Sebenarnya balik dari hospital takde plan nak sambut birthday mak di luar sebab aku dah plan benda lain untuk mak. Aku bagi option kat mak nak pergi makan di Ombak Seafood beramai-ramai atau hi-tea berdua di Grand Hyatt. Mak bagi alasan kesian kat kakak aku masih kena kuarantin tak boleh join keluar beramai-ramai so dia pilih nak hi-tea di Grand Hyatt. Ececey. Sebenarnya aku dah agak dia akan pilih hi-tea di Grand Hyatt sebab tak pernah lagi ke sana πŸ˜„ Aku pun hadiahkan voucher hi-tea untuk mak dan adik bongsu pergi berdua memandangkan minggu depan pulak birthday adik aku. Kiranya hadiah birthday untuk mak dan adik la. 

Petang tu tiba-tiba adik bongsu ajak keluar makan di Allo by The Owls Cafe di Arte Mont Kiara. First time aku dengar nama kafe ni. Singgah ambik Khadeeja balik dari sekolah (Khayla MC sebab batuk) dan terus ke sana. 

Tak susah nak nampak kafe ni dari luar sebab perkataan ALLO tu jelas terpampang. Melangkah masuk ke dalam kafe ni terus rasa - wow, nampak mewah. Perasaan masuk kafe ni macam masuk restoran di hotel 5 bintang.  


Allo by The Owls Cafe
Allo by The Owls Cafe

Allo by The Owls Cafe
Nampak mewah dari dalam
 
Allo by The Owls Cafe
Cuba cari mana burung hantu dekat perhiasan di rak dinding ni

Allo by The Owls Cafe
Kami request duduk bahagian atas tapi staff kafe bagitau dah ada orang lain reserve

Allo by The Owls Cafe
Bahagian atas kafe berlatar belakangkan kertas dinding corak tropikal

Allo by The Owls Cafe
Pemandangan dari atas

Masuk ke kafe ni, aku dah agak makanan kat sini memang hipster. Contohnya nasi lemak warna biru (blue butterfly pea nasi lemak). Aku sebenarnya masih kenyang lagi dari lunch kat food court di hospital, jadi aku kongsi chicken & waffles dengan Khadeeja.


Allo by The Owls Cafe
Selalu makan waffles sebagai pemanis mulut, ni pertama kali makan waffles dengan kepingan ayam

Allo by The Owls Cafe
Khadeeja nak makan truffle fries jugak, jadi order satu untuk kongsi ramai-ramai

Allo by The Owls Cafe
Mak aku macam biasa akan order apa yang dia rasa cucu-cucu suka makan, jadi dia order cendawan goreng. Tapi end up dieorang aku tak makan cendawan ni sebab bukan cendawan yang dieorang biasa makan, mak pun makan sikit je. Jadi macam membazir pulak.

Allo by The Owls Cafe
Adik order Pan Seared Salmon Trout, kongsi dengan mak

Allo by The Owls Cafe
Mac & Cheese menu pilihan Khayla

Allo by The Owls Cafe
Suami Terchenta pilih Grilled Beef Eye Fillet. Kecik je portion nya tak berbaloi dengan harga

Secara jujurnya, aku tak rasa teruja pun dengan makanan di sini. Truffle fries kurang rasa dan aroma truffle oil tu. Waffles dan ayam agak kering. Penat rahang aku mengunyah. Crunchy Mushrooms tu tak rasa rangup pun, lebih kepada rasa cucur cendawan. Lebih sedap cendawan goreng sendiri. Suami Terchenta pun makan fillet dia dengan tiada perasaan. Kesimpulannya, makanan di sini bukan citarasa kami.

Lepas makan, tibalah acara potong kek pulak. Kek perisa earl grey tea ni adik aku tempah dengan home baker di IG. 


earl grey tea cake
Simple je kek ni, tapi aku suka

Mak posing dengan kek sebelum dipotong

Khadeeja tolong Makyeng potong kek

Kek ni sebenarnya kek span. Bila dipotong, memang sangat-sangat ringan dan gebu. Mula-mula masuk mulut, rasa pelik sikit. Auto aku rasa macam makan perfume bilik πŸ˜‚ Tapi suapan seterusnya baru rasa perisa teh earl grey tu. Ada rasa pahit-pahit teh sikittttt je di hujung-hujung lidah. Kek ni tak manis sangat, so aku suka.

Short but sweet je sambutan birthday mak tahun ni. Suasana kafe yang menarik ni memang sesuai untuk buat sambutan birthday kecil-kecilan macam ni. Tapi mungkin lain kali tak singgah sini lagi sebab makanannya kurang menepati citarasa kami. Harga makanan di sini standard kafe hipster. Boleh lihat menu di sini.

14 comments:

  1. Happy birthday auntie. Moga sihat selalu, diberi kesihatan yang baik dan sentiasa didalam lindunganNya...Mak saya punya birthday esok..14hb. February born yea....

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih fzy. Ameen YRA. Happy birthday in advance untuk mak sis ye.

      Delete
  2. Happy birthday in advanced aunty wah seronok gathering reramai kan..lama x hi tea...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq atas ucapannya SA. Hi-tea tu tak tau la bila dieorg akan pegi hihi

      Delete
  3. Cantik tempatnya. Akak suka kertas dinding corak tropikal tu.
    Nampaknya pemilik kedai kena buat R&D lagi ni, sayang tempat dah cantik kena makanan sedap barulah ngam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kan, klu makanan sedap sure viral beratur panjang org nak ke tempat ni walaupun harga kayangan mcm Kenny Hills atau Mary Jane di Jalan Chow Kit tu.

      Delete
  4. wahhhh cantiklah tempatnyaπŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘

    hahahha bau perfume bilik? tp nasib baik sedap😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, first time masuk mulut tu rasa confuse jap ni kek ke, perfume bilik hahaha! nasib baik sedap akhirnya.

      Delete
  5. Happy Birthday utk mak sis...nampak sihat dan bertenaga. Moga sentiasa diberi kesihatan yg baik hendaknya 🀲
    Tempat ni nmpk ekslusif ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sis atas ucapan dan doanya :) ameen YRA. Ya, mmg nampak mcm restoran di hotel2 5 bintang.

      Delete
  6. Happy birthday auntie...cantik cafe ni, sweet je deko..tapi kureng pula dari segi rasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, deko dah cantik tapi makanan pulak kurang menepati citarasa.

      Delete
  7. Tadinya pas lihat foto2 menu, saya dah nak masukkan ke ITIN liburan ke KL Juni ini, tapi karena Kaka bilang rasanya so so aja, tak jadilah 🀣. Memang rasa sayang kalo makan di tempat yang hanya cantik dekor, tapi rasa makanan tak sebanding πŸ˜…. Yg kita cari kan rasa , bukan hanya tempat cantik 😁

    Btw, happy birthday buat mama dan adik kakak. Panjang umur dan selalu dimudahkan rezeki πŸŽ‰

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .