Ni post throwback bulan lepas masa cuti CNY. Ternampak kafe Puts & Pots di Bukit Damansara ni di IG story. Kafe ni diusahakan oleh seorang bekas kru kabin AirAsia. Baca kisah beliau di sini. Kagum dengan semangat beliau untuk bangkit semula lepas kehilangan ibu tercinta, kerja dan bisnes. Jadi aku pun tergerak hati nak support bisnes kafe dia.
|
Kafe Puts & Pots |
|
Kafenya comel je tapi nampak cozy |
Jom intai pastri yang ada di kafe ni:
|
Pain au chocolat ni siap ada belang lagi, geram tengok terus ambik satu |
|
Ada biskut dan tart jugak |
|
Croissant dan danish pastry |
Dah puas meninjau pilihan pastri yang ada, akhirnya kiteorang ambik beberapa jenis pastri untuk dikongsi:
|
Kek batik dengan coklat ganache jadi pilihan Khayla |
|
Khadeeja ambik biskut marshmallow dan crème brûlée (sebenarnya Khadeeja nak crème brûlée cheese cake tapi tersalah order pulak so dapat yang biasa je) |
Ni pulak menu sarapan yang kiteorang order. Harganya memang boleh tahan la 😅, tapi Suami Terchenta kata order je la dah alang-alang sampai ke sini.
|
Nasi lemak crispy giant squid (RM35) |
|
Nutella French toast (RM23) |
|
Eggs & kaya toast (RM16) |
|
Triple cheese toastie (RM30) |
|
Caramel machiato (RM15) |
Tapi yang paling menarik perhatian kiteorang ialah minuman ni:
|
Cloud tea (RM15) |
Instead of beri gula, dieorang hidang gula-gula kapas dengan seteko teh. Tuang teh tu atas gula-gula kapas nanti manis la teh korang, tak payah bancuh gula. Menarik presentation nya.
OK review pulak. Bagi aku, nasi lemak kena banyak improved. Mungkin kena belajar dengan Pak Nasser macamana buat nasi lemak sedap. Dah la kena tunggu lama, sampai Suami Terchenta tanya pergi tangkap sotong ke tu? 😂 Lepas tu sotong tu pulak so-so je rasanya. Tawar pun ya. Kalau nak makan sotong gergasi sedap, pergi dekat nasi kukus sotong besar di Shah Alam lagi berbaloi.
Triple cheesy toast anak-anak siap berebut lagi nak habiskan. So sedap la kot. Nampak cheese tu pun banyak dan boleh tarik. French toast tu pun not bad. Kids approved.
Egg and kaya toast, sapuan kayanya berketul dan pekat. Kiteorang suka kaya yang lembut macam kaya dalam tin atau di Old Town White Coffee. Mungkin patut hidang dah siap-siap sapu kaya dan mentega, dihidang pulak dengan toast yang masih hangat macam di Old Town. Not really recommended.
Kelebihan kafe ni ialah pastrinya yang sedap walaupun tak banyak sangat pilihan berbanding kafe bakery yang lain.
Kesimpulannya, pada pandangan aku kafe ni specialty mereka lebih kepada menu Western dan pastri tapi menu local macam nasi lemak dan roti bakar tu dari segi rasa kena diperbaiki lagi. Dari segi harga pulak, lebih kurang je macam pergi ke Kenny Hills Baker.
Alamat Puts & Pots:
46, Plaza Damansara, Jalan Medan Setia 2, Bukit Damansara, KL
Waze: Puts & Pots (Bukit Damansara, KL)
Waktu Operasi: 8 pagi - 7 petang (tutup hari Selasa)
IG: putsandpots