Salam Jumaat yang mulia,
Dah sampai Jumaat, baru nak up story Isnin lepas kat sini hehe. Bila malas nak edit dan pilih gambar macam tu la jadinya. Kena tunggu kerajinan tu datang baru datang mood menulis.
Hari Isnin lepas masa cuti peristiwa sekolah Khayla, kiteorang keluar sebenarnya sebab anak dara aku nampak iklan IG tentang giant croissant di BlackBixon Cafe. Apa lagi, hantu croissant ni pun teringin nak cuba so lepas Zohor kiteorang keluar naik MRT ke kafe ni.
Nak ke tempat ni senang je - turun dekat stesen MRT Tun Razak Exchange keluar ikut pintu A lepas tu jalan kaki kira-kira 600 meter je dari stesen. Kafe ni terletak di Jalan Inai off Jalan Imbi. Landmark nak ke sini ialah Kelab Merpati, lepas tu belok kiri dan jalan terus. Confirm jumpa la.
|
Nampak signage lembu jantan ni (bixon), sampai dah la tu |
|
Bangunan kafe ni warna gelap dan ada patio kaca di sebelahnya |
Bila masuk kafe ni, terus ternampak menu giant croissant ni terpampang di sebelah pintu masuk:
|
Croissant gergasi ni sesuai untuk hantu croissant macam Khayla |
Tapiiiiii... giant croissant dah habis! 😭 Kecewa sekejap Khayla tak dapat merasa croissant gergasi yang dicari. Kalau nak kena pre-order. Untuk walk-in pun ada jugak dieorang buat tapi kuantiti terhad. So untuk walk-in hari yang kiteorang pergi tu dah habis.
Tapi dah alang-alang sampai, kiteorang decide untuk try makanan lain kat kafe ni. Pelayan kafe datang dan bawak kiteorang ke tempat makan. Ada 2 pilihan tempat duduk - nak duduk bahagian dalam ada aircond atau dekat bahagian 'luar' ada kipas angin. Since tengahari tu panas dan kiteorang berpeluh-peluh lepas berjalan dari stesen MRT, tentulah kiteorang pilih duduk dekat bahagian dalam. Bahagian atas pulak khas untuk majlis / event (kena buat tempahan dulu).
|
Ruang dalam dan 'luar' kafe |
Lepas belek-belek menu, Khayla pilih pasta BlackBixon Meatball Pomodoro (RM29), butter croissant (RM8) dan minuman hot chocolate (RM13). Lepas tu dia tanya aku boleh ke dia nak tambah classic scone (RM8) jugak? Eh eh... Boleh habis ke tu? Aku tanya balik. Dengan yakinnya dia jawab boleh. Oleh sebab jarang-jarang kitoerang keluar mother-daughter outing, aku layan je la permintaan Khayla. For myself, aku pesan Beef Burger (RM29) dengan iced chocolate (RM14).
Sementara tunggu makanan sampai, aku pergi la tengok pastri yang ada kat sini.
|
Pastri sini standard kafe-kafe hipster kat KL |
|
Antara yang menarik |
Bila aku balik ke meja, makanan pun sampai. Servis kat sini memang pantas. Makanan pun semuanya nampak menyelerakan.
|
Makanan yang dipesan Khayla |
|
Burger daging dengan charcoal bun |
Bagi aku makanan kat sini not bad la. Khayla kata pasta dia sedap, lagi-lagi dalam meatball tu ada cheese yang cair meleleh. This meatball tastes like Ikea's meatball but with cheese, kata Khayla. Iyalah, aku iyakan aje. Bagi aku meatball Ikea the best hehe. Untuk croissant pulak, Khayla kata croissant kat sini antara yang paling sedap - light and fluffy katanya. Aku cuba secebis, mmm ok memang sedap.
Burger pulak - daripada 10 mata, aku bagi 5 je la. Daging burger tu memang juicy, tapi ada rasa rempah macam makan kebab berempah. Eh, aku nak burger American bukan burger berempah. Lepas tu fries pulak tawar. Sebenarnya bagus untuk aku, kan kena elakkan makan masin haha. So kalau nak fries sihat boleh la cuba order burger kat sini.
Aku baca komen online kat sini kopinya sedap tapi memandangkan aku pantang kopi kan, so tak dapat nak verify.
Overall, aku suka decor kafe ni yang nampak klasik moden, lokasi tak jauh dari stesen MRT dan servis pun cepat. Makanan bagi aku biasa je la kot, ada yang kena dengan tekak dan ada yang tak. Standard kafe hipster.
BlackBixon CafeAlamat: 17 Jalan Inai, Off, Jln Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Masa operasi: 8 pagi - 10 malam