Masa kiteorang ke KLAF 2023 kiteorang singgah makan di Naj & Belle. Dah lama sebenarnya perasan kewujudan Naj & Belle dekat KL East Mall, tapi sebelum tu tak pernah singgah. Kebetulan masa sampai tu dah tengahari dan aktiviti Khadeeja pun belum habis lagi, jadi singgah la makan dekat restoran ni.


Naj & Belle Bangsar

Masa sampai, aku tengok ramai orang makan kat kedai ni. Tapi ada la 4-5 buah meja kosong jadi dapatlah kiteorang tempat duduk.

Servis cepat dan mesra. Masa duduk, aku perasan ada air mineral kayangan atas meja. Suami Terchenta dah nak bukak sebab dia haus tapi aku cakap baik tanya dulu free ke, sebab air kayangan ni. Mujur tanya, rupa-rupanya berbayar ye πŸ˜‚. Nasib baik tak bukak lagi hehe.


Naj & Belle
Khayla gigih menelaah menu. Penampakan air mineral kayangan atas meja


So, ada apa di Naj & Belle? Ni makanan yang kiteorang pesan:


Naj & Belle
The Hermit (RM36) - makanan aku pesan. Ada poached egg, crispy soft shell crab, salad dan croissant.  Bagi aku, ketam soft shell tu digoreng terlalu garing sampai kering dan tak juicy isinya. Penat mengunyah. Aku tak makan pun croissant tu sebab nampak macam croissant frozen yang dipanaskan dalam oven je. Lagipun tak matching pulak croissant dalam hidangan ni.

Naj & Belle
Naj & Belle Fish & Chips (RM38) - order Khayla. Dia suka, katanya lagi sedap dari yang dekat London 😬 Tapi sos tartar tu pulak aku rasa lebih sedap yang di London

Naj & Belle
Nasi goreng ulam ayam bakar (RM35) - order Suami Terchenta. Dia kata sedap tapi banyak sangat lauk. Sudahnya tak habis makan. Sambal tu biasa-biasa je katanya.

cakes and dessert
Dessert dan kek - memandangkan masing-masing dah kekenyangan jadi takde la pesan dessert dekat sini. Harga pun agak keras.

Pendek kata, erm... OK la. Takde yang wow sangat bagi aku. Mungkin tempat ni famous untuk makanan lain macam pasta atau dessert.

Kalau nak try korang boleh la datang ke sini:


Naj & Belle Bangsar
Alamat: Jln Tandok, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Masa operasi: 11 pagi - 10 malam (Sabtu & Ahad: 10 pagi - 10 malam)
IG: @najnbelle

23 comments:

  1. Kalau sedap bayar mahal pun puas hati. Tapi kalau mahal tapi tak sedap tak repeat la dah makan kan. Hihi

    ReplyDelete
  2. rege standard cafe chef wan jugaklah tu...for me, sekali sekala boleh laaa esp kalau ada aim nak mkn apa2 kat restoran tu kan

    ReplyDelete
  3. Wah, orang London pun kalah rupanya ya, Khayla. Tapi, order Carneyz tu nampak sedap, rupanya mengecewakan ya.. alahai..

    ReplyDelete
  4. Tau je tempat nak menyinggah kamu ni kan?

    ReplyDelete
  5. harap2 makanan kat situ sedap2 belaka. yummy.....

    ReplyDelete

  6. Presentation semua nampak lawa but taste wise bergantung pada tekak masing-masingkan... Apapun selagi tak cuba tak tau kan hihi

    ReplyDelete
  7. menu nasi goreng ngan ayam bakar tu besar juga ayamnya...adik pernah mkn dkt outlet bangsar ni...kakaknya tgk kt outlet kl east mall tp blum singgah lg....adik kata sedap menu pasta

    ReplyDelete
  8. Cantik-cantik tampilan makanan yg tersaji,sayang mau di makanπŸ˜€

    ReplyDelete
  9. Presentation tu yang buat mahal...

    ReplyDelete
  10. nampak semua makanan tu sedap-sedap..

    ReplyDelete
  11. tak pernah pergi walaupun dekat dengan office. huhu. kalau saya, harga mahal kalau tak habis saya tapau

    ReplyDelete
  12. Nampak sedap, tapi harga agak tinggi. Standard Bangsar la, ye.

    ReplyDelete
  13. sipbaik tanya dulu kalu main togok je air mineral kayangan tu kompom tersedak dgr harga hehe

    ReplyDelete
  14. bila tgk harga... fuhhh!
    bila tgk lokasi... hmm patut laaa
    hehehe faham2

    ReplyDelete
  15. nampak sedap pula dessert bergulung tu
    kompem bukan kek tapak kuda or tapak gajah hehehe
    pekena dgn secawan kopi latee fuhhh
    heavennn...

    ReplyDelete
  16. makanan sedap bayar mahal pun rasa berbaloi dan akan repeat untuk self-reward.. kalau jadi tak sedap tu.. hmm

    ReplyDelete
  17. Selalu lalu depan KL East Mall ni tapi tak pernah masuk lagi huhuuu..
    Nampak sedap makanan di Naj Belle ni... :D

    ReplyDelete
  18. Nampak menarik The Hermit tu kalau terlebih masak sampai jadi kering....sayangnya.....takde juicy tu lagi.....cake tu pun nampak mengancam....

    ReplyDelete
  19. Sedap atau sebaliknya sudah semestinya bergantung pada selera masing-masing.
    Memang begitulah adatnya. Ada yang bayar mahal tapi tak memenuhi selera, ada yang harga murah tapi hidangan rasa kayangan pula.

    ReplyDelete
  20. Baca review kakak, saya jadi tak terlalu tertarik πŸ˜…. Apalagi lebih banyak minus poin drpd plus nya πŸ˜„. Ini berarti tipe restoran yg menjual kenyamanan tapi rasanya so so yaa?

    ReplyDelete
  21. berbaloi betul. potion nampak byk. meriah The Hermit tu harga baru RM36

    ReplyDelete
  22. Naj & Belle ni SA suka aglio Olio dia dan biasa amik air rootbeer dalam botol tu..apa kenama x ingat la...harga memang kayangan..

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .