Minggu lepas, Khadeeja ke rumah kawan sekelasnya untuk perbincangan tugasan sekolah. Lepas hantar Khadeeja, kiteorang ke Pavilion Bukit Jalil sebab Khayla request nak pergi ke  Tsutaya Bookstore.

Lepas Khayla beli novel kesukaannya di Tsutaya, kiteorang ada masa 2 jam sebelum kena ambik Khadeeja di rumah kawannya. Jadi kiteorang pun singgah di Paris Baguette untuk minum petang sementara tunggu masa untuk jemput Khadeeja pulang.


Paris Baguette @ Pavilion Bukit Jalil
Paris Baguette @ Pavilion Bukit Jalil

Paris Baguette ni berkonsepkan bakery cafe, iaitu kedai roti yang ada kafe jugak. Ada macam-macam jenis kek dan pastri dijual kat sini. Mula-mula aku ingatkan Paris Baguette ni berasal dari Perancis, tapi rupa-rupanya bukan... Paris Baguette sebenarnya berasal dari Korea ye.


Paris Baguette @ Pavilion Bukit Jalil
Antara pilihan pastri, roti dan kek di Paris Baguette

Macam biasa Khayla pilih croissant, aku ambik pain au chocolat dan Suami Terchenta pulak pilih chocolate cream puff.


Paris Baguette @ Pavilion Bukit Jalil
Menu pilihan untuk minum petang

Paris Baguette @ Pavilion Bukit Jalil
Hot chocolate

Alhamdulillah semuanya sedap. Boleh la repeat minum petang kat sini kalau kiteorang ke Pavilion Bukit Jalil lagi.

24 comments:

  1. Suka tengok cawan tu...comel dan look classsy...nak cari la cawan macam tu nanti..nak letak kat rumah sewa kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cawan jenis tinggi ni. Ada la feel ala2 kat kafe di Paris hihi

      Delete
  2. Sama, ingatkan from France gak πŸ˜…
    Nampak cozy cafe ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, bila google baru tau dari Korea rupa2nya πŸ˜… Vibe nya cozy sbb konsep neighbourhood cafe katanya...

      Delete
  3. dlu2 masa holiday korea dh pernah singgah Paris Banguette.... kebetulan terjumpa lecturer kt sana dia ajak lepak kopi2 kt Paris Banguette...tk sangka skarang dh buka cawangan kt kl...tp kt kl tk singgah lg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, masa kat Korea tak teringat pulak ada singgah kafe Paris Baguette ni. Korean trip kiteorg memori yg taknak diulang semula haha.

      Delete
  4. Kalau sepintas, dari nama dan jenis makanan saja gak nampak Korea "nya ya kakπŸ˜„tapi nampak cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kalau tak google memang ingat kafe ni dari Paris sebab kek dan rotinya pun menu Perancis hehe.

      Delete
  5. saya tak boleh masuk cafe macam ni rasa macam nak pilih semua,nampak semua sedap pastry kek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, saya pun rambang mata jugak tapi suka tengok je la sekarang ni, dah tak boleh makan benda manis2 sangat macam dulu.

      Delete
  6. Replies
    1. Iye Cik Nor, memang tergoda kita dibuatnya haha

      Delete
  7. menarik cafe ni, mana tahu nanti kak ana di rezekikanNya ke Pavilion Bukit Jalil, boleh cafe hunt ke sini, tq for sharing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama Kak Ana, semoga ada rezeki sampai ke Pavi Bukit Jalil ni :)

      Delete
  8. Jauhnya minum petang... kena pakai pasport! hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik tak kena buat pesanan dalam bahasa perancis hehe

      Delete
  9. Suka la tempat camni. Oh kat Pavi Bukit Jalil. Boleh la terjah nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik kafe ni, boleh la sis ajak Dania outing ke sini :)

      Delete
  10. mcm best jak byk pilihan... best pakei lepak² minum ptg

    ReplyDelete
  11. sedapnyaaa MZ tunggu zharfan cuti sem so boleh dating eating out mana2...zharfan memang penggemar roti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Pavi Bukit Jalil jauh sangat, boleh pergi kafe PB yg dekat Pavi KL MZ. Tgk kat website dekat Pavi KL pun ada cawangan PB ni.

      Delete
  12. rs aritu br msk Pavi BB. laa ni dah ada caw kat Pavi BJ. cpt sggh! sbb dia tau org malaysia ni suka mkn sedap2πŸ˜€
    ok. tggu gaji boleh healing kt sini. dkt daa ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah agaknya pengurusan Pavilion yg bawak PB ni masuk dekat Malaysia kot sebab macam kat semua cawangan Pavi je ada kan.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .