beras merah

 

Tolong, tolong! Ada siapa yang tahu cara yang betul untuk tanak nasi beras merah? Rasanya aku dah ikut arahan belakang peket beras - nisbah 1 cawan nasi : 2.5 cawan air. Tapi bila aku bukak periuk nasi terkejut besar bila tengok dah serupa banjir termenung pun ada. Huhu...

Baru-baru ni aku buat pemeriksaan darah (ujian HbA1c) dan diberitahu yang kandungan gula dalam darah aku dah boleh dikira sebagai tahap diabetes 😓. Ya, bukan sesuatu yang mengejutkan memandangkan dalam keluarga aku penyakit 3 serangkai ni memang tak asing lagi. Doktor mengesyorkan aku mengubah diet harian supaya bacaan gula dalam darah lebih stabil dan mengurangkan risiko serangan jantung. Jadi benda senang yang aku boleh buat dulu ialah menukar beras kepada beras merah dan mengurangkan portion makan (tapi makan dengan kerap supaya gula dalam darah stabil). 

Sedikit fakta tentang beras merah:

  1. Kaya dengan antioksidan yang dipanggil antosianin yang dipercayai berkesan dalam mengurangkan keradangan dan alergi, mengurangkan risiko kanser dan menguruskan berat badan.
  2. Mengandungi jumlah nutrien yang lebih tinggi (mangan, magnesium, selenium, dan lain-lain) menjadikannya sumber makanan yang berguna untuk mereka yang mempunyai migrain, tekanan darah tinggi, dan masalah jantung.
  3. Kandungan serat yang tinggi juga membantu memperlahankan proses pencernaan, menguatkan sistem pencernaan dan melambatkan proses karbohidrat yang pecah ke dalam gula darah.

Cuma itulah, dah 2-3 kali aku masak nasi beras merah ni asyik tak menjadi je. Mula-mula nasinya mentah, lepas tu lembik dan yang terbaru ni berenang-renang dalam air pulak (mungkin sebab aku rendam dulu beras ni selama 30 minit sebelum ditanak). Huhu. Kalau ada sesiapa yang boleh kongsi tips tanak nasi beras merah dengan jayanya, harap boleh kongsi kat komen ye. Terima kasih!

12 Comments

  1. alama, tak pernah la plak masak beras merah. cuba google.
    MA pun tgh jaga gula...x lalu nak makan brown rice ni. more ke kurang makan nasi...seminggu 1 or 2 kali je makan nasi & small amount. more ke whole meal bread je ..semoga success & caiyok caiyok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah try follow cara kat youtube MA, tapi nampaknya kena try & error. Kena jugak makan nasi kalau tak rasa tak kenyang hihi. Roti wholemeal pun makan jugak tapi ambik utk sarapan.

      Delete
  2. tak pernah makan nasi beras merah...beras perang pernah...
    semoga bertambah baik bacaan gula dlm darah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. beras perang pun ok jugak utk turunkan berat. Terima kasih nohas.

      Delete
  3. Alamak…tak pernah masak beras ni.
    Moga segera dapat cara yang betul. Nanti boleh kongsikan di blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena berjaya dulu baru dapat share Kak Ujie huhu..

      Delete
  4. kalau beras perang, ya sy boleh bantu... beras ni tak pernah guna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh kongsi tips masak beras perang? Mungkin sama kaedah masak.

      Delete
  5. Kak Sue pun tak pernah masak beras macam nie. Harap ada yang dapat bantu nanti ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya akan cuba juga cari video-video di Youtube kot2 ada yang berguna.

      Delete
  6. tak silap mak nina dia masak guna air sikit saja. lepas tu rebus mcm biasa. tak ada pulak beras berenang mcm ni. memang paras gula turun cuma di roti pun sama tukarkan roti putih ke gandum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke, sebab instruction beras ni macam air kena byk ratio 1 cawan beras : 2.5 cawan air. Tapi jadi lembik pulak huhu...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .