Baru-baru ni Taylor Swift mengeluarkan album terbaru. Seperti biasa, aku layan lagu-lagu artis kesukaan ni sebab lagu-lagunya memang easy on the ears.
Salah satu lagu beliau yang mendapat perhatian aku ialah 'Bigger Than The Whole Sky'. Lirik-liriknya menggambarkan kehilangan anak yang dikandung sebelum sempat anak lahir ke dunia. In other words, mourning for a miscarriage.
Bukanlah bermaksud aku masih lagi bersedih dengan keguguran yang aku alami bulan lepas, cuma aku kagumi liriknya seolah-olah memahami jiwa seorang ibu yang kehilangan anak yang ditunggu-tunggu. Jom layan lagu Taylor Swift ni:
Bigger Than The Whole Sky Taylor Swift
No words appear before me in the aftermath
Salt streams out my eyes and into my ears
Every single thing I touch becomes sick with sadness
Tahniah buat Dato' Seri Anwar Ibrahim kerana akhirnya terpilih menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-10 sekaligus meleraikan persoalan semua rakyat Malaysia - bila nak dapat cuti ni? Hihi.
Tapi walaupun cuti dah diumumkan pada 28 November 2022 (Isnin depan), tapi aku takdelah seronok sangat pun. Pertama sebab aku memang hari-hari bercuti sejak 'retire' awal ni (kihkih) dan kedua, Suami Terchenta tengah sibuk dengan projek di ofis so Isnin ni pun dia akan bekerja keras jugak. Jadi confirm la kami tak kemana-mana Isnin nanti.
Yang penting bulan depan ulangtahun perkahwinan dan birthday anak-anak Suami Terchenta kena ambik cuti, awal-awal lagi aku ingatkan dia. Biasalah orang workaholic ni kena diingatkan selalu kalau tak lupa je la alasannya...
Akhir zaman ni semua benda nak dibuat modal untuk berdebat. Pilihan vaksin, menyusu badan / formula, hatta kaedah beranak pun boleh diperdebatkan.
Namun sebenarnya Rasulullah SAW menegah umat baginda dari berdebat walaupun di pihak yang benar.
Seorang lelaki pernah menanyakan Imam Malik sama ada seseorang yang 'aalim (berilmu) tentang sunnah patut menggunakan ilmunya untuk berdebat. Imam Malik menjawab, "Jangan, tetapi hendaklah dia menyampaikan sunnah, jika diterima, maka itu termasuk (kelebihan) bagi dirinya, jika tidak hendaklah dia diam." (Sumber: klik SINI)
Ada rasionalnya Nabi SAW menegah umatnya bertengkar dan berdebat dalam sesuatu perkara. Orang yang bertengkar akan menjadi keras hati dan berdendam antara satu sama lain.
Maka tak hairanlah wujud budaya sindir-menyindir, kutuk-mengutuk dan benci-membenci antara satu sama lain. Perkara paling dekat aku boleh relate ialah satu ketika dulu aku pernah join group FB tentang kelahiran alami. Masa tu aku tengah hamil anak kedua dan teringin sangat nak belajar ilmu kelahiran supaya aku boleh berikhtiar untuk melahirkan secara normal.
Sebaliknya apa yang aku perhatikan ialah wujud golongan yang anti-hospital dan anti-doktor. Mereka tak habis-habis mengutuk pakar perubatan (belah sana pun tak kurang hebat jugak perli-memerli) terutama bila ada ibu-ibu yang menceritakan pengalaman 'menyerah diri' ke hospital untuk dibedah. Bagi aku tak salah jika mereka nak berkongsi ilmu dan tips-tips untuk ibu-ibu tapi tak perlu sampai berdebat di media sosial dengan pakar perubatan. Sebaliknya tak salah menghormati pandangan satu sama lain dan mendiamkan diri untuk menjaga silaturrahim antara kita umat Nabi Muhammad SAW.
Selepas keluar dari hospital, aku kena kuarantin di rumah selama beberapa hari. Jadinya tak dapat la nak sediakan sendiri lauk pantang. Suami Terchenta pulak kena bekerja dan sibuk dengan meeting. Akhirnya dia suruh aku pesan je set makanan berpantang.
Sebenarnya masa aku pregnant, selera aku lebih kepada masakan Melayu (walaupun sekali-sekala ada jugak mencuba makanan lain). Paling aku gemar ialah masak lemak (pucuk ubi masak lemak, siput sedut masak lemak, daging salai masak lemak dsb.) dan keli goreng balado.
Tapi masa pantang tu, aku berubah selera nak mencuba makanan pantang Cina pulak. Cari punya cari di IG, akhirnya terjumpa Zara Halal Chinese Confinement Food.
Zara Agnes ni ialah seorang mualaf yang berkahwin dengan orang Melayu. Oleh sebab dia susah mencari makanan pantang Cina yang halal, timbullah idea untuk buat bisnes makanan pantang Cina yang halal buat golongan ibu-ibu berpantang yang nak mencuba sesuatu yang lain.
Memang diakui harga set makanan berpantang ni agak premium. Disebabkan tiada detailed menu dalam set, aku bertanggapan portion makanan besar dan lauk yang berbeza untuk makan tengahari dan makan malam, siap dengan buah-buahan untuk pencuci mulut dan starter dish (contohnya dumpling atau spring roll ke...).
So I was very disappointed when I received my daily food. Portion makanan ni tak berbaloi dengan harganya yang premium. Apa yang aku dapat ialah sebekas nasi beras perang (separuh untuk makan tengahari dan separuh lagi untuk makan malam), sebekas sayur (untuk tengahari dan malam) dan 2 jenis lauk protein berbeza contohnya lauk ayam untuk makan tengahari dan lauk ikan untuk makan malam. Itupun bukanlah dapat seekor ikan tapi separuh dan sebelah je! Memang rasa 'tertipah' jugak bila aku balikkan ikan dan tengok takde isi pun di sebelah bawah. Walaupun di laman web HCCF ni ada diterangkan yang menu-menu disediakan menggunakan bahan-bahan organik, ayam bebas antibiotik, ikan segar premium, sayur import dsb. aku tetap rasa harganya tak setimpal portion makanan.
Dari segi rasa, memang sedap walaupun menu sihat. Ada ikan kukus, daging masak taucu, ayam halia dan seumpamanya. Setiap hari dapat lauk yang berbeza jadi takde la jemu. Set ni turut didatangkan dengan minuman menyihatkan seperti teh longan dan kurma merah, teh serai dan teh beras.
RDLT ni memang sedap walaupun bebas gula
Ni antara lauk-lauk pantang yang aku makan sepanjang 7 hari:
Nasi perang + sayur tumis air + ikan kukus berlada
Sayur kailan + ayam halia + nasi perang + teh serai
Kacang buncis + ikan kukus halia + nasi perang + teh RDLT
Ayam bakar + sayur campur + nasi perang
Kalau nak usha set makanan pantang Zara HCCF ni boleh la rujuk laman web dieorang kat sini.
Nota kaki:
Adakah aku akan repeat order? Jawapannya, mungkin ni first & last la aku nak tempah makanan pantang kat sini sebab harganya yang premium berbanding portion yang diterima. Diharap kalau owner bisnes baca blog ni, dia letak siap-siap menu harian yang akan customer dapat setiap hari dalam setiap set pantang supaya pelanggan boleh adjust expectation dan buat keputusan sebelum membuat tempahan.
Tolong, tolong! Ada siapa yang tahu cara yang betul untuk tanak nasi beras merah? Rasanya aku dah ikut arahan belakang peket beras - nisbah 1 cawan nasi : 2.5 cawan air. Tapi bila aku bukak periuk nasi terkejut besar bila tengok dah serupa banjir termenung pun ada. Huhu...
Baru-baru ni aku buat pemeriksaan darah (ujian HbA1c) dan diberitahu yang kandungan gula dalam darah aku dah boleh dikira sebagai tahap diabetes 😓. Ya, bukan sesuatu yang mengejutkan memandangkan dalam keluarga aku penyakit 3 serangkai ni memang tak asing lagi. Doktor mengesyorkan aku mengubah diet harian supaya bacaan gula dalam darah lebih stabil dan mengurangkan risiko serangan jantung. Jadi benda senang yang aku boleh buat dulu ialah menukar beras kepada beras merah dan mengurangkan portion makan (tapi makan dengan kerap supaya gula dalam darah stabil).
Sedikit fakta tentang beras merah:
Kaya dengan antioksidan yang dipanggil antosianin yang dipercayai berkesan dalam mengurangkan keradangan dan alergi, mengurangkan risiko kanser dan menguruskan berat badan.
Mengandungi jumlah nutrien yang lebih tinggi (mangan, magnesium, selenium, dan lain-lain) menjadikannya sumber makanan yang berguna untuk mereka yang mempunyai migrain, tekanan darah tinggi, dan masalah jantung.
Kandungan serat yang tinggi juga membantu memperlahankan proses pencernaan, menguatkan sistem pencernaan dan melambatkan proses karbohidrat yang pecah ke dalam gula darah.
Cuma itulah, dah 2-3 kali aku masak nasi beras merah ni asyik tak menjadi je. Mula-mula nasinya mentah, lepas tu lembik dan yang terbaru ni berenang-renang dalam air pulak (mungkin sebab aku rendam dulu beras ni selama 30 minit sebelum ditanak). Huhu. Kalau ada sesiapa yang boleh kongsi tips tanak nasi beras merah dengan jayanya, harap boleh kongsi kat komen ye. Terima kasih!
Buat sesiapa yang pernah berkunjung ke Sarawak, pasti pernah merasa mee kolok di sana. Mee kolok ialah salah satu menu sarapan pagi yang terkenal di Sarawak. Sama ada laksa Sarawak atau mee kolok menjadi pilihan utama orang tempatan untuk bersarapan pagi.
Biasanya aku suka pesan mee kolok basah yang dihidangkan dengan sup. Kali ni aku mencuba mee kolok kering Sarawak segera. Pertama kali jumpa jenis segera, teruja pulak nak mencuba.
Macam ni la rupanya mee kolok kering tu
Mula-mula sekali kena rebus dulu mee kolok. Jangan lama sangat, dalam 2 minit dah cukup.
Lepas tu bubuh perencah yang disediakan dalam peket dan gaul sebati.
OK, sedia untuk dihidang!
Macam ni la rupanya. Rasanya tak sama langsung dengan mee kolok basah, lebih mirip kepada mee segera Indomee. Bagi aku mee kolok kena ada hirisan daging rebus dan sambal cili baru la lengkap hidangan. Mee kolok yang paling sedap bagi aku semestinya ialah mee sapi Ahim di Bintulu. Apapun, mee kolok segera ni sedap jugak, cuma tak sama dengan mee kolok basah yang biasa aku makan.
Klik sini untuk beli mee kolok Sarawak segera jenama ni.
Resipi Mee Kolok Sarawak
Sebungkus mee kolok Daun bawang (dipotong halus) Daun sup ( dicincang halus) 500gram daging (dihiris nipis). Kalau nak lagi sedap, rebus sekali tendon / urat keting. Pergh... Bawang merah (dihiris)
Satu mangkuk kicap pekat manis Kiub pati lembu Satu mangkuk tauge (dicelur)
Perasa (garam / gula / ajinamoto) secukupnya
Untuk bahan sambal:- Segenggam cili padi Satu mangkuk kecil sos cili
Cara-cara:
Panaskan minyak, kemudian gorengkan bawang merah sehingga keperangan. Angkat dan tapiskan.
Minyak bawang dipindahkan ke mangkuk kecik.
Rebus daging sehingga empuk. Setelah daging sudah masak, toskan. Air daging jangan dibuang, digunakan untuk membuat sup.
Masukkan kiub lembu ke dalam air rebusan dan tambahkan perasa secukup rasa.
Didihkan air panas di dalam kuali yang berlainan. Celurkan mee kolok di dalam air mendidih selama beberapa saat kemudian toskan.
Di dalam mangkuk makanan, letakkan dua sudu besar minyak goreng, dan dua sudu kicap hitam.
Gaulkan mee kolok tadi bersama minyak bawang dan kicap manis.
Tabur daun sup, daun bawang, bawang goreng, hirisan daging rebus dan sayur tauge di atas mee kolok.
Untuk sambal mee kolok, kisarkan cili padi dan sos cili bersama sedikit air.
Sedia untuk dihidang dengan semangkuk sup rebusan daging.
Nampaknya bahang politik masih lagi hangat walaupun selepas keputusan PRU15 dah diumumkan. Dengan tiada parti yang memperoleh majoriti mudah, nampaknya Malaysia masih lagi menunggu siapakah yang akan membentuk kerajaan yang baru lepas ni. Apapun, kita doakan yang terbaik dan pemimpin yang menjadi pucuk kerajaan baru nanti akan melaksanakan tugas dengan penuh integriti dan berwawasan.
OK la, setakat tu je nak sentuh pasal politik. Anyway, hujung minggu lepas, kami ke Society For The Prevention of Cruelty To Animals (SPCA Selangor). Khadeeja dah lama memujuk bapaknya untuk ambik kucing peliharaan bagi mengubat rindunya pada kucing peliharaan kami di Bintulu yang kami gelar 'Kitty'.
Rindunya dengan Kitty...
Sayangnya bila pindah ke KL, kami tak dapat nak bawak Kitty sekali memandangkan kami berpindah semasa tempoh PKPB, jadi urusan nak bawak ke Kitty ke KL sangat sukar. Akhirnya kami dengan berat hati menyerahkan Kitty kepada boss aku yang sememangnya peminat kucing. Siapalah yang tak nak - Kitty tu kami bela dari dia kurus-kering dan bulu comot sampai la dah jadi cantik, bulu kembang, dah dimandulkan dan divaksin. Sampai Khadeeja menangis-nangis masa meninggalkan Kitty di rumah tuan baru.
Suami Terchenta berjanji dengan Khadeeja bila dah duduk di rumah sendiri barulah Khadeeja boleh ada kucing peliharaan semula. Akhirnya tercapailah hajat Khadeeja bila kami bawak dia SPCA Selangor.
Khadeeja dan kucing peliharaan baru, Louis
Mula-mula sampai, kami diminta untuk mendaftar nama dan nombor telefon di meja pendaftaran. Lepas mendaftar, staf tunjukkan arah ke bilik kucing yang terletak di bangunan hujung sebelah kanan. Kami kena melalui kawasan lapang di mana ada sangkar-sangkar anjing. Kalau ada anak kecik yang takut dengan anjing, elok jangan dibawa ke sini sebab kat sini anjing memang banyak dan selalu menyalak.
Di SPCA pun ada klinik veterinari
Aku agak kagum dengan bilik kucing di SPCA yang lapang dan bersih. Nampaknya kucing-kucing di sini memang dijaga dengan baik dan rapi. Siap ada alat permainan dan tempat-tempat memanjat. Sangkar kucing pun besar dan luas.
Bilik kucing yang dijaga bersih. Kena tanggalkan alas kaki di luar.
Masuk-masuk je Khadeeja terus capai alat mainan kucing dan bermain dengan anak-anak kucing di sini. Seronoknya dia melompat-lompat dan berlari-lari sambil dikejar oleh anak-anak kucing yang nakal dan suka bermain.
Awalnya dia teringin nak ambil anak kucing bawah umur setahun. Tapi aku tak setuju sebab anak kucing biasanya sangat aktif dan perlukan perhatian yang lebih, kalau tak habislah perabot di rumah dicakar kelak!
Anak kucing bermain dengan Khadeeja
Tiba-tiba aku ternampak seekor kucing sedang melepak di depan tingkap cermin. Bila ia sedar kewujudan kiteorang, ia keluar dan datang ke arah kami dan terus berbaring. Ekornya kembang dan bulunya agak panjang. Ni mesti baka domestic long hair (DLH). Kami diberitahu namanya Louis dan he's available for adoption.
Hai korang, ni la anak jantan kami sekarang...
Umur Louis rasanya sekitar dalam 3-4 tahun. Louis tak suka didukung tapi suka bermain. Makanannya cuma kibbles jadi tak susah la nak menjaganya.
Proses mengambil kucing di SPCA sangat mudah. Cuma perlu bayar RM240 termasuk sangkar kucing. Kucing-kucing yang diserahkan kepada SPCA semuanya telah siap dimandulkan dan diberi vaksin kucing jadi dah jimat kat situ. Lepas pilih kucing yang kita nak adopt, kucing akan dibawa ke klinik veterinari di sana untuk pemeriksaan sebelum kita boleh bawak balik.
Ikutkan hati memang aku teringin nak bela kucing baka macam Kitty sebab aku suka kucing berbulu kembang. Kitty ni sebenarnya diserahkan kepada kami oleh kawan aku Zura sebab dia berpindah ke KL. Kami ambil Kitty tanpa bayaran sesen pun. Cuma masa tu banyak jugak ongkos dihabiskan untuk memberi vaksin dan memandulkannya memandangkan Kitty dah pernah beranak tapi tak suka dengan anaknya.
Cumanya aku teragak-agak nak beli kucing apa lagi bila harga yang dikenakan sangat tak munasabah. Aku pernah contact seorang perempuan di media sosial yang mengiklankan anak kucingnya untuk dijual dengan alasan dia sibuk dan takde masa melayan kucing-kucingnya (dia ada 3 ekor kucing).
Aku offer harga beli selepas ditolak kos makanan kucing mahal (Royal Canin ye), pasir berkualiti dan kos vaksin dan mandulkan. Dah tentulah semuanya memakan kos yang agak tinggi. Tapi dia menolak dengan alasan harga yang dikenakan tu untuk memastikan tuan baru mampu serba-serbi untuk memelihara kucing baka mahal. Aku agak sebenarnya dia nak jual untuk dapat untung je. Dia tak tau Suami Terchenta ni peminat kucing, memang sanggup berhabis duit membeli barang-barang kucing! 😬
Dipendekkan cerita, sekali tu je la aku contact penjual kucing. Lepas tu kami ambik keputusan untuk adopt je dari pusat perlindungan haiwan #adoptdon'tshop. Selain dari kos yang rendah, kucing-kucing di sana semuanya dah divaksin dan dimandulkan jadi takdelah masalah kencing merata-rata dan bila datang musim mengawan.
Buat masa sekarang Louis masih lagi tengah menyesuaikan diri di rumah kami. Awal-awal tu adalah jugak ia mencari kawan-kawan di SPCA tapi sekarang ni hobinya lepak di atas tikar sejadah atau mengejar bola permainan.
Tak boleh nampak tikar sejadah, mesti dia nak 'landing' atas sejadah
Kalau kami solat berjemaah, Khadeeja akan bentangkan sejadah mini untuk si Louis berbaring dan tak menghalang orang waktu sujud 😅 Padahal dalam sangkarnya ada je bantal selesa tapi tikar sejadah jugak yang diminati.
Harap-harap terubat la rindu dieorang nak ada adik yang tak kesampaian dengan adanya anak bulu sekarang ✌
Bulan lepas BFF (BreakFast Friends) ajak keluar makan-makan sebab dah 3 bulan kami tak keluar makan sama-sama. Maklumlah, sekarang masing-masing dah ada asben 😬
Kali ni kiteorang mencuba Bray Bakery di Menara See Hoy Chan terletak berseberangan dengan Hospital Prince Court. Parking di bahagian basement menara, cuma masa kiteorang sampai tu entrance dari parking ke kafe ni masih lagi berkunci terpaksalah kiteorang tawaf bangunan nak sampai ke pintu depan kafe.
Kafe Bray
Bahagian dalam kafe bertemakan industrial
Plan asal cuma kami bertiga je macam biasa. Tapi pagi tu Zura bagitau tak dapat Grab jadi dia bawak asben dia sekali. Dia mintak aku ajak Suami Terchenta jugak supaya tak la kekok sangat. Lagipun dieorang berdua sama-sama bekerja bidang IT, boleh la bersembang-sembang (tapi aku kenal sangat Suami Terchenta tu memang jenis tanya sepatah jawab sepatah, susah nak dengar dia bersembang haha!) Still, aku ajak Suami Terchenta sekali memandangkan dia pun tak breakfast lagi.
Kat sini menunya agak terhad dan berkonsepkan Western fusion. Walaupun tak banyak sangat pilihan untuk sarapan pagi, tapi makanan yang kami pesan semuanya sedap. Signature menu kafe ni ialah croissant yang sangat lembut dengan rasa mentega yang wangi. Kalau pergi lepas pukul 8.30 pagi, memang kirim salam je la dengan croissant sebab laku macam pisang goreng panas.
Meh tengok menu sarapan kami:
Smoked salmon open toast dengan poached egg dan corn salad (RM35)
Charred Eggplant & Zucchini Shakshuka dihidang dengan roti sourdough (RM29)
Focaccia Grilled Cheese (RM26)
Bray's Pain Au Chocolat (RM14)
65% Venezuela Chocolate with Sea Salt (RM16)
My favourite ialah pain au chocolat sebab pastri yang lembut dan flaky dengan inti coklat yang sedikit cair. Teringat pain au chocolat yang pernah aku makan di Paris satu ketika dulu. Oleh sebab sedap sangat, kami pesan untuk bawak balik buat sarapan anak-anak di rumah. Khayla suka sangat croissant kat sini, katanya ni la croissant yang paling sedap antara banyak croissant yang dia pernah makan. Lebih sedap dari croissant di Artisan's Playground. Aku pun tumpang cuba secebis - wah, memang sedap croissant tu! Boleh la beli untuk bawa balik lain kali.
Cantik kotak bungkus roti 💝
Croissant untuk Khayla dan pain au chocolat untuk Khadeeja
Macam biasa, sebelum balik haruslah selfie dulu:
Geng sarapan pagi + husbands
Kalau korang mencari croissant yang dijamin sedap, boleh cuba Googlemap arah kafe ni: