Ahad lepas, anak-anak ada playdate dengan kawan-kawan dieorang di Wangsa Walk. Pagi tu kiteorang hantar dieorang ke sana, tapi balik aku bagitau kena balik sendiri. Aku cuma mintak tolong kawan aku yang jugak ibu kepada salah seorang kawan anak-anak aku untuk hantar dieorang dekat stesen LRT terdekat (dia drop off anak-anak di stesen Setiawangsa). 

Kawan aku siap tanya, "Eh, betul ke you nak suruh dieorang balik sendiri? I boleh hantarkan dieorang balik." 

Tapi aku cakap, "Eh, takpe. I tengah latih dieorang macamana nak guna pengangkutan awam. Dieorang dah tau macamana nak pergi and balik dari sekolah naik MRT dan tukar ke LRT, sekarang I tengah expand their capability to take the LRT from a different route". 

Kawan aku ni gelak je la, katanya, you ni memang ex-HR betul la 🤭.

Sebelum keluar rumah aku dah bagi briefing kena tunggu dekat platform mana dan turun di stesen mana. Mula-mula nampak dieorang takut-takut je, tapi yang bagusnya dieorang berani mencuba. Jadi dengan lafaz bismillah, aku pun lepaskan dieorang keluar pagi tu dengan harapan takde la dapat call mintak ambik kat mana-mana sebab tersesat 😆.


Malaysia public transport
Gambar yang kawan aku ambik sebagai bukti dieorang dah selamat sampai ke stesen Setiawangsa 🤣

Cumanya - dah nama training, idok ler aku lepas 100% kan. Aku tunggu jugak dekat LRT Masjid Jamek untuk ambik dieorang kat situ sebab dari Masjid Jamek ke stesen Bandaraya nak kena naik bas perantara pulak. Yang ni belum masuk dalam training module lagi 😜. Hari tu jugak la baru aku ajar dieorang kat mana nak tunggu bas nak ke stesen Bandaraya pulak.

Dah sampai stesen Bandaraya, aku pura-pura bagi alasan nak makan jap dekat Sogo. Dua ketul budak yang dah kepenatan ni taknak ikut (macam yang aku dah agak), dieorang kata takpelah kiteorang balik dulu. Tau tak macamana nak balik? Aku tanya. Ye, naik je LRT sampai stesen terakhir. Good job, anak-anak.


Malaysia public transport
Meneruskan perjalanan ke stesen terakhir sebelum menapak balik ke rumah

Alhamdulillah, dah boleh hidup dekat KL ni naik pengangkutan awam 😄. 


Doa keluar rumah

بِسْمِ اللهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللهِ، لَا Ø­َوْلَ وَلَا قُوَّØ©َ Ø¥ِلَّا بِاللهِ

Bismillahi tawakkaltu ‘alallah, laa haula wa laa quwwata illaa billaah

Maksud : Dengan nama Allah (aku keluar). Aku bertawakal (berserah diri) kepada Allah, tiada daya upaya melainkan dengan izin Allah.

Jangan lupa jugak untuk baca doa perlindungan untuk anak-anak setiap kali mereka melangkah keluar ke sekolah atau ke mana-mana.


Lepas ni mommy dah tak payah teman walk-walk (jalan-jalan) sebab korang dah pandai walk-walk sendiri. Asal jangan jadi kaki rayau sudah ye.

43 comments:

  1. wahhh behave nyaaa 2 beradik ni👍👍👍👍

    ReplyDelete
  2. nnt beritahu khayla & khadeeja kalau ada org tegur dlm lrt, sy laa tu yg tegur sbb sy hari2 naik lrt😁😁 #gurauje

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, klu jumpa tegur je tapi mesti dieorg ni buat tak tau sbb dah pesan jgn cakap dgn strangers 😜

      Delete
    2. hahaha...
      lepas ni boleh g jauh sikit sampai putrajaya pula ;-)

      Delete
  3. Memang kena belajar berdikari dan mak² kena keringkan hati kan. Esok² mana tahu belajar kat luar negara, dah tak gusar nak lepaskan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye SK. Zaman kita dulu lagi la, mana ada hp pun nak call rumah klu tersesat. Pandai2 sendiri la cari jalan balik ke rumah hihi. Saya first time naik bas awam & van sapu masa form 1, umur anak sulung la. Dah la kena tukar bas 2x baru sampai rumah dari sekolah.

      Delete
  4. Baguslah ajar sambil pantau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah mak2, walaupun dah niat nak mengajar tapi dalam hati masih lagi risau hehe

      Delete
  5. wahhhh bagus ni training siap-siap hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua benda saya ajar dieorg awal2 supaya dieorg tak rasa kekok kemudian.

      Delete
  6. Mrs. A pun suka ajar anak-anak berdikari tapi dengan pemantauanlah
    Hasbunallah wa nikmal wakeel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, mula2 kita kena pantau sampai dieorg dah biasa dan tak kekok lagi.

      Delete
  7. Saya mula lepas Dania masa sekolah menengah kot. Kena train dan pantau dalam masa yang sama.....Good Job!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, kita ni lagi la risau sbb anak perempuan... tapi lebih baik ajar dieorg berdikari drp terlalu bergantung dengan orang lain.

      Delete
  8. good training tu!! my zharfan sgt independent bab2 gini..dari kecik i biasakan dia travel sorang...balik kg naik flight sorang..siap staff AA tu escort la (masa tu umur zharfan 12 tahun or 13 tahun)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pernah masa kecik dulu jadi wakil sekolah darjah 6 kena fly dari Bintulu ke Kuching naik flight sorang2. Masa tu takde AA lagi kan, so naik MAS. Masa tu dipanggil Young Passenger Travelling Alone, kena pakai lanyard & pramugari hantar sampai dalam flight, dapat tempat duduk paling depan supaya senang pramugari nak pantau.

      Delete
  9. Alhamdulillah, boleh berdikari.. semoga Allah berikan keselamatan pada semua anak-anak kite .. ameeennn.. kadang2 mak yg terlebih risau dan takut nak bagi berdikari.. tu lady sendiri la.. huhuhu.. nak suh beli gula kedai tepi rumah pun bimbang .. aduhai ibu... macam2 terlintas di kepala ibu ni ha.. anak periksa pun ibu yang kalut lebih2.. anak2 tenang jerk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah naluri keibuan kita ni bersifat pelindung kan... memang risau je takut jadi apa2. Klu siang hari dekat tempat yg ramai org lalu-lalang, saya berani la sikit nak bagi dieorg naik pengangkutan awam tapi kena berteman la. Klu sorang2 belum berani lagi.

      Delete
  10. bila anak2 dah sek men , mak ayah hantar/tunggu kat Lrt je, he hee walau kadang risau tp tawakal Insyaallah minta Allah lindungi mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, tawakal dan doa ibu je mengiringi dieorg bila keluar rumah..

      Delete
  11. Alhamdulillah.mariu berdoa laluan masjid jamek-bandaraya tu cepat pulih supaya tak payah susah-susah naik bas perantara dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhhh lama betul nak tunggu dieorg repair tiang yg retak tu kan. Rasa dah setahun lebih tak setel jugak. Harap2 tahun ni dah siap la kerja baikpulih tu.

      Delete
  12. Baguslah Carneyz, ajar anak berdikari, naik LRT sendiri. Comel je gambar last, masa dia orang kecik tu. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, masa dieorg kecik dulu. Petang2 je pantang ajak walk-walk dieorg yg paling depan berdiri dekat pintu lift hehe.

      Delete
  13. bagus mcm ni.. janji x salah gunakan kepercayaan yg kita kasi .. kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu MA. Alhamdulillah anak2 setakat ni tak reti lagi nak ada boipren2 ni :P takde la omaknya risau hehe

      Delete
  14. Betul tu...

    Macam orang jepun, kecik2 dah latih macam ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun cakap benda yg sama dgn dieorg, kat Jepun budak tadika dah diajar naik tren tanpa ditemani mak ayah. Tapi dieorg naik dgn kawan2 la hehe

      Delete
  15. wah.. alhamdulillah... dah independent org dara 2K... dah verified org kl tok... hahaha... mcm kmk dolok kn study di upm, asal geng² dr kch ke raon kl ada jak kmk ngulu ke sana sini nait tren... sampei nektok sidak ingat belajar nait tren di kl dgn kmk... haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lom gik tok haha. Baru level 1 kata orang :P

      Delete
  16. Wah baguslah sudah bisa mandiri,yang penting selalu dalam pemantauan orang tua aja kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Mreneyoo, belajarnya harus dipantau jugak sebab walaupun kita percaya dengan anak2 tapi sebab anak perempuan jadi rasa risau tu memang ada hehe

      Delete
  17. Replies
    1. Kakak dah berani klu mintak hantarkan adik ke sekolah naik LRT dan MRT, tapi yang adik belum berani lagi nak pergi seorang diri.

      Delete
  18. waa bagus nya ajar berdikari naik LRT sendiri .. mmg bagus.. dulu masuk asrama kena belajar naik bas balik rumah di Ampang huhuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman kita dulu rasanya lebih awal berdikari, saya naik kapal terbang tanpa mak ayah masa umur 12 tahun, masuk form 1 dah belajar naik bas awam dari sekolah ke rumah / nak ke bandar.

      Delete
  19. Tahniah Carneyz. Kiranya ini satu pembelajaran terancang. Didik anak berdikari, dan biasakan membuat keputusan sendiri. Anak akan lebih yakin dan berani.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam tu la harapnya Kak Amie. Ramai kawan yg ada anak-anak sebaya belum cukup yakin nak lepaskan anak2 naik pengangkutan awam sendiri, tapi saya tengok ramai je student sekolah yang pergi ke sekolah naik LRT dan MRT di sini.

      Delete
  20. Hahahahahah saya nak belajar lah dari kakak nanti 😂.

    Memang hrs dilatih begini anak2. Tapi jujur saya belum berani lepas anak di jakarta ini kak. Jauh lebih seram drpd KL. Apalagi mass trasnportnya belum banyak menjangkau mana2 tempat. Jadi makin tak berani kalo sampai mereka kluar platform. Jangan kan mereka, saya saja tak menguasai mrt, lrt jakarta 😅. Krn stasiunnya jauuuh dari rumah saya. Makanya tak pernah naik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun cuma berani sebab jarak stesen LRT dari rumah tak jauh dan ada ruang pejalan kaki yang sibuk dan tak sunyi 😄 Kalau sampai kena keluar dari stesen LRT dan berjalan kaki di tempat yang tak ramai orang lalu-lalang contohnya dari stesen MRT KLCC Park ke KLCC saya rasa belum berani lagi nak bagi hehe.

      Delete
  21. walaupn jarang naik tapi perlu juga ajar diorg kan agar diorg tau

    ReplyDelete
  22. Good job anak- anak...macam tu la SA ajar dania naik public transport...sejak dah ada keta ni je dia acah2 rimas naik public transport..ngade kan...tapi insyaallah dengan anak- anak ni kita kena letak trust tinggi skit...baru diorang berani independent..cuma naluri kita mak2 ni yang kadangkala bimbang kan...kena ada perasaan bimbang jugak at least...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .