Throwback masa aku dan kakak aku ke Pulau Perhentian bulan Jun lepas. Masa nak balik ke Kota Bharu untuk ambik flight pulang ke KL esoknya, kiteorang tanya pemandu kereta sapu kat mana ada jual keropok lekor yang sedap. Terus dia bawak kiteorang ke gerai Keropok Lekor Z.
![]() |
Keropok Lekor Z |
Kat sini dieorang dah siap-siap bungkus keropok lekor ikut harga. Kalau nak beli yang dah siap goreng pun ada.
![]() |
Keropok lekor yang dah siap dibungkus |
![]() |
Pekerja tengah membuat keropok lekor |
Driver kereta sapu kiteorang tu siap tanya, taknak beli air kelapa ke untuk minum dalam perjalanan ke KB? La... kita ni bukan main taknak makan & minum dalam kereta orang, tapi kalau dah empunya kereta yang bagi, so kiteorang terus pesan air kelapa bungkus. Sambil menunggu pesanan minuman siap, ralit kiteorang perhatikan pekerja membuat keropok lekor di depan gerai.
Sempat lagi memborong keropok ikan dan keropok sira di kedai sebelah gerai Keropok Lekor Z. Aku rasa mesti owner yang sama sebab warna kedai sama je dengan gerai tadi.
![]() |
Kedai menjual pelbagai produk berasaskan ikan |
Alhamdulillah hotel tempat kiteorang bermalam di KB sebelum naik flight esok pagi ada menyediakan peti sejuk mini. Risau jugak keropok lekor yang kiteorang beli tu jadi busuk sebelum selamat sampai ke KL.
Sampai KL terus aku goreng beberapa batang keropok lekor. Memang sedap keropok lekornya, tapi tak sesedap keropok lekor yang aku pernah beli di Chukai, Kemaman. Yang tu memang bila goreng tak mengembang sangat dan rasa ikannya pun lebih kuat.
Kalau korang pulak, kat mana tempat yang jual keropok lekor kesukaan korang? Drop sikit dekat komen ye 😄.