Geng mak-mak aku ni aku kenal sebab anak-anak kiteorang bersekolah di sekolah yang sama sekarang ni. Memandangkan kiteorang ni semuanya pengurus rumahtangga (baca: surirumah sepenuh masa), jadi selalunya lebih senang nak ajak dieorang ni keluar makan sama-sama berbanding dengan geng brunch aku yang bekerja.
Macam Jumaat lepas, kiteorang keluar makan sama-sama di Bray Bakery sebab ni tempat favourite kiteorang kalau keluar bersarapan pagi. Kali ni kiteorang ada seorang lagi ahli baru, iaitu mak kepada BFF Khadeeja yang baru je join the club sebagai pengurus rumahtangga hehe.
Siapa kata bila berhenti kerja, akan jadi kera sumbang? Kita create new circle tapi circle lama jangan dilupakan... |
Kali ni aku order menu yang lain pulak. Balik-balik kalau datang sini order shakshuka, kali ni nak cuba menu lain pulak. Yang aku order ni ialah roasted tomato & shellfish bisque (RM34), dihidang bersama cheese toast. Sedap!
Roasted tomato & shellfish bisque (RM34) |
Oleh sebab aku tengah bendera Jepun, tetiba craving nak makan benda manis jugak. Yang ni aku kongsi dengan kawan, namanya brûlée french toast (RM24). Hidangan ni pulak bagi aku kurang sesuai dengan tekak aku sebab there are too many strong flavours in one dish - rasa cinnamon tu berlawan dengan rasa spiced maple orange syrup. Overall, rasanya jadi overwhelming di lidah. Kawan aku pun sama pendapat dengan aku.
Sambil makan tu, borak-borak pasal anak-anak, kurikulum sekolah dan pengalaman kerja masing-masing. Seronok dengar sebab masing-masing datang dari latar belakang yang berbeza - ada yang dari media dan hiburan, ada dari pendidikan swasta dan ada juga dari banking & sales. Member seorang ni baru je berhenti kerja tapi ada isu di tempat kerja lama yang belum settle, terus topik kiteorang berkisar tentang labour law. Tak pasal-pasal aku rasa macam masuk kerja balik sebab kena terangkan pasal employee rights dan prosedur grievance sebagai seorang ex-HR! 🤭
Jangan ingat surirumah ni bila lepak bincang pasal hal rumahtangga, sekolah anak, resipi, pinggan-mangkuk dan gajet rumah je tau hihi. Topik yang ni pun kiteorang cover jugak - minyak zaitun cap apa yang paling sedap, resipi roti sourdough, aktiviti bersama keluarga di hujung minggu yang menarik, tu semua masuk topik perbincangan jugak 😊.
Alhamdulillah rezeki hari Jumaat, Yana bagitau dia belanja kiteorang breakfast pagi tu. Semoga murah rezeki Yana dan suami! 🤲🏻
Nota kaki: Bila nak lepak dengan geng-geng blogger pulak?