• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Saturday, January 27, 2024

Kenapa Jarang Update Blog dan Blogwalking

First time naik LRT kosong macam ni


Gambar takde kaitan sebenarnya haha. Aku just nak bagitau reason kenapa blog aku sekarang jarang update. Sekarang aku tengah fasa tukar ubat baru so tengah deal dengan efek ubat baru pulak. Minggu lepas doktor tukar lagi ubat darah tinggi untuk aku sebab masih lagi tak stabil. Mana taknya, 3 kali ambik bacaan, asyik berubah-ubah. Kejap tinggi, kejap elok. Last-last dia tanya, 

"You ada anxiety ke?" 

"Ye, doktor. Saya ada masalah anxiety."

Oleh sebab tu, dia bagi ubat jenis beta blocker yang katanya dia selalu prescribed untuk orang yang ada masalah anxiety dan darah tinggi. So far, efek ubat ni nampak serasi dan buat aku rasa chillax je sebab ubat ni memperlahankan denyut jantung.

Kadang-kadang aku chillax sangat sampai mengantuk haha. At the same time, otak aku chillax sampai nak buat satu ayat pun terkebil-kebil. Jadi nak buat satu entry tu memang ambik masa la. 

Anyway, sekarang badan dah slowly mula adapt dengan ubat baru ni. Insha Allah, aku cuba untuk update blog sekerap mungkin lepas ni.

Nota kaki: ICJ dah keluarkan perintah interim terhadap kes yang berlaku di negara bergolak. Keputusan yang mengecewakan kedua-dua pihak, terutama pihak yang tengah ditindas dan dibiarkan kebuluran tanpa pembelaan dari kuasa-kuasa besar. Hanya Allah yang Maha Adil dan Saksama, kepada Allah kita berserah dan memohon agar saudara-saudara kita mendapat keadilan yang sewajarnya. Ameen Ya Rabbal Alameen...

Read more »
on Saturday, January 27, 2024 28
Share this!
Tags
Daily Life, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Friday, January 26, 2024

Penginapan di London

Sepanjang berada di London,  kiteorang menetap di Lewisham, Greater London yang terletak di Zon 2. London terbahagi kepada 3 zon iaitu Zon 1, 2 dan 3. Zon 1 betul-betul dekat kota London dan biasanya penginapan di Zon 1 agak mahal sebab paling dekat dengan tempat-tempat tumpuan pelancong. Senang cerita, Zon 1 ni umpama duduk dekat dengan KLCC dan Bukit Bintang la.

Zon 2 pulak terletak di luar sikit dari London tapi masih lagi dalam jarak yang dekat. Apartment yang kiteorang duduk ni dalam 10 minit je naik metro ke Big Ben. Tapi beza harga penginapan di kedua-dua zon ni agak ketara, sebab masa kiteorang survey tempat penginapan hari tu, harga apartment di Zon 1 sekitar RM5k+ dan harga apartment di Zon 2 pulak dalam RM3k+. 

Aku book apartment ni melalui Airbnb (ni sebelum dapat tau yang Airbnb ni beroperasi di kawasan penempatan haram Is*ael).

Apartment ni memang sesuai untuk 4 orang sebab cuma ada 2 katil Queen size. Ada sebuah bilik tidur, ruang tamu yang bersambung dengan dapur dan bilik air. Kat UK ni saiz rumah agak comel tapi tak la secomel rumah di Jepun 😅.


Bilik tidur

Sofa bed di ruang tamu

Ruang dapur

Bilik mandi ada bathtub dan rain shower

Tandas duduk tapi style mat salleh la, takde hos air / bidet / gayung nak basuh ye 😜

Kemudahan cukup lengkap dan selesa. Dapurnya lengkap dengan peti sejuk, microwave, oven, dapur, cerek, coffee maker, pinggan-mangkuk, toaster dan periuk untuk memasak. Tuala mandi disediakan untuk 4 orang. Cuma sabun dan syampu je kena bawak sendiri. Dekat UK ni jangan hairan bila tengok mesin basuh dekat dapur ye. Sepanjang kiteorang kat London memang hari-hari buat laundry sebab walaupun tak berpeluh tapi still tak selesa kena ulang pakai baju yang sama lagi-lagi baju inner thermal tu. Satu lagi, sebab banyak berjalan jadi kaki memang berpeluh dan stokin kena la basuh hari-hari memandangkan kiteorang travel light tak bawak baju yang banyak (sebab dah tau kat tempat kiteorang stay ada mesin basuh). Oh ya, sabun laundry pun disediakan oleh hos Airbnb. Untuk keringkan baju pulak, ada tempat sidai baju dalam bilik air dan it's a heated drying rack. Kalau terkena tangan memang rasa nak menyumpah sebab panas! 🤣


Kopi, teh dan gula pun disediakan oleh tuan rumah
 

Perkara yang aku suka tentang Airbnb ni ialah lokasinya yang convenient - 5 minit dari metro station dan bersebelahan dengan kedai runcit. Hos pun baik dan bagi penerangan terperinci tentang cara-cara nak ke rumah, kat mana nak ambik kunci rumah dan tempat menarik di sekitar Lewisham. Bila tanya macamana nak ke Luton Airport, cepat je dia jawab Whatsapp.

Cuma tak bestnya tilam dalam bilik tidur tu tak berapa selesa sebab tilam lama dan rasa tenggelam bila dah baring lama-lama. Lepas tu heater pulak dah set certain temperature tak boleh adjust jadi kalau rasa panas sangat, kena bukak sikit tingkap bagi rasa sejuk sikit. Tapi ok la kan, daripada takde heater langsung 🤭. 

Read more »
on Friday, January 26, 2024 30
Share this!
Tags
Hotel Reviews, Travel Stories
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Thursday, January 25, 2024

London (Day 3)

Sambungan dari:


  • 🇬🇧     London (Day 1)
  • 🇬🇧     London (Day 2)

Esoknya lepas Subuh kiteorang breakfast repeat lauk ayam masak merah malam sebelumnya. Memang bertambah-tambah nasi sebab malam tu kiteorang terlalu penat sampai tak larat makan, jadi bangun pagi tu terus lapar nauzubillah! 🤣 Tak jadi Aini merajuk sebab dia penat-penat masak tapi kiteorang makan sikit je hehe.


Ambik gambar untuk kenangan, Insha Allah ada rezeki kita datang melawat lagi

Lepas makan dan semua dah ready nak keluar rumah, sekali lagi Aini & Fazrul offer hantar ke metro station. Pagi tu sejuk sangat sampai berkabus.


Luar rumah Aini dan Fazrul

Hendon UK
Misty morning in Hendon, UK

Hendon UK
Dari Hendon Station, kiteorang naik metro selama 35 minit dan berhenti di London Bridge station

Tujuan berhenti di London Bridge station ialah sebab nak ke destinasi seterusnya dalam itinerary:

Borough Market
Borough Market ialah sebuah pasar bersejarah yang bermula pada tahun 1756. Ianya ialah pasar makanan yang terkenal di mana ramai pelancong ke sini untuk food-hunting. Selain menjual makanan yang dimasak, Borough Market jugak menjual pelbagai bahan makanan

London UK
Antara gerai-gerai yang menarik - Kiri atas: Belgian truffle mayonnaise, kanan atas: kedai menjual pelbagai barang berasaskan minyak zaitun, kiri bawah: gerai roti, kanan bawah: gerai menjual waffle, hot chocolate dan aiskrim dari susu kambing

Walaupun rambang mata dan rasa nak beli untuk bawak balik, tapi end up aku tak beli sebab was-was dengan status halal (contohnya macam truffle mayonnaise tu, walaupun aku suka truffle tapi bimbang truffle tu ialah cendawan yang digali oleh khinzir). Sama jugak dengan cheese dekat sana walaupun nampak sedap tapi risau ada bahan yang tak halal dalamnya.

London UK
Ada banyak gerai yang menjual cheese di sini

London UK
Nampak menggoda betul biskut dan pastri yang dijual di sini

Khadeeja pantang tengok pavlova macaron ni terus mintak belikan. Manis tau, dik oii!

Silap betul datang ke sini waktu perut masih kenyang sebab auto tak rasa nak makan apa-apa walaupun ada je gerai yang menarik. Tapi sebab dah sampai sini, aku beli la jugak seafood paella ni (halal) dan kongsi makan dengan Suami Terchenta dan anak-anak. Sedap tapi tu la, perut masih kenyang:


Borough Market
Seafood paella

Dah setel jalan-jalan dalam Borough Market, kiteorang pun pergi ke destinasi kedua iaitu King's Cross Station.


London UK
King's Cross Station

King's Cross Station ni ala-ala KL Sentral di KL la. Stesen keretapi yang menghubungkan London dengan negara-negara Eropah yang lain melalui terminal St Pancras International ni ialah salah sebuah stesen yang tersibuk di UK. Apa yang menarik dekat sini? Buat peminat-peminat Harry Potter, semestinya kenal tempat ni sebagai stesen keretapi yang membawa para pelajar Hogwarts ke sekolah dieorang melalui Platform  9 3/4.


Platform 9 3/4
King's Cross Station

Platform 9 3/4
Barisan pelancong yang nak ambik gambar di Platform 9 3/4 sampai ke luar pintu masuk stesen!

King's Cross Station
Lepas beratur selama sejam barulah kiteorang dapat ambik gambar kat sini. Takde bayaran dikenakan walaupun ada props disediakan (melainkan kalau nak beli gambar dari jurugambar dekat situ)

Harry Potter
Barisan pelancong yang beratur untuk masuk ke kedai cenderahati menjual barangan Harry Potter

Memandangkan Suami Terchenta dah sakit belakang balik sebab beratur selama sejam, sudahnya kiteorang decide untuk balik ke Airbnb je untuk mandi, solat dan Suami Terchenta kena ambik pil tahan sakit. Kesian pulak sakit belakang pun kena paksa diri untuk bergerak sebab aktiviti seterusnya dah dibayar.

Aktiviti kiteorang malam tu ialah Christmas Lights Tour of London menaiki bas dua tingkat yang aku tempah melalui aplikasi Klooks jugak. Harga tiket untuk 4 orang ialah RM500+.


London UK
Beratur naik bas

London UK
Duduk bas open air dalam cuaca sejuk suhu di bawah 10℃, gigil beb! Sepanjang 1.5 jam atas bas tu, aku rasa muka aku beku kena angin sejuk! 🤣

Christmas Lights Tour
Bas pusing kotaraya London untuk bawak tengok monumen bersejarah dan lampu-lampu Krismas yang meriah. Malam minggu kota London memang sesak dengan orang ramai ala-ala dekat Bukit Bintang KL, tapi 3x ganda lagi sesak!

English Tea Bus
Kalau naik bas yang ni pulak siap dapat afternoon tea tapi harga lebih mahal kalau tak silap
 
London UK
Antara bangunan yang kiteorang limpas ialah His Majesty's Theatre

Video sekitar kota London yang sempat aku rakamkan dalam keadaan menggigil 😄 :


I was never more glad when the tour reached its end sebab walaupun ada hand warmer yang beli di Daiso tu pun tak cukup hangat untuk panaskan badan! Kiteorang turun je dari bas terus cari minuman panas. 

Malam tu, Aini dan Fazrul ajak kiteorang keluar makan pulak. Mula-mula dieorang nak pergi restoran masakan Malaysia, Rasa Sayang di Chinatown tapi since dinner plan ni mengejut jadi dieorang tak sempat nak buat tempahan restoran dan malam minggu pulak memang penuh restoran-restoran makanan Asia. 


London UK
Chinatown UK ada vibe Chinatown dekat KL 😁

End up dieorang ajak ke restoran makanan Itali, Vapiano.


London UK
Zaman bujang dulu aku, Aini, Fazrul dan Jen selalu keluar makan sama-sama dan sekarang pulak makan sama-sama tapi dengan anak-anak (dan Suami Terchenta)

Vapiano UK
Antara makanan yang kiteorang pesan - gambar atas: pasta yang anak-anak pesan, bawah: sup pumpkin (aku punya) dan pizza cendawan (Suami Terchenta punya)

Alhamdulillah, makan malam kiteorang dibayar oleh Fazrul. Terima kasih, Fazrul belanja makan! Semoga murah rezeki Fazrul dan Aini dan dapat selalu balik ke Malaysia 🤲🏻.

Lepas makan malam, kiteorang gerak balik ke Airbnb sebab esok pagi dah nak check out dan pergi ke airport. To be honest, 3 hari tak cukup nak explore kota London, apa lagi bila travel dalam keadaan Suami Terchenta yang sakit belakang. Tapi yang penting, tercapai hasrat nak ziarah Aini dan Fazrul di rumah dieorang lepas sekian lama dieorang mengajak ke London. Insha Allah ada rezeki lagi boleh repeat trip ke London dan melawat tempat-tempat lain pulak, especially Suami Terchenta yang kempunan tak dapat melawat stadium pasukan bola sepak yang terkenal (alasan nak mengajak ke sana lagi 😆).

Read more »
on Thursday, January 25, 2024 20
Share this!
Tags
Friends Ooh La La, International, Travel
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Saturday, January 20, 2024

Ada Apa di Naj & Belle?

Masa kiteorang ke KLAF 2023 kiteorang singgah makan di Naj & Belle. Dah lama sebenarnya perasan kewujudan Naj & Belle dekat KL East Mall, tapi sebelum tu tak pernah singgah. Kebetulan masa sampai tu dah tengahari dan aktiviti Khadeeja pun belum habis lagi, jadi singgah la makan dekat restoran ni.


Naj & Belle Bangsar

Masa sampai, aku tengok ramai orang makan kat kedai ni. Tapi ada la 4-5 buah meja kosong jadi dapatlah kiteorang tempat duduk.

Servis cepat dan mesra. Masa duduk, aku perasan ada air mineral kayangan atas meja. Suami Terchenta dah nak bukak sebab dia haus tapi aku cakap baik tanya dulu free ke, sebab air kayangan ni. Mujur tanya, rupa-rupanya berbayar ye 😂. Nasib baik tak bukak lagi hehe.


Naj & Belle
Khayla gigih menelaah menu. Penampakan air mineral kayangan atas meja


So, ada apa di Naj & Belle? Ni makanan yang kiteorang pesan:


Naj & Belle
The Hermit (RM36) - makanan aku pesan. Ada poached egg, crispy soft shell crab, salad dan croissant.  Bagi aku, ketam soft shell tu digoreng terlalu garing sampai kering dan tak juicy isinya. Penat mengunyah. Aku tak makan pun croissant tu sebab nampak macam croissant frozen yang dipanaskan dalam oven je. Lagipun tak matching pulak croissant dalam hidangan ni.

Naj & Belle
Naj & Belle Fish & Chips (RM38) - order Khayla. Dia suka, katanya lagi sedap dari yang dekat London 😬 Tapi sos tartar tu pulak aku rasa lebih sedap yang di London

Naj & Belle
Nasi goreng ulam ayam bakar (RM35) - order Suami Terchenta. Dia kata sedap tapi banyak sangat lauk. Sudahnya tak habis makan. Sambal tu biasa-biasa je katanya.

cakes and dessert
Dessert dan kek - memandangkan masing-masing dah kekenyangan jadi takde la pesan dessert dekat sini. Harga pun agak keras.

Pendek kata, erm... OK la. Takde yang wow sangat bagi aku. Mungkin tempat ni famous untuk makanan lain macam pasta atau dessert.

Kalau nak try korang boleh la datang ke sini:


Naj & Belle Bangsar
Alamat: Jln Tandok, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Masa operasi: 11 pagi - 10 malam (Sabtu & Ahad: 10 pagi - 10 malam)
IG: @najnbelle
Read more »
on Saturday, January 20, 2024 23
Share this!
Tags
Food, Restaurant and Outlet
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Wednesday, January 17, 2024

Ajar Anak-anak Naik LRT Sendiri

Ahad lepas, anak-anak ada playdate dengan kawan-kawan dieorang di Wangsa Walk. Pagi tu kiteorang hantar dieorang ke sana, tapi balik aku bagitau kena balik sendiri. Aku cuma mintak tolong kawan aku yang jugak ibu kepada salah seorang kawan anak-anak aku untuk hantar dieorang dekat stesen LRT terdekat (dia drop off anak-anak di stesen Setiawangsa). 

Kawan aku siap tanya, "Eh, betul ke you nak suruh dieorang balik sendiri? I boleh hantarkan dieorang balik." 

Tapi aku cakap, "Eh, takpe. I tengah latih dieorang macamana nak guna pengangkutan awam. Dieorang dah tau macamana nak pergi and balik dari sekolah naik MRT dan tukar ke LRT, sekarang I tengah expand their capability to take the LRT from a different route". 

Kawan aku ni gelak je la, katanya, you ni memang ex-HR betul la 🤭.

Sebelum keluar rumah aku dah bagi briefing kena tunggu dekat platform mana dan turun di stesen mana. Mula-mula nampak dieorang takut-takut je, tapi yang bagusnya dieorang berani mencuba. Jadi dengan lafaz bismillah, aku pun lepaskan dieorang keluar pagi tu dengan harapan takde la dapat call mintak ambik kat mana-mana sebab tersesat 😆.


Malaysia public transport
Gambar yang kawan aku ambik sebagai bukti dieorang dah selamat sampai ke stesen Setiawangsa 🤣

Cumanya - dah nama training, idok ler aku lepas 100% kan. Aku tunggu jugak dekat LRT Masjid Jamek untuk ambik dieorang kat situ sebab dari Masjid Jamek ke stesen Bandaraya nak kena naik bas perantara pulak. Yang ni belum masuk dalam training module lagi 😜. Hari tu jugak la baru aku ajar dieorang kat mana nak tunggu bas nak ke stesen Bandaraya pulak.

Dah sampai stesen Bandaraya, aku pura-pura bagi alasan nak makan jap dekat Sogo. Dua ketul budak yang dah kepenatan ni taknak ikut (macam yang aku dah agak), dieorang kata takpelah kiteorang balik dulu. Tau tak macamana nak balik? Aku tanya. Ye, naik je LRT sampai stesen terakhir. Good job, anak-anak.


Malaysia public transport
Meneruskan perjalanan ke stesen terakhir sebelum menapak balik ke rumah

Alhamdulillah, dah boleh hidup dekat KL ni naik pengangkutan awam 😄. 


Doa keluar rumah

بِسْمِ اللهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللهِ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ

Bismillahi tawakkaltu ‘alallah, laa haula wa laa quwwata illaa billaah

Maksud : Dengan nama Allah (aku keluar). Aku bertawakal (berserah diri) kepada Allah, tiada daya upaya melainkan dengan izin Allah.

Jangan lupa jugak untuk baca doa perlindungan untuk anak-anak setiap kali mereka melangkah keluar ke sekolah atau ke mana-mana.


Lepas ni mommy dah tak payah teman walk-walk (jalan-jalan) sebab korang dah pandai walk-walk sendiri. Asal jangan jadi kaki rayau sudah ye.
Read more »
on Wednesday, January 17, 2024 43
Share this!
Tags
Daily Life, Family, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Belajar Jadi Positif Dari Puan Masitah (@mashyta_oneandonly)
    Baru-baru ni aku terbaca tentang seorang wanita yang sangat positif dan redha dengan ujian yang Allah turunkan ke dalam hidupnya. Selepas te...
  • Hari Keluar Berjalan-jalan Dengan Mak
    Semalam aku ajak mak keluar. Kebetulan Khayla pun ada aktiviti ko-kurikulum dan turun awal ke sekolah so boleh la aku keluar bawak mak jala...

Blog Favourite

  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    37 minutes ago
  • SURIA AMANDA
    1 hour ago
  • .: ceritera Kehidupan :.
    1 hour ago
  • .:: My Life & My Loves ::.
    1 hour ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    1 hour ago
  • KakmimDotCom
    1 hour ago
  • My Small World
    1 hour ago
  • KasihkuAmani
    2 hours ago
  • a m m i
    2 hours ago
  • mulan@peace,love&harmony
    3 hours ago
  • Travel My Way
    3 hours ago
  • Miles of smiles
    4 hours ago
  • Syazni Rahim Blog
    12 hours ago
  • Drawing the Words
    12 hours ago
  • Hari hari yang ku lalui...
    14 hours ago
  • Amie's Little Kitchen
    14 hours ago
  • orangbukit
    14 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    16 hours ago
  • Mreneyoo
    19 hours ago
  • mrhanafi.com
    20 hours ago
  • LIFE WITH LOVE
    23 hours ago
  • Anies♥You
    23 hours ago
  • Krabat Kramat
    1 day ago
  • Aku Sis Lin
    1 day ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    1 day ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    1 day ago
  • Dapur Cik- Nur
    1 day ago
  • anajingga
    1 day ago
  • Titian Perjalanan
    2 days ago
  • Antara Doha dan Jakarta™
    3 days ago
  • Hidup Itu Indah
    3 days ago
  • Blog Anamizu™
    1 week ago
  • Warisan Petani
    1 week ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    1 week ago
  • Shuhaida Kabdy
    2 weeks ago
  • Afzan Sidi
    2 weeks ago
  • Ainihalim
    5 weeks ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    1 month ago
  • Inilah Shaizhar
    1 month ago
  • Ako Tetap Ako
    1 month ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    2 months ago
  • Blog Sal
    2 months ago
  • Sunah Sakura
    3 months ago
  • Asa Blog
    3 months ago
  • Kait dan Lari
    11 months ago
  • Stories About My Journey
    1 year ago
  • Sodep
    9 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.