster dulu sebelum masuk wayang

Cerita ni dibintangi oleh Uqasha Senrose, Bront Palarae, Tony Eusoff, Ruminah Sidek dan Amerul Affendi. Setau aku, Tony Eusoff je pelakon yang memang berasal dari Sarawak walaupun bukan orang Melanau.

Cerita ni mengisahkan tentang seorang pengkaji sejarah iaitu sekumpulan pengkaji sejarah diketuai Dr. Sani (Bront Palarae) menjalankan ekspedisi menjejak isteri Dr. Sani, juga pengkaji sejarah yang hilang semasa mengkaji tentang jerunai yang ditemui di sebuah hutan. Semasa masuk ke dalam hutan, setiap ahli ekspedisi telah mengalami gangguan misteri yang menakutkan. Selepas menemui tiang jerunai di tengah-tengah hutan, salah seorang mereka (Uqasha) telah dirasuk oleh semangat / roh hamba abdi yang telah dijadikan korban jerunai. 

Lepas tengok cerita ni, here's my mixed review:

Major love:

  1. Plot cerita - Bagi aku plot ceritanya memang sangat menarik. Ia ialah sebuah kisah dendam lama akibat penindasan hamba abdi satu masa dulu. Flashback dalam cerita ni cukup menjelaskan apa yang berlaku bila seorang golongan bangsawan Melanau meninggal dunia beratus-ratus tahun dulu. 
  2. Lakonan - Aku puji lakonan Yuyun Hikmah yang membawa watak Matalau iaitu gadis hamba yang dikorbankan tu sebab walaupun dia bukan orang Melanau tapi dialog dalam bahasa Melanaunya memang cukup real sampai aku ingat dia ni orang Melanau tulen. In fact, aku rasa lakonan dia lagi mantap dari lakonan Uqasha dalam cerita ni.

Major issue:

  1. Setting cerita ni yang tak real. Haha. Macamana nak explain ye. Contohnya, masa team Uqasha nak ke satu kampung ni untuk menjejak kumpulan pengkaji sejarah yang hilang tu, dieorang naik sampan padahal semua kampung kat daerah Mukah tu boleh lalu jalan darat 😂. So apa motif nak naik sampan jugak? Lepas tu ketua kampung (Tony Eusoff) datang sambut dieorang lengkap berbaju Melanau. Dia ibarat kau tengok cerita Melayu nak masuk kampung lepas tu penghulu datang sambut dengan pakai baju Melayu lengkap dengan bertanjak dan keris. Mana ada beb. Tau la nak bagitau setting cerita ni dekat Sarawak tapi tak perlu rasanya tunjuk scene naik sampan dan ketua kampung berpakaian tradisional. Mesti mat salleh dekat Florence Film Awards tu ingat orang Sarawak mendayung sampan nak bergerak ke mana-mana padahal kiteorang naik pacuan empat roda lagi cepat sampai kot. Penduduk rumah panjang paling ramai guna Hilux tau! 😂
  2. CGI cerita ni menjadikan filem ni kurang seram walaupun plot tu dah cukup seram.

Overall, bagi aku filem Sumpahan Jerunei ni kalau diumpamakan dengan sebiji kek, bahan-bahan dan resipi kek dah cukup lengkap. Tapi masa nak bancuh tu somehow sukatan tak cukup dan step tak ikut resipi jadi hasilnya pun kurang memberangsangkan. Haa gituh....

Still, a good effort untuk memperkenalkan budaya dan kaum Melanau di peringkat antarabangsa dan aku pun sekarang dah jelas macamana adat pengebumian menggunakan tiang jerunai tu dibuat beratus-ratus tahun dulu. Bersyukur adat ni dah lama pupus bila datangnya agama sejagat (Islam/Kristian) ke bumi Sarawak.


sumpahan jerunei
Sumpahan Jerunei - checked! ✅

Read more »
on Wednesday, August 23, 2023 22
Share this!
Tags
Entertainment, Family
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Apa Maksud Ucapan 'Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menoa'?
    Hari ni 1 Jun, masyarakat Dayak di Malaysia menyambut Hari Gawai. Kalau di Sarawak, memang meriah sambutan Hari Gawai, sama meriah dengan sa...
  • Kimia Kebahagiaan
    Semua orang nak bahagia kan, tapi bahagia yang kekal tu tak akan tercapai sekiranya kita masih tak tahu tujuan kita diciptakan.   Petikan da...

Blog Favourite

  • SURIA AMANDA
    57 minutes ago
  • Inilah Shaizhar
    3 hours ago
  • Mreneyoo
    4 hours ago
  • Aku Sis Lin
    4 hours ago
  • KasihkuAmani
    5 hours ago
  • Miles of smiles
    7 hours ago
  • Hari hari yang ku lalui...
    14 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    15 hours ago
  • Blog Anamizu™
    21 hours ago
  • Antara Doha dan Jakarta™
    23 hours ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    1 day ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    1 day ago
  • a m m i
    1 day ago
  • .: ceritera Kehidupan :.
    1 day ago
  • Drawing the Words
    1 day ago
  • LIFE WITH LOVE
    1 day ago
  • Amie's Little Kitchen
    1 day ago
  • KakmimDotCom
    1 day ago
  • mrhanafi.com
    1 day ago
  • Anies♥You
    2 days ago
  • Hidup Itu Indah
    2 days ago
  • .:: My Life & My Loves ::.
    2 days ago
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    2 days ago
  • Krabat Kramat
    2 days ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    2 days ago
  • My Small World
    2 days ago
  • mulan@peace,love&harmony
    2 days ago
  • Travel My Way
    3 days ago
  • anajingga
    3 days ago
  • Warisan Petani
    3 days ago
  • Dapur Cik- Nur
    3 days ago
  • Titian Perjalanan
    3 days ago
  • Syazni Rahim Blog
    6 days ago
  • orangbukit
    1 week ago
  • Sunah Sakura
    1 week ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    1 week ago
  • Asa Blog
    2 weeks ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    2 weeks ago
  • Ainihalim
    2 weeks ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    3 weeks ago
  • Shuhaida Kabdy
    1 month ago
  • Afzan Sidi
    1 month ago
  • Blog Sal
    2 months ago
  • Ako Tetap Ako
    2 months ago
  • Kait dan Lari
    1 year ago
  • Stories About My Journey
    1 year ago
  • Sodep
    9 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.