Untuk birthday aku setiap tahun Suami Terchenta tak tanya nak hadiah apa sebab dia tau asal birthday aku je, aku nak staycation bersama keluarga. Tahun ni dia tanya hotel rangkaian Marriott Bonvoy mana lagi yang kita belum pergi? Eh, dia dah sedia maklum jenama hotel yang akan aku pilih! 😂 Selagi belum dapat lifetime Silver Elite member, bertabah la ye memang kena pilih hotel jenama Marriott je la untuk tujuan staycation.
Sambil mengumpul jumlah malam untuk tahun ni, sambil tu mengumpul bonus points sebab bonus points ni boleh redeem untuk penginapan di hotel, villa / apartment bawah Marriott Bonvoy macam yang kiteorang buat masa stay di Istanbul tahun lepas.
Tahun ni aku pilih W Hotel di tengah-tengah bandaraya KL dan tak jauh dari KLCC. Antara sebabnya selain dari kiteorang tak pernah lagi try staycation di sini, W Hotel ada promosi 5000 points untuk penginapan semalam, which is a lot. Selalunya satu malam dapat la kumpul 1000-2000 points je, bergantung dengan harga bilik hotel. Jadi bila ada offer dapat 5000 points semalam memang berbaloi sangat.
|
Pemandangan W Hotel dari luar sebelah malam |
|
Lobi hotel di tingkat bawah (ground floor) dan tingkat 8 (kaunter daftar masuk di sini) |
Macam biasa tempahan dibuat menggunakan aplikasi Marriott Bonvoy. Masa tempahan ni aku bagitau siap-siap yang ni ialah birthday staycation. Biasanya untuk ahli Marriott Bonvoy, kalau bagitau kita nak celebrate birthday atau anniversary, hotel akan sediakan complimentary decor dan kek (bergantung dengan hotel, tapi kena bagi advanced notice).
Proses daftar masuk cepat dan one thing aku perasan dekat sini staff hotel sangat pantas dan mesra melayan tetamu, tak kira la staff security, front desk, guest relations yang jawab soalan dekat bahagian chat dalam aplikasi Marriott Bonvoy, bahagian F&B atau bahagian housekeeping. Semua laju je melayan pertanyaan atau request tetamu hotel. So dari sudut customer attentiveness ni aku memang impressed la.
Kiteorang tempah bilik suite Marvelous (dekat W Hotel KL ni dieorang bagi nama-nama yang unik untuk setiap bilik hotel - Wonderful, Spectacular, Mega, Cool Corner, Studio dan Marvelous) yang berkeluasan 1130 kaki persegi (dah nak sama besar dengan rumah kiteorang 😅). Jom kita tengok bilik suite Marvelous yang memang betul-betul luar biasa (marvelous) di W Hotel KL:
|
Pemandangan dari pintu masuk ke bilik suite - ruang bilik tidur berasingan dari ruang tamu, manakala ruang makan bersambung dengan ruang tamu |
Bilik suite ni bukan setakat luas tapi jugak nampak cerah dengan penggunaan natural lighting dari luar tingkap dari pelbagai sudut bilik. Selain dari tu, penggunaan perabot yang moden dengan warna yang terang menjadikan suite ni tampak moden dan ceria.
|
Close up ruang tamu. Belon-belon tu sebahagian dari complimentary birthday decor yang pihak hotel sediakan |
|
Ruang makan yang dilengkapi dengan coffee bar, snack bar dan peti sejuk mini yang menghidangkan pelbagai minuman ringan (snek dan minuman ringan berbayar) |
|
Geram je tengok kapsul kopi tu tapi aku dah tak boleh minum kopi sekarang |
|
Bilik tidur dengan katil bersaiz king. Bilik suite kat hotel ni cuma ada katil king je, takde katil double single / double queen |
So far, tilam W Hotel ni ialah the best hotel mattress yang empuk dan selesa (sebelum ni, aku rasa Heavenly bed di Westin hotel yang paling selesa). Sedap sangat baring kat katil ni sampaikan lepas check-in je aku dan Suami Terchenta nyenyak tertidur sampai pukul 6 petang! Lagi-lagi petang tu hujan, memang syok la tarik selimut! 😂😂
Kalau nak privacy atau nak malapkan cahaya dalam bilik, boleh tutup roller blind guna suis di dinding. Suka sangat bilik yang banyak natural lighting tapi pada masa yang sama kalau tak nak terang sangat boleh tutup bila-bila masa.
|
Bilik tidur berlatar belakangkan KLCC |
|
Dari bilik kiteorang dapat tengok kolam renang hotel |
Bilik tidur bersambung walk-in wardrobe yang luas dan jugak bilik air dan bilik mandi. Dekat luar bilik air tu sebenarnya ada sinki his and hers dengan cermin besar tapi aku terlupa nak ambik gambar.
|
Walk-in wardrobe yang menyambungkan bilik tidur dengan bilik air dan ruang tandas ni menempatkan papan seterika, seterika stim, jubah mandi, penimbang berat badan (confirm la tak guna karang stress pulak!) dan paling aku suka ada hand-held garment steamer jugak! So kalau setakat nak iron tudung sehelai tak payah pakai seterika, pakai garment steamer pun boleh. |
|
Ruang tandas yang berasingan dari ruang bilik mandi. Ada 2 bilik air dalam bilik suite ni, satu dekat bahagian entrance bilik (dipanggil 'powder room') |
|
Kiri: Ruang shower berasingan yang mewah (ada 2 shower, sesuai untuk pasangan suami isteri sebab tak payah berebut siapa mandi dulu 🤣) Kanan: Ruang bathtub yang cukup besar boleh muat 2 orang dewasa 😜 |
|
Kelengkapan mandi yang paling lengkap setakat ni - ada loofah, garam mandi, sabun tangan, mouthwash, shower gel, syampu, conditioner, losyen badan, berus gigi, kapas muka, kapas telinga dan even ada pencuci muka. Kalau terlupa nak bawak apa-apa barangan mandi, tak payah risau semua ada dalam bilik mandi ni. |
Sebenarnya masa kiteorang mula-mula masuk bilik hotel, kiteorang terjumpa cawan kotor dalam sinki. Aku pun terus bagitau pihak housekeeping menggunakan chat dalam aplikasi Marriott Bonvoy. Lepas housekeeping datang bersihkan cawan dan sinki, pihak hotel hantar buah-buahan dengan snek sebagai tanda minta maaf sebab bilik kurang memuaskan. Sejuk rasa hati bila dapat hadiah dari hotel ðŸ¤.
|
Kiri: Hadiah buah-buahan dengan snek sebagai tanda minta maaf atas kesulitan tetamu hotel; Kanan: minuman kombucha ni pulak kiteorang dapat masa proses check-in hotel |
Next entry, aku sambung pasal apa yang pihak hotel sediakan dalam bilik untuk birthday treat aku. Stay tuned!