Breakfast Date di Kenny Hills Bakers

Minggu ni memang penuh aktiviti keluar dengan kawan-kawan. Syukur Alhamdulillah, takde la sunyi bila anak-anak turun sekolah.

Hari ni pagi-pagi lagi pergi sarapan pagi dengan ex-roommate aku masa belajar kat UTM dulu, Eva. Kiteorang agreed jumpa dekat Kenny Hills Bakers di Bukit Tunku sebab jaraknya tak sampai 10minit dari tempat aku. Lagi pun Eva tak pernah try lagi makan kat sini memandangkan dia dari JB.

Aku sampai beberapa minit awal, pukul 8.34 pagi. Itupun dah ramai pelanggan yang sampai dulu, penuh meja kat luar. Tapi masih lagi ada meja kosong untuk 2 orang. Takde la aku kena menunggu.


Kenny Hills Bakers Bukit Tunku
Dari tepi bangunan nampak lengang tapi sebenarnya dah ramai yang tengah duduk tunggu order sampai

Kenny Hills Bakers Bukit Tunku
Asal-usul nama Bukit Tunku

Sementara tunggu Eva sampai, aku usha menu breakfast:

Kenny Hills Bakers Bukit Tunku
Sumber: kennyhillsbakers.com

Bila Eva sampai, kiteorang pakat nak kongsi makanan sebab takut portion besar (portion sebenar tak de la sebesar yang kiteorang sangkakan, so next time kena order asing-asing). Lagi pun Eva nak try pastri kat sini, kang tak dapat habiskan membazir je. So kiteorang ambik eggs flamenco sebab macam menarik je. Then aku order flat white dan Eva order black coffee. Simple je breakfast pagi tadi (simple pun harga kayangan jugak, tapi Eva baik hati belanja aku makan. Alhamdulillah, rezeki…)

Kenny Hills Bakers Bukit Tunku
Egss Flamenco & Flat White Coffee

Since dah lama tak jumpa (kali terakhir jumpa masa aku ke JB tahun lepas), rancak kiteorang berborak pagi tadi. Rindu sangat dengan kawan baik aku ni. Walaupun kiteorang ni berbeza personaliti dari dulu lagi (dan life kiteorang pun berbeza sangat), tapi tetap akrab macam dulu.

Sebelum berpisah, harus la selfie dulu:

Kenny Hills Bakers Bukit Tunku

Lepas breakfast aku ke rumah baru sebab nak serah kunci kat kontraktor. Dalam pukul 12.30 aku balik ke rumah. Tak semena-mena teringin nak pergi tengok citer Mat Kilau. Apa lagi, terus check jadual wayang. Next movie pukul 1.45petang. Sempat sangat nak book ni hehe. Apa lagi, moh le kite ke wayang!

Jeng…jeng… jeng! Kalau sempat aku buat next post bagi ulasan filem Mat Kilau pulak. Tapi kesimpulannya, memang best la macam kebanyakan review yang aku baca sebelum ni. Ok, selamat malam semua.

Lepak dengan Ex-Colleagues

Semalam kawan ofis tiba-tiba mesej ajak keluar makan. Sejak aku pindah ke KL, rasanya tak penah kiteorang bertiga keluar makan sekali. Lepas tu aku resigned. Sebelum last day, ada la plan nak buat farewell lunch untuk aku tapi lepas tu tertangguh sebab masing-masing sibuk. Aku pun malas nak kacau sebab aku faham sangat tahap kesibukan dieorang ni camane (sebab penah rasa kan).


Berjaya jugak keluar lunch sama-sama ye...

Banyak pengalaman susah senang menguruskan team dan menguruskan akaun masing-masing (sebab kiteorang ni account manager) yang tak boleh dilupakan. Aku rasa kalau takde dieorang ni tempat mengadu dan mendapatkan sokongan emosi, memang awal2 lagi aku dah resigned. Terus-terang aku memang tak minat sangat jaga akaun.

Kiteorang lunch di Ben's KLCC sebab boleh borak-borak santai sambil lunch. Menu kat sini not bad la (kecuali Aglio Olio). Cuma harga tu harga KLCC, kalau hari-hari makan kat sini memang berlubang poket!


Fish and chips

Aglio Olio ni takde udang, pasta kosong je. Tak berbaloi dengan harga RM22

Soft-shell crab pasta

Dekat 2 jam jugak kiteorang bersembang. Banyak perkembangan semasa yang dieorang kongsi dengan aku sampaikan aku rasa macam aku masih lagi part of the team. Tu je la benda yang aku rindu pasal kerja - kawan-kawan ofis aku semuanya baik-baik lebih-lebih lagi kawan-kawan ofis di tempat lama iaitu di Bintulu dulu. Kiteorang rapat sangat macam ahli keluarga, kalau meeting lambat habis boleh pesan kat kawan tolong ambikkan anak dekat taska. 

Apapun aku doakan yang terbaik untuk kawan-kawan ofis, semoga dieorang terus sukses dalam karier masing-masing dan semoga persahabatan kiteorang berkekalan. Alhamdulillah ramai yang masih lagi contact, keluar makan sama-sama walaupun aku dah tak lagi kerja di situ.

Wordless Wednesday - Musim Durian

Durian ni memang favourite kiteorang satu family dari dulu lagi. Even anak-anak pun sejak baby pantang nampak durian, laju je mengejar dengan kereta sorong dorang tu sambil mulut menganga dan air liur meleleh-leleh. Padahal tak ajar pun dieorang makan durian, agaknya dah genetik hantu durian gitulah.


Durian
Durian
 
Tak kira la durian jenis apa pun, kiteorang memang 'ngap' aje. Durian kampung ke durian baka ke, semua masuk je tekak kiteorang ni. Ni on the way ke rumah, ternampak gerai durian tepi jalan. Murah sangat, isi pun manis dan sederhana tebal. Puas hati la bila makan.

gerai durian
Gerai durian di Sentul

Kisah tak boleh lupa pasal durian ni ialah bila aku pregnant anak no. 2. Time tu aku pulak ada kencing manis. Kebetulan ayah aku datang dari Sarawak time musim durian, jadi kiteorang pun bawak la dia makan durian. Tapi aku pulak yang over-excited makan durian, tak sedar diri tengah pregnant! Sejam lepas melantak durian aku mula pening, loya, rasa nak pitam, rasa nak demam semua bercampur-baur. Mungkin sebab gula dalam darah naik mendadak, sebenarnya agak bahaya time tu tapi aku pulak dah tau tak sihat tak reti pulak nak pergi jumpa doktor. Aku baring je kat rumah. Bila terkenang balik, rasa syukur sangat Alhamdulillah baby tak apa-apa. Kenangan yang tak boleh dilupakan.

Sibuk Sikit Akhir-akhir Ni...

Akhir-akhir ni kurang berkesempatan nak update blog sebab aku tengah sibuk cari quotation untuk kerja-kerja pengubahsuaian rumah.

2 tahun ni kiteorang menyewa sebab rumah yang Suami Terchenta beli sebelum pandemik agak delay sikit tapi syukur Alhamdulillah dah siap jugak akhirnya. Jadi sekarang ni tengah fasa nak mencari kontraktor untuk kerja-kerja pemasangan lampu, kipas, aircond dan kabinet sebelum kiteorang berpindah awal bulan September ni Insha Allah. Doakan la ye semoga semuanya berjalan lancar.

Sebenarnya untuk renovation ni pakai duit yang aku simpan sebelum berhenti kerja, sejak Suami Terchenta bagitau dia beli rumah baru kat KL (masa tu aku masih lagi duduk di Bintulu). Memandangkan aku pun dah tak bekerja jadi ada la kekangan sikit kat bajet ubahsuai rumah ni. Nak bagitau dekat kontraktor pun segan hahaha! Tapi kebanyakan kontraktor tak judge pun, dieorang cuma pesan mungkin kena defer mana yang kurang penting dulu. Contohnya aku ni berangan-angan nak ada bilik air cantik, tiles dapur cantik, yard cantik. Tapi bila tengok peruntukan, mampu telan air liur je la. Nak buat rak kasut built-in pun tak cukup. Maka aku fokus kat areas yang penting dulu je la. Insha Allah ada rezeki lagi, kita buat la yang yang lain-lain tu.

Bagi aku area yang penting kena buat dulu sebelum masuk rumah baru ialah dapur (sebab penah hadap dah pindah masuk baru nak buat dapur. Sebulan kena masak atas lantai, cuci pinggan periuk belanga dalam bilik air. Leceh mak oi!), bilik tidur, ruang tamu dan ruang makan. Suami Terchenta pulak request tambah home office sebab dia masih lagi bekerja dari rumah 3 hari seminggu. 

Aku ambik masa sebulan jugak la nak cari kontraktor dan ID. Kalau boleh nak ID sebab pakej sekali masuk dengan perabot tapi kebanyakannya memang mahal la. Ada satu ID ni dekat Kajang, belum pergi site visit lagi dia dah mintak RM2K. Design dia memang lawa dan aku faham kenapa dia buat macam tu (sebab segmen pelanggan dia ialah golongan T20). Jadi aku pun terus batalkan hasrat nak teruskan. 

Lepas tu aku pergi kat Instagram, selalunya influencer ni memang letak link kontraktor yang buat rumah dieorang. Kebanyakannya kontraktor Melayu. Sayangnya jadual dieorang mostly dah penuh. Ada gak yang datang buat site visit tapi aku batalkan jugak sebab awal-awal lagi dah macam-macam alasan diberi bila tiba nak meeting. So aku tak berapa selesa takut nanti sakit hati pulak bila projek renovate rumah delay.

Lepas 2 minggu aku list down 3-4 kontraktor yang aku agak yakin baru la aku mintak quotation. Lepas tu aku ambik masa 2 minggu lagi nak evaluate quotations, buat pros & cons setiap kontraktor ni (sebenarnya seminggu je sebab seminggu lagi tu aku busy dengan BFF yang nak kawen).


Kena buat dalam spreadsheet supaya boleh bandingkan sebut harga dari kontraktor berlainan

So last week baru la aku finalize kontraktor mana yang aku nak ambik. Time nak bayar deposit tu berpeluh2 la jugak hehe. Insha Allah niatkan demi keselesaan keluarga semoga ada ganjaran yang lebih baik kelak.

Jadi sekarang ni aku kena pantau supaya final cost home renovation ni nanti tak lari jauh dari bajet asal. Harap-harapnya tak sebab aku dah mintak kontraktor bagi detailed quotation *berdoa dalam hati supaya duit simpanan cukup*

Doa Ketika Mencapai Umur 40 Tahun

Umur 40 adalah umur kematangan fikiran seseorang manusia. Pada saat umur 40 tahun, seseorang manusia sewajarnya sudah mempunyai kefahaman dan kesabaran yang sempurna. Ya, sepatutnya begitulah.

Dikatakan bahawa para Nabi AS dilantik menjadi utusan ALLAH pada umur masing-masing 40 tahun. Di dalam kitab ar-Rahiq al-Makhtum karangan Sheikh Safiyyu ar-Rahman al-Mubarakfuri, disebutkan bahawa umur Nabi Muhammad dilantik menjadi Nabi ialah pada umur Baginda 40 tahun, 6 bulan dan 12 hari mengikut kalendar Qamariah (perkiraan bulan).

Di dalam Al-Quran ada dinyatakan suatu ayat yang di dalamnya mengandungi suruhan supaya manusia berbuat baik kepada ibu bapa mereka yang bersusah payah melahirkan dan membesarkan mereka. Lalu disarankan supaya manusia yang sudah mencapai umur 40 agar berdoa kepada ALLAH dengan suatu doa tertentu seperti berikut:

Doa Umur 40 tahun

Sumber artikel: https://muzir.wordpress.com/

Sesungguhnya usia 40 tahun ni ialah usia di mana kita mencorak halatuju kita dalam perjalanan menuju ke akhirat. Aku pernah terbaca bahawa seseorang yang masih lagi lalai ketika di usia 40 tahun, maka selama-lamanya dia akan lalai, melainkan Allah memberikan hidayah kepadanya untuk bertaubat. Wallahualam.

Apapun, aku baru je terbaca tentang doa ni, InshaAllah akan aku cuba hafal dan amalkan. Semoga hati ni sentiasa mengingati Allah dan dan berubah ke arah kebaikan.

Jakun Sekejap Tengok Robot Pelayan di Restoran Nasi Kukus Sotong Besar

Isnin lepas Suami Terchenta ambik cuti nak temankan aku pergi ke showroom tilam Aerofoam yang terletak di Klang.

Selesai je urusan di situ, terus terasa perut berkeroncong sebab dah pukul 2 petang dan tak makan lagi. Maka kiteorang pun Google la tempat makan best yang ada dekat-dekat situ. Carian Google lalu membawa kiteorang ke Restoran Nasi Kukus Sotong Besar. Maaf la, sebab lapar sangat tak sempat nak ambik gambar luar kedai, tapi dari jauh lagi dah nampak signboard restoran yang besar dan bangunan kedai warna merah. Memang takkan sesat la kalau ikut Waze.

Lepas order dan bayar makanan kat kaunter, kiteorang pun terus duduk kat meja. Tak sampai 10 minit, makanan sampai. 

Ok, yang buat aku jakun sebenarnya ialah kedai ni pelayannya ialah sebuah robot. Ni first time aku makan kat kedai yang menggunakan robot pelayan. Bukan calang-calang robot ni, dari jauh lagi dia main lagu dangdut. Hantar makanan betul-betul depan muka, memang servis terbaik punyalah!

Restoran Nasi Kukus Sotong Besar
Lepas ambik makanan, kena tekan butang 'Done' kat skrin tu baru dia beredar


Restoran Nasi Kukus Sotong Besar
Robot tengah bertugas hantar makanan kat meja pelanggan

Restoran Nasi Kukus Sotong Besar
Suami Terchenta order nasi kukus sotong besar. Sotong memang segar, manis dan rangup, tak rugi cuba walaupun harganya RM20+. Menyesal pulak order satu je.



Restoran Nasi Kukus Sotong Besar
Yang ni pulak nasi kukus ayam berempah. Pun sedap jugak. Harga dalam RM12+ kalau tak silap.

 Puas hati makan kat Restoran Nasi Kukus Sotong Besar ni. Tapi kalau nak pergi lagi, tunggu bila tekak memang teringin sangat-sangat nak makan sotong sebab jauh dari tempat kiteorang. Hehe.

3 Idea Bachelorette Party versi Halal!

Kawan baik aku baru je melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihannya Sabtu lepas. Buat BFF Nurul, Selamat Pengantin Baru! Semoga perkahwinan kekal bahagia ke Jannah, dikurniakan zuriat yang soleh & solehah ameen....


Forest Valley Hall
Cantik sangat background dewan kahwin ni, sempat lagi aku berangan-angan nak menabung buat wedding my girls kat sini hihi...

Kali ni aku nak kongsi idea kalau ada sesiapa yang tengah cari inspirasi nak buat bachelorette party atau nama lainnya parti bujang yang fun tapi masih lagi patuh Syariah gituhhh...

1. Pakai pakaian sedondon untuk bergambar kenang-kenangan

Kalau nak senang, beli je baju t-shirt yang ada tulisan 'Team Bride' atau 'Bride Squad'. Bakal pengantin pulak pakai t-shirt yang tertulis perkataan 'Bride'. Aku beli t-shirt murah je tak sampai RM12, tapi kain dia lembut dan tak terlalu nipis. 


Kalau tak nak pakai baju sedondon, boleh jugak beli 'sash' kat Kaison atau mana-mana kedai menjual barang-barang party. Kat Kaison harga dalam RM5.60 kalau tak silap.


2. Permainan 'clean' dan 'fun'


Sesetengah permainan bachelorette party kat Barat kurang sesuai untuk orang Timur dan orang Islam lebih-lebih lagi kalau melibatkan minuman beralkohol, atau ada orang bukan muhrim sekali. 

Tapi ada jugak permainan yang bertemakan pengantin yang tak melanggar syariat contohnya:

Permainan 'Put A Ring On It'

Menggunakan belon bentuk cincin, pengantin cuba untuk menyarungkan 'cincin' ke botol. Kalau pengantin berjaya masukkan cincin 3 kali, kita bagi la hadiah untuk pengantin hehe.

Belon RM2 beli kat Mr DIY

Permainan sedikit mencabar sebab belon tu ringan dan pengantin kena berdiri jauh sikit!

Teka Tajuk Movie Melalui Emoji

Permainan ni sesuai untuk kaki movie. Tajuk movie disampaikan menggunakan ikon emoji dan pemain-pemain kena teka tajuk dengan tepat.

Lukis Baju Pengantin

Permainan ni memerlukan idea yang kreatif dan pelekat manik untuk menghias lukisan baju pengantin. Lepas tu korang boleh bagi kat pengantin dalam frame gambar, mesti pengantin suka!


3. Layan Movie Bertemakan Wedding

Sebenarnya bachelorette party ni untuk kita spend time dengan bakal pengantin selain nak kasi can pengantin rehat dan lupakan sekejap wedding stress. Aktiviti tengok movie ni paling rilek, cuma nak bagi feel lagi sediakan popcorn. Sambil layan movie, sambil tu jugak mengunyah popcorn macam kat dalam wayang. Hari tu kiteorang layan cerita 'Bride Wars' lakonan Anne Hathaway dan Kate Hudson. Siyes kelakar!

Sebenarnya ada banyak lagi idea menarik bachelorette party tapi kebanyakannya memerlukan kos yang agak tinggi. Ni kira idea yang wallet-friendly tapi fun.

Staycation kat hotel pun boleh jadi aktiviti bachelorette party kalau ada bajet

Nota kaki: Terima kasih Suami Terchenta sebab tolong jaga anak-anak sementara si isteri join aktiviti all-girls ni. Bukan selalu pun kan? 😘

Renew Lesen Memandu Sebelum 30 Jun 2022

2 hari lepas, Kak Retna share pasal tempoh akhir untuk renew lesen memandu. Since birthday aku baru je lepas, terus la aku teringat nak check lesen memandu sendiri. Lepas tu tepuk dahi sebab rupa-rupanya lesen memandu aku dah mati!

Hmm... sebelum kena repeat ujian memandu, baiklah aku pergi renew lesen secepat mungkin. Maka semalam lepas hantar budak-budak ke sekolah terus aku singgah kat UTC Sentul sebab niat nak avoid beratur panjang dekat JPJ. Sebelum tu aku dah siap-siap withdraw duit cash untuk bayar lesen baru ni. Tapi... jeng3x... tak payah pun!

Buat korang yang belum renew lesen lagi, boleh refer pengalaman aku pagi tadi kat sini. Kesian gak aku tengok beberapa orang terutama golongan warga emas yang terpaksa balik ke rumah sebab dieorang tak tau proses baru ni.


1. Download apps JPJeQ sebelum keluar rumah

Aku baru tau, rupa-rupanya nak beratur kat JPJ ni kena ambik nombor giliran guna apps ni. 


apps JPJeQ
Lepas tu scan je dekat QR code yang terpampang kat pintu masuk ofis JPJ. Kalau kat UTC Sentul tu, QR code tu dieorang tampal atas meja sebelum pintu masuk.

apps JPJeQ
Bila dah imbas kod, terus keluar nombor giliran, nombor terkini di kaunter dan anggaran masa menunggu giliran

Pagi semalam since aku sampai awal jadi takde la kena tunggu lama (sebab ramai yang masih terkial-kial download apps jugak sebenarnya). Baru nak duduk kat bangku kat luar, terus apps tu alert dah sampai giliran aku:

apps JPJeQ

2. Pembayaran Melalui Kad Debit / Kredit SAHAJA

Buat penat je la aku withdraw duit pagi semalam sebelum hantar budak-budak ke sekolah. Terpaksa tawaf pulak tu nak ke bank, pastu ke sekolah. Alkisahnya sekarang semua cashless je tau! Masa aku sampai tu, ada sorang pakcik ni dia keluar dengan muka hampa sebab dia bawak cash je, tak bawak kad bank. Terpaksa la dia balik ke rumah ambik kad bank.

Dari segi pembayaran cashless pulak, mungkin kat sini JPJ kena fleksibel sikit kot sebab ada jugak golongan warga emas yang tak de kad debit / kredit. Jenis yang withdraw duit pun pakai buku bank lagi agaknya. Tapi dari segi positif pulak, mungkin bila semua proses dah ke arah digital, takde alasan lagi untuk tak bergerak ke arah digitalisasi. 

3. Tunggu kad lesen baru di kaunter serahan lesen

Actually part ni aku confuse sikit. Sebabnya aku nak ambik gambar baru untuk lesen baru ni (gambar kat lesen lama buruk nau tak sabar nak tukar hahaha!). Lepas bayar dan dapat resit, aku pun duduk dekat bangku siap bukak face mask lagi kengkonon nak ambik gambar kan. Tiba-tiba adik kat kaunter tu hulur kad lesen baru - ni lesen baru, kak. Eh, bila masa dia tangkap gambar? Bila aku tengok lesen baru tu, terus syahdu sebab masih pakai gambar lama uwaaa! Mungkin aku patut cakap masa nak bayar tu yang aku nak ambik gambar baru? Hmmm... terpaksa la tunggu 5 tahun lagi nak tukar gambar (masa tu mungkin dah tak nak tukar sebab muka pun dah berkedut kot! 😂)

All in all, tak sampai 10 minit dah setel urusan renew lesen memandu ni.

4. Renew lesen online

Sekarang nak renew lesen tak payah bazir cuti. Boleh je renew online melalui portal Myeg atau lesen2u.com .  Korang yang ada parents yang dah berusia pun boleh tolong parents renew lesen dieorang online supaya dieorang tak payah bazir masa dan tenaga pergi ke JPJ. Sekarang semua dah di hujung jari, senang sangat.


5. Kesimpulannya, proses baru lebih efisyen dan mudah

Ye, memang benda baru ni nampak menyusahkan terutama untuk golongan yang tak biasa dengan dunia digital. Tapi percayalah, sebenarnya benda tu memudahkan bila kita dah biasa nanti. Bayangkan kalau ramai yang datang hari tu kat ofis JPJ, siap boleh pegi breakfast lagi sambil check nombor giliran terkini kat apps. Tak payah dah tercongok je kat depan ofis JPJ jenguk-jenguk tengok nombor giliran korang sebab boleh tengok kat handphone je. Bila nombor giliran dah sampai apps akan bagi alert. Mudah ke tak mudah camtu?

Wordless Wednesday - Carneyz, Chapter 4.0

Alhamdulillah segala puji bagi Allah.

Dah lebih seminggu genap usia aku ke-40. Tiada kata-kata yang dapat diungkapkan untuk mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi atas segala nikmat, kurnia dan kebahagiaan yang dikecapi selama ni. Semoga pengakhiran usia aku juga yang baik-baik, ameen ya Rabbal Alamin...


P/S: Terima kasih Suami Terchenta belanja staycation lagi sempena birthday. Semoga murah rezeki abang selalu, mana tau boleh bawak cuti-cuti pulak tahun depan! 😛

Bagaimana Merancang Rekabentuk Dapur

Dapur ni memang sinonim dengan orang perempuan kan? Tak heran la kalau dah beli rumah dan dah dapat kunci, perkara pertama kebanyakan kaum hawa akan buat ialah survey dapur idaman betul tak? Hehe.

Bagaimana Merancang Rekabentuk Dapur
Dapur idamanku (Sumber: Pinterest)

Tapi nak buat dapur ni tak boleh terburu-buru sebab kosnya besar. Sekali ubah lepas tu tak berkenan memang penyesalan tak sudah la jawabnya. Jadi macamana nak rancang pengubahsuaian rekabentuk dapur?

Jadi untuk memudahkan kerja, boleh ikut 10 langkah ni:

1. Senaraikan perkara yang korang nak dalam rekabentuk dapur

Nak sinki seramik atau stainless steel? Rak pantri atau pull-out drawer pantry? Nak ada dishwasher atau dish rack? Spice rack atau bottle drawer? Catat semua wishlist ni sebelum memulakan perancangan rekabentuk dapur. Kalau tak pasti apa yang korang nak, mungkin boleh fikirkan aktiviti apa yang korang selalu buat di dapur. Korang suka baking dan perlukan ruang untuk menguli dan simpan perkakas baking? Atau korang suka memasak atas dapur gas dan ada banyak periuk yang memerlukan ruang besar untuk disimpan? Dari situ korang akan nampak apa yang korang perlu dalaam rekabentuk dapur korang.


Bagaimana Merancang Rekabentuk Dapur
Teringin nak ada pantri macam ni, senang nak tengok barang apa dah habis (Sumber: Pinterest)

2. Pertimbangkan susun atur dapur yang terbaik

Layout / susun atur ni penting tau, sebab akan memudahkan kerja-kerja di dapur. Susun atur yang terbaik ialah yang menjadikan kerja-kerja di dapur efisyen selain memaksimakan ruang dapur.

Jadi, macamana nak rancang susun atur ni?

  • Macamana korang guna dapur? Macam yang aku cakap tadi, adakah korang kerap baking? Kerap memasak bersama keluarga atau selalunya dapur ni ana punya?
  • Adakah ruang dapur tu ruang terbuka (open space)? Dapur korang tu bersambung dengan tempat makan dan ruang tamu atau ruang tertutup atau khas untuk dapur je?
  • Kawasan kerja tiga segi - ni penting. Maksudnya, tempat penyediaan bahan memasak dan tempat memasak tu berpaksikan konsep segi tiga di mana tiga penjuru tu ialah peti sejuk, singki dan tempat memasak. Ketiga-tiga tempat ni kenalah berdekatan dengan satu sama lain supaya memudahkan kerja-kerja memasak.
  • Jenis susun atur apa yang paling sesuai dengan ruang dapur korang? Kalau ruang dapur korang jenis memanjang dan sempit, mungkin korang boleh pilih bentuk 'galley', bentuk 'U' atau bentuk 'L'. Kalau dapur korang open space, mungkin boleh rancang kitchen island untuk memisahkan ruang dapur dengan ruang makan. Terpulang dengan jenis ruang dapur korang ye. Jangan la ruang dapur sempit tapi ada hati nak letak kitchen island. Memang cari pasal la tu.

3. Lukis pelan dapur yang terperinci

  • Mark floor plan - power point dekat mana? Water outlet dekat mana? Pintu dekat mana? 
  • Plotkan perkakas dapur dengan kabinet dapur - peti sejuk / oven / microwave / periuk nasi nak letak mana? Pengisar makanan atau food processor pulak kat mana? Pinggan kat kabinet atas atau kabinet laci? Pantri nak letak kat mana? Kat sini korang boleh nampak sama ada rekabentuk kabinet dapur tu boleh menampung peralatan dapur ke tak.

4. Kumpulkan idea rekabentuk dapur idaman

Ni biasanya tengok kat Pinterest, tak pun kat Instagram. Selalunya proses yang paling disukai sebab boleh rambang mata dibuatnya. Kadang-kadang ni jadi langkah pertama bila dah takde idea sangat hehe.

Rekabentuk dapur sekarang ni boleh dikategorikan sama ada dapur moden, tradisional (formal, rustic atau country) atau 'freestanding' (kitchen island, kabinet modular). 

Nak nampak dapur sentiasa kemas, sorok je perkakas dapur supaya work top nampak kosong dan minimalis (Sumber: Pinterest)

5. Pilih jenis material terbaik untuk dapur

Kalau ada bajet lebih sikit, boleh la pilih kayu nyatoh atau blockboard. Nak murah sikit, jenis melamine ABS / chipboard pun ok. Boleh baca kat sini untuk kelebihan dan kelemahan setiap material ni.

6. Pilih skema warna yang paling sesuai untuk kabinet

Skema warna ni ikut idaman hati masing-masing. Macam aku, walaupun aku suka purple tapi idok ler aku nak buat dapur warna purple hihi. Sekarang ni aku minat kombinasi warna biru dan putih, nampak 'classy' pulak bila match dengan backsplash corak marmar (marble) dengan kepala paip bronze atau gold gituhhh...

7. Pilih worktop / countertop yang paling sesuai

Antara pilihan yang ada di pasaran sekarang ialah laminate, kayu, marble, granite, quartz, konkrit, jubin seramik dan keluli (stainless steel). Ramai yang mengidam nak countertop marble tapi hakikatnya marble ni paling susah nak jaga ye. 

8. Pilih jubin dinding dan permukaan lantai yang sesuai

Memandangkan kawasan dapur ni selalu lembap dan berminyak elok la kalau pasang jubin sebab senang nak lap / mop lepas masak. Sekarang ni banyak je jubin cantik-cantik yang trending kat IG. Kalau lantai pulak, boleh pilih nak pakai jubin, lantai kayu atau lantai laminate.

9. Pencahayaan dapur

Dapur ni kena pencahayaan yang terang supaya kita nampak la rendang tu dah masak ke dah rentung haha! Perkara yang perlu dipertimbangkan ialah ambient lighting (nak warm light atau white light), task lighting (fokus kepada worktop, singki atau dapur contohnya spotlight dengan lampu bawah kabinet) dan accent lighting (biasanya pendant lighting atas kitchen island atau LED strip light bawah kabinet gantung). Semua ni kena rancang awal-awal supaya senang nak plan litar lampu masa pasang lampu.

10. Tingkap jangan dilupakan

Tingkap ni boleh pasang blind (Venetian / roller blind), tak pun bagi tinted film je kalau tak nak pasang apa-apa window dressing.

Semoga bermanfaat utk sesiapa yang tengah merancang nak ubahsuai dapur.

Sumber artikel: "How to plan a kitchen – 10 steps to creating your dream space", realhomes.com

Kimia Kebahagiaan

Semua orang nak bahagia kan, tapi bahagia yang kekal tu tak akan tercapai sekiranya kita masih tak tahu tujuan kita diciptakan.  


Petikan dari buku Imam Al-Ghazali - Alchemy of Happiness

Buku ni aku baca beberapa tahun lepas, and it set me to ponder deeply on why I was created. Adakah kehidupan aku masa tu selari dengan matlamat aku dicipta atau sebaliknya. Banyak kata-kata hikmah yang terkandung dalam buku ni yang aku suka tapi ayat ni yang paling terkesan di hati aku.

Imam Ghazali mengingatkan kita bahawa setiap kita dicipta ada tujuan masing-masing. Ibarat barang-barang yang dicipta manusia, kita juga ada matlamat jiwa kita. Contohnya, matlamat kipas dicipta ialah untuk menyejukkan suhu bilik. Begitu juga kita. 

Tujuan utama kita dicipta ialah untuk beribadah kepada Allah. Bukanlah ini bermaksud kita menghabiskan 24 jam di atas tikar sejadah semata-mata sebab definisi ibadah ni sangat luas. Bekerja pun ialah ibadah. Jadi suri rumah pun satu ibadah. Belajar juga satu ibadah. Hatta tidur untuk merehatkan badan pada malam hari pun ialah ibadah. Begitulah indahnya ajaran Islam sebab apa yang kita lakukan selagi perbuatan tu tak dilarang dalam Islam merupakan satu ibadah.

Bila kita sedar yang kita dicipta untuk beribadah maka kita akan merasa bahagia. Contohnya, kita nak beribadah melalui karier sebagai guru untuk mendidik umat manusia, maka kita bersungguh-sungguh bekerja. Kita akan bahagia di situ walaupun mungkin ganjaran tak setimpal dengan usaha kita. Atau jika kita ikhlas jadi suri rumah untuk berbakti kepada suami dan keluarga dengan niat beribadah kepada-Nya, maka kita akan bahagia menjadi suri rumah tanpa peduli apa orang lain katakan tentang kita.

Kunci bahagia tu ialah keikhlasan dalam beribadah. Apa-apa yang kita lakukan adalah kerana Allah dan kita meletakkan kebergantungan kita sepenuhnya kepada Allah SWT. Insha Allah kita tak akan merasa derita dan resah-gelisah bila kita berpegang teguh dengan Allah SWT.


Alchemy of Happiness

Buku ni memang sesuai dibaca bagi mereka yang masih tercari-cari bagaimana menggapai bahagia dalam kehidupan. Boleh Google je 'Alchemy of Happiness' pasti akan terjumpa buku ni.


Alchemy of Happiness

Apa Maksud Ucapan 'Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menoa'?


Hari ni 1 Jun, masyarakat Dayak di Malaysia menyambut Hari Gawai. Kalau di Sarawak, memang meriah sambutan Hari Gawai, sama meriah dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Selalunya masa Hari Gawai, mesti ramai akan memberi ucapan:

Selamat Ari Gawai, Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menoa. Oohaa!

Dulu aku tak tau apa maksud 'Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menoa' ni sebab aku tak fasih berbahasa Iban. Kalau korang dengar ucapan ni, jangan pulak korang ingat ni ucapan Hari Guru. Eh, tak!

Nasib la ada Google, baru tau maknanya lebih kurang cenggini:

Selamat Hari Gawai, Moga beroleh kesejahteraan, kesihatan, nasib yang baik, hidup bahagia aman makmur di tanahair...

Kepada semua rakan-rakan yang menyambut Hari Gawai, aku ucapkan 'Selamat Hari Gawai, Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menoa