Sepanjang berada di London,  kiteorang menetap di Lewisham, Greater London yang terletak di Zon 2. London terbahagi kepada 3 zon iaitu Zon 1, 2 dan 3. Zon 1 betul-betul dekat kota London dan biasanya penginapan di Zon 1 agak mahal sebab paling dekat dengan tempat-tempat tumpuan pelancong. Senang cerita, Zon 1 ni umpama duduk dekat dengan KLCC dan Bukit Bintang la.

Zon 2 pulak terletak di luar sikit dari London tapi masih lagi dalam jarak yang dekat. Apartment yang kiteorang duduk ni dalam 10 minit je naik metro ke Big Ben. Tapi beza harga penginapan di kedua-dua zon ni agak ketara, sebab masa kiteorang survey tempat penginapan hari tu, harga apartment di Zon 1 sekitar RM5k+ dan harga apartment di Zon 2 pulak dalam RM3k+. 

Aku book apartment ni melalui Airbnb (ni sebelum dapat tau yang Airbnb ni beroperasi di kawasan penempatan haram Is*ael).

Apartment ni memang sesuai untuk 4 orang sebab cuma ada 2 katil Queen size. Ada sebuah bilik tidur, ruang tamu yang bersambung dengan dapur dan bilik air. Kat UK ni saiz rumah agak comel tapi tak la secomel rumah di Jepun 😅.


Bilik tidur

Sofa bed di ruang tamu

Ruang dapur

Bilik mandi ada bathtub dan rain shower

Tandas duduk tapi style mat salleh la, takde hos air / bidet / gayung nak basuh ye 😜

Kemudahan cukup lengkap dan selesa. Dapurnya lengkap dengan peti sejuk, microwave, oven, dapur, cerek, coffee maker, pinggan-mangkuk, toaster dan periuk untuk memasak. Tuala mandi disediakan untuk 4 orang. Cuma sabun dan syampu je kena bawak sendiri. Dekat UK ni jangan hairan bila tengok mesin basuh dekat dapur ye. Sepanjang kiteorang kat London memang hari-hari buat laundry sebab walaupun tak berpeluh tapi still tak selesa kena ulang pakai baju yang sama lagi-lagi baju inner thermal tu. Satu lagi, sebab banyak berjalan jadi kaki memang berpeluh dan stokin kena la basuh hari-hari memandangkan kiteorang travel light tak bawak baju yang banyak (sebab dah tau kat tempat kiteorang stay ada mesin basuh). Oh ya, sabun laundry pun disediakan oleh hos Airbnb. Untuk keringkan baju pulak, ada tempat sidai baju dalam bilik air dan it's a heated drying rack. Kalau terkena tangan memang rasa nak menyumpah sebab panas! 🤣


Kopi, teh dan gula pun disediakan oleh tuan rumah
 

Perkara yang aku suka tentang Airbnb ni ialah lokasinya yang convenient - 5 minit dari metro station dan bersebelahan dengan kedai runcit. Hos pun baik dan bagi penerangan terperinci tentang cara-cara nak ke rumah, kat mana nak ambik kunci rumah dan tempat menarik di sekitar Lewisham. Bila tanya macamana nak ke Luton Airport, cepat je dia jawab Whatsapp.

Cuma tak bestnya tilam dalam bilik tidur tu tak berapa selesa sebab tilam lama dan rasa tenggelam bila dah baring lama-lama. Lepas tu heater pulak dah set certain temperature tak boleh adjust jadi kalau rasa panas sangat, kena bukak sikit tingkap bagi rasa sejuk sikit. Tapi ok la kan, daripada takde heater langsung 🤭. 

30 comments:

  1. Cosy and cute sangat penginapan ni. Lengkap semua ada. Thanks for sharing 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, selesa dan lengkap dengan kemudahan, lokasi pun strategik dekat dgn tube station.

      Delete
  2. cantik penginapan yg dipilih...yg penting dkt dgn tube station ...mudah nk ke mana2 kn....akak dlu stay kt mara hostel je tp arwah FIL yg uruskan smua...dkt juga ngan malaysia hall london & tube station

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, yang penting dekat dgn tube station. Baru tau ada mara hostel dekat uk, memang open utk rakyat Malaysia sewa ke?

      Delete
    2. Bole sewa tp xsilap keutamaan utk student

      Delete
    3. mana tau ada kesempatan ke sana lagi boleh la try research duduk di Mara hostel pulak

      Delete
  3. sgt selesa dan lengkap lah apt ni! niceeee. tunggu ur next entry plak psl cuti2 london tu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, selesa dan lengkap, dekat dgn tube station. Ni last entry sebab esoknya kiteorang dah fly balik ke Istanbul :D

      Delete
  4. sukaaa tengok dapur macam tu...
    bagi sy dah cukup mewah dah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Comel kan apartment ni, kiteorg mmg sengaja cari apartment yg boleh masak simple2 utk breakfast dan ada mesin basuh. Kalau duduk hotel / hostel mungkin takde la kemudahan macam ni.

      Delete
  5. rasa lain kan kalau masuk tandas tak ada bidet ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, saya bawak siap2 portable bidet beli kat shopee hihi

      Delete
  6. December 2017 masa kat sana selamba jer buka tingkap sikit bagi hawa sejuk masuk..hehehehe..sebab heater tak boleh laras.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiteorang pun bukak tingkap sikit sebelum tidur. Masalahnya bila angin sejuk masuk, sejuk sangat la pulak. Bila tutup tingkap, panas la pulak haha.

      Delete
  7. Nampak selesa dan elok dijaga unit ni... Bilik air pun lawa 🤩

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul PH, hos memang upah orang datang kemas dan cuci apartment lepas kiteorg keluar. Tak sempat nak berendam dalam bathtub tu sebab balik2 je dah pengsan kepenatan! 😆

      Delete
  8. Ana ni cukup tak pandai lah nak guna toilet bila takda bidet hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah... sbb tu beli siap2 portable bidet dari Malaysia haha.

      Delete
  9. Cantik tempat penginapannya. Nampak tenang dan selesa.
    Melihat kelengkapan yang disediakan serasa seperti berada di rumah sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selesa la jugak Kak Amie, yang penting murah dan tak jauh dari tube station. Kiteorg pun keluar sepanjang hari tak spend byk masa pun dekat airbnb ni.

      Delete
  10. Saya memang tak pakai Airbnb lagi sejak lama. Krn pernah kejadian dicancel sepihak. Jadi dah males pakai itu. Apalagi skr tahu mereka pro ke sana.

    Tapi masalahnya booking .com pun sama. Cuma untuk book apartemen, masih lbh banyak pilihan di booking .com drpd Traveloka dan aplikasi lainnya. Makanya mau tak mau saya msh pakai booking .com

    Kemarin di Georgia, mesin cuci juga di taro di dapur. Saya bingung apa pembuangan airnya LGS ke saluran air khusus kali yaa? Tapi memang senang ada heated rack. Bikin pakaian cepat kering 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, tak banyak pilihan platform yg tak pro z*on*s ni. Agaknya sebab rumah kat sana tak besar sangat jadi mesin basuh lebih praktikal di dapur atau di bilik mandi je kot.

      Delete
  11. Kalau kami 3 beranak dok sini selesa juga. Senang juga nak masak ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, memang selesa utk 3-4 orang. Kelengkapan memasak pun complete

      Delete
  12. sukanya tgk deco bilik tidur ni. boleh ambil idea

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik deko bilik dekat sana. Simple dan nice je.

      Delete
  13. perghhh kalau lagu ni mmg x kuar bilik pun xpe hahahah selesa sungguh tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, tu la klu tak mengenangkan itinerari kiteorg yg padat mmg rasa nak dok di rumah je hehe

      Delete
  14. Cantik penginapan Caarneyz pilih...memang nampak selesa betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terjumpa penginapan yg cantik, selesa, harga berpatutan dan yang penting, dekat dgn tube station 🤗

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .