Aktiviti Hujung Minggu - Balik Kampung
Bulan lepas penyewa aku di Bintulu pindah rumah. Lepas berbincang dengan Suami Terchenta, kiteorang decide lepas ni dah tak nak sewakan rumah tu dekat sesiapa supaya senang kiteorang nak balik ke Bintulu masa cuti sekolah yang panjang. Alhamdulillah, rumah tu dah selesai hutang bank jadi dah takde komitmen bulanan yang memerlukan aku untuk cari penyewa semata-mata nak cover loan rumah.
Tiga minggu lepas, kiteorang balik ke sana sebab nak tengok condition rumah sebelum aku pulangkan deposit penyewa dan jugak sebab Suami Terchenta nak pasang CCTV dekat rumah tu. Memandangkan balik hujung minggu je, anak-anak tak ikut dan bermalam di rumah kakak aku.
 |
Tak jemu tengok langit dan lautan biru dari luar tingkap pesawat |
 |
Cantik kan pemandangan awan ni? Nampak macam awan ni terapung atas air sebab bayang-bayang yang terpantul atas permukaan lautan |
Sampai je kat Bintulu, perkara pertama yang aku cari ialah sarapan pagi. Semestinya la mee sapi Ahim yang menjadi pilihan hati.
 |
Gerai mee sapi Ahim tu dah pindah ke restoran Jom Ngeteh di Tanjung Batu, betul-betul sebelah Boulevard Mall Bintulu |
 |
Akhirnya dapat lepas rindu dengan mee sapi Ahim ni 🫶🏻 |
Dah setel bersarapan, kiteorang terus gerak ke rumah. Sebelum balik ke Bintulu, aku dah siap-siap buat temujanji dengan Wan, tukang rumah yang biasa aku panggil bila ada apa-apa kerosakan di rumah tu. Lepas diperiksa, ada beberapa kerosakan di tandas yang perlu dibaiki. Dinding pun nampaknya perlu dicat semula dan aku mintak quotation untuk repair kabinet dapur jugak.
 |
Suami Terchenta beli beberapa CCTV untuk pasang dalam dan luar rumah. Ni dia tengah test CCTV dari apps yang dia dah install dekat phone |
Alhamdulillah, sekarang dah ada rumah semula untuk kiteorang balik ke Bintulu lebih kerap. Anak-anak tak sabar nak balik cuti sekolah / Raya Haji ni, suka la dieorang dapat balik melawat Mak Yeng (mak aku) selalu lepas ni 🥰.
 |
OK dah, jom balik ke lubuk rezeki... |
alhamdulillah..semua berjalan dengan lancar
ReplyDeletebetul tu.. x jemu tgk..indah sungguh ciptaan Yang Maha Esa..subhanallah
Part favourite bila naik flight ialah menikmati pemandangan dari tingkap pesawat 😄
Deletebestnya balik kg! i rasa mcm nak balik kg jugak weekend ni sbb ada cuti wesak monday tu kan
ReplyDeleteTak jammed ke MZ? Bestnya boleh drive balik kampung 😃
DeleteAlhamdulillah...yang penting loan dah habis...seronoknya...salut lah orang yang boleh habis loan rumah cepat nie
ReplyDeleteAlhamdulillah... ada duit lebih jual rumah pertama kiteorang dekat Gombak lepas tolak hutang bank, kiteorang gunakan untuk langsaikan hutang rumah dekat Sarawak 😊 kena top up duit epf sikit tapi yg penting dah tak pening dgn hutang bank.
DeleteThe best of life bila hidup x ada hutang...
ReplyDeleteSetuju sis...
DeleteLangit biru cantiknya. Alhamdulillah settle hal2 rumah.
ReplyDeleteNak sangat ke Bintulu, ada few kawan2 di sana.
Datang la ke Bintulu Kak Mulan... Bintulu dah maju skrg, tak pening nak cari tempat tinggal sebab ada byk hotel baru tumbuh mcm cendawan hehe.
DeleteCarneyz rindu mee sapi Ahim, SA rindu mee sapi Hj Salleh...bestnya ada rumah kat Bintulu dan dah habis bayar bank...
ReplyDeleteSA sebut mee sapi Hj Salleh terus teringat ada ambik gambar masa balik raya bulan lepas hehe.
Deletelega kan bila dah selesai segala hutang piutang rumah ni?
ReplyDeletelps ni dah boleh lepak2 dengan fikiran yang tenang... ;-)
Alhamdulillah 😄
DeleteMoga Carneyz dapat selalu balik ya....
ReplyDeleteInsha Allah, lepas ni senang la cuti sekolah boleh balik ke sana 😄
DeleteBagus kalo ada rumah di kampung halaman kan. Memang tak payah bayar hotel. Sabah Sarawak ini masih jadi bucket list saya. Harap2 sangat tahun depan bisa kesana ajak Raka atau travel mates 😄. Tak sabar memang nak wisata kuliner di Sabah Sarawak.
ReplyDelete